• Tidak ada hasil yang ditemukan

AB AZIZ BIN OMAR

Dalam dokumen buku mmi 3 guru final (Halaman 191-200)

BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN, DAN MENGHAYATI NILAI-NILAI MURN

AB AZIZ BIN OMAR

SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan.

Abstrak

Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai murni sejagat, sekolah merupakan institusi sosial yang paling relevan. Sekolah amat berkait rapat dengan pentadbir, guru, murid dan ibu bapa termasuklah PdP di bilik darjah. PdP di bilik darjah ialah suatu proses melentur dan membina tamadun murid ke arah yang lebih sempurna dalam semua aspek kehidupan untuk masa hadapan. Bahagian pengenalan tulisan ini, menghuraikan konsep dan rupa bentuk modal insan berpengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni diikuti konsep bilik darjah dan PdP yang berkesan. Bahagian isi pula, akan menyingkap isu-isu PdP berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Bahagian kesimpulan, dikemukakan beberapa cadangan yang konstruktif serta syor- syor yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

M u k a S u r a t | 184

PENGENALAN

Berlandaskan Wawasan 2020, ditegaskan bahawa dalam usaha kita untuk maju, tidak ada yang lebih penting daripada pembangunan sumber manusia (Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, 1991). Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-9 telah menetapkan, “ Pembangunan modal insan

berminda kelas pertama “ sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah

mencapai Wawasan 2020 (Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP, 2006-2010).Ciri-ciri modal insan yang hendak dilahirkan oleh Kementerian Pendidikan melalui PIPP 2006-2010, antara lain ialah modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani, emosi, kepercayaan kepada Tuhan, berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia, berpegang kepada nilai-nilai murni, berkeyakinan tinggi, berketerampilan, dan mengamalkan gaya hidup sihat (Perutusan Tahun Baru 2008, Menteri Pendidikan Malaysia).

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), menjana bermaksud berkembang dan meningkat maju, membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, dan memajukan. Dengan erti kata lain menjana modal insan ialah sumber tenaga atau manusia iaitu rakyat perlu dimajukan, dibina, dikembangkan dan diberi nilai tambah. Dalam konteks PIPP, rupa bentuk modal insan yang hendak dibangunkan ialah modal insan yang dapat membina negara ini, yang dapat mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, yang

dapat memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara (Dato’ Hishammudin

Tun Hussein, Menteri Pendidikan, PIPP 2006-2010). Dalam PIPP, telah ditegaskan bahawa dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni (PIPP, 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat 2007 (DBP, hal.1571) mentakrifkan berpengetahuan ialah mempunyai pengetahuan, berilmu, dan terpelajar. Oleh

M u k a S u r a t | 185 itu, modal insan yang berpengetahuan ialah sumber manusia, rakyat atau warga negara dan sumber tenaga yang mempunyai ilmu dan terpelajar.Ilmu ialah maklumat, data, dan keterangan daripada pelbagai disiplin umpamanya, bidang sains, sejarah, kemasyarakatan, dan sebagainya (Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM, 1991 Semakan Semula 2002, PPK, KPM).

Merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), konsep ilmu atau intelek mengambil kira aspek-aspek hikmat iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran, daya pemikiran yang lojik, analitis, kreatif, inovatif, dan ilmu yang bermanfaat (KBSM, PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Dalam aspek ilmu dan impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri telah meletakkannya sebagai cabaran keenam dalam Dasar Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Beliau menambah, apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting daripada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan sekeliling kita (Wawasan 2020, 1991). Dalam PIPP telah ditegaskan bahawa modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah (PIPP 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mendefiniskan berkemahiran ialah mempunyai kemahiran, terlatih untuk mengerjakan sesuatu, mempunyai kecekapan, kelancaran, dan kepandaian. Jadi modal insan yang berkemahiran ialah sumber tenaga, rakyat, warga negara atau tenaga kerja yang mempunyai

M u k a S u r a t | 186 kemahiran, kecekapan, kepandaian serta mampu melakukan, dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Konsep berkemahiran ini ada ditegaskan dalam Dasar Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju, bahawa kita tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling tinggi dari segi kemahiran rakyat kita (Dr. Mahathir bin Mohamad, Wawasan 2020, 1991). Untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran, PIPP 2006-2010 telah menegaskan bahawa bagi meningkatkan kualiti murid dari segi bina upaya insan human capacity building perlu adanya sistem pentaksiran peringkat sekolah. Sistem pentaksiran holistik ini memberikan tumpuan kepada pemupukan nilai-nilai yang menyeluruh seperti nilai kreatif, inovatif, kritis, berdisiplin, dan berakhlak mulia dalam kalangan pelajar ( Kad Laporan Kedua PIPP 2006-2010, KPM ).

Mok Soon Sang (2007), mentakrifkan nilai sebagai kepercayaan dan sikap yang mendorong seseorang atau institusi untuk melakukan sesuatu tindakan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (2005) mendefinisikan nilai sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap sesuatu perkara, darjah, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kurikulum Semakan Semula Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 2002 (KBSM), mentakrifkan nilai kemanusiaan yang dikenali juga sebagai nilai murni atau nilai moral bermaksud sesuatu perbuatan atau tingkah laku positif yang diamalkan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Konsep penghayatan nilai murni ini akan lebih terserlah jika dirujuk kepada Falfasah Pendidikan Kebangsaan (KBSM 1988) yang menggariskan bahawa dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja diorientasikan kepada masyarakat tetapi dituju ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan, dan kebersihan dalam masyarakat. Demikianlah nilai-nilai hidup yang harus

M u k a S u r a t | 187 dibina menerusi pendidikan andainya kita benar-benar mahu membina manusia. Ilmu yang disampaikan, sekiranya tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni yang boleh diserapkan dalam diri pelajar, maka ilmu tersebut tidak memanfaatkan malah jauh daripada membawa kebenaran. Unsur nilai merupakan komponen bersepadu yang penting dan dilaksanakan merentasi kurikulum selain yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral (PPK, KPM, 1988). Kementerian Pendidikan Malaysia melalui dasar KBSM telah menggariskan enam belas senarai nilai murni guru perlu diterapkan kepada pelajar di sekolah. Antaranya, baik hati, berdikari, hormat- menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat, dan semangat kewarganegaraan. Dalam konteks PIPP 2006-2010, ditegaskan bahawa kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangun satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem ini perlu membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, dan beretika tinggi (Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP 2006-2010). Kesimpulannya, modal insan yang menghayati nilai-nilai murni ialah rakyat, warganegara, sumber tenaga dan murid yang betul-betul dapat memahami dan mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan seharian mereka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan bilik darjah ialah tempat yang merumahkan murid buat sementara waktu, iaitu selama lima hingga enam jam dalam satu hari, dan untuk lima hari dalam seminggu. Bilik ini merupakan persekitaran pembelajaran yang paling penting kerana ketika murid berada di sekolah, hampir semua daripada masanya dihabiskan di bilik ini.

M u k a S u r a t | 188 Pengkaji kertas kerja ini mentakrifkan bilik darjah ialah tempat khas di sekolah yang disediakan oleh KPM untuk guru mengajar dan murid belajar. Dengan erti kata lain, tempat berlakunya PdP secara formal. Untuk mencapai tahap PdP berkesan, sesebuah bilik darjah mestilah berada dalam keadaan ceria dan mempunyai tampalan-tampalan bahan yang berkaitan dengan PdP. Bilik darjah yang kondusif dan ceria akan menimbulkan rangsangan belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar .

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan penyampaian ialah perihal menyampaikan sesuatu. Pengajaran ialah perihal mengajar serta segala sesuatu yang berkaitan dengan pengajaran seperti cara atau sistem mengajar. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Berkesan ialah menimbulkan hasil yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan serta mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran seseorang atau sesuatu golongan seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan.

Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Pengajaran juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid. Beliau mengatakan pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran.

Daripada definisi dan takrifan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyampaian pengajaran dan pembelajaran berkesan ialah suatu proses pemelajaran di bilik darjah yang menyeronokkan, menimbulkan rangsangan, dan menarik minat murid-murid. PdP juga suatu proses pemelajaran yang berakhir dengan kepuasan dan meninggalkan kesan perubahan minda, kemahiran dan tingkah laku positif kepada murid.

M u k a S u r a t | 189 Untuk mencapai taraf PdP berkesan di bilik darjah, guru perlulah memainkan peranan utama selain memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan ceria. Sikap guru yang berpakaian kemas (SPI Bil.13, 1969: SPI Bil. 6, 1985), berdisiplin, yakin diri, adil, dan bersungguh-sungguh merupakan asas utama ke arah pengajaran dan pembelajaran berkesan di kelas. Guru juga mestilah menguasai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid di samping menguasai kurikulum,sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini. Guru juga mestilah menguasai pedagogi (pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti, aplikasi kemahiran bernilai tambah, sistem penilaian, aspek pengisian kurikulum dan sebagainya). Guru mesti mampu merancang dan menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian yang memenuhi spesifikasi KBSM sesuai dengan tajuk, aspek, objektif, HPU, HPK, dan HHP yang hendak dicapai. Di samping itu, guru juga harus memiliki dokumen-dokumen rasmi PdP seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran terkini dan buku rekod mengajar. Guru seharusnya boleh mencipta teknik-teknik PdP baharu atau paling kurang mengadaptasi teknik-teknik yang sedia ada, misalnya Teknik Pemaduan Seni Wayang Kulit untuk PdP prosa tradisional. Untuk lebih memantapkan lagi proses PdP berkesan di bilik darjah, guru seharusnya mampu membina sendiri alat bantu mengajar sama ada dalam bentuk dokumen bertulis, audio visual seperti pita rakaman, cakera padat CD atau DVD.

Sebagai kesimpulan, dalam rangka untuk menzahirkan PdP berkesan di bilik darjah, guru tidak boleh mengabaikan beberapa strategi PdP yang telah ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum, KPM (2002), yakni pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik, kepelbagaian sumber, dan pembacaan luas.

M u k a S u r a t | 190

ISI KANDUNGAN

1. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berpengetahuan

Aspek ilmu yang hendak diajar ialah teknik plot dan gaya bahasa dalam genre novel Restu, (Ismail Kassan, 2000). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan pemahaman, membaca, dan melakonkan adegan. Teknik pula ialah lakonan dan main peranan menggunakan aplikasi kemahiran berfikir. Aktiviti yang dirancang ialah teknik aktiviti membaca petikan dalam teks novel Restu (hal. 235-241) dan penilaian dibuat secara formatif (lisan, pemerhatian, dan penulisan). Guru berperanan untuk menyediakan petikan novel dalam bentuk dialog (Lampiran 1) dan mengawal situasi pembelajaran.

Selepas sesi set induksi berkaitan pembelajaran terdahulu, murid diminta membuka dan membaca teks novel Restu di halaman 235-241 dengan memberikan penekanan tentang peristiwa menggunakan teknik plot (suspen dan kejutan) dan jenis-jenis gaya bahasa yang ada dalam petikan tersebut. Selepas itu, guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid. Guru memanggil lima orang murid ke hadapan kelas dan memberikan salinan petikan yang telah diubah ke dalam bentuk dialog kepada setiap murid. Guru meminta murid membaca perenggan dialog dalam bentuk lakonan yang memperlihatkan adanya unsur suspen dan kejutan (Lampiran 2). Selepas dialog dibaca, guru bertanya beberapa soalan mengenai teknik plot dan gaya bahasa. Guru memberikan sedikit penjelasan dan meminta murid merumuskannya.

M u k a S u r a t | 191 Kaedah, teknik dan aktiviti seperti ini sangat menarik,berkesan, dan menyeronokkan murid kerana 70% perkembangan PdP di bilik darjah berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai pemudah cara untuk membimbing situasi PdP. Penilaian dibuat berdasarkan keaktifan murid seperti menjawab soalan, membaca petikan, membaca dialog dalam bentuk lakonan, dan merumuskan nota. Sehubungan dengan itu, ilmu yang boleh dibina dan dipupuk secara langsung kepada murid di sini ialah ilmu sastera dalam aspek teknik plot dan jenis-jenis gaya bahasa. Sementara ilmu atau pengetahuan lain yang terserap secara tidak langsung ialah ilmu psikologi, kemasyarakatan dan ilmu seni mempertahankan diri.Strategi PdP yang dicadangkan ini sangat berkesan untuk menjana modal insan yang proaktif, kreatif, kritis, inovatif,dan berkualiti untuk masa depan negara.

Daripada amalan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah seperti di atas, kesannya amat membanggakan. Keadaan ini dapat dilihat dengan peningkatan pencapaian kualiti mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan SPM di SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, selama enam tahun secara berturut (2006–2011). Data lengkap pencapaian dapat dilihat dalam carta di bawah.

TAHU N JU M LAH CALON A+ A A- B+ B C+ C D E G JUM LULUS % LULUS GPM P 2006 101 0 1 2 9 14 17 16 24 18 83 82.2 6.95 2007 106 2 4 16 15 16 20 12 11 10 96 90.6 5.69 2008 103 4 12 15 15 12 9 16 9 11 92 89.3 4.95 2009 82 1 8 17 14 10 15 4 6 3 04 78 95.1 3.96 2010 98 1 13 18 15 17 10 9 5 6 4 94 95.9 3.93 2011 95 2 19 27 17 5 5 3 6 3 8 87 91.6 3.42

M u k a S u r a t | 192 Sebagai rumusan, PdP berkesan di bilik darjah dengan mengamalkan strategi berpusatkan murid dapat menghasilkan modal insan yang mantap dari segi pengetahuan dan pemikiran.

2. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berkemahiran

Melalui mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, banyak aspek kemahiran yang boleh dibina untuk pembangunan murid atau modal insan. Antaranya ialah kemahiran membaca, bercakap, berdialog, mendengar, menghayati, mendeklamasi sajak, melagukan syair, berpantun, berlakon, mencipta puisi (sajak, pantun, syair, dan seloka), menghasilkan skrip drama, membuat projek sastera, dan sebagainya.

Salah satu daripada kemahiran yang perlu diajar kepada murid Tingkatan Empat dan Lima seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM (Sukatan Semakan Semula 2002 ialah menghasilkan dan mempersembahkan puisi (KBSM, PPK, KPM). Aspek menghasilkan dan mempersembahkan puisi (sajak, pantun,syair, gurindam, dan seloka) merupakan perkara asas yang perlu diajar kepada murid. Untuk mengaplikasi dan merealisasikan aspek kemahiran membina dan mendeklamasi puisi, memerlukan kepakaran guru (PdP berkesan). Misalnya, selepas tajuk dan objektif PdP telah ditetapkan, iaitu murid boleh membina dan mempersembahkan sajak dengan baik. Proses PdP seterusnya ialah aktiviti guru dan murid mencipta dan mendeklamasi sajak. Tema sajak

yang hendak dibina dan dipersembahkan ialah, ‘Kebesaran Tuhan’.

Aspek pedagogi yang digunakan ialah pendekatan berfokus, kaedah mendengar pita rakaman, soal jawab, teknik penerangan, latihan, menggunakan lembaran kerja, kemahiran bernilai tambah (aplikasi

Dalam dokumen buku mmi 3 guru final (Halaman 191-200)

Dokumen terkait