• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHASA NABI YANG KERAS TERHADAP RIBA

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 110-114)

Nabi SAW telah menegaskan bahaya yang dibawakan oleh riba dengan baginda sendiri menggunakan bahasa keras yang mungkin untuk memberi amaran kepada umat manusia dan juga umat Islam mengenainya. Baginda telah bersabda:

Abu Huraira telah berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda: Riba terdiri dari tujuh puluh jenis yang berbeza dan yang paling kurang bahayanya adalah bersamaan dengan seorang lelaki mengahwini (iaitu melakukan hubungan jenis) dengan ibunya sendiri.

(Ibn Majah, Baihaqi) (Saya tahu orang yang telah mengumpulkan kekayaan melalui riba dan yang disebalik mempunyai ketakutan dihatinya, amat marah dengan hadis diatas).

Abdullah Ibn Hanzala telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Satu dirham (syiling perak) riba, yang mana diterima oleh seseorang sedangkan dia mengetahui (ianya adalah riba), adalah lebih buruk dari melakukan zina sebanyak tiga puluh enam kali.(Ahmad) Baihaqi menyampaikannya, dari Ibn Abbas, dengan tambahan bahawa Nabi seterusnya bersabda: Neraka adalah lebih sesuai dari mereka yang dagingnya dibesarkan dengan apa yang haram.

Abu Hurairah telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Pada malam aku dinaikkan kelangit, aku bertemu dengan manusia yang perutnya seperti rumah yang dipenuhi dengan ular-ular yang mana boleh dilihat dari luar perutnya. Aku bertanya kepada malaikat Jibrail siapakah mereka dan Jibrail menberitahuku bahawa mereka adalah manusia yang telah memakan riba.

Abu Huraira telah melapurkan bahawa Nabi bersabda: Allah berlaku adil untuk tidak membenarkan empat manusia (iaitu empat jenis manusia) memasuki syurga atau untuk merasakan nikmatnya: dia yang sifatnya peminum arak, dia yang mengambil riba, dia yang mengambil harta anak yatim tanpa hak, dan dia yang tidak mempedulikan ibu bapanya.

(Mustadrak al-Hakim, Kitab al-Buyu') Samura bin Jundab telah melapurkan bahawa Pesuruh Allah bersabda: Malam ini aku telah bermimpi yang mana dua lelaki telah datang dan membawaku ke tanah suci dari mana kami tiba ke sungai yang dipenuhi darah yang mana terdapat lelaki berdiri, dan ditebingnya berdiri lelaki lain dengan batu ditangannya. Lelaki ditengah sungai itu cuba untuk keluar tetapi yang seorang lagi melontarkan batu kemulutnya dan memaksanya kembali ketempat asalnya. Setiap kali dia cuba untuk keluar, lelaki seorang lagi itu akan melontar batu kemulutnya dan memaksanya untuk kembali. Aku bertanya: Siapakah ini? Aku telah diberitahu: Lelaki didalam sungai adalah yang memakan riba.

(Bukhari) Disini kami teringatkan satu peristiwa yang telah berlaku di tanah perkuburan di Mesir pada akhir tahun tujuh puluhan yang mana telah diceritakan oleh almarhum Sheikh Mesir yang buta, Abdul Hameed Kishk, dalam satu daripada ceramah umumnya (sebelum beliau disenyapkan oleh kerajaan Mesir yang tak tahu malu). Inilah ceritanya:

Penggali kubur di Mesir tidaklah selalu perlu menggali lubang kubur. Dia adakalanya hanya perlu membuka liang lahat yang telah digunakan. Ini adalah salah satu bentuk pengkebumian. Apabila jenazah telah dimasukkan kedalam liang lahat, ianya akan ditutup sehinggalah ketibaan jenazah yang baru.

membuka satu pintu liang lahat, dia amat terkejut kerana terdapat ular yang besar didalamnya. Dengan segeranya dia menutup pintu liang lahat tersebut dan lari didalam ketakutan! Selepas dia menjadi tenang dia cuba untuk membuka liang lahat yang lain, ular itu tetap juga ada didalamnya. Sekali lagi dia lari didalam ketakutan. Akan tetapi oleh kerana dia perlu melakukan kerja itu untuk mencari rezeki, dan juga kesuntukan masa untuk menyediakan liang lahat untuk pengkebumian, dia terpaksa kembali dan membuka liang lahat yang ketiga. Apabila dia mendapati ular yang sama juga berada didalam liang lahat yang ketiga, ketakutan yang dialaminya bertukar menjadi kemarahan. Dia bercakap kepada ular tersebut dan meminta supaya dia dibenarkan untuk mengkebumikan mayat tersebut. Ular itu seolah-olah memahaminya dan meninggalkan liang lahat tersebut. Sebaik sahaja pengkebumian selesai dan sejurus sebelum pintu liang lahat tersebut ditutup, ular itu muncul semula dan meluru masuk kedalam liang lahat tersebut. Dan dalam ketika si penggali kubur menutup liang lahat tersebut, dia mendengar rahang ular tersebut mengunyah setiap tulang-tulang jenazah tersebut.

Si penggali kubur itu pasti terdapat penjelasan kepada kejadian dasyat yang telah disaksikannya itu. Dia bertanya kepada keluarga simati akan cara hidup dan bagaimana dia mendapatkan sumber rezekinya dan dia telah diberitahu bahawa lelaki yang telah meninggal dunia tersebut adalah seorang pemberi pinjaman wang dan dia meminjamkan wang dengan faedah (riba) dan memakan riba hasil dari pinjaman riba yang telah diberikannya itu. Dengan memberikan pinjaman dengan faedah inilah dia telah dapat mengumpulkan kekayaannya! Atas sebab itu ular dari neraka telah menunggu dirinya didalam kubur, dan balasan Allah SW itu amatlah dasyat. Itulah ceritanya!

Hadis Nabi SAW yang telah kami sebutkan telah menunjukkan sejauh mana kemurkaan Allah SW terhadap penindasan yang telah dilakukan oleh riba.

Nabi SAW juga mengesahkan pengishtiharan perang dari Allah SW dan Rasulnya berkenaan dengan larangan keatas riba didalam hadis yang berikut:

Jabir bin Abdullah telah berkata: Aku mendengar Pesuruh Allah bersabda: Jika sesiapa daripada kamu tidak meninggalkan mukhabarah, ketahuilah dia akan peperangan dari Allah dan PesuruhNya. Zaid bin Thabit berkata: Aku kemudiannya bertanya: Apakah mukhabarah? Baginda menjawab: Ia adalah yang mana kamu mempunyai tanah untuk penanaman dengan separuh, satu pertiga atau suku (hasilnya untuk kamu) (Bahayanya adalah ia akan membawa, secara muslihatnya, seseorang bekerja sebagai hamba).

(Abu Daud) Hadis diatas sepatutnya membuka mata para pembaca akan bahaya teramat besar yang terdapat didalam riba. Ianya akan membawa kepada perhambaan. Kebanyakan tanah pertanian di Pakistan dimiliki oleh tuan tanah yang kaya raya. Mereka menggaji para petani untuk mengerjakan tanah tersebut dan memastikan bukan sahaja para petani tersebut senantiasa bekerja untuk mereka, tetapi memastikan juga pekerja ini bekerja untuk mereka dengan gaji yang murah. Mereka menggunakan sistem mukhabarah ini untuk secara langsungnya memenjara para petani didalam sistem kemiskinan yang kekal. Itu adalah riba. Dan ia telah menghasilkan sistem perhambaan di Pakistan. Jikalaulah Gerakan Islam berjaya memenangi kuasa di Pakistan, mereka perlu dengan segera dan dengan tegasnya menghapuskan tuan tanah senyap yang kaya-raya ini daripada hak mereka keatas tanah-tanah pertanian di Pakistan ini.

Ia sepatutnya jelas dari kenyataan Nabi diatas bahawa subjek larangan riba ini adalah suatu yang teramat penting. Riba memberikan bahaya yang teramat buruk berbanding yang lain kepada ummah Nabi SAW pada hari ini. Hampir kesemua bahaya yang lain menjadi tidak seberapa jika dibandingkan dengan riba ini.

faedah' sebagai riba, tinggallah kepada Nabi SAW untuk menerang dan menjelaskan pelbagai bentuk riba. Barangkali penjelasan paling penting yang telah diberikan oleh Nabi SAW adalah hadis yang telah dilapurkan oleh Jabir:

Pesuruh Allah SW menyumpah lelaki yang mengambil (iaitu memakan) riba, yang memberi (iaitu membayar) riba, yang merekodkan transaksi tersebut, dan dua saksi keatasnya. Baginda bersabda: Kesemua mereka sama sahaja bersalah.

(Muslim) Kenyataan yang sama telah dilapurkan oleh Abu Juhaifa:

Nabi menyumpah perempuan yang membuat tatu dan yang juga mentatu dirinya sendiri, dan yang memakan riba dan juga yang memberinya. Dan baginda melarang mengambil harga seekor anjing dan wang yang diperolehi dari pelacuran, dan baginda menyumpah mereka yang membuat gambar-gambar.

(Bukhari) Oleh itu setiap kali seorang Muslim menulis cek untuk membayar ansuran pinjaman ribanya (iaitu pinjaman dengan faedah) yang diambilnya dari bank untuk membeli rumah atau kereta dan sebagainya, dia patut sedar yang dia terlibat didalam riba dan dengan itu Nabi Muhammad SAW telah menyumpah dirinya! Jika dia mati tanpa bertaubat dan tanpa melakukan apa-apa usaha untuk mengeluarkan dirinya daripada riba, maka dia mungkin akan dimasukkan kedalam api neraka!

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 110-114)