• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan insan dari aspek keagamaan seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 112-117)

111 Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala

1.1.5 Pembangunan insan dari aspek keagamaan seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin

(Sejarah Melayu)

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) – sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duri’l mazlum.

2. Cinta agama/Belajar agama – Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan. Bertanya satu masalah agama ke Pasai (hlm 247)

113

3. Mengajar agama – Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuf dan para pembesar Melaka.

4. Kewalian (wali Allah) – orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh Maulana Abu Bakar)

5. Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka (hlm 56)

6. Kitab agama – Kitab Duri’l mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.

7. Persoalan isi syurga dan isi neraka – dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana Abu Bakar.

8. Tahu hukum hakam/peraturan/undang Islam – Wasiat Sultan Mansur Syah (hlm 170 –dosa dan pahala, haram dan halal)

9. Solat/kepentingan solat – Membuka Melaka (hlm 71) Kedatangan Islam Ke Melaka- Syed Abdul Aziz (hlm 73) Pembukaan Pasai – Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad

10. Amanah/jujur – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah 11. Adil – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, Sultan Mansur 12. Sabar – Sultan Mansur

13. Akhlak terpuji/beriman/bertaqwa/pekerti yang baik/zuhud/merendah diri – Fakir Muhammad, Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah(Sultan Membuang Kerajaan-hlm 266)

14. Ukhuwah/Silaturrahim/perpaduan – Tun Perak dengan Tun Ali – satu cara mengelak pecah belah (hlm 92)

15. Baca Al-Quran/belajar Al-Quran – Fakir Muhammad (Mula kedatangan ke Alam Melayu – hlm 57)

16. Taat kepada pemimpin – selagi tidak bercanggah dengan ajran Islam 17. Memuliakan/menghormati alim ulamak/guru agama

1.1.6 Aspek keagamaan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur sebagai tonggak pembangunan sahsiah.

Taqwa. Adalah sifat yang paling penting dalam diri orang yang beriman. Takut kepada Allah dan harap kepada rahmatnya. Takut melakukan dosa kerana akan menyebabkan azab Neraka. Harap pada rahmat Allah dan dapat masuk syurga. Tuan Guru Sheikh Syed Salim tidak membenarkan Syarifah Naimah dan syarifah Mu’inah bergaul bebas dengan Syed Aris kerana mereka bukan mahram (hlm. 30).

Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala. Tidak marah-marah kepada orang yang menganiaya. Sanggup memberikan kemaafan dan terima nasib malang dengan redha. Lebai maarup redha dengan peristiwa buruk yang menimpanya. Dia menjemput orang kampong ke balairaya untuk menyatakan sikapnya yang tidak berdendam dan tidak akan melakukan pembalasan terhadap dengan orang yang memukulnya (Mat Akil).(hlm. 311).

114

Sabar. Lebai maarup bersabar bila dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil. Dia tidak mahu menuntut keadilan dari pihak berkuasa. Dia mahu kes dia dipukul dimatikan saja, tidak ada umpat mengumpat dan huru-hara dalam kampung (hlm. 311)..

Bersyukur. Berterima kasih kepada Allah setelah menerima pertolonagan Allah. Sudin bersyukur kepada Allah kerana dia tidak meninggal dunia setelah dipukul oleh mat Akil (109). En Muhammad bersyukur kerana Syarikat perlombongan Berjaya ditubuhkan. Dia bersembahyang tahajud dan berzikir kepada Allah. YB Mohd Yusuf dan En Muhammad bersyukur kepada Allah kerana rancangan pindahkan penduduk ke FELDA dilihat akan Berjaya (260). Sudin meminta penduduk Kampung Pulai bersyukur kepada Allah kerana mempunyai pemimpin seperti YB Mohd Yusuf dan En Muhammad yang baik hati (hlm. 328).

Pemurah dan tidak bakhil. En Muhammad menyumbang 10 ribu ringgit untuk kenduri 3 hari 3 malam meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera (hlm. 171). Sekali lagi dia menyumbangkan seekur kambing untuk dikendurikan sempena pengumuman YB Mohd Yusuf dan pegawai FELDA di masjid (hlm 171). En Muhammad juga mengumumkan untuk member saguhati kepada penduduk yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarganya, sekiranya mereka mahu pindah ke FELDA.

Tawadhu dan menghormati yang lebih tua. Anak saudara En Muhammad yang bernama Muhamad Alif bin abdul Karim, seorang yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan sarjana ekonomi dari London school of economics, merendahkan dirinya kepada En Muhammad dan memanggil En Muhammad sebagai Pak Su (hlm. 338).

Amanah. Menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah termasuklah menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Menjalankan dakwah mengajak manusia bertaqwa kepada Allah. Lebai Maarup menegaskan dia berusaha untuk berdakwah mengajak manusia kepada Allah. Mengajar budak-budak mengaji al-Qur’an (hlm 311).

Fatanah / Bijaksana. Menyusun strategi untuk selesaikan masalah. En Muhammad menyusun pelbagai strategi untuk menjayakan projek perlombongan di Kampun Tualang. Penduduk akan dipindahkan ke rancangan FELDA. Tanah penduduk akan dibayar dengan harga yang tinggi. Penduduk tidak bertanah diberikan saguhati. Sudin diambil bekerja dengan Syarikat perlombongan Lembah Tualang. Imam Saad akan dijadikan Imam di Pekan Kuala. Tuk Empat Dahlan dijadikan penghulu Pekan Tualang. Imam Pekan Tualang dipindahkan ke Pekan Kuala dan Imam Pekan Kuala diminta bersara awal. Untuk memujuk Imam Pekan Kuala bersara, Sani diambil bekerja dengan YB Mohd Yusuf.

Mohon kemaafan. Untuk memohon kemaafan dari orang lain adalah berat bagi mereka yang tidak beriman. Begitu juga untuk memberikan kemaafan kepada orang lain. Mahani memohon maaf dari Datuk Tan kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya bagi menyambut kedatangan Datuk Tan ke pejabatnya (hlm. 1).

Menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Syed Salim al-Makky belajar ilmu agama di Mekah. Bila pulang dia pulang menjadi guru agama di istana (hlm. 28) . Tok guru haji Ismail pula menjadi guru agama yang disegani di Kampung Pulai. Imam Saad dan Pak Salim berguru kepadanya (Hlm 87). Imam Saad kini menjadi imam dan bertanggungjawab mengajar mengaji kepada budak-udak kampung (93). Lebai Marup pula belajar ilmu agama di Tanjung karang dan pulang ke kampong Pulai untuk mengajar ilmu agama di sana pula (hlm 310).

115

Mendirikan solat. Mendirikan solat fardhu dan juga solat sunat. Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut dan Kemat Jerangkung adalah orang yang rajin mendirikan solat berjemaah termasuklah solat subuh (hlm. 307). En Muhammad juga rajin mendirikan solat tahajud kepada Allah, contohnya pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang (hlm. 260)

Berdoa. Memohon bantuan daripada Allah supaya masalah hidup dapat diselesaikan. Selain berzikir, En Muhammad juga berdoa kepada Allah supaya cita-citanya untuk melaksanakan projek perlombongan akan berjaya (hlm. 260).

Sedekah. Menjamu makan termasuk dari amalan sedekah atau menginfaqkan harta yang disukai Allah. En Muhammad termasuk dalam golongan orang yang suka bersedekah. Dia menyumbang 10 ribu ringgit untuk mengadakan jamuan bagi meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Orang Kaya Indera (hlm. 171). Dia mengadakan kenduri meraikan pernikahan Sudin dengan gayah di rumahnya (hlm. 140). Syed Aris juga mengadakan kenduri sempena pertunangan Mahani dengan Rahim (hlm. 208).

Mewakafkan harta. Memberikan harta untuk kegunaan orang ramai. Imam Saad mewakafkan tanahnya di Kampung Pulai untuk dibina surau (hlm. 256). Lebai maarup juga mahu mewakafkan tanahnya seluas 2 ekar kepada syarikat perlombongan Lembah Tualang bagi pembinaan kompleks pekerja termasuklah pembinaan surau (hlm. 360).

Bertunang, berkahwin dan mengadakan walimatul urus. Dalam Islam majlis pertunagan, perkahwinan dan jamuan walimatul urus sebaiknya dibuat secara sederhana sahaja. Tidak perlu secara besar-besaran yang biasanya melibatkan pembaziran. Mahani meminta ibubapanya mengadakan majlis pertunangannya dengan Rahim dibuat secara sederhana saja, jangan besar-besaran untuk elak pembaziran (hlm.hlm. 208 ) Majlis perkahwinan Sudin dengan Gayah juga dibuat secara sederhana dan tidak melibatkan persandingan (hlm. 140).

Menziarahi orang sakit. Melawat orang sakit atau orang yang ditimpa musibah adalah dianjurkan dalam Islam. Semasa Sudin terlantar di rumah sakit setelah dipukl oleh Mat Akil, YB Mohd Yusuf telah dating melawatnya (hlm. 105). Sudin pula diminta oleh En Muhammad supaya menziarahi Lebai maarup di hospital (hlm. 327). En Muhammad sendiri juga telah datang menziarahi Lebai maarup yang dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil (hlm. 341).

Berzikir atau mengingati Allah. Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah . Termasuklah juga beristighfar dan berselawat kepada rasulullah s.a.w.. En Muhammad bangun bersolat tahajud, berzikir dan bersyukur kepada Allah pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang. Dia merasakan dirinya dekat dengan tuhan. (hlm. 260).

Menunaikan hutang. Setiap hutang wajib dibayar. Memberi hutang dan membayar hutang adalah merupakan ibadat kerana menolong orang yang berada dalam kesempitan. Sudin telah meminta En Muhammad memberikan hutang kepada Sani sebanyak 9000 ringgit. En Muhammad minta Sani mencagarkan geran tanah ataupun mendapatkan jaminan dari YB Mohd Yusuff (hlm. 191). Mat Akil pula membayar hutang kepada kawannya yang bernama Man tetapi tak cukup 10 ringgit dan dia minta dihalalkan (hlm. 278).

Berbakti dan menunaikan hak orang tua. Bila ibubapa telah tua dan uzur, anak hendaklah bertanggungjawab menjaga orang tua itu sebagaimana mereka dulu menjaga kita di waktu kita kecil. Sudin

116

telah membawa diri kerana kecewa ibubapanya tidak mahu meminang Gayah. Setelah 15 tahun dia kembali semula ke rumah ibubapanya kerana menginsafi bahawa ibubapanya telah tua dan perlu dibantu (hlm. 94).

Taat kepada ibubapa. Anak tidak boleh derhaka kepada ibubapa. Suruhan mereka hendaklah dipatuhi. Larangan mereka hendaklah dijauhi. Tidak taat kepada ibubapa menyebabkan anak menjadi derhaka. Syarifah Mu’inah mematuhi suruhan ayahnya, Syed Salim supaya kahwin dengan abang iparnya sendiri, Syed Aris selepas kakaknya meninggal dunia. Arahan itu dipatuhi walaupun dia terasa amat berat (hlm. 29).

Amar makruh Nahi Mungkar. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tugas ini amat berat tetapi sangat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah. Lebai Maarup meminta penjelasan dari En Muhammad apakah benar ingin membina hotel di jeram Medang. Pembinaan hotel itu akan mengundang angkara judi, arak dan zina. Kalau boleh dia tidak mahu semua maksiat itu berlaku di Kampung Pulai (hlm. 261).

Menolong orang yang kesusahan. Sifat tolong-menolong atau membantu orang yang kesusahan adalah sifat yang terpuji. Orang yang menerima bantuan akan sentiasa terkenang budi orang yang sanggup menolong. Pertolongan itu sangat perlu terutama kepada orang miskin dari kalangan kaum keluarga dan jiran tetangga dekat. En Muhammad berhasrat mahu menolong orang kampungnya yang miskin. YB Mohd Yusuf juga sentiasa bekerja untuk menolong orang kampung. Mereka berdua berbincang untuk membantu penduduk yang miskin itu (hlm. 69).

Mencari rezeki yang halal dan baik. Tidak baik mencari rezeki yang tidak halal ataupun dengan cara yang tidak baik. Pada mulanya Syed Aris tidak membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi akhirnya dia membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi di pejabat En Muhammad sahaja. Dia bimbang Mahani akan terjebak dalam angkara dosa (hlm. 79).

117

ELEMEN 1 (AKTIVITI) Aktiviti 1

Nyatakan nilai Islam dan kehidupan beragama yang menjadi tonggak pembangunan sahsiah berdasarkan watak yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur atau Sulalatus Salatin (Sejarah

Melayu)

1. Nilai Islam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Nilai-nilai Islam Watak

Peristiwa (Perbuatan) Kesan Pembangunan insan 1. Bertaqwa / Beriman

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 112-117)