• Tidak ada hasil yang ditemukan

174 2. Ilmu perniagaan/eksport import

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 174-178)

En. Muhammad mendapat pengalaman bekerja dan ilmu perniagaan sewaktu bekerja dengan syarikat dagangan orang Inggeris sebagai Pengurus Kawasan Timur Semenanjung. Ilmu yang diperolehinya telah membantunya membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

3. Ilmu pertanian.

Cik Puan Tipah merupakan satu-satunya wanita Melayu yang berani menceburi bidang pertanian dengan membuka kebun orkid.

Dato Tan – Getah Petani – Lada hitam

4. Ilmu perlombongan

Datuk Orangkaya Indera Idris merupakan orang Melayu pertama yang menceburi bidang perlombongan bijih timah.

5. Ilmu kejuruteraan perlombongan – Robert

6. Ilmu pengurusan – En. Muhammad

7. Pengurusan pejabat/kesetiaushaan – Mahani

8. Ilmu perhubungan awam – Sudin

9. Ilmu politik – YB. Mohd Yusof

Penutup [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.

175

2. Dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, terdapat beberapa individu yang memiliki ilmu tertentu. Bincangkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh watak-watak yang berkenaan dapat dimanfaatkan

dalam kehidupan anda. [25]

Cadangan jawapan:

Pengenalan[3]

Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya .Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena tertentu.

Nota: 3 markah diberikan jika pernyataan yang lengkap melibat-libatkan ketiga-tiga isi jawapan di atas

menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan.

Isi [20]

Ilmu keagamaan turut mendapat perhatian pengarang novel, ilmu ini disampaikan menerusi watak

Lebai Maaruf yang amat mementingkan ilmu keagamaan. Beliau berdakwah kepada golongan muda/masyarakat kampung supaya mendekati tuhan/mematuhi ajaran agama. Ramai golongan muda/masyarakat yang mula menunaikan solat berjemaah di surau antaranya termasuklah Kemat Jerangkung dan juga Sudin. Ramai golongan muda turut belajar mengaji al-Quran.Ilmu agama mampu membentuk diri saya lebih bertakwa dan mematuhi ajaran agama.

Selain itu,Ilmu perniagaan/perdagangan/keusahawanan turut mendapat tempat dalam novel menerusi watak Encik Muhammad. Encik Muhammad mendapat ilmu ini menerusi pengalaman bekerja dengan syarikat dagang orang Inggeris di Kuala Lumpur. Ilmu yang dipelajarinya itu telah membantunya membuka syarikat pernigaannya sendiri/membuka syarikat perlombongan. Ilmu perniagaan harus dikuasai terlebih dahulu dengan mencari pengalaman bekerja pasti akan membantu saya dalam kehidupan apabila saya ingin menceburkan diri dalam perniagaan.

Di samping itu, Ilmu berkebun/pertanian juga diselitkan dalam novel menerusi watak Cik Puan Tipah, dia yang menceburi penanaman orkid dirumahnya mempunyai ilmu tentang penanaman orkid sehingga mendorongnya untuk membuka ladang orkid.

176

(contoh 3: Pembukaan ladang lada hitam oleh Encik Muhammad)

Mempunyai ilmu yang berkaitan pertanian membantu saya untuk menjalankan aktiviti pertanian secara lebih sistematik.

Ilmu perlombongan turut dipaparkan menerusi watak Datuk Indera Idris merupakan orang Melayu yang bekerjasama dengan datuk kepada Datuk Tan menjalankan perusahaan lombong di kampung Pulai. Usahanya itu diteruskan pula oleh Encik Muhammad yang melihat potensi perusahaan perlombongan kerana ianya boleh mengembangkan lagi empayar perniagaanya. Ilmu perlombongan boleh mengangkat tahap keilmuan saya kerana ianya satu bidang baru.

Ilmu kejuruteraan turut mendapat tempat dalam novel . Hasrat Encik Muhammad dan Datuk Tan agar anak-anak mereka dapat meneruskan usaha mereka menyebabkan mereka menghantar Rahim dan Robert belajar di luar negara dalam bidang tersebut bagi memudahkan syarikat lombong beroperasi nanti. Membantu saya untuk mengaplikasinya dalam kehidupan seperti membaiki peralatan / mesin di rumah.

Ilmu pengurusan/kesetiausahaan , watak yang memiliki ilmu berkaitan dengan pengurusan ialah Encik Muhammad beliau telah dilantik menjadi pengarah syarikat kerana beliau bijak dan menguasai ilmu pengurusan sehingga menjadikan syarikatnya antara yang terbaik.

(contoh 2) Mahani menguasai ilmu kesetiausahaan dengan belajar. Membentuk diri saya lebih berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diserahkan kepada saya.

Ilmu perhubungan awam , watak Sudin menguasai ilmu pengurusan awam hasil daripada pengalamannya bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat, membolehkannya menjawat jawatan sebagai pegawai perhubungan raya syarikat Lombong lembah Tualang. Boleh meningkatkan keyakinan diri saya dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.

Ilmu Politik juga turut diperkatakan oleh pengarang novel menerusi watak YB Muhd. Yusof .Beliau sememangnya merupakan seorang ahli politik yang menguasai ilmu politik sehingga dia mampu dipilih menjadi wakil rakyat. Penguasaan ilmu politik mampu membantu saya memahami senario politik negara untuk membolehkan saya mencurahkan bakti buat negara tercinta.

Penutup [2]

177

Buat satu esei lengkap berdasarkan fakta dan contoh yang dicadangkan seperti diatas dengan mengemukakan huraian dan perbincangan.

Kepentingan ilmu

Sabda Rasulullah SAW bermaksud;

“Sesiapa yang mahu mencapai kemajuan di dunia, maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahu mencapai kebahagian di akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahu mencapai kebahagian

di dunia dan di akhirat maka hendaklah ia berilmu”

1.3 JATI DIRI

178

Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam makalahnya Peradaban dan Jati Diri Melayu (atas talian) menyatakan bahawa Jati diri Melayu itu ada jiwa dan rohnya. Kemelayuan bukan sahaja dilihat dari sudut siratan yang bertali kepada asal-usul sejarah, bahasa, budaya, agama dan wilayah. Penerokaan selanjutnya ialah menyelusuri aspek dalaman atau batiniah Melayu.

Nota:

1. Jati diri mulia tidak hanya terhad seperti yang dinyatakan di atas. Terdapat banyak lagi jati diri mulia yang terdapat dalam setiap insan sebagaimana yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin

(Sejarah Melayu dan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

2. Jati diri harus dilihat pada watak yang berkenaan dan berkaitan sahaja.

Jati Diri

Patriotik

Bijaksana

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 174-178)