• Tidak ada hasil yang ditemukan

CADANGAN KHUSUS

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 174-178)

Kami sekarang ingin mencadangkan bahawa pekerja-pekerja Islam diseluruh dunia perlu mengkaji strategi untuk menubuhkan institusi kewangan, yang mungkin dinamakan Syarikat Pelaburan dan Perniagaan Islamik. Para pelabur mungkin boleh dijemput untuk melabur secara bulanan atau dengan suatu jumlah sekaligus. Matlamat kami sepatutnya adalah untuk membawa umat Islam dan wang mereka bersama untuk bergabung didalam perkongsian (shirkah). Perkongsian tersebut, dan semua perkongsian yang lain antara golongan yang beriman, akan dirahmati sendiri oleh Allah SW sebagai 'rakan kongsi' yang mana Allah SW akan berada didalam perkongsian tersebut selama mana rakan kongsi tidak menipu yang lain:

Abu Hurairah yang mendapatinya dari Nabi bahawa Allah, Yang Maha Besar dan Agung, berfirman: Aku akan menjadi pihak ketiga kepada dua rakan kongsi selagi mana salah seorang dari mereka tidak menipu yang lain, tetapi apabila dia menipu Aku akan meninggalkan mereka. (Abu Daud telah menyampaikannya dan Razin menambah: dan syaitan pun muncul). Hadis al-Qudsi.

Pelaburan kemudian sepatutnyaa dilakukan dengan dinar emas dan bukannya dollar, dan dinar sepatutnya dikembalikan sebagaimana ianya ketika zaman Nabi SAW iaitu syiling yang dibuat dari emas yang dicipta oleh Allah SW untuk digunakan sebagai matawang (dan juga kegunaan yang lain):

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah...

(Al Qur'an: al-Tauba:- 9:34) Untuk berjaya dalam menawarkan kepada umat Islam alternatif kepada riba, Syarikat-Syarikat Pelaburan dan Perniagaan Islamik mestilah menarik penglibatan umat Islam pada skala yang besar. Telah terdapat beberapa usaha dengan niat baik umat-umat Islam di Amerika Syarikat untuk menubuhkan syarikat-syarikat pelaburan yang mana akan bebas dari riba. Usaha-usaha sedemikian tidak pernah berjaya dalam memberikan kesan yang jelas kepada masyarakat Islam kerana mereka mempunyai masaalah dalam pengkaedahan. Mereka tidak mengikuti kaedah yang diberikan didalam Al Quran untuk berterusan memberikan pendidikan mengenai perkara riba, tidak juga mereka berjaya untuk sampai kepada masyarakat Islam secara sepenuhnya untuk mengajak mereka berpaling dari riba, tidak juga mereka membentangkan hujah-hujah bahawa perniagaan adalah alternatif kepada riba, dan jika perniagaan dilakukan secara jujur dan ikhlas, ianya mempunyai keupayaan untuk menunjukkan akan kelebihannya berbanding kapitalisme yang berlandaskan riba! Sesetengah syarikat-syarikat itu pula sebenarnya

diberikan oleh riba.

Matlamat kita adalah untuk menarik penyertaan besar oleh umat-umat Islam dalam usaha untuk menangani riba. Ianya hanya apabila semua umat Islam bersatu sebagai satu komuniti maka barulah kita boleh menahan wang dari pergi kepada bank-bank dan dapat mengumpulkan modal untuk menubuhkan apa yang akan menjadi alternatif kepada kapitalisme yang berlandaskan riba, iaitu perniagaan didalam pasaran yang bebas dan adil.

Ekonomi Sunnah pada hari ini adalah penahan yang paling baik kepada Dajjal dan cara yang paling berkesan untuk menembusi hati-hati mereka yang telah ditindas didalam dunia moden ini dan kemudiannya dapat memenangi hati mereka untuk menerima Islam!

Walaubagaimanapun sebelum kita mahu mencuba untuk memberikan kepada saudara dan saudari Islam kita dengan Syarikat-Syarikat Perniagaan dan Pelaburan (Islamic Business and Investment Companies IBIC) sebagai langkah alternatif kepada pembentukan modal didalam sistem perbankan yang berlandaskan riba, dan untuk menyakinkan mereka untuk menerima alternatif kepada tersebut, amat perlu untuk kita terlebih dahulu melakukan perkara berikut:

1. Menjelaskan kepada umat-umat Islam apa itu riba, dan apakah pelbagai bentuk yang mana riba boleh muncul dengan sendirinya,

2. Memberitahu mereka larangan terhadap riba didalam Islam dan balasan-balasan yang menanti mereka yang melibatkan diri didalam riba,

3. Menjelaskan kepada mereka, begitu juga kepada bukan Islam yang berminat, mengapa riba telah dilarang,

4. Menjelaskan kepada mereka peringkat demi peringkat proses yang mana melaluinya Allah SW dan Pesuruhnya SAW menangani riba sehingga ianya dihapuskan secara menyeluruh didalam masyarakat Islam.

berleluasa di seluduh dunia pada hari ini adalah tanda hampirnya hari kiamat.

Apabila syarikat tersebut dapat ditubuhkan dan modal telah dikumpulkan melalui pelaburan, syarikat tersebut sekarang ini dapat melibatkan diri dengan dengan perniagaan. Semua rakan-rakan kongsi akan terlibat didalam perniagaan dan semua akan berkongsi keuntungan ataupun kerugian.

Komuniti-komuniti Perniagaan dan Pelaburan Islamik boleh juga menyalurkan modal-modal pelaburan kepada ahli-ahli perniagaan Islam dengan tujuan untuk menubuh ataupun memperkembangkan perniagaan. Disebalik perlu meminjam daripada bank dengan faedah (riba) dan menanggung kesemua risiko (tanpa bank berkongsi apa pun risiko-risiko terlibat didalam perniagaan), ahli-ahli perniagaan tersebut boleh mempelawa IBIC untuk melabur didalam perniagaan mereka dengan jumlah yang jika sebaliknya terpaksa mereka pinjam daripada bank. IBIC akan berkongsi operasi dan risiko-risiko kegiatan perniagaan bersama dengan ahli-ahli perniagaan Islam. Dan keuntungan yang jika sebaliknya digunakan untuk membayar faedah (riba) kepada bank, akan kemudiannya pergi kepada pelabur-pelabur Islam.

Sebagai tambahan, ahli-ahli perniagaan Islam akan terselamat dari terjerumus kepada riba dan juga kepada hutang!

IBIC akan bertindak sebagai kaedah yang mana melaluinya masyarakat Islam boleh mengumpulkan sejumlah modal yang boleh dilaburkan didalam projek-projek yang mana terlalu besar bagi ahli perniagaan Islam secara perseorangan, ia juga akan bertindak sebagai mewakili peluang-peluang strategik untuk membawa kepada kebangkitan Islam di Amerika dan juga diseluruh dunia. Contohnya adalah, projek besar-besaran pengeluaran makanan yang dibenarkan (halal) dan sihat (tayyib) yang mana mengikut

ditubuhkan untuk memberikan umat-umat Islam institusi yang mana dengan melaluinya mereka boleh melaburkan wang simpanan mereka melalui pelaburan mudaraba (iaitu perkongsian terhad) dan menerima pendapatan/ keuntungan yang halal dari pelaburan tersebut. Tidak akan ada lagi alasan bagi umat Islam yang meletakkan wang simpanan mereka didalam Akaun Simpanan dan Simpanan Tetap di bank, atau didalam transaksi spekulatif Pasaran Saham.

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 174-178)