• Tidak ada hasil yang ditemukan

84 Aspek kajian

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 84-92)

1. Adat resam- Pertunangan merupakan salah satu adat yang penting dalam masyarakat melayu. Cth:- majlis pertunangan antara Mahani dengan Rahim telah diadakan penuh meriah di rumah Tan Sri.

2. Keagama-Solat merupakan perkara wajib yang perlu diutamakan walaupun dalam situasi tertentu. Cth:- Mahani menunaikan solat isyak terlebih dahulu sebelum upacara pertunangannya.

3. Kasih sayang- Mahani amat menyayangi kedua ibu bapanya ini terbukti apabila dia memeluk dan mencium ibunya sebaik sahaja cincin pertunangannya disarungkan. (hlm 213)

2. Keberanian- Rahim berani menentang ayahnya walaupun mungkin ini satu bentuk penderhakaan tetapi demi menegakkan keadilan dan membela nasib mereka yang teraniaya iaitu penduduk kampung Pulai yang dipedaya untuk berpindah ke rancangan Felda demi untuk mencapai cita-cita En. Muhammad dalam dunia perniagaan.

Bab 27:

Peristiwa-peristiwa Penting:

1.Majlis pertunangan Mahani dan Rahim dijalankan dengan meriah namun sederhana mengikut kehendak Mahani.

2. Rahim pula dalam surat-suratnya memperlihatkan dirinya seorang yang rasional dan praktikal apabila dia melihat pembangunan yang akan berlangsung adalah acuan barat yang tidak sesuai dengan bangsa.

3. Mahani ke rumah Datin Tan untuk mendapatkan maklumat tentang SLLT untuk disampaikan kepada Rahim.

85

En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang memberi amaran kepadanya supaya tidak mementingkan kekayaan sehingga sanggup menyingkirkan penduduk Kampung Pulai.Bagi Rahim itu suatu penganiayaan dan satu bentuk kezaliman. Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja dengan SLLT. Jika dia bekerja dia akan menentang rancangan yang hanya mementingkan kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai moral. Bagi En. Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar . Surat Rahim juga turut meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan rancangan untuk menjodohkan Mahani dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh dijadikan umpan untuk mengubah cara pemikiran Rahim. Ditambah mereka berdua saling mencintai. Ketika dia menelefon Sudin, En. Muhammad dikejutkan dengan satu insiden yang baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat laporan tentang satu insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu menyebabkan En. Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden tersebut.Beliau seterusnya menuju restoren tempat pertemuan yang dijanjikan.

Aspek kajian

1. Bersyukur-En.Muhammad bersyukur kepada Allah kerana Mahani dan Rahim telah selamat dijodohkan melalui ikatan pertunangan.

2.Keberanian-Rahim berani menentang tindakan ayahnya, yang dirasakannya mementingkan diri sendiri demi untuk kepentingan perniagaanya.

Bab 28:

Perkahwinan anatara Mahani dan Rahim terpaksa ditunda ke bulan September kerana Rahim tidak jadi Peritiwa-peristiwa Penting:

1. En.Muhammad berjaya menyatukan Rahim dengan Mahani dalam ikatan pertunangan

2. Surat-surat Rahim kebanyakkan isi kandungannya menuduh ayahnya menganiaya penduduk Kampung Pulai.

3. En. Muhammad dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Kampung Pulai yang dilaporkan oleh Sudin dan juga YB.

86

pulang pada bulan Julai. Bagi En. Muhammad penangguhan tersebut memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan insiden yang baru dilaporkan oleh Sudin dan YB. Kebetulanya kedua-dua insiden tersebut melibatkan pemusnahan lading orkid dan juga pergaduhan antara pemuda-pemuda di Pekan Kuala dengan Ali yang mengelolakan projek tersebut. Menurut YB motif kejadian tersebut ialah politik , ini kerana Ali adalah ketua pemuda parti politik YB manakala guru silat yang memukulnya dari parti politik pembangkang. Sudin dan Jahid berpendapat Ali dipukul kerana peranannya dalam kempen pemilihan imam Pekan Kuala. En. Muhammad bimbang jika rancangan memindahkan imam Kampung Pulai ke Pekan Tualang diketahui. Mahani kemudiannya diminta untuk menhubungi peguam, En. Muhammad mahu peguam menyelesaikan kes tersebut dalam masa 3 minggu tanpa melibatkan dirinya dan juga YB. En. Muhammad mengajak Mahani ke Pekan Tualang dan dia turut mendedahkan akan sikap Rahim yang kasar berbanding dengan Mahani yang lembut dan dia harap Mahani dapat bersabar.

Aspek kajian:

1. Persoalan Politik – Pertentangan fahaman politik boleh mencetuskan keadaan yang genting, seperti perkelahian dan boleh memecahbelahkan masyarakat.

Cth: Kejadian yang menimpa Ali, iaitu dia telah dibelasah oleh sekumpulan pemuda di Pekan Kuala berpunca dari masalah politik kerana Ali adalah penyokong parti yang diwakili oleh YB manakal kumpulan pemuda itu pula dari parti pembangkang.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Penundaan perkahwinan Mahani dan Rahim memberi ruang kepada En. Muhammad untuk menyelesaikan insiden yang baru berlaku di Kampung Pulai.

2. Masalah yang timbul ialah projek tanaman orkid telah dimusnahkan dan Ali telah dipukul oleh beberapa pemuda di Pekan Kuala.

3. En. Muhammad berjumpa dengan peguam untuk menyelesaikan masalah ini, dia mahu peguam menyelesaikannya dalam masa 3 minggu tanpa melibatkan dirinya dan YB.

87

2. Kasih sayang – kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tidak berbelah bagi dan dia sanggup menegnepikan sikap anak yang tidak bersetuju dengannya.

Cth: En. Muhammad sanggup menegenpikan tuduhan Rahim ke atasnya semata-mata kerana dia amat menyayangi Rahim dan mahu Rahim mengambilalih tempatnya sebagai seorang peniaga yang berjaya.

Bab 29:

Sepanjang bercuti, Mahani berfikir tentang kehidupannya sebagai isteri kepada Rahim yang berpendirian tegas. Mahani turut mengutus surat kepada Rahim menceritakan tentang majlis pertunangan mereka. Mahani dalam suratnya turut berkias yang dia sebenarnya dijadikan denak untuk memikat jalak yang gagah. Mahani harap Rahim akan memahaminya. Mahani turut menceritakan maklumat pembelian tanah di Kampung Pulai, cara hidup mereka serta masalah dan perasaan mereka yang masih daif dan perlu dibantu. Mahani juga turut menceritakan harapan Imam Saad terhadap golongan muda. Bagi Mahani En. Muhammad tidak berniat menganiaya penduduk kampungtetapi dia hanya menjalankan urus niaga. Di Pejabat sesi temuduga telah diadakan bagi mencari pembantu Mahani yang semakin sibuk sejak penubuhan SLLT. Cik Puan Tipah juga turut hadir kerana ada temu janji dengan peguam. Mahani tidak tahupunca kejadian pemusnahan lading orkid. Mahani berasa tindakan SLLT tidak memaklumkan tentang pembelian tanah di Kampung Pulai kerana berhadapan dengan masalah. Mahani cuba mencari helah untuk mendapat maklumat tentang perkara yang dibincangkan tetapi En. Muhammad tidak membenarkanya masuk.

Bab 30

Peristiwa-peristiwa Penting:

1.Isi surat Mahani kepada Rahim yang menceritakan tentang majlis pertunangannya serta kiasan Mahani yang dia sebenarnya adalah denak untuk menjinakkan Jalak.

2. Cik Puan Tipah ke pejabat untuk bertemu dengan peguam bagi menyelesaikan kes berhubung dengan pemusnahan lading orkid.

3. Mahani cuba mendapat maklumat tentang perkara yang dibincangkan namun En. Muhammad tidak membenarkannnya masuk.

88

Mahani, En. Muhammad dan Cik Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka kemudiannya telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad disinilah paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En. Muhammad memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan Tipah memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya, tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu sudahpun selesai dan hari perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti. Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori, hakikat kehidupan sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim dibesarkan dalam masyarakat cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat Melayu sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat niaga. Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim hanya mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa Rahim dalam SLLT, SLLT akan tetap berusaha untuk meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.

Bab 31

Sani yang bersetuju untuk menetap di kampong atas cadangan Sudin berada dalam kekeliruan tentang masa depannya jika menerima tawaran kerja sebagai wakil kepada wakil rakyat.Dia bimbang kerana politik akan berubah dalam setiap 5 tahun sekali. Dia sebenarnya berharap agar YB menawarkan kerja di kilang papan yang tidak berisiko. Sudin menasihatinya supaya menerima saja tawaran tersebut.

YB datang untuk mendapat jawapan dari Sani, kesempatan tersebut digunakan oleh Sani untuk mengetahui akan kedudukan ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin uzurdan memerlukannya kerana dia adalah anak tunggal. Sebenarnya persaraan ayah sani akan memberi peluangkepada imam pecan Tualang kembali ke tempat asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan ayah Sudin akan dilantik sebagai imam di Pekan Tualang.

YB mengajak mereka ke rumah Datuk mahmud untuk berbincangtentang pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk meninggikan taraf hidup mereka. Satu rancangan telah diatur untuk

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Makan tangahari antara Mahani. Cik Puan Tipah dan En. Muhammad untuk berbincang tentang Rahim.

2.En. Muhammad dan Cik Puan Tipah sebenarnya mahu mengetahui akan tanggapan Mahani terhadap rahim

3. Topik perbincangan lebih berfokus pada sikap Rahim yang mempunyai prinsip yang berbeza dengan ayahnya tentang pembangunan.

4. En. Muhammad berharap agar Mahani dapat bersabar dengan Rahim yang suka mencari kebenaran.

89

menempatkan mereka di tanah rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah golongan tua termasuklah imam Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk Mahmud bagi melantik Imam Saad sebagai imam Pekan Tualang.

Bab 32

Pak Salim tiba-tiba menantang cadangan untuk menjadikan gerainya sebagai tempat perbincangan dengan penolong pegawai daerah dan pegawai FELDA. Sudin meminta maaf kerana menyusahkan P. Salim dan dia mahu P. Salim memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan tempat untuk taklimat di surau. Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk Mahmud telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka tidakkah mereka takut dengan pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga mengingatkan mereka supaya hadir sama pada hari Isnin di surau dalam majlis penerangan nanti. Mat Akil memaklumkan sebenarnya Pak salim marah kerana tinggal dia seorang orang tua yang nanti terpaksa mengikut anaknya ke tanah rancangan. Sedangkan Imam saad telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang. Mengikut Mat Akil P. Salim rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah Datuk mahmud semuanya telah ada bagi berbincang tentang pembelian tanah penduduk Kampung Pulai,bagi sudin semuanya telah beres kecuali masalah kecil tentang P. salim. En. Muhammad berharap agar YB dapat mengusahakan sebuah tapak kedai dengan rumahnya sekali di tanah rancang kepada P. Salim dan mereka berharap P. salim akan bersetuju.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sani keliru samaada mahu menerima tawaran kerja dengan YB, kerana masa depannya tidak terjamin kerana ia melibatkan politik yang akan berubah 5 tahun sekali.

2.Sani akhirnya akur dengan nasihat Sudin supaya menerima tawaran tersebut demi untuk ayahnya yang semakin memerlukannya kerana uzur.

90

Bab 33

En. Muhammad berasa tenang apabila dia menghadap tuhan pada hari jumaat di Kampung Pulai sempena pengumuman SLLT akan membeli tanah penduduk kampong. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara penentangan dari seorang pemuda berjubah yang menuduh En. Muhammad bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan yang akan membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan keuntungan.

Jamaluddin turut membuat tuduhan bahawa perpindahan mereka ke rancangan FELDA mempunyai maksud tertentu. Menurutnya orang-orang tua di kampong itu telah dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan kesenangan supaya tindakan mengusir penduduk kampong tidak berhadapan dengan masalah.

En. Muhammad kesal dengan tuduhan tersebut, mereka tidak sedar hasrat murninya untuk meninggikan taraf ekonomi penduduk kampong. Dia berdoa agar mereka yang menentangnya diberi petunjuk dan pengertian akan niatnya. Selepas makan di rumah datuk Mahmud mereka telah mengadakan bedah siasat bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian yang dibuat jamaluddin menentang kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya sepertimana Imam Saad dan juga Tuk Empat Dahlan. Manakala Pemuda berjubah itu pula dikatakan hanya bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah Pak salim telah dapat diselesaikan, dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin nanti ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu mengingatkan En. Muhammad pada zaman mudanya yang banyak menganiaya peniaga-peniaga yang tidak mematuhi kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya, tapi sekarang Mahani telah mengubah hidupnya yang dulunya penuh kemaksiatan.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Pak salim enggan membenarkan gerainya digunakan sebagai tempat taklimat yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai daerah dan Pegawai FELDA.

2. M.Akil memaklumkan sebenarnya P. Salim sedih kerana dia seorang orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke tanah rancangan sedangkan Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan tidak.

91

Bab 34

En. Muhammad ke pejabat Datuk Tan untuk berbincang tentang masalah SLLT seperti dalam laporan peguam. En. Muhammad dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan supaya mengambil Mary bekerja, tetapi En. Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya sudah tua. Beliau seterusnya menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang orkid dan juga pergaduhan, beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik kejadian tersebut. Beliau dapat rasakan orang yang mengupah Pendekar Omar untuk menakutkan orang kampong supaya tidak menandatangani petisyen persaraan Imam, sekiranya ia benar tentunya melibatkan soal politik ini kerana Ali ialah penyokong YB.

Motif kedua pula adalah untuk menakutkan En. Muhammad supaya tidak melabur di Kampung Pulai. Beliau turut mengesyaki tauke Chan yang menjadi dalangnya. Tetapi Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia kenal Tauke Chan yang tentunya tidak berani untuk menentangnya. Datuk Tan mengesyorkan supaya peguam terus membuat penyiasatan yang lebih terpeinci. Datuk Tan bertanya sekiranya Kampung Pulai tidak berjaya dibeli adakah operasi perlombongan dapat dijalankan. En. Muhammad memberitahu operasi masih boleh dijalankan. Tapi beliau bimbang jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi pulau dikelinlingi lombong.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Pengumuman tentang SLLT akan membeli tanah kepunyaan penduduk Kampung telah dibuat oleh En. Muhammad sebelum sembahyang Jumaat.

2. Jamaluddin dan pemuda berjubah menentangnya dengan mengatakan En. Muhammad hanya mementingkan keuntungan dan membawa maksiat.

3. Selepas sembahyang bedah siasat telah diadakan bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut yang akan mengagalkan rancangan En. Muhammad.

4. En. Muhammad teringat zaman mudanya yang pernah menganiaya peniaga kecil dan

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En. Muhammad ke pejabat datuk tan untuk berbincang tentang kejadian di kampong Pulai seperti yang dilaporkan oleh peguam.

2. En. Muhammad insaf dan berasa dirinya tua apabila Datuk Tan memberitahu tentang Mary yang berminat untuk berkerja.

3. Mereka keliru tentang motif sebenar disebalik kejadian tersebut samada ia melibatkan politik atau Tauke Chan.

92

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 84-92)