• Tidak ada hasil yang ditemukan

AYAT AL QUR'AN SEBELUM KEDATANGAN LARANGAN MENGENAI RIBA DIDALAMNYA

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 59-65)

Barangkali wahyu pertama yang menyentuh subjek riba dengan tidak secara langsung adalah surah Makkan (ayat-ayat yang diturunkan di Mekah) yang terawal bertajuk Pencaci (al-Humaza)

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (iaitu semua dan setiap seorang dari mereka, dan juga dalam apa jua bentuk cacian dan kejian); (Antara jenis pencaci dan pengeji adalah) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (senantiasa bertambah dan tidak berkurangan); (atau mereka yang mengambil kekayaan mereka sebagai penjaga keselamatan mereka); Ia menyangka

matlamat utama mereka yang menubuh dan mengekalkan sistem riba). (Terjemahan lainnya adalah: Dia percaya yang kekayaannya akan membuatkan dia hidup selama-lamanya).

Tidak! (Akan hartanya menyelamatkannya) Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". (Iaitu dia akan dihancurkan menjadi kepingan kecil). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? (Al-Hutamah) ialah api (kemarahan) Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya). (Api) Yang naik menjulang ke hati; Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. (Mereka akan tidak dapat bernafas dan tercekik didalam api yang dasyat itu).

(Al Qur'an: al-Humazah:- 104:1-8) Surah Al Qur'an ini mendedahkan bentuk kelakuan memalukan dan berdosa yang mana menyebabkan kemarahan Allah SW. Allah SW adalah al-razzaq (Yang Menyediakan), dan Dialah yang telah memberikan secukupnya keperluan untuk semua hamba-hambaNya:

Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.

(Al Qur'an: al-Hijr:- 15:20) Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

(Al Qur'an: al-Fussilat:- 41:10) Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Allah SW telah memperuntukkan kekayaan dunia ini kepada semua umat manusia akan tetapi telah menetapkan bahawa setiap manusia itu perlulah bekerja untuk mendapatkan apa yang telah disediakan untuknya:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

(Al Qur'an: an-Najm:- 53:39) Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

(Al Qur'an: an-Najm:- 53:40-41) Tidak kurang dari sepuluh ayat Al Qur'an, yang mana Allah SW telah mengishtiharkan keupayaanNya untuk menambah, atau menyempitkan, dari segi kekayaan dan juga makan minum yang cukup pada pandanganNya untuk umat manusia:

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya...

(Al Qur'an: ar-Ra'ad:- 13:26. Lihat juga 2:240, 17:30, 28:82, 29:62, 30:37, 34:36, 34:39, 39:52, 42:12)

Jika kita bersedekah sebagai contohnya, Allah bukan sahaja akan mengembalikan kepada kita apa yang telah kita berikan, malah Allah juga akan menggandakannya (Al Quran: ar-Rum:- 30-39).

Akan tetapi sesetengah orang tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa rizq (rezeki) telah diperuntukkan oleh Allah SW. Sungguh besar cinta mereka terhadap kekayaan. Mereka mendedikasikan kehidupan dan penat lelah mereka hanya untuk mengumpulkan kekayaan dan berterusan menambahkannya. Mereka menjadi kaya dan kemudian berterusan menjadi semakin kaya. Mereka menjadi kaya dengan cara yang mana meyakinkan

mengagihkan kekayaan. Mereka bukan sahaja mencari dan berjaya mendapatkan kekayaan yang mana Allah SW telah peruntukkan untuk mereka, tetapi termasuklah juga yang telah diperuntukkan untuk orang lain. Oleh kerana itu mereka telah mendapat lebih bahagian kekayaan dari yang telah diperuntukkan kepada mereka oleh Allah SW, implikasinya adalah tentulah ianya telah diperolehi dengan cara yang salah. Samada ianya diperolehi secara mencuri, rompakan yang dihalalkan atau tipu muslihat, atau dengan cara apa sekalipun, ianya diperolehi secara haram! Dan itu adalah riba - mengumpulkan kekayaan secara haram.

Allah SW menolak golongan sebegini dan juga kekayaan yang mereka perolehi dengan cara yang keji ini. Akibat perbuatan buruk mereka ini adalah azab Allah yang amat dasyat iaitu api yang naik menjulang ke hati-hati mereka. Secara luarannya kelihatan mereka ini, disebabkan oleh kekayaan mereka, hidup didalam syurga itu sendiri. Tetapi sebenarnya kehidupan mereka itu adalah didalam neraka.

Didalam surah Makkan terawal yang lain, Surah al-Mutaffifeen (tentang orang yang curang dalam jual-beli), Allah SW telah mendedahkan riba yang mana berlaku dalam satu bentuk yang biasa dilakukan dalam usaha untuk mengumpulkan kekayaan dengan cara yang salah, iaitu mencuri dengan menggunakan muslihat:

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi... Tidakkah mereka terfikir yang mereka akan dipertanggungjawabkan (atas perbuatan mencuri itu?)

(Al Qur'an: al-Mutaffifeen:- 83:1-4) Apa yang telah dilakukan oleh ayat ini adalah untuk serentak mendidik dan memberikan amaran kepada golongan sebegini! Kaedah Al Quran ini telah memberikan pengajaran bahawa, tanpa ilmu dan pengetahuan mengenai apa yang keji, maka tidak mungkin apa yang keji itu dapat dihapuskan.

Dalam ertikata lain, jika manusia sudah tenggelam dengan perbuatan keji, maka cara untuk membebaskan mereka dari kekejian itu adalah dengan memulakan proses mengajarkan kepada mereka bahawa itu adalah satu perbuatan yang keji, dan kemudian memberi amaran kepada mereka akan beratnya hukuman Allah SW kepada mereka yang melakukan perkara yang keji itu. Allah SW berulang kali memberikan amaran sebegini didalam Al Qur'an:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

(Al Qur'an: al-Baqarah:- 2:195) Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.

(Al Quran: al-Qasas:- 28:58) Al Qur'an telah membuat rujukan yang khusus kepada Qarun (Korah) yang sangat buruk tingkahlakunya disebabkan kekayaannya. Allah SW telah menghukumnya dengan membuatkan bumi menelan dirinya bersama-sama dengan kekayaannya:

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti

(kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar. Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

(Al Qur'an: al-Qasas:- 28:-76-81) Al Qur’an secara khususnya menyatakan orang-orang Yahudi sebagai golongan yang telah melakukan dosa ini dengan secara khususnya menyebut mengenai mereka:

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (mendapatkannya secara mengeksploitasi orang lain)...

(Al Qur'an: al-Maidah: 5:42) Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka (Orang-orang Yahudi) berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram (mendapatkannya melalui eksploitasi orang lain). Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

(Al Qur'an: al-Maidah:- 5:62) Sampai kepada satu persoalan: mengapakah rabbi-rabbi (paderi Yahudi)

tidak melakukan sesuatu mengenainya?

Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram (mendapatkannya melalui eksploitasi orang lain)? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

(Al Qur'an: al-Maidah:- 5:63)

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 59-65)