• Tidak ada hasil yang ditemukan

70 Aspek kajian

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 70-74)

1. Kerajinan – hlm. 115

2. Sayangkan kampung halaman – 114

3. Menghormati dan mengagungkan raja sebagai lambang kedaulatan.

Isu Penting:

Alasan-alasan kenapa En.Muhammad mahu abangnya Penghulu Mahmud menerima gelaran Orang Kaya Indera Wilayah Tualang yang membawa gelaran datuk.

1. Gelaran tersebut adalah milik keluarga En. Muhammad yang diwarisi secara turun temurun. Penghulu Mahmud paling layak kerana dia adalah anak sulung dalam keluarga Datuk Idris.

2. Untuk mengelakka kerjasama antara Penghulu Mahmud dengan Tauke Chan dalam projek perumahan kos rendah di Jeram Medang, senario tersebut boleh mengagalkan rancangannya untuk membuka syarikat perlombongan.

3. Gelaran tersebut merupakan satu penghormatan kepada Penghulu Mahmud dan juga kepada penduduk Kampung Pulai ini adalah kerana Penghulu Mahmud sebenarnya berasal dari Kampung Pulai.

71

4. Kebaikan yang ditunjukkan olej En. Muhammad akan menambat hati penduduk kampung Pulai, anggapan mereka En. Muhammad tidak mementingkan diri sendiri – rancangan untuk melombong di Kampung Pulai tidak akan ditentang.

Petikan Penting: 1. Hlm – 114 2. Hlm. 116 3. Hlm. 118

Bab 15:

Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah. Dia sebenarnya pernah tinggal dan bekerja sebagai budak jaga kereta bersama dengan Kassim di Kuala Lumpur. Kedatangannya ke KL bersama dengan sejumlah wang yang dibawa kiriman rakan-rakannya membimbangkan dia. Di KL ramai penyeluk saku, Dia berharap dia dapat berjumpa dengan Kassim untuk membantunya mencari Gayah. Tapi nasibnya malang kerana Kassim yang dicari telah berhenti kerja, mujurnya rakan Kassim yang bernama Ali mahu membantunya mengesan di mana Kassim bekerja. Mat Akil sebenarnya bercita-cita untuk menjadi menantu saudara kepada En. Muhammad kerana dia dapat merasakan banyak peluang yang akan terbuka untuknya nanti. Ketika di Wisma Yakin dia terlihat Kassim yang menurunkan Sudin dan Jahid. Mat Akil terus mendapatkan Kassim, mengikut Kassim dia telah 2 bulan bekerja dengan En. Muhammad setelah Ali pemandunya ditugasjan untuk mengendalikan lading orkid di Jeram Medang.

Aspek kajian:

1. Perasaan simpati dan belas kasihan

Cth: Ali dan Atan yang mengajaknya tinggal dengan mereka dan berjanji untuk membantu Mat Akil untuk mencari Kassim.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah di samping meminta bantuan Kassim tetapi nasibnya kurang baik Kassim telah lama berhenti kerja.

2. Mat Akil terlihat Sudin dan Jahid keluar dari kereta yang dipandu oleh Kassim. 3. Mat Akil bertemu dengan Kassim tetapi tidak jadi menabur fitnah tentang Sudin,

72

2. Masyarakat bandar sukakan hiburan- disko dan kelab malam merupakan sebahagian daripada kehidupan warga kota.

Cth: Mat Akil sering ke disko dan kelab malam berkawan dengan anak orang-orang kaya.

3. Gejala maksiat berlaku secara meluas – maksiat menjadi-jadi di bandar kerana sikap anggota masyarakatnya yang tidak mempedulikan hal orang lain.

Cth: minah menjadi perempuan simpanan pada Mr. Wong yang menyewa disebuah pangsapuri di belakang Medan Tuanku.

4. Gejala sosial menjadi sebahagian dari fenomena biasa di bandar – kehidupan di bandar yang mencabar menyebabkan ada yang tewas dan terlibat dengan gejala sosial.

Cth: kegiatan menyeluk saku berlaku dengan serius di Selangor Mansion seperti yang digambarkan oleh pengarang menerusi watak Mat Akil yang sentiasa berhati-hati memegang kocek seluarnya bimbang diseluk orang.

5.Sikap pemandu di bandar tidak mematuhi peraturan jalan raya- mereka suka potong-memotong dan mencelah tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Cth: Kasim menceritakan keadaan pemandu di Kuala Lumpur kepada Mat Akil (hlm 129)

Petikan Penting:

1. Hlm. 122 2. Hlm. 125

Bab 16

Bas sewa khas yang akan membawa rombongan perkahwinan Sudin dan Gayah ke Kuala Lumpur telah tiba di Kampung Pulai menjadi perhatian kanak-kanak, sehingga menyebabkan anak Pak Salim menasihati pemandunya supaya berhati-hati. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggap diri mereka sebagai kucing kurap kerana tidak diundang menghantar rombongan perkahwinan Sudin. Pemandu bas itu memberitahu anak Pak Salim basnya menghadapi masalah kekurangan angin dan terpaksa ke pekan dahulu. Mat Akil kecewa dengan budak yang diupahnya untuk merosakkan tayar bas sebaliknya dia hanya mengurangkan angin sahaja. Mat Akil dapat rasa Sudin telahpun menang pertandingan untuk memiliki Gayah. Kekecewaan dan kemarahan menyebabkan Mat Akil pulang ke rumah Pak Alangnya kemudian mencuri sejumlah wang dia kemudiannya ke rumah Sudin dan dia telah menajisi cadar pengantin Sudin.

73

Bab 17

Rumah En. Muhammad telah menjadi tempat kenduri perkahwinan antara Sudin dan Gayah, suasana di rumah itu meriah dengan ramai yang hadir. En. Muhammad rasa bertanggungjawab ke atas Gayah kerana abangnya Yaakob telah meninggal dunia. En. Muhammad rasa bersyukur kerana perkahwinan yang dicadangkan oleh YB itu telah menjadi kenyataan. Perkahwinan tersebut diharap akan menjadi penyambung silaturahim antara dua keluarga yang pernah bersengketa suatu masa dulu. Ianya akan menyatukan dua keluarga yang cukup berpengaruh iaitu keluarga Penghulu Mahmud dan juga Imam Saad.

Aspek kajian

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Perkahwinan Gayah dan Sudin akan dilangsungkan di KL

2. Mat Akil yang kecewa telah mengupah seorang budak untuk merosakkan tayar bas, tetapi malangnya budak itu hanya mengurangkan angin tayar bas.

3. Mat Akil menyedari Sudin telahpun berjaya dalam pertandingan merebut Gayah dan ini menyebabkan kemarahannya memuncak.

4. Mat Akil menncuri wang Mak Alangnya dan telah menajisi cadar pengantin Sudin.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Perkahwinan antara Sudin dan Gayah telah dilangsungkan di rumah En. Muhammad.

2. En. Muhammad seolah-olah berlakon apabila dia begitu ramah dengan beberapa orang tua kampong Pulai, dia tidak berniat jahat sebaliknya cuba mencari pengaruh.

3. En. Muhammad melihat perkahwinan antara Sudin dan Gayah yang menyatukan dua keluarga yang berpengaruh akan memudahkan urusannya memenangi hati penduduk kampong Pulai.

74

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 70-74)