• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERINGKAT KETIGA WAHYU-WAHYU AL QUR'AN UNTUK LARANGAN RIBA: PENGHAPUSAN SEPENUHNYA RIBA DARI

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 99-104)

EKONOMI

Ianya adalah suatu detik yang hebat bilamana Nabi SAW memilih khutbah didalam haji selamat tinggalnya, tiga bulan sebelum kewafatan baginda, untuk melancarkan usaha terakhir dan penghapusan sepenuhnya riba dari masyarakat Islam.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini...

Segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Jumlah asal yang kamu pinjamkan walaubagaimana pun adalah hak kamu untuk menyimpannya. Janganlah kamu menyakiti sesiapa, dan janganlah pula kamu teraniaya. Allah telah menetapkan bahawa tidak akan ada lagi riba dan semua riba kepada Abbas bin Abdul Muttalib terbatal dari sekarang... 15

Apa yang Nabi SAW telah lakukan adalah menguatkuasakan undang-undang larangan riba (diturunkan didalam Surah Al-Imran). Dengan cara

Lebih kurang dua bulan kemudian turun ayat Al Qur'an yang terakhir mengenai riba, yang mana juga adalah ayat Al Qur'an yang terakhir dan telah melengkapkan keseluruhan ayat-ayat Al Qur'an. Ia telah diturunkan sejurus sebelum kewafatan Nabi SAW dan telah mengesahkan bahawa peringkat ketiga yang mana telah pun diumumkan oleh Nabi SAW di Arafat. Larangan riba dikuatkuasakan dari ketika itu untuk penghapusan sepenuhnya riba dari ekonomi. Ia membatalkan semua transaksi riba yang masih berjalan, dan dengan cara demikian memberi kesan kepada penghapusan riba sepenuhnya dari ekonomi. Ianya menyuruh umat Islam untuk mendapatkan semula hanya jumlah asal pinjaman yang diberikan, dan dengan cara demikian menghapuskan walaupun jumlah kecil pembayaran faedah ataupun yuran perkhidmatan. Ia juga juga menggalakkan pemberi pinjaman untuk melepaskan walaupun jumlah asal yang dipinjamkan jika si pemimjam didalam kesusahan yang mana memberikan kelegaan kepada si peminjam. Ayat itu juga menegur dengan kerasnya akan perihal riba, tetapi kali ini ia bertindak balas kepada mereka yang menyatakan riba adalah satu bentuk perdagangan. Al Qur'an menolak hujah tersebut dan dan menyatakan dengan jelas perbezaan antara perdagangan dan riba:

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Jadi jangan berdegil dan tetap didalam riba selepas ayat ini sampai kepada kamu)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu (yang mana telah kamu pinjamkan dengan riba) (iaitu kamu hanya boleh mendapatkan balik jumlah asal sahaja dan bukannya jumlah asal beserta beberapa jumlah faedah yang berpatutan)

(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Ini mungkin lebih difahami seperti berikut: Dengan menerima kembali hanya jumlah asal yang dipinjamkan, kamu tidak akan menyebabkan ketidakadilan kepada peminjam dan dengan tidak mengambil faedah yang kamu kenakan, kamu sendiri, tidak akan menyebabkan ketidakadilan berlaku keatas kamu)

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap

Tanda-tanda yang menunjukkan betapa pentingnya Allah SW memberikan tumpuan kepada penghapusan riba ini boleh dilihat dengan jelas dari hakikat yang mana, seperti yang telah kita perhatikan, bahawa ini adalah ayat Al Qur'an terakhir yang telah diturunkan (ayat terakhir yang diturunkan adalah 179-181, jadi ayat 174-178 tentunya sudah diturunkan sebelum itu). Pengishtiharan perang oleh Allah SW dan juga PesuruhNya kepada mereka yang memakan riba setakat ini adalah bahasa yang paling keras pernah digunakan didalam Al Qur'an terhadap mereka yang melakukan dosa.

Maka sekarang ini pengishtiharan perang oleh Allah SW dan PesuruhNya sudah tentu membabitkan golongan yang beriman. Implikasinya adalah mereka yang ditindas telah diberikan keizinan oleh Allah SW untuk berperang, untuk membunuh dan juga terbunuh, dalam usaha untuk membebaskan mereka dari penindasan yang disebabkan oleh riba. Mereka yang beriman juga perlu mengishtiharkan perang untuk menghapuskan riba dari masyarakat dan dari mana-mana jua kawasan golongan yang ditindas meminta pertolongan. Guru saya yang diingati, Maulana Dr. Fadhlur Rahman Ansari (moga Allah mengasihaninya) menekankan perlunya penggunaan kekerasan mengikut pandangan yang mana Al Quran menyatakan: ... memerintahkah langkah-langkah aktif, melalui kuasa ancaman, untuk menamatkan eksploitasi.16 Beliau telah menyebut, berhubung dengan perkara ini, ayat yang berikut:

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah (kesemua kamu) puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah.

(Al Qur'an: al-Hujurat:- 49:9) Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa ayat tersebut, secara amnya bermaksud: ...juga memberikan prinsip bahawa jika terdapat golongan Islam yang cuba mengeksploit kumpulan yang lain, ianya adalah tanggungjawab kerajaan Islam untuk bertidak mengawal golongan tersebut dengan kekerasan.17 Dan beliau juga

merumuskan dengan menunjukkan bahawa: Larangan keatas bunga dan faedah (riba), yang mana golongan kaya mengeksplotasi golongan miskin, adalah sebahagian dari undang-undang Al Qur'an (memerlukan penggunaan kekerasan untuk menghapuskannya)... 18

Akhir sekali, ayat wahyu terakhir yang diturunkan mengenai riba meneruskan proses pendidikan yang mana telah menghuraikan kesemua ayat sebelumnya berkenaan subjek tersebut. Didalam ayat yang terakhir ini Allah SW, sekali lagi menunjukkan perbezaan antara ‘sedekah’ dan ‘riba’, dan antara ‘apa yang dibelanjakan’ dengan ‘riba’. Sudah tentulah ‘apa yang dibelanjakan’ itu tidak sepatutnya difahamkan dalam bentuk perbelanjaan yang membazir, membeli barangan mewah dan sebagainya.

Apabila manusia membelanjakan kekayaan mereka, kekayaan itu akan berkitar didalam ekonomi. Semua orang akan mendapat manafaat darinya. Apabila perbelanjaan itu mengelak dari pasaran, yang mana berlaku didalam transaksi riba, maka hanya segolongan sahaja yang akan mendapat faedahnya. Disebabkan oleh itu, apabila ekonomi tersebut berdasarkan riba, ianya teramat jelas bahawa yang kaya akan senantiasa kaya dan yang miskin akan senantiasa miskin. Malah ianya lebih dari itu, yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan menjadi bertambah miskin. Dan itu adalah resepi kepada perpecahan didalam hubungan masyarakat. Dan inilah yang telah disaksikan oleh dunia sekurang-kurangnya hampir 100 tahun sekarang ini.

Dengan demikian, peringkat terakhir penurunan ayat Al Qur'an berkaitan dengan riba telah dilakukan dengan cara berikut:

Pengishtiharan penguatkuasaan undang-undang melarang riba: Dibenarkan untuk berperang bagi menghapuskan riba;

Dalam dokumen Larangan Riba Didalam Al Quran Dan Sunnah (Halaman 99-104)