• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR SEPINTAS LALU

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 58-68)

Sinopsis:

Bab 1

Datu Tan datang lebih awal ke pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum dengan suasana dan kelengkapan yang ada di bilik En. Muhd. Ianya menggambarkan ketokohannya sebagai seorang tokoh koprat. Kehadiran En. Muhd. dengan kejayaannya memperolehi kontrak pembekalan lada hitam dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan Datuk Tan akan keupayaan En. Muhd. dalam mengendalikan urusan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhd. Peristiwa seterusnya ialah En. Muhd. mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan panggilan Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.

Peristiwa Penting: (Fokus Utama)

1. Kedatangan Datuk Tan ke pejabat En. Muhammad untuk berbincang soal perniagaan dan perdagangan. 2. En. Muhammad seorang tokoh koprat yang berjaya.

3. Kejayaan yang dicapai oleh En. Muhammad .

4. En. Muhammad mahu Mahani memanggilnya dengan panggil pakcik.

- Perpaduan penting dalam sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Nilai:

Kemanusiaan: Kegigihan- dalam perniagaan untuk memperolehi kontrak perdagangan antarabangsa.

Watak dan perwatakan:

Peranan En. Muhammad sebagai tokoh koprat yang berjaya: - Orang penting dalam syarikat Serba Dagang Internasional - Peranan sebagai Pengarah Urusan

- Seorang yang luar biasa

- Dinamik – gigih berusaha mendapat kontrak perdagangan

59

- Orang Kanan Datuk Tan – dipercayai menguruskan anak syarikat Tan Enterprise - Rakan Kongsi – 60 % dalam Syarikat

Bab 2

Datuk Tan membaca laporan sejarah salsilah keluarga En. Muhammad yang disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya . Ketokohan En. Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan En. Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En. Muhammad . Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia dagang. Keluarga Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.

Petikan Penting: m.s 14 & 15

1. Ekonomi - Kegiatan perlombongan bijih timah pernah menjadi penyumbang perkembangan ekonomi Negara.

2. Sosial - Perpaduan kaum di Negara ini yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Bab 3:

Cik Puan Tipah menerima surat dari Jahid yang menjadi penghubung keluarga. Isi kandungan surat tersebut menceritakan tentang projek tanaman orkid yang memang sesuai untuk dijalankan. Jahid juga turut menceritakan tentang perubahan sikap ayahnya Penghulu Mahmud yang mula berkira-kira untuk menjual tanah milik keluarga mereka yang terletak di Jeram Medang. Cik Puan Tipah teringatkan Rahim yang sejak akhir-akhir ini surat yang dikirimnya mulai memperlihatkan sikapnya yang menentang ayahnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Salsilah @ asal usul keturunan En. Muhammad diteliti oleh Datuk Tan.

2. Datuk Tan mahu gelaran Datuk Indera Orang Kaya wilayah akan diberikan kepada En. Muhammad .

3. Salsilah keturunan Datuk Tan dan keluarga.

60

Bab 4:

Syarifah Muinah sentias resah dan bimbang apabila setiap kali menjelang hari jadi Mahani. Dia takut jika sekiranya Mahani mengetahui yang dia bukanlah ibu kandungnya. Bagi Tan Sri Syed Aris semua itu

tidak penting, kerana mereka berdua memang menyayangi Mahani kerana inilah satu-satunya anak mereka, walaupun Mahani sebenarnya adalah anak kepada Syarifah Naemah iaitu kakaknya sendiri. Syarifah Muinah juga bimbang memikirkan jodoh Mahani yang mula mendapat tempat di hati isteri Penghulu Mahmud. Mahani pula masih dalam kekeliruan dengan perasaannya terhadap 3 orang jejaka yang hadir dalam hidupnya iaitu antara Rahim , Jahid dan juga Robert.

Petikan Penting: m.s 27 & 29

1.Sosial dan budaya

-Kasih sayang-Ikatan darah mengikat hubungan yang penuh kasih sayang. -Kepatuhan kepada orang tua

-Perkahwinan ganti tikar Peristiwa-peristiwa penting:

1. Cik Puan Tipah Terima surat daripada Jahid

2.Ingatan Cik Puan Tipah ketika dia berkahwin dengan En. Muhammad dan baru mengetahui suaminya mempunyai keluarga besar.

3.Isi Kandungan surat tentang projek tanaman orkid di kawasan Jeram Medang.

4. Surat Rahim sejak kebelakangan ini mulai berubah dan mula menentang kemewahan yang menjadi matlamat ayahnya.

5. Penghulu Mahmud yang mahu menjual tanah bagi kerjasama projek antara YB Mohd. Yusof dengan tauke Cina.

61

2. Agama

-Guru agama dihormati dan dimuliakan oleh masyarakat

-Didikan agama penting dalam pembentukan akhlak dan peribadi seseorang

Bab 5:

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan mengadakan lawatan ke Pekan Tualang sempena hari keputeraannya-. Beliau berhasrat untuk membahagikan harta keluarganya mengikut hukum faraid. Tetapi hasratnya itu telah ditentang oleh Jahid kerana bagi jahid maruah perlu dijaga. Penghulu Mahmud kagum dengan Jahid walaupun masih muda tapi mempunyai pemikiran yang matang. Penghulu Mahmud rasa peluangnya untuk mendapat gelaran Orangkaya Indera tipis memandangkan adiknya Muhammad adalah orang kaya yang berpengaruh .En. Muhammad datang menziarahi abangnya di samping untuk memaklumkan tentang projek tanaman orkid di tanah milik keluarga mereka di Jeram Medang dan memaklumkan abangnya tentang gelaran Datuk Indera Orang Kaya . En. Muhammad juga berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan lamanya, melalui mereka En. Muhammad mendapat maklumat penduduk kampungnya masih lagi dibelenggu kemiskinan dan ramai anak-anak muda telah berhijrah ke Bandar.

Petikan Penting: m.s 34 / m.s 35

Aspek kajian

1. Agama - Pembahagian harta mengikut hukum faraid

2. Soaial dan Budaya - Ketaatan dan kesetiaan kepada sultan

- Orang Melayu bergantung hidup dengan harta pusaka

- Maruah dan harga diri golongan bangsawan

4. Ekonomi - Golongan bangsawan yang memiliki tanah terlalu bergantung kepada hasil pusaka.

- Orang Melayu ingin cepat kaya dan mendapat wang yang banyak tanpa berusaha.

- Sumber ekonomi orang Melayu bergantung pada sektor pertanian - Tiada kemudahan asas.

62

Bab 6:

Sudin dan Sarip meninjau kawasan di sekitar Jeram Medang untuk menyiasat hak milik tanah yang dimiliki oleh keluarga Penghulu Mahmud. Menurut Sarip boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan di situ adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan Ali yang sedang mengepalai beberapa orang pemuda yang sedang menebas kawasan hutan di situ. Maklumat yang diperolehi daripada Ali, tanah itu hendak ditanam dengan tanaman orkid . Sudin tidak yakin dengan apa yang diberitahu oleh Ali. Mereka seterusnya telah membuat temujanji untuk berjumpa di rest house pada petang nanti. Mereka terus ke kawasan Jeram Medang untuk berehat , di situ sarip menjelaskan tanah di sekitar kawasan itu juga adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Sementara itu Ali telah ke rumah Jahid untuk memaklumkan tentang petemuanya dengan Sudin dan janji temu mereka . Jahid mahu ali menceritakan perihal sebenar tantang tanah yang sedang diusahakan itu tanaman orkid.

Aspek kajian:

1. Petikan-petikan peting m.s 43 dan m.s 50

2. Sosial &Budaya - Pemilikan tanah dan pengaruh golongan bangsawan masyarakat Melayu. 3. Politik - Sokongan kepada wakil rakyat yang dipilih

Bab 7

Sudin memaklumkan hasil petemuanya dengan Ali kepada Yang Berhormat Muhd. Yusof tentang rancangan En. Muhammad untuk menanam orkid. Walau bagaimanapun YB tidak mempercayainya. Sudin

Peristiwa-peristiwa Penting

1.Sudin dan Sarip sedang memantau tanah milik keluarga Penghulu mahmud.

2.Sudin menemui Ali ketua projek tanaman orkid untuk mendapatkan maklumat ,seterusnya mereka berjanji untuk berjumpa di rest house.

3. Ali telah memaklumkan kedatangan Sudin kepada Jahid dan Penghulu Mahmud – Jahid mahu Ali berterus-terang sahaja.

63

juga berharap agar YB dapat memujuk Penghulu Mahmud untuk bekerjasama dengannya dalam menjayakan projek rumah kos rendah. Kejayaan kerjasama antara mereka sangat penting buat Sudin, kerana dia berharap kejayaan itu nanti akan memudahkannya untuk meminta bantuan YB bagi melangsaikan hutang-hutangnya semasa dia menjadi broker dulu. YB bangga menceritakan tentang kejayaannya membangunkan projek rumah murah di Pekan Tualang. Kelangsungan politik YB bergantung kepada projek kerjasamanya dengan Tauke Chan yang melibatkan tanah Penghulu Mahmud di jeram Medang. Projek tanaman orkid tersebut dilihat sebagai penghalang cita-citanya.

Aspek kajian:

Petikan Penting: m.s. 51 & 59

1. Ekonomi – Kebanyakkan orang Melayu bergantung hidup pada sektor pertanian sebagai sumber ekonomi mereka.

- Tidak memiliki rumah sendiri

Bab 8:

En. Muhammad berbincang dengan Tan Sri Syed Aris tentang projek mereka hendak membuka ladang lada hitam di Johor. En. Muhammad mengingatkan Tan Sri agar tidak menyamakan falsafah politik dengan perniagaan apabila beliau menjelaskan tentang hasrat kerajaan sekurang-kurangnya 30 % ekonomi Negara dimiliki oleh orang Melayu. En. Muhammad kemudian ke hotel untuk berjumpa YB bagi

Peristiwa-peristiwa Penting

1. Sudin memaklumkan kepada YB Mohd. Yusof , Ali memberitahu tanah tersebut hendak ditanam dengan orkid.

2. Sudin berharap agar YB dapat membantunya menyelesaikan maslah hutang-hutangnya. 3.Sudin berharap agar YB dapat mempengaruhi P. Mahmud untuk menjual tanah-tanahnya

4. YB berasa bangga kerana telah berjaya membangunkan Pekan Tualang dengan projek rumah murah.

5.YB berasa kedudukan keluarga P. Mahmud sebagai pemilik tanah terbanyak akan menganggu cita-citanya.

64

menyelesaikan masalah berhubung dengan pembangunan wilayah Tualang. YB dan En. Muhammad mempunyai misi yang sama iaitu untuk membangunkan kawasan tersebut dan membantu penduduknya. YB menjelaskan tentang rancangannya untuk bekerjasama dengan tauke Chan dalam projek perumahan untuk membantu penduduk yang tidak memiliki tanah dan rumah dan Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual tanahnya. En. Muhammad mengingatkan YB bahawa kerjasama tersebut seumpama bekerjasama dengan harimau. Sebenarnya YB Cuma mengambil kesempatan di atas kesediaan Tauke Chan untuk membiayai projek tersebut dengan syarat beliau dibenarkan untuk membina rumah untuk orang-orang Cina di Pekan Tualang yang tidak mempunyai tanah. Akhirnya kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi kepentingan masing-masing, En, Muhammad untuk kepentingan peniagaan manakala YB pula untuk kelangsungan politiknya.

Aspek kajian

1. Ekonomi-Penglibatan orang Melayu dalam dunia perniagaan selaras dengan dasar kerajaan iaitu DEB, 30 % (hlm 61)

2. Politik-Politik yang berasaskan perkauman akan menjejaskan hubungan antara kaum.(hlm.61) 3. Moral-Golongan politik/peniaga minum minuman keras (hlm 64)

4. Sosial-Kemewahan dalam hidup membawa kemudaratan-(hlm 66)

Petikan penting: 1. Halaman 61

Peristiwa-peristiwa Penting

1. Pertemuan antara En.Muhammad dengan YB Mohd.Yusof untuk berkongsi pendapat tentang pembangunan di wilayah Tualang.

2.YB menerangkan tentang kerjasamanya dengan tauke Chan untuk membangunkan wilayah Tualang.- Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual sebahagian tanahnya di Jeram Medang. 3. En.Muhammad memaklumkan yang dia juga hendak membangunkan wilayah Tualang dengan membuka kembali perusahaan perlombongan dan juga mahu memajukan tanah milik keluarganya dengan projek tanaman orkid.

4. Kedua-dua bersetuju untuk bekerjasama bagi memajukan wilayah Tualang di samping menjaga kepentingan mereka.

65

2. Halaman 69

Bab 9

Minyak wangi yang dipakai oleh mahani mengingatkan En. Muhammad kepada anaknya Ana. En. Muhammad bertanyakan Mahani kenapa surat Rahim ada diatas mejanya. Mahani memberitahu surat tersebut dialamatkan atas nama Pengarah Urusan. En. Muhammad meminta pendapat Mahani tentang surat tersebut, Mahani berpura-pura tidak memahaminya, sebenarnya dia telah pun membacanya. En. Muhammad pernah menulis surat kepada Rahim supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak berfikir perkara yang lain.

Petikan Penting: 1. Halaman 7

Bab 10

Mahani tidak dapat tidur memikirkan tentang surat Rahim yang diminta oleh En. Muhammad supaya dia beri komen. Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid dan uminya untuk beri pendapat. Mahani keliru tentang perasaanya terhadap Rahim. Dalam masa yang sama Jahid juga turut hadir di hatinya. Keesokkannya Mahani kecewa kerana walidnya telah pun keluar sebelum sempat dia mendapat pandangan walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar Mahani dan Rahim akan bersatu. Pada pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya adalah luahan hati Rahim yang mencintainya

Aspek kajian

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Mahani keliru dengan perasaanya dan sedang berfikir bagaimana cara untuknya memberi jawapan kepada En. Muhammad.

2. Mahani juga turut keliru dengan perasaannya terhadap Rahim dan juga Jahid.

3. S. Muinah mahu Mahani dijodohkan dengan Rahim kerana dia berpendapat surat Rahim sebenarnya adalah luahan hatinya yang mencintai Mahani.

66

1. Persoalan Kasih sayang- ibubapa seringkali menpunyai nilai kasih sayang yang tinggi dan sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Cth: S. Muinah yang mahu menjodohkan Mahani dengan Rahim kerana mahu yang terbaik untuk Mahani demi kasihnya kepada Mahani.

2. Akhlak dan budi mulia menjadi aset penting kepada seseorang pada pandangan masyarakat.

Cth: S. Muinah selalu menekankan tentang akhlak dan berbudi mulia kepada Mahani, sehingga Mahani sering menjadi sebutan isteri Penghulu Mahmud yang cukup berkenan dengan akhlak dan budi mulia Mahani. (hlm 85)

3. Nilai Keagamaan :Halaman 81

Bab 11

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Surat Rahim yang dihantar beralamatkan Pengarah urusan telah dibaca oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad. En. Muhammad mahu Mahani memberi komen tentang isi kandungannya.

2. Surat yang ditulis Rahim menunjukkan perubahan sikap Rahim yang mula menentang golongan kaya yang tamak.

67

Ketika Sudin iaitu wakil kepada wakil rakyat sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan penglibatannya dalam membawa diri.Pak Salim menasihatinya supaya Sudin pulang ke rumahnya untuk menyelesaikan masalahnya dengan ayahnya.

Petikan Penting:

1. Halaman 90 - 91 (perenggan akhir dan ke-2) 2. Halaman 92 (perenggan 6)

Aspek kajian

1. Persoalan Agama- Golongan agama(pandangan masyarakat) Cth: Siapa dan kenapa (hlm 89 dan 91) 2. Persoalan politik – Fahaman politik Cth: (hlm 89)

Bab 12

Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan tuduhan tersebut. Imam Saad juga memberitahu Sudin tentang kenapa mereka tidak meminang Gayah- Ini semua berpunca dari persengketaan keluaga yang berkurun lamanya telah menghalangnya untuk berbuat demikian. Imam Saad memberitahu bahawa keluarga Penghulu Mahmud memandang hina mereka kerana persengketaan tersebut. Imam Saad juga tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan berita tentang Sudin melarikan Gayah, dia mahu Sudin menyiasat sendiri siapa yang menyebarkan berita tersebut.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1.Sudin tidak digemari oleh pemuda kampong kerana menjadi wakil wakil rakyat ayahnya juga bersikap dingin dengannya.

2.Sudin sedar kerenggangan hubungan dia dengan ayahnya kerana dia tidak warak , kahwin cerai dan terlibat dengan politik.

3.Sudin membawa diri kerana kecewa tidak dapat kahwin dengan gadis idamannya

4. Pak salim menasihatinya supaya pulang ke rumah untuk menyelesaikan masalahnya dengan ayahnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Hubungan Sudin dengan ayahnya dingin.

2. Imam Saad memberitahu Sudin tentang khabar yang Sudin telah melarikan Gayah. 3. Sudin kesal dengan tindakan ayah dan ibunya yang tidak meminang Gayah dulu.

68

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 58-68)