• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH AL QUR'AN DALAM MENANGANI RIBA

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 55-59)

Aspek yang penting dalam peralihan, dari satu peringkat kepada peringkat yang lain, dalam proses menangani riba ini ialah, sementara peringkat pertama dan kedua telah telah dimulakan atau disebarkan oleh wahyu Al Qur'an itu sendiri, peringkat ketiga pula telah dilancarkan oleh Nabi SAW didalam Khutbah al-Wida (khutbah didalam haji selamat tinggal), yang telah disampaikan oleh baginda di Arafat. Ianya selepas khutbah itu disampaikan, Allah SW menurunkan wahyu yang mengumumkan akan kesempurnaan Islam itu. Tindakan yang diambil oleh baginda mengenai riba didalam khutbah itu kemudiannya disahkan oleh Allah SW didalam wahyuNya yang terakhir yang disampaikan kepada baginda tidak lama sebelum kewafatannya!

Dari riwayat hadis yang keduanya diterima dari Ibn Abbas RA dan dari Umar RA, kita mengetahui bahawa wahyu terakhir yang diterima oleh Nabi SAW, tidak lama sebelum kewafatan baginda adalah ayat didalam Surah al-Baqarah (Al Qur'an:- 2:278-281) yang mana adalah berkaitan dengan riba:

Umar bin al-Khattab berkata: Ayat terakhir yang diturunkan adalah berkenaan riba, tetapi Pesuruh Allah telah diambil tanpa memberikan penjelasannya kepada kita; jadi tinggalkanlah bukan sahaja riba (faedah) tetapi juga reebah (apa sahaja yang menimbulkan keraguan mengenai kehalalannya).

dibayar balik kepada kamu) saki baki riba (mulai sekarang) jika kamu benar-benar orang yang beriman... (sehinggalah ke ayat) sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun. (Al Qur'an 2:278-281) Ibn Abbas berkata: ini adalah ayat terakhir diturunkan kepada Nabi.

(Bukhari) Ianya jelas kepada kita bahawa wahyu terakhir tersebut yang datangnya selepas pengumuman telah sempurnanya akan agama dan telah dicukupkan nikmatNya keatas umat manusia ini, sebagai suatu yang boleh digunakan untuk menyatakan dasar Al Qur'an itu sendiri. Ataupun sebaliknya, ianya boleh digunakan untuk membawa perhatian kita kepada satu bahagian didalam Al Qur'an itu sendiri yang mana keimanan umat Islam amat mudah untuk diserang pada masa hadapan oleh pihak musuh-musuh Islam.

Pilihan subjek riba sebagai wahyu yang terakhir, dan hakikat bahawa Allah SW kembali kepada subjek riba selepas pengumuman sempurnanya akan agama Islam itu sendiri, dan tambahan pula bahawa Allah SW telah menurunkan wahyuNya tidak lama sebelum kewafatan Nabi SAW, - semua ini menunjukkan kepada kita akan teramat dasyatnya amaran yang mana riba itu akan memberikan ancaman yang paling besar berbanding ancaman-ancaman yang lain terhadap keimanan, kebebasan dan juga kuasa umat Islam itu sendiri. Inilah subjek yang amat penting, yang mana didalamnya terdapat keupayaan serangan yang amat merbahaya, memusnah dan merosakkan akan keimanan umat Islam dan juga terhadap keutuhan dan kuasa umat Nabi SAW.

Mengapa Allah SW memilih untuk membiarkan Nabi SAW melaksanakan peringkat ketiga dalam proses penghapusan riba ini? Pemahaman kami kepada keadaan ini yang mana telah berlaku di akhir misi Nabi SAW adalah bermaksud untuk menunjukkan kepada umat Islam, menerusi cara yang sedramatik mungkin, bahawa kepatuhan kepada Nabi SAW adalah sama dengan kepatuhan kepada Allah yang Maha Agung! Dan Allah SW lebih mengetahuinya. Oleh itu dalam semua perkara secara amnya, terutamanya berkaitan dengan subjek riba ini, kalimat Nabi adalah yang paling penting untuk dipatuhi oleh umat Islam sepenuhnya.

Kajian mengenai rawatan didalam Al Qur'an mengenai subjek riba menunjukkan bahawa pentingnya tazkiyah (penyucian diri) dan zikrullah (ingatan terhadap Allah SW) melalui fikr (pemikiran mendalam). Hati mestilah dibersihkan sebelum nur (cahaya Allah) dapat meneranginya lantas memberikan pemahaman yang mana, jika tidak, tidak akan dapat memahami. Oleh sebab itulah perkataan 'riba' tidak muncul dalam kronologikal turutan ayat-ayat Al Qur'an ini, sehinggalah kira-kira 6-7 tahun dari selepas ayat pertama diturunkan. Pertama kali perkataan riba muncul didalam Al Qur'an adalah didalam ayat ke 39, Surah al-Rum (Surah ke 30).

Riba, didalam Al Qur'an, pada asasnya adalah meminjam wang dengan faedah, dan serangan keatas riba yang akan dilancarkan adalah untuk memasti dan memelihara akan keadilan dan kestabilan ekonomi, dan juga perpaduan dan persaudaraan masyarakat. Pelajaran yang kita perolehi dari lewatnya Al Qur'an memberikan perhatian terus kepada subjek larangan keatas riba ini adalah kerana riba yang mana adalah satu sistem ketidak adilan ekonomi (ataupun politik), eksploitasi dan penindasan yang mana mungkin masih belum dapat dilihat, hatta kepada para sarjana, ahli perniagaan dan mereka yang didalam hubungan kemasyarakatan sekalipun, apatah lagi oleh manusia kebanyakan, kecualilah jika kesedaran awal dari segi moral dan kerohanian individu dan juga masyarakat telah pun dilakukan, - sehinggalah seseorang itu mencapai kesucian (rohani) maka barulah kain pelindung yang menutup matanya akan hilang. Apabila kain penutup (ghishawa) tersebut telah hilang maka barulah cahaya kebenaran (nur) dapat memasuki, dan dengan cahaya itu barulah mungkin untuk dia melihat dan memahami apa yang jika tidak, mungkin tidak akan dapat difahami.

Kita sekarang ini hidup didalam zaman yang mana telah digambarkan oleh Nabi SAW sebagai zaman yang akan menyaksikan kejahatan yang paling buruk sejak dari zaman Nabi Adam AS hinggalah ke hari kiamat. Serangan yang paling hebat dan paling merbahaya telah pun dilancarkan kepada umat

akal manusia, dan berleluasanya riba didunia hari ini telah menggambarkan kejayaan akan serangannya itu. Ianya adalah serangan yang dilakukan dengan tipu muslihat dan bukan dengan suatu yang jelas dan mudah untuk dilihat. Syarat untuk menembusi muslihat Dajjal adalah pencahayaan kerohanian (baseerah) yang mana merupakan hadiah dari Allah SW. Tanpa anugerah cahaya kerohanian itu, pemahaman hanya terhad sekadar kepada apa yang kelihatan semata-mata. Musa AS telah diajar dengan pengajaran yang teramat penting oleh Khidr AS didalam surah al-Kahf. Sehinggalah seseorang itu dapat menembusi hakikat suatu kebendaan itu, penilaiannya akan senantiasa silap. Dan hakikat sebenar itu adalah kerohanian.

Riba adalah bentuk eksploitasi dan penindasan yang adakalanya tertutup dengan muslihat yang amat hebat. Ianya beroperasi dengan muslihat yang mungkin tidak tersedia secara jelas dan mudah untuk dilihat, walaupun kepada mereka yang menganggap diri mereka pakar. Maka, hanya setelah masyarakat umat Islam terawal melengkapi kira-kira tujuh tahun perjuangan atas jalan kebenaran, dan telah mengalami kesedaran moral dan kerohanian dan juga dapat melaksanakannya, maka barulah wahyu pertama mengenai riba itu diturunkan.

Terdapat pengajaran yang amat mendalam dari maklumat diatas kepada umat Islam hari ini. Pelajarannya adalah akan terdapat ramai umat Islam berfikiran sekular - iaitu golongan professional berpendidikan yang memegang jawatan berprestij didalam masyarakat Islam masa kini, yang tidak dapat mengenali kehadiran riba yang amat buruk didalam dunia pada hari ini. Ramai diantara mereka akan menyatakan, sebagai mana yang telah dilakukan oleh Abdullah Yusuf Ali, bahawa faedah bank bukanlah riba. Malah akan terdapat sebilangan mereka yang akan menyatakan bahawa perbankan yang berlandaskan riba ini adalah rahsia kekuatan ekonomi kapitalis Eropah dan yang mana adalah satu pencapaian yang amat hebat. Apabila pemahaman sampai ke tahap ini, golongan sebegini memperlihatkan ketidak upayaan mereka untuk menyedari hakikat bahawa ekonomi kapitalis Eropah, yang mana berlandaskan riba, telah terlibat dalam eksploitasi besar-besaran keatas semua umat manusia hingga ketahap yang mana mereka

seolah-olah menghisap darah umat manusia itu sendiri.

Pengajaran kepada umat Islam hari ini adalah ianya tidak mungkin kepada golongan umat Islam yang telah tersesat itu untuk mampu melihat kehadiran riba yang berleluasa pada hari ini, kecuali dan sehinggalah kesedaran moral dan rohani dapat ditembusi. Apabila kain penutup dibuangkan, maka barulah golongan yang sesat ini akhirnya akan dapat melihat apa yang jika tidak, mungkin tidak akan kelihatan.

Untuk mencapai kesedaran moral dan kerohanian ini adalah satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Ianya memerlukan latihan khas - intelek dan juga kerohanian. Ianya juga memerlukan rahmat daripada Allah SW. Sufi Shaikh tulen terdahulu adalah pakar didalam bidang ini. Dimana sahaja kita menemuinya, dia masih kekal sebagai pakar yang sebenar. Institusi-insitusi pengajian tinggi Islam pada hari ini tidak dapat memberikan cetusan kerohanian, latihan dan pendidikan yang dapat memberikan pemahaman sedemikian.

AYAT AL QUR'AN SEBELUM KEDATANGAN LARANGAN

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 55-59)