Contoh :Sanggup membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu dengan Maulana Yusuf
3. Berwawasan/berpandangan jauh
Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantan-meluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan.
Hubungan diplomatik –hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang Legor,bersahabat dengan Pasai
4. Penyelamat dan pelindung
Contoh :Membantu Pahang menentang Legor
5. Pemurah
Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan
6. Tabah/gigih
Contoh: Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka di samping
Nota:
Calon dikehendaki menilai sesuatu faktor, perkara, atau hal dalam sesuatu proses atau fenomena berbanding dengan fak,tor, perkara, atau hal yang lain
Penutup[ 2 ]
191
2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan jati diri. Huraikan sifat jati diri yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah
Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. @ [25]
Cadangan jawapan Pengenalan [ 3 ]
1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. 2. Latar belakang watak wanita dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) seperti Tun Kudu, Tun
Teja, Tun Fatimah dan sebagainya. 2. Isi yang akan dibincangkan
B. Isi [ 20] 1. Tabah
Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis.
2. Tidak mementingkan harta dan kedudukan.
Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik, dan ayah mertuanya.
3. Bijaksana
Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.
4. Sanggup berkorban.
Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya.
192
Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah, tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka dialahkan oleh Peringgi.
6. Tegas
Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.
Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
3. Jati diri merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan
insan. [25]
Cadangan jawapan
Pengenalan [ 3 ]
1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. 2. Latar belakang watak Rahim.
3. Isi yang akan dibincangkan
Isi [ 20]
1. Berpandangan jauh.
Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.
193
Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.
3. Bijaksana
Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.
4. Merendah diri
Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.
5. Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.
6. Berani
Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.
7. Gigih
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.