• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUTANG DAN EKONOMI SUNNAH

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 155-161)

Sehinggalah masa umat Islam boleh mengembalikan semula Dar Al-Islam, terdapat keperluan kepada beberapa strategi efektif yang mana melaluinya bahaya riba ini dapat diminimakan. Terdapat banyak contoh didalam ekonomi Sunnah yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Umat Islam perlu diajar untuk menahan diri mereka dari terjebak didalam hutang kecualilah didalam kes-kes yang amat terdesak, dan jika mereka

banyak sekarang ini menjangkiti masyarakat Islam iaitu meminjam dengan faedah dari bank-bank dan juga institusi kewangan yang lainnya. Dalam proses mengembalikan ekonomi sunnah berkaitan dengan hutang, kita sebenarnya melakukan strategi yang berkesan dalam menangani riba. Jadi kita mulakan strategi itu dengan memulakan pendidikan mengenai hutang dan ekonomi Sunnah.

Masyarakat Islam diseluruh dunia hari ini perlu mengkaji, mengamal dan mengajar hadis Nabi SAW berikut mengenai hutang yang mana teramat relevan. Bahan ini sepatutnya diterbitkan dalam bentuk risalah untuk disebarkan selepas solat Jumaat. Khateebb untuk solat Jumaat perlu memberikan khutbah berkenaan subjek hutang dan ekonomi Sunnah. Risalah-risalah perlu juga dengan cetakan yang besar ditampal di papan-papan kenyataan masjid dan perlu juga diajar di sekolah agama hujung minggu:

Aisha telah berkata: Pesuruh Allah pernah berdoa semasa solat dan menyebut: Ya Allah aku meminta perlindungan denganMu dari dosa dan dari menjadi seorang yang berhutang. Seorang telah bertanya kepadanya: Berapa kerap wahai Pesuruh Allah kamu meminta perlindungan dari menjadi seorang yang berhutang? Baginda menjawab: Apabila seorang lelaki itu berhutang dia bercakap tetapi berkata bohong, dan dia berjanji tetapi dia tidak menepati janjinya.

(Bukhari) Nabi SAW telah meminta perlindungan dari Allah SW daripada hutang, oleh itu, hutang dikenali sebagai suatu yang tidak baik. Hutang bukan sahaja merosakkan individu tetapi juga bangsa dan negara. Malah keseluruhan tamadun Islam hari ini telah diruntuhkan melalui hutang. Dan untuk ini kita perlu meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada yang berhak, iaitu kepada mereka golongan birokrat dan teknokrat yang sekular, memegang ijazah-ijazah ekonomi dari universiti sekular barat, yang menjadi pengerusi kepada pengkhianatan ekonomi kepada seluruh dunia Islam dan juga kepada hampir kesemua golongan manusia yang bukan Eropah. Kita juga perlu juga menyalahkan kepada raja-raja mereka, golongan bangsawan dan sebagainya, dan juga kepada kerajaan-kerajaan yang memerintah umat Islam pada hari ini

bagi pihak (apa yang saya kenali sebagai) tamadun dominan Yakjuj dan Makjuj Eropah. Hutang beracun yang telah menyelimuti dunia Islam telah berlaku apabila tamadun Eropah berjaya menghapuskan khilafat (Khalifah) dan menggantikannya dengan kerajaan kecil Yakjuj dan Makjuj tempatan diseluruh dunia Islam. Mereka adalah Yakjuj dan Makjuj kerana mereka adalah terdiri daripada golongan pemangsa elit dan pemerintahan mereka adalah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.

Sekarang ini terdapat 32 negara yang diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai negara berpendapatan rendah yang terbeban dengan hutang (severely indebted low-income countries SILIC). Negara-negara ini mempunyai kadar nisbah pembayaran hutang dengan keluaran kasar negara melebihi 80%, atau nisbah hutang berbanding ekspot yang melebihi 220%. 25 daripadanya adalah di negara dikawasan sub-Saharan Afrika (negara yang terletak diselatan gurun Sahara), dan tepat sekali inilah bahagian dunia yang telah merasai dan berterusan merasai, penembusan yang paling mendalam dengan jangka masa yang paling lama kepada kerakusan penjajahan Eropah.

Gabungan keseluruhan hutang negara-negara ini berada dibawah jumlah $210 billion pada tahun 1994 yang mana adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding pada tahun 1980. Pada tahun 1995 pembayaran balik sebanyak $16 billion perlu dilakukan, tetapi mereka hanya mampu membayar kurang dari separuh jumlah itu, dengan baki tersebut dicampur pula dengan hutang tertunggak sebelumnya. Saban hari bilangan negara didunia ini dengan jumlah perbezaan antara hutang asal beserta tanggungjawab membayar faedah dengan kemampuan untuk membayar balik telah mencapai ketahap yang mana mereka tidak lagi mampu membayarnya. Jika negara-negara ini adalah individu, mereka dapat lari dari masaalah ini dengan memfailkan kebankrapan. Mereka akan dibebaskan dari beban hutang dan mempunyai peluang untuk memulakan kembali kehidupan mereka. Tetapi ini tidak wujud bagi umat manusia apabila mereka disusun atur sebagai negara moden.

Apakah yang telah diberikan oleh Islam sebagai panduan dalam menangani masaalah hutang?

Salamah telah melapurkan: Satu jenazah telah dibawa kepada Nabi untuk disolatkan jenazah keatasnya. Baginda bertanya: Adakah dia berhutang? Mereka berkata: Tidak! Jadi baginda pun menyembahyangkannya. Jenazah yang lain pula dibawa kepadanya dan baginda bertanya: Adakah dia berhutang? Mereka menjawab: Ya! Baginda menjawab: (Kamu) Sembahyangkanlah sahabat kamu. Abu Qatadah menjawab: Aku akan bayarkan hutangnya wahai Pesuruh Allah! Maka baginda pun menyembahyangkan jenazah itu.

(Bukhari) Abu Dharr telah berkata: Satu ketika aku bersama Nabi. Apabila baginda melihat gunung Uhud, baginda bersabda: Tidak ku inginkan (gunung ini) jika ianya ditukarkan kepada emas untukku, melainkan tiada apa yang tinggal daripadanya selepas tiga hari, kecuali satu dinar yang kusimpan untuk membayar hutang!

(Bukhari) Hadis ini juga membuktikan bahawa ekonomi Sunnah menolak penyorokan harta dan sebaliknya menggalakkan ianya dibelanjakan, - sebab itulah Nabi SAW akan menghabiskan segunung emas itu dalam masa tiga hari. Apabila kekayaan disuntik kedalam ekonomi ia akan menguatkan ekonomi tersebut. Walaubagaimanapun membelanjakan itu patut mengikut Sunnah yang mudah dan kesederhanaan gaya hidup Nabi SAW dikekalkan! Maka membelanjakan harta itu adalah untuk tujuan penghasilan sesuatu barangan dan bukanlah untuk dihabiskan begitu sahaja.

Abu Hurairah telah berkata: Pesuruh Allah bersabda: Ianya adalah satu tindakan yang zulm (kejam atau tidak adil) seseorang dengan harta (yang cukup untuk membayar hutangnya) melengah-lengahkannya (dalam membayar balik hutangnya).

(Bukhari) (Jika terdapat keraguan mengenainya, kenyataan oleh Nabi SAW ini berserta yang dibawah ini, akan menghapuskan apa jua keraguan bahawa seseorang yang berhutang perlu terlebih dahulu membayar hutangnya

sebelum cuba untuk mengerjakan haji di Mekah).

Al-Sharid telah melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Melengahkan membayar hutang oleh seseorang yang mampu membayarnya memberikan hak untuk tidak menghormati dan juga menghukumnya. Ibn al-Mubarak berkata bahawa 'tidak menghormati' itu bermaksud yang mana kita boleh bercakap dengannya secara keras dan kasar, dan 'menghukum' bermaksud dia boleh dipenjara kerananya.

(Abu Daud, Nasa'i) Abu Qatadah telah memberitahu seorang lelaki berkata: Khabarkan kepadaku, Pesuruh Allah, jika aku terbunuh dijalan Allah dengan menunjukkan kesabaran, mencari ganjaran dari Allah, terus maju dan tidak mundur, adakah Allah akan menghapuskan dosa-dosaku? Baginda menjawab: Ya! Tetapi apabila lelaki itu beredar baginda memanggilnya dan bersabda: Ya, kecuali hutang. Itu yang diberitahu oleh Jibrail.

(Muslim) Abdullah bin Amr telah melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Setiap kesalahan akan diampunkan kepada yang syahid kecuali hutang.

(Muslim) Abu Hurairah telah melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Roh orang yang beriman akan terikat kepada hutangnya sehinggalah ianya dibayar.

(Shafe'i, Ahmad, Tirmidhi) Abu Musa telah melapurkan bahawa Nabi bersabda: Dosa paling besar pada pandangan Allah, selepas dosa-dosa besar yang telah dilarang oleh Allah, yang mana seseorang itu boleh membawanya mengadap Allah adalah yang mana dia mati meninggalkan hutang tanpa meninggalkan suatu yang cukup untuk menebusnya.

(Ahmad, Abu Daud) Muhammad bin Abdullah bin Jahsh telah berkata: Semasa kami duduk di perkarangan masjid dimana jenazah diletakkan dan Pesuruh Allah juga duduk

diturunkan! Kami tidak berkata apa sepanjang hari dan malam dan tiada apa yang berlaku kecuali aman hingga ke pagi. Kemudian aku bertanya kepada Pesuruh Allah apakah perkara berat yang telah turun? Dan baginda menjawab: Ianya berkaitan dengan hutang. Demi Tuhan yang mana roh Muhammad ditanganNya, jika seorang lelaki terbunuh di jalan Allah dan kemudiannya hidup kembali, dan terbunuh lagi di jalan Allah dan kemudian hidup kembali, dan terbunuh lagi sekali dijalan Allah dan kemudian hidup kembali dan dia mempunyai hutang, dia tidak akan masuk kesyurga sehinggalah hutangnya dilunaskan.

(Ahmad) Hutang adalah suatu beban yang teramat berat yang mana Allah SW sendiri masuk campur bagi pihak orang yang berhutang agar dirinya dibantu:

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui.

(Al Qur'an: al-Baqarah:- 2:280) Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang...

(Al Qur'an: al-Tauba:- 9:60) Saya sendiri mempunyai memori yang tidak boleh dilupakan, selepas kematian ayah saya pada tahun 1957, ibu saya telah terpaksa meminjam beberapa kali, dan beliau tidak selera untuk makan begitu juga untuk tidur lelap kerana risaukan kepada hutang tersebut. Ibu bapa kita dulunya sedemikian. Malah Amerika adalah sebegitu sebelum bermulanya pembebasan, Yakjuj, Makjuj dan al-Masih al-Dajjal. Kuasa-kuasa jahat ini telah berjaya merosakkan budaya yang tidak senang hati dengan hutang. Apabila manusia datang ke Amerika Syarikat dan menjadi sebahagian dari masyarakat disana, nilai-nilai yang teramat berharga itu amat mudah untuk hilang. Umat Islam perlu mengenali akan bahaya dan mengajar diri dan anak-anak mereka akan

nilai-nilai yang terdapat didalam ekonomi Sunnah!

Shakespeare telah mengekalkan untuk kita nilai-nilai yang mana tamadun Eropah kedua-dua Barat dan Timur memegangnya sebelum revolusi Amerika, Peranchis dan Bolshevik telah melengkapkan perubahan mereka kepada masyarakat tidak bertuhan yang tidak mampu memelihara nilai-nilai tersebut. Beliau berkata, sebagai contohnya, didalam Hamlet Lakonan 1, Aksi 2:

Samada peminjam atau yang memberikan pinjaman, Hutang selalu akan menyebabkan hilangnya kawan,

Dan meminjam itu melenyapkan perlahan-lahan akan penat lelah usaha. Atas semua ini, - adalah lebih baik untuk memiliki dengan usaha sendiri Dan akan mendatang, sebagai malam dan siang,

Kamu tidak akan bersalah dengan sesiapa.

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 155-161)