• Tidak ada hasil yang ditemukan

DEFINASI RIBA

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 34-39)

Barangkali tiada sarjana moden Islam yang telah memahami sifat dan kandungan riba dengan lebih tepat berbanding dengan seorang Yahudi dari Austria bernama Leopold Weiss yang telah memeluk Islam pada tahun 1926 dan mengambil nama Islamnya, Muhammad Asad. Riwayat perjalanan hidup beliau kearah Islam, dan didalam Islam, diceritakan dengan menarik didalam bukunya 'Road to Mecca'1. Beliau telah menyiasat dengan menggunakan pemikiran yang kreatif dan semulajadi untuk menemui intipati sesuatu perkara itu. Beliau telah menulis terjemahan dan huraian Al Qur'an (tafseer) didalam bahasa Enggeris yang mana beliau telah memberikan ulasan beliau mengenai ayat-ayat Al Qur'an berkenaan riba. Ulasan-ulasan tersebut itu sungguh penting kerana ianya memaparkan intipati definasi riba dengan cara yang mana tidak dapat ditandingi oleh karya tafseer yang lain, klasik ataupun yang moden. Kejayaan beliau untuk berjaya menembusi intipati subjek ini tidak dapat dinafikan berkait rapat dengan latar belakang beliau sendiri sebagai seorang Yahudi dan juga pengetahuan beliau mengenai riba didalam Judaism.

Kami sertakan disini ungkapan beliau: Secara amnya, dari segi bahasa, perkataan riba merujuk kepada suatu 'tambahan', atau 'peningkatan' sesuatu itu dari saiz asal ataupun jumlah; dalam peristilahan Al Qur'an pula ia bermaksud apa jua penambahan secara haram, mengunakan faedah, keatas sejumlah wang atau barangan oleh seseorang ataupun badan tertentu kepada yang lain.

Memandang kepada masalah dari segi keadaan ekonomi yang berlaku secara amnya pada atau sebelum zaman mereka, kebanyakan pakar undang-undang umat Islam yang awal mengenalpasti 'penambahan secara haram' ini sebagai keuntungan yang diperolehi menerusi apa jua pinjaman-pinjaman yang dikenakan faedah tanpa mengambil kira berapa kadar faedah tersebut ataupun motivasi ekonomi yang terlibat.

Dengan kesemua ini, dengan bukti banyaknya hasil kerja perundangan mengenai subjek ini, sarjana-sarjana Islam masih belum dapat untuk mencapai satu persetujuan muktamad mengenai definasi riba: definasi yang mana, akan merangkumi kesemua keadaan perundangan yang mampu difikirkan dan dapat memberikan maklum balas yang positif kepada semua keperluan didalam pelbagai keadaan ekonomi. Dalam tulisan Ibn Kathir (berkenaan ulasan beliau untuk ayat 2:275), 'subjek riba ini adalah subjek yang paling sukar sekali bagi kebanyakan sarjana-sarjana (ahl al-'ilm)'. Perlu diingatkan bahawa ayat yang mengutuk dan melarang riba dari sudut perundangannya (2:275-281) adalah wahyu terakhir sekali yang diterima oleh Nabi, yang mana baginda telah wafat beberapa hari kemudiannya (cf. Note 268 on 2:281): disebabkan oleh itu para sahabat tidak mempunyai peluang untuk bertanyakan kepada baginda berkenaan implikasi shar'i (shariah) akan perintah tersebut, hinggakan 'Umar ibn al-Khattab telah dipercayai dilapurkan telah berkata: 'Ayat terakhir (Qur'an) yang diturunkan adalah ayat (merujuk kepada tersebut) berkenaan riba; dan ketahuilah, Pesuruh Allah telah wafat tanpa dapat menjelaskan kepada kita akan maksudnya (Ibn Hanbal, diriwayatkan oleh Sa'id ibn al-Musayyab).

Walaubagaimanapun, ketegasan dengan mana Al Qur'an mengutuk akan riba dan juga mereka-mereka yang mengamalkan apa yang datang bersama-samanya - terutamanya apabila dilihat dari latarbelakang pengalaman ekonomi umat manusia sepanjang abad-abad diantaranya - adalah suatu petunjuk yang jelas akan hakikat dan implikasi riba dari segi sosial dan juga moral. Secara kasarnya, hinanya riba ini (dari segi yang mana telah digunakan didalam Al Qur'an dan juga hadis-hadis Nabi) terikat kepada keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman yang bersandarkan faedah yang melibatkan eksploitasi keatas golongan yang lemah dari segi ekonominya oleh mereka-mereka yang kuat dan pintar: eksploitasi yang digambarkan dengan hakikat bahawa pemberi pinjaman, sambil masih mempunyai hak sepenuhnya keatas wang yang dipinjamkan, tidak mempunyai kepedulian langsung dari segi undang-undang terhadap tujuan ianya digunakan ataupun cara mana ianya digunakan, secara perjanjiannya kekal terjamin akan keuntungannya tanpa mengambil kira apa jua kerugian yang mungkin dialami oleh peminjam akibat dari transaksi itu.

bagaimana keuntungan dan risiko mungkin boleh dikongsi secara adil dan saksama oleh kedua belah pihak didalam transaksi pinjaman tersebut. Ianya, sudah tentu, sukar untuk menjawab dua persoalan ini dengan jawapan yang tepat, dari segala sudut; jawapan kita perlu berubah mengikut perubahan sosial dan pembangunan teknologi manusia itu - dan persekitaran ekonominya - faktor-faktor ini adalah subjektif. Oleh kerana itu, sementara kecaman Al Qur'an terhadap konsep dan amalan riba adalah jelas dan mutakhir, setiap generasi umat Islam yang berjaya senantiasa berhadapan dengan cabaran untuk memberikan dimensi-dimensi dan juga makna ekonomi yang baru kepada perkara ini yang mana, untuk mendapat perkataan yang sebaiknya, yang mana boleh dianggap sebagai 'riba'.2

Apabila kita meneliti cara mana perbankan moden yang berlandaskan riba berfungsi, kita akan dapati hanya masa sahaja yang menentukan sebelum kekayaan akan terkumpul ditangan segelintir golongan sahaja melalui penderitaan manusia kebanyakan. Penderitaan itu ditambah lagi pula dengan hakikat bahawa kekayaan tersebut berkitar hanya dikalangan mereka yang kaya. Dan oleh sebab itu, yang miskin sekarang ini akan kekal miskin. Tidak perlu lebih dari kewarasan praktikal yang diperolehi dari pengalaman hidup untuk mengenali bahawa keadaan itu sebagai penindasan ekonomi.

Mari sekarang kita pergi kepada definasi asas Al Qur'an berkenaan riba. Ianya memberi banyak maklumat berguna apabila definasi itu datangnya dari ayat Al Qur'an yang pertama berkenaan subjek itu:

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan (iaitu laburkan) dengan riba, supaya bertambah (iaitu keuntungan) kembangnya dalam pusingan harta manusia (iaitu dari penat lelah orang lain) maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (jadi Allah tidak bersetuju dengannya). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.

(Al Qur'an:- 30:39) Pada masa ayat Al Qur'an ini diturunkan, riba dikenali sebagai pinjaman yang mana mempunyai faedah yang mana bertambah dari jumlah asalnya. Ayat tersebut telah mengishtiharkan bahawa pertambahan yang diperolehi

adalah dari usaha kekayaan orang lain. Dalam kata lain jika bertambahnya harta 'ku' menerusi transaksi riba (dalam bentuk pinjaman berfaedah) yang aku lakukan dengan seseorang, maka 'keuntungan aku itu' adalah 'kerugian dirinya'. Transaksi sebegitu tidak layak dikira sebagai ‘perniagaan’, malah ianya adalah satu penipuan. Islam memerintahkan persetujuan bersama didalam perniagaan (yang mana memberikan kepuasaan) bagi kesemua pihak (Al Qur'an 4:29).

Definasi riba dan tafsiran ayat ini (30:39) telah disahkan lagi dalam wahyu kedua berkenaan subjek ini yang mana Allah SW telah mengutuk orang-orang Yahudi atas penindasan, kezaliman, kekejaman atau perbuatan buruk (zulm) mereka. Antara perbuatan menindas mereka adalah mengambil riba, walaupun ianya telah dilarang keatas mereka, dan akibat dari tindakan mereka mengambil riba itu, Allah SW telah mengishtiharkan yang mereka:

...memakan harta orang dengan jalan yang salah (bathil)...

(Al Qur'an :- 4:161) Dengan ayat ini ianya jelas bahawa definasi Al Qur'an berkenaan riba adalah pertambahan harta, atas penat lelah usaha kekayaan orang lain, dengan cara yang tidak betul dan salah. Maka riba adalah satu bentuk eksploitasi ekonomi!

Didalam wahyu yang ketiga dan keempat berkenaan riba, Allah SW, telah mengenal pasti satu bentuk riba, iaitu pinjaman, dengan syarat yang mana jumlah yang dipinjamkan perlu dipulangkan dengan sejumlah tambahan tertentu (hari ini dipanggil faedah). (Al Qur'an :- 3:130, 2:279). Oleh sebab itu, riba telah menyebabkan perpindahan kekayaan secara tidak adil.

Adakala ianya sukar untuk mengenali riba kerana ianya tersembunyi sebagai sistem rompakan yang dihalalkan. (Al Qur'an:- 4:161). Professor Richard Falk dari Universiti Princeton telah menggunakan terma 'rompakan

Bagaimanakah rompakan yang dihalalkan ini berlaku? Al Qur'an membawa perhatian kita kepada satu bentuk riba yang telah disebutkan diatas, iaitu pinjam meminjam dengan 'faedah', iaitu transaksi yang mana jumlah asal yang 'dipinjamkan' bertambah melalui pembayaran balik dengan jumlah tertentu yang telah dipersetujui yang mana hari ini dikenali sebagai 'faedah', tanpa mengambil kira jumlah 'faedah' yang terlibat. Ini telah jelas dari wahyu yang terakhir didalam Al Qur'an (2:278-281) kepada Nabi SAW yang memerintahkan mereka yang beriman untuk tidak menuntut apa jua (tuntutan mereka) baki riba. Ia kemudiannya menjelaskan apabila mereka yang beriman patuh kepada perintah Allah ini, dia berhak untuk mendapatkan hanya keatas jumlah asal yang telah dipinjamkan (iaitu tanpa faedah sama sekali). (Al Qur'an:- 2:78)

Malah Al Qur'an telah menolak pandangan bahawa transaksi sedemikian yang 'meminjamkan wang dengan faedah' ini sebagai transaksi perniagaan. Ianya tidak! Allah SW, telah menjadikan perniagaan suatu yang dibenarkan (halal) dan menjadikan riba suatu yang terlarang (haram). Riba bukanlah perniagaan. Mengapakah ianya sedemikian? Dari perspektif Islam, semua perniagaan perlulah dilakukan didalam pasaran yang bebas dan adil, yang mana terdapatnya risiko, dan yang terdapatnya keuntungan atau kerugian. Didalam riba walaubagaimana pun, pasaran tidak lagi dipedulikan, dielak atau telah korup. Semua ini bertujuan untuk mengelakkan risiko dan akibatnya terhapusnya sebarang kebarangkalian untuk rugi! Tetapi ini tidak adil! Pasaran yang sedemikian tidak lagi menjadi pasaran yang bebas dan adil.

Jika A dilindungi daripada kerugian, sementara B pula terpaksa menanggung risiko kerugian bagi pihak dirinya sendiri dan juga A, jadi ianya jelas bahawa terdapat perpindahan kesatu arah dalam jangka masa yang lama kekayaan dari B kepada A. B akan, pada hakikatnya, menanggung kesemua kerugian dirinya dan juga bagi pihak A. Dan itu adalah eksploitasi ekonomi.

Persaingan kadar faedah diantara bank dan agensi pinjaman yang lainnya tidak memberikan bukti akan pasaran yang bebas dan adil. Malah perumpamaannya adalah seperti persaingan kadar antara pembunuh upahan. Pihak bank sedaya upaya lari dari kawasan yang mana orang miskin menetap disitu, dan bank tidak berminat untuk meminjamkan wang kepada golongan miskin. Pinjaman sedemikian memaksa pihak bank untuk mengambil risiko! Dan pihak bank tidak mahu menanggung risiko kerana mereka mahu menghapuskan sebarang kemungkinan untuk rugi.

Sekarang mari kita berpaling kepada Nabi Muhammad SAW dalam pencarian kita akan definasi riba. Apabila kita lakukannya, kita akan dapati terdapat pelbagai bentuk riba, yang mana meminjam dan memberikan pinjaman dengan faedah adalah salah satunya. Malah Nabi SAW telah bersabda bahawa terdapat pelbagai bentuk riba, yang mana telah jelas muncul didalam ekonomi hari ini!

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 34-39)