Penting bagi individu yang berkecimpung dalam bidang pengurusan pejabat. Ilmu ini akan menjadikan seseorang pekerja itu cekap serta berkemahiran tinggi. Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 meneruskan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan selama setahun. Kemudian bekerja dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha. Beliau merupakan seorang setiausaha yang cekap dan bijak dan dipercayai oleh majikannya.
Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
Nota:
1. Calon perlu menyatakan pendirian dengan mengemukakan hujah dan alasan.
2. Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.
166
Aktiviti 4 : Tuliskan jenis ilmu , watak , peristiwa dan kesan pembangunan insan dalam novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur yang berkaitan di ruang kosong di bawah.
ILMU WATAK PERISTIWA
PEMBANGUNAN
INSAN
167
Sebahagian contoh petikan yang berkaitan dengan ilmu dalam novel SBDKL
1. Memang pasti rancangan Pak Cik Muhammad.Dia tentu percaya dengan ilmu pengentahuan pengurusan moden yang telah diperolehinya itu Rahim akan segera maju dan memperolehi pula pengalaman yang amat penting....(hal :194)
2. Calon yang akan dipilih itu memang calon yang dikemukakan oleh Mahani.Tapi ia terlalu muda,baru lulus SPM.Maka Pak Cik mencari yang lebih dewasa sikit,kalau boleh lepasan ITM,mungkin calon pilihan itu akan bekerja sebagai kerani sahaja buat sementara waktu.(Hal : 233)
3. Saya ini memang di besarkan dalam sawah dan surau.Tapi saya lulus SPM.Pendeknya dunia saya dari kecil hanya itulah:bendang,surau dan lampu pelita.Disurau Tuk Guru itu ada seorang guru sekolah kebangsaan berijazah sama-sama mengaji dengan kami.”(hal:329)
169
ELEMEN 2(LATIHAN)
1. Ilmu penting dalam kehidupan setiap insan. Dengan menggunakan contoh watak daripada
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) huraikan kepentingan ilmu dalam konteks pembangunan insan di
Melaka.
[25]
Cadangan jawapan
Pengenalan [3]
1. Konsep ilmu - Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya. Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu
2. Isi yang akan dibincangkan
Isi [20]
1. Agama
Sultan Muhammad syah belajar agama dengan Maulana Abdul Aziz, begitu juga dengan Sultan Mansur Syah belajar ilmu agama dengan Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar.
2. Ilmu gajah
Sultan Mansur Syah menyuruh segala anak tuan-tuan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura.
3. Ilmu kuda
Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda dengan sanggup membiayainya.
170
Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dengan ilmu firasat yang ada padanya dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya.
5. Ilmu kepahlawanan
Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda dengan sanggup membiayainya.
6. Tasawuf
Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Duri’l Mazlum karangan Maulana Abu Ishak ke Melaka. Ianya merupakan kitab tasawuf.
Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
STPM Ulangan 2013
2. Keris Mas melalui novelnya bertajuk Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menekankan pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan
dalam pembangunan insan. [25]
Cadangan jawapan:
Pengenalan[3]
1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena tertentu.
171
Isi [20]1. Ilmu perdagangan - En. Muhammad memperolehi ilmu perdagangan melalui pengalaman khususnya dengan Dato Tan.
- Rahim – belajar pengurusan dagang di London Ilmu yang diperolehi – buka Syarikat Lombong Lembah Tualang
Ilmu perdagangan penting dan dapat diaplikasikan dalam pembangunan insan. Ilmu perdagangan akan melahirkan ahli perniagaan yang dinamik dan berjaya dalam mengharungi dunia perdagangan dan perniagaan yang serba mungkin. Ilmu perdagangan juga akan melahirkan seseorang yang faham dan arif tentang sepak terajang dunia perniagaan. Penguasaan terhadap ilmu perdagangan juga akan melahirkan seorang ahli perniagaan yang mampu bersaing sama ada diperingkat tempatan atau antarabangsa yang akhirnya membawa kepada pembangunan insan. Kedangkalan tentang selok belok perdagangan dan perniagaan akan meletakkan seseorang ahli perniagaan itu dalam kerugian, atau ketinggalan berbanding dengan orang yang mempunyai ilmu perdangangan. Encik Muhammad misalnya, mempunyai ilmu perdagangan yang cukup mantap dan luas. Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Tan, yakni rakan kongsi Encik Muhammad. Keyakinan Datuk Tan terhadap Encik Muhammad menyebabkan Datuk Tan menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Encik Muhammad memenuhi kontrak membekalkan lada hitan ke Jerman. Selain itu juga, Encik Muhammad juga menyediakan anaknya Rahim dengan ilmu perdagangan. Encik Muhammad telah menghantar Rahim belajar di England dalam jurusan Pengurusan Dagang. Dengan ilmu yang dimiliki oleh Rahim, diharapkan Rahim dapat menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jayanya. Jelaslah di sini bahawa ilmu perdagangan mampu menyediakan seseorang itu peluang untuk berjaya dan membangun.
2. Ilmu perlombongan – Robert belajar bidang Kejuruteraan Lombong di London – apabila pulang, diharapkan dapat mengambil alih syarikat yang diterajuai oleh ayahnya.
3. Ilmu agama – Lebai Maarup belajar agama dengan seorang guru di Tanjung Karang
Ilmu agama penting dalam pembangunan diri insan. Ilmu agama yang diperolehi akan menjadikan seseorang insan itu lebih bertaqwa, redha, dan berakhlak mulia. Dengan mendalami ilmu agama juga,
172
seseorang itu akan lebih dekat dengan Allah, tahu akan halal haram sesuatu perkara, dan sentiasa mengamalkan yang makruf serta menjauhi yang mungkar. Sebaliknya, jika seseorang itu dalam keadaan jahil/cetek pengetahuan agamanya, maka sudah tentu akan mendorongnya melakukan sesuatu yang mungkar dan bertentangan dengan hukum tabii manusia. Orang yang jahil juga adalah orang yang rosak akhlaknya. Ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup dalam novel SBDKL telah menjadikannya insan yang berakhlak mulia, redha dengan ketentaun Allah dan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia. Akhlak mulia yang terjelma hasil dari ilmu agama yang ada padanya terserlah apabila Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusaka miliknya untuk didirikan surau demi kemaslahatan penduduk Kg Pulai. Keadaan ini jauh bezanya dengan Mat Akil. Mat Akil tidak memiliki ilmu agama, lantaran itu didapati Mat Akil bukanlah seorang berakhlak mulia. Ini dapat dilihat apaabila beliau memberaki katil pengantin-Sudin, memukul Lebai Maarup, menyebarkan fitnah terhadap Lebai Maarup dan sebagainya. Jelaslah di sini bahawa ilmu agama yang diaplikasikan dalam kehidupan akan membentuk peribadi yang mulia.
4. Ilmu pertanian- Cik Puan Tipah
5. Ilmu Pengurusan Pejabat – Mahani
6. Ilmu perhubungan awam - Sudin
Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.
173
STPM 20141. Ilmu penting dalam kehidupan manusia. Dengan mengemukakan contoh watak daripada novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, jelaskan pernyataan tersebut dalam konteks kehidupan anda sebagai
pelajar. [25]
Cadangan jawapan:
Pengenalan[3]
1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena tertentu.
2. Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan.
Isi [20]
1. Ilmu keagamaan
Lebai Maarup amat mementingkan ilmu agama. Beliau berdakwah kepada golongan muda/masyarakat kampong supaya mendekati Allah/patuh ajaran agama. Ramai golongan muda/masyarakat Kg Pulai sembahyang Jemaah/datang ke masjid.