• Tidak ada hasil yang ditemukan

RIBA DAN DAR AL-HARB

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 184-189)

Ramai umat Islam yang memberi maklum balas terhadap kuliah-kuliah mengenai riba dengan banyak soalan-soalan dan juga pemerhatian-penerhatian penting. Sesetengahnya mempersoalkan mengenai pendapat seetengah ulama bahawa tidak terdapat riba di Dar harb. Apakah dia Dar al-Harb?

Allah SW telah memberitahu kita didalam Al Qur'an bahawa seluruh dunia ini adalah milikNya (7:128). Allah SW kemudiannya juga memberitahu bahawa hamba-hambaNya yang taat akan mewarisi bumi ini (21:105). Apa yang diwarisi oleh mereka sebenarnya adalah tanggungjawab untuk mengekalkan keadaan salaam dimuka bumi, kerana Allah SW telah memerintahkan sedemikian (10:25). Salaam maksudnya aman, selamat dan menjauhi kejahatan. Keadaan salaam itu dicabuli apabila serangan keganasan berlaku, atau apabila manusia telah ditindas atau dizalimi, dan mereka sendiri meratapi kelangit untuk dibebaskan dari penindasan. Dalam keadaan demikian Allah SW menjadikan ianya satu kewajipan bagi umat Islam untuk berjuang menentang penindasan dan untuk membebaskan golongan yang telah ditindas. Oleh kerana perkataan Arab untuk perang adalah harb, kawasan sedemikian (iaitu kawasan dimana umat Islam didalam peperangan) dikenali sebagai Dar al-Harb.

Tiada didalam Al Qur'an atau pun hadis Nabi Muhammad SAW yang membenarkan riba didalam Dar al-Harb! Didalam sekolah undang-undang Hanafi walaubagaimanapun, terdapat pendapat yang mana sekarang ini diguna pakai dengan cara yang tidak berhati-hati dan amat merbahaya di Amerika Utara. Pendapat tersebut adalah bahawa riba dibolehkan di Dar al-Harb. Disini adalah bahagian yang berkaitan dari Kitab al-Siyar al-Kabir oleh Imam Muhammad al-Shaybani yang mana merupakan rujukan yang paling

banyak digunapakai didalam falsafah perundangan Hanafi berkenaan Undang-undang Negara Islam:

764. Saya bertanya: Jika seorang umat Islam telah melakukan transaksi dengan seorang harbi (iaitu seseorang dari dar al-Harb) yang melibatkan faedah (riba), arak, atau bangkai (binatang), adakah kamu fikir bahawa transaksi sebegitu akan ditolak sebagai tidak sah?

765. Beliau (Imam Shaybani) menjawab: Ya, jika ianya berlaku di Dar al-Islam. Jika ianya di dar al-Harb, ia tidak sepatutnya dianggap tidak sah, menurut pendapat Abu Hanifa dan Muhammad (b. Al-Hasan).

766. Saya bertanya: Mengapa? Kamu telah menyatakan bahawa jika seorang Islam memasuki Dar al-Harb, ianya dibolehkan kepadanya untuk untuk menjual bangkai dan mengambil dua dirham sebagai tukaran dengan satu.

767. Beliau menjawab: Ya, ianya dibolehkan untuk dilakukan ditanah mereka, tetapi tidak - seperti didalam situasi sebelumnya - didalam Dar al-Islam, dimana perundangan Islam diterima pakai keatas mereka dan dimana ianya adalah haram, jadi selamat apa yang halal buat umat Islam. Jika (dalam kata lain) umat Islam berada didalam Dar al-Harb didalam keadaan aman, ianya adalah dibolehkan untuknya memiliki hartanah daripada mereka menurut undang-undang mereka dengan kebenaran mereka, kerana perundangan Islam tidak dikenakan kepada mereka disana. Ini adalah pendapat Abu Hanifa dan Muhammad (bin al-Hasan). Walaubagaimana pun, Abu Yusuf berpegang kepada pendapat yang mana dia tidak akan membenarkan (seorang Islam untuk terlibat) transaksi didalam Dar al-Harb yang melibatkan riba, arak, ataupun bangkai, dan dia menolak ianya. Tetapi Allah lebih mengetahui!1

Malah jika ianya dipersetujui bahawa tiada riba diantara seorang Islam dan harbi didalam kawasan Dar al-Harb, kita masih mempertikaikan yang Amerika Syarikat bukanlah Dar al-Harb dan oleh sebab itu larangan tersebut tetap sah disana. Kami melakukannya atas sebab-sebab berikut:

tidak di Mekah ataupun Madinah! Ianya terlalu awal, pada zaman beliau, untuk sarjana terulung seperti Maulana Manazir Ahsan Gilani untuk melihat bahawa Dar Al-Islam telah berakhir dizamannya. Tidak juga Universiti Al Azhar nampak akan ianya apabila ia mengadakan Kongres Khalifah di Kaherah pada tahun 1926 untuk bertindak balas kepada penghapusan Khalifah oleh Turki pada tahun 1924.

Untuk membolehkan sesuatu kawasan itu dikenali sebagai Dar Al-Islam, umat Islam mestilah mempunyai kebebasan didalam kawasan tersebut, untuk patuh kepada kuasa agung Kalimah dan Undang-Undang Allah SW. Dalam kata lain, shariah mestilah mempunyai kedudukan yang paling tinggi dari segala undang-undang lain yang ada didalam kawasan tersebut. Artikel 24 dan 25 piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai contohnya, adalah bercanggah dengan syarat asas Dar Al-Islam, kerana mereka memerlukan negara anggota untuk mengenali, sebaliknya, kuasa tertinggi Suruhanjaya Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu:

Artikel 24:

Dalam usaha untuk memastikan tindakan segera dan efektif oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli-ahlinya memberikan tanggungjawab utama kepada Suruhanjaya Keselamatan untuk menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan bersetuju bahawa dalam menjaga tugas-tugasnya dibawah tanggungjawab ini Suruhanjaya Keselamatan akan bertindak bagi pihak mereka...

Artikel 25:

Ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju untuk menerima dan menjalankan perintah yang diputuskan oleh Suruhanjaya Keselamatan berdasarkan piagam semasa.

Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah ditandatangani pada 26 Jun 1945 di San Francisco, pada kemuncak Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Organisasi Antarabangsa, dan berkuatkuasa pada 24 Oktober 1945. Hanya beberapa sahaja negara-negara Islam yang bebas dari

pemerintahan koloni pada masa itu. Salah satu daripadanya adalah Arab Saudi, yang telah menandatangani dokumen ini.

Ini hanyalah satu contoh yang menunjukkan bahawa semua negara-negara Islam yang mana adalah ahli kepada PBB (seperti Iran dan Sudan, dan semua yang lainnya), telah terikat dengan perjanjian untuk tunduk kepada kuasa agung Suruhanjaya Keselamatan PBB, dan bukan kepada kuasa agung Allah SW, ini tidak bertepatan dengan sifat-sifat paling asas kepada Dar Al-Islam, iaitu kuasa Allah SW, yang sepatutnya paling tertinggi kepada umat-umat Islam.

Juga, untuk membolehkan sesuatu kawasan itu digelar Dar Al-Islam, hak umat Islam perlulah dihormati didalam kawasan tersebut. Antara hak-hak tersebut adalah seperti berikut: Kebebasan untuk memasuki kawasan Dar Al-Islam, umat Islam tidak perlukan visa; kebebasan untuk tinggal di kawasan tersebut, dia tidak memerlukan permit penduduk; kebenaran untuk mencari nafkah hidup didalam kawasan tersebut, dia tidak memerlukan permit kerja; dan kebebasan untuk turut serta didalam proses politik (mengikut politik Sunnah) didalam kawasan tersebut, dia tidak memerlukan kerakyatan!

Tiada lagi negara Islam yang menghormati hak-hak tersebut, tidak Iran mahupun Sudan. Dan umat-umat Islam yang bodoh yang mana telah tenggelam didalam pemikiran nasionalisme jahiliyah akan sebenarnya menolak usaha-usaha untuk mengembalikan hak-hak tersebut. Akan tetapi Komuniti Eropah telah meniru aspek Dar Al-Islam ini dan telah meletakkan kesemua hak-hak ini untuk kesemua rakyat-rakyatnya yang terdiri dari ahli negara-negara Komuniti Eropah (EC).

Untuk membolehkan sesuatu kawasan itu dikenali oleh umat Islam sebagai Dar al-Harb, ianya perlulah dinyatakan didalam pengishtiharan yang dikeluarkan oleh Amir al-Mumineen. Kali terakhir pengishtiharan sedemikian

terdapat pengishtiharan jihad sebelum Perang Teluk, yang mana tercatit didalam sejarah buat pertama kalinya sebagai "Jihad Yankee" (jihad bagi pihak Amerika). Jika umat Islam mahu mengembalikan Dar Al-Islam dimana-mana sahaja didunia ini, umat Islam yang tinggal di kawasan tersebut perlulah melantik khalifa atau Amir al-Mumineen. Beliau, seorang khalifa, boleh (jika keadaan mewajarkan) mengishtiharkan Amerika Syarikat atau negara lain didunia sebagai Dar al-Harb menurut undang-undang perangan dan keamanan didalam Islam.

Apabila sesuatu kawasan dikenali sebagai Dar al-Harb maka umat Islam tidak dibenarkan untuk menetap dikawasan tersebut. Jika mereka mempunyai perniagaan sementara disana yang perlu diuruskan, mereka perlu menyelesaikannya dan dengan segera meninggalkan kawasan tersebut.

Harbis (iaitu rakyat Dar al-Harb) adalah golongan yang mana semua umat Islam sedang dalam keadaan berperang dengan mereka. Oleh itu harbi boleh dibunuh oleh mana-mana umat Islam menurut undang-undang peperangan. Jika Amerika Syarikat adalah Dar al-Harb maka umat Islam dibenarkan oleh agama mereka untuk membunuh rakyat Amerika (iaitu harbi) menurut undang-undang peperangan. Walaubagaimana pun, seseorang harbi boleh memasuki Dar Al-Islam dengan selamat jika dia diberikan aman (jaminan keselamatan) oleh mana-mana lelaki atau wanita Islam.

Dan akhir sekali, harta benda milik seseorang harbi boleh dirampas oleh mana-mana Muslim menurut undang-undang peperangan. Ini termasuklah juga kepada harta rakyat Amerika Syarikat jika negara tersebut adalah Dar al-Harb. Keadaan tersebut sepatutnya memaksa umat-umat Islam di Amerika Utara untuk merenung sejenak sebelum mereka menerima mana-mana pendapat bahawa Amerika Syarikat adalah Dar al-Harb dan oleh itu dibenarkan kepada seseorang Islam untuk mengambil pinjaman dengan faedah disana, atau untuk menggunakannya untuk manafaat mereka melalui faedah yang dibayarkan kepada mereka!

Dar al-Harb, dan masih lagi mahu mendapatkan atau mengekalkan kerakyatan atau penduduk tetap (Green Card) disana, pertama-tamanya dia adalah hipokrit yang teramat nyata malah melakukan pengkhianatan terhadap Islam! Golongan Islam sebegini akan berdepan dengan akibat yang amat buruk di hari kiamat kelak kecuali mereka melakukan tauba dan berusaha untuk keluar dari Dar al-Harb secepat yang mungkin. Keduanya, kerajaan Amerika Syarikat berhak untuk menarik balik kerakyatan dan taraf penduduk tetap (Green Card) kesemua golongan tersebut dan menangkap atau menghantar mereka pulang.

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 184-189)