TANPA GURU
ISI KANDUNGAN
Blog pendidikan gempurbio ini dibina berdasarkan keperluan bahan bantu mengajar (BBM) yang bercirikan ICT. Hal sedemikian ini, selaras dengan keperluan sekolah yang memberikan keutamaan kepada penggunaan ICT dalam PdP. Blog ini juga merupakan bahan sokongan untuk kegunaan guru dalam PdP serta bahan rujukan para murid untuk memperkukuh pengetahuan Biologi mereka. Oleh sebab mudah penggunaannya dan bersifat mesra pengguna, blog ini menjadi pilihan murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran Biologi. Kelebihan blog ini ialah perbincangan boleh dibuat dalam ruang komen atau chat box/shout box di seluruh dunia secara atas talian dan merupakan tempat untuk menyampaikan idea serta berkongsi maklumat.
Perkataan ‘gempur’ yang digunakan sebagai nama blog ini bermaksud ‘menggerakkan segala daya usaha’ untuk menguasai isi kandungan mata
pelajaran Biologi sebagai persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan, khususnya peperiksaan SPM. Bahan yang terdapat dalam blog ini bukan hanya tertumpu kepada murid-murid tetapi boleh juga digunakan oleh para guru.
M u k a S u r a t | 37 Pengisian laman blog ini antaranya, contoh soalan topikal berserta skema pemarkahan yang dipilih khas oleh pemilik blog, nota mata pelajaran yang ringkas dan padat berserta gambar foto, dan gambar rajah. Blog ini dilengkapi dengan sokongan imej dan animasi yang menarik dan dipetik daripada sumber- sumber yang boleh dipercayai dari internet dan dikemukakan supaya dapat membantu proses PdP agar menjadi lebih berkesan dan interaktif.
Seterusnya, blog ini turut mengandungi panduan untuk menjawab soalan- soalan peperiksaan Biologi. Pengunjung dalam kalangan murid juga dapat berinteraksi dengan guru melalui kotak sembang yang disediakan. Soalan- soalan yang dikemukakan melalui kotak sembang akan dijawab oleh guru
melalui ‘posting’ blog. Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan interaksi antara guru dan juga pengunjung untuk menyelesaikan atau menjawab sebarang soalan khususnya berkaitan mata pelajaran Biologi. Blog
gempurbio.blogspot.com ini telah disebar luas melalui guru-guru, ceramah- ceramah di sekolah, dan laman sosial Facebook.
Blog ini sentiasa dikemas kini setiap minggu dengan bahan-bahan PdP yang disusun mengikut label semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Respon
melalui ‘live traffic’ dan statistik menunjukkan ramai pengunjung mengunjungi blog ini dan memuat turun bahan-bahan untuk kegunaan persediaan peperiksaan masing-masing. Selaras dengan perkembangan ICT yang pesat dalam bidang pendidikan, kewujudan blog ini sedikit sebanyak menambah BBM untuk kegunaan guru manakala bagi murid pula sebagai sumber bahan rujukan dan pembelajaran dalam mata pelajaran Biologi.
M u k a S u r a t | 38
PERNYATAAN ISU & CADANGAN
Sesungguhnya sukar untuk mencari satu laman web atau laman blog Biologi yang mudah difahami, menarik, kaya maklumat, dan aktiviti serta mesra pengguna. Laman blog ini dapat membantu murid untuk memahami konsep Biologi malah turut memberikan panduan dan bimbingan bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan murid terutamanya dalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat. Penggunaan blog dalam pendidikan memberikan faedah kepada murid. Kehadiran blog merupakan satu revolusi yang muncul apabila ramai pembangun teknologi berasaskan web merasakan maklumat terkini perlu dikemas kini secara berkala dan disusun mengikut sisipan terkini. Justeru, inovasi ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan blog sebagai alternatif dalam proses PdP.
1. Pengisian Blog
(a) Pengenalan kepada blog dan sinopsis mengenai kepentingan blog ini ditulis pada bahagian paling atas untuk memperkenalkan blog kepada pengunjung. Pilihan warna latar blog iaitu hijau menggambarkan konsep alam semula jadi iaitu sesuai dengan mata pelajaran Biologi atau kaji hayat.
(b) Isi kandungan mata pelajaran dilabelkan mengikut bab-bab dalam silibus Biologi sekolah-sekolah di Malaysia iaitu terdiri daripada 15 bab.
(c) Pengunjung boleh memilih bab untuk mengulang kaji dengan menekan ikon yang menunjukkan tajuk bab dan seterusnya masuk ke bab yang dikehendaki.
M u k a S u r a t | 39 (d) Beberapa label tambahan disediakan seperti Bio Books, Bio CD, Bio Lesson, Bio SPM, Bio Talk yang mempamerkan pelbagai maklumat tambahan yang berkaitan.
(e) Bahan-bahan yang ada dalam setiap label bab ialah nota ringkas dan padat dengan ilustrasi yang pelbagai seperti gambar rajah, gambar foto, video animasi, dan video interaktif. Bahan-bahan ini dipetik daripada pelbagai sumber atas talian bertujuan untuk menjadikan blog lebih menarik dan bermaklumat.
(f) Terdapat ikon ‘link’ yang disediakan untuk pengunjung supaya dapat terus ke pautan yang dicadangkan . Link ke tapak-tapak
berguna dan berkaitan dengan pendidikan seperti, ‘Eduweb TV’, GCBio Malaysia, Koleksi soalan, MGC Malaysia, dan laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
(g) Terdapat pelbagai tambahan gajet seperti: ‘SPM countdown’ untuk
memberikan peringatan kepada calon SPM tentang hari peperiksaan mereka; ‘Time waits for no man’, iaitu jam dan kalendar untuk rujukan masa; ‘Owner introduction’, untuk memperkenalkan pemilik blog; ‘What do you think of Gempurbio blogspot’, untuk meminta pendapat melalui undian; muzik untuk latar belakang blog;
‘Bio chapters’, untuk memudahkan pencarian bab; ’Contact me’, untuk berinteraksi dengan pemilik blog; ‘Blog counter’, untuk mengetahui bilangan pelawat yang mengunjungi blog ini;
‘Followers,’ merekod bilangan pengunjung yang mengikuti blog yang bertambah dari semasa ke semasa; ‘Who’s here’, untuk mengetahui dari manakah datangnya pengunjung blog; ‘Reminder’,
untuk memberi peringatan kepada pengunjung; ‘chat box’ yang dinamakan ‘Get connected’, untuk memberikan ruang kepada pengunjung berinteraksi dengan pemilik blog. Maklum balas dan
M u k a S u r a t | 40 (h) Di bahagian bawah setiap ‘posting’, pula terdapat label, tarikh bahan
disiarkan, dan terdapat ruang untuk mencatat komen.
2. Pengendalian Blog
Blog ini dikendalikan oleh pemilik blog sepenuhnya. Bahan-bahan dipilih dengan teliti, sama ada daripada sumber buku rujukan, majalah, akhbar ataupun dari internet. Sumber laman web pendidikan dari seluruh dunia banyak didapati dengan percuma. Ucapan penghargaan disertakan, jika dipetik daripada sumber yang mempunyai hak cipta. Blog dikemas kini dari semasa ke semasa. Apabila terdapat soalan daripada pengunjung, pemilik akan memberikan jawapan dengan segera dan menyediakan
‘posting’ yang khusus bagi menjawab persoalan yang diberikan.
3. Pengurangan Kos Operasi
Tiada perbelanjaan diperlukan untuk membina blog ini kerana pemilik blog menggunakan tapak blog secara percuma yang lazim disediakan oleh beberapa organisasi blog seperti, http://blogspot.com/,
http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/ . Penyediaan blog ini tidak melibatkan kos kerana pemilik blog telah mengekploitasi kemudahan internet berwayar dan juga tanpa wayar yang disediakan di sekolah. Para guru dan murid bebas mencapai laman blog ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada di kawasan sekolah. Di samping itu, mereka boleh membaca terus untuk mendapat bahan tanpa perlu mencetaknya. Mereka juga boleh memuat turun bahan yang dikehendaki daripada blog
dan disimpan di dalam ‘pen drive’ bagi kegunaan seterusnya. Hal ini, dapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Petikan bahan daripada internet pula diperoleh daripada sumber-sumber yang dipilih secara percuma.
M u k a S u r a t | 41
4. Penjimatan Masa
Kewujudan tiga buah makmal komputer di sekolah juga membolehkan murid-murid mengunjungi blog ini pada masa PdP dan juga di luar waktu persekolahan. Masa PdP juga dapat dijimatkan kerana murid lebih cepat memahami sesuatu konsep selepas melayari blog ini.
5. Ulasan Hasil Dapatan
Secara keseluruhan, 23 responden yang terdiri daripada murid-murid Tingkatan Lima di sekolah pengkaji menunjukkan kecenderungan untuk
memilih skala ‘memuaskan’ dan ‘sangat memuaskan’. Tiada responden
yang memilih skala 1-3. (Sila rujuk kepada ulasan hasil daripada soal selidik).
(a) Cakupan Isi Kandungan
Hasil soal selidik mendapati sebanyak 96%daripada responden
bersetuju memilih skala ‘sangat memuaskan’ iaitu, “Blog ini
menambah minat saya untuk belajar Biologi”. Sebanyak 83%
daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’ bagi item,
“Blog ini membantu saya untuk mengulang kaji tajuk-tajukdalam Biologi”.Sebanyak 78%daripada responden memilih skala ‘sangat
memuaskan’, bagi item-item:“Saya seronok belajar Biologi
menggunakan blog”, “Sampel soalan dan jawapan yang
disediakanmembantu saya dalam peperiksaan dan bahan-bahan
dalam blog adalah sesuai dan berguna untuk saya”.Sebanyak
74%daripada responden memilih skala ‘sangat memuaskan’, bagi item-item:“Secara keseluruhannya, blog ini merangkumi semua bab
M u k a S u r a t | 42
yang dipelajari secara seimbang dan menyeluruh”. “Banyak bahan pembelajaran yang berguna diperoleh dari blog ini”, dan “Blog ini
padat dengan maklumat Biologi yang saya perlukan.”
Kesimpulannya, cakupan isi kandungan blog ini merangkumi semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Blog ini membantu responden untuk mengulang kaji bab-bab dalam Biologi dengan adanya nota dan sampel soalan serta jawapan yang telah disediakan sebagai persediaan peperiksaan.
(b) Reka Bentuk Blog
Hasil soal selidik mendapati sebanyak 87% daripada responden
bersetuju memilih skala ‘sangat memuaskan’, iaitu “Bahan animasi
dan video dalam blog ini membantu saya memahami sesuatu proses dengan lebih jelas”, dan “Petikan rajah dan gambar foto dalam blog ini membantu sayamemahami dengan mudah sesuatu perkara.” Sebanyak 83% daripada responden memilih skala, ‘sangat
memuaskan’ bagi item,“ Pautan/link yang disediakan membantu saya mencapai blog-blog laindengan lebih cepat”. Hal sedemikian ini sedikit sebanyak telah membantu responden untuk melawat pautan-pautan lain secara terus dengan cepat dan mudah.
Kesimpulannya, secara keseluruhan responden telah berpuas hati dengan reka bentuk blog ini. Ada beberapa penambahbaikan yang dicadangkan seperti menambah video dan bahan-bahan yang bersifat interaktif.
(c) Pendapat Responden
Hasil soal selidik mendapati sebanyak 91% daripada responden
M u k a S u r a t | 43 mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini
untuk pembelajaran mereka”. Sebanyak 87%daripada responden
memilih skala ‘sangat memuaskan’ bagi item-item, “Penggunaan blog ini sebagai tambahan yang baik kepada kaedah lain dalam
pembelajaran”,dan “Sila nyatakan skala kepuashatian anda selepas
melawat blog ini“.
Kesimpulannya, secara keseluruhan responden berpuas hati dengan penggunaan blog ini sebagai satu kaedah alternatif kepada kaedah- kaedah pembelajaran yang sedia ada. Responden bersetuju untuk mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini dalam pembelajaran mereka.
KESIMPULAN
Oleh sebab blog ini merupakan satu aplikasi ICT, didapati murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakannya dalam pembelajaran mereka. Penggunaannya yang meluas menyebabkan terdapat peningkatan dalam penguasaan isi kandungan dalam bidang Biologi. Bukan itu sahaja, malah dapat juga meningkatkan prestasi penulisan dalam kalangan murid. Selain itu, penggunaan blog banyak memberikan faedah lain seperti mampu menjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif tentang pembelajaran, membangunkan kemahiran sosial, dan menggalakkan perkongsian idea di samping meningkatkan tahap motivasi murid-murid .
Para guru pula mendapati lebih mudah untuk menerangkan sesuatu konsep dengan adanya sokongan bahan-bahan interaktif dan animasi yang diperoleh daripada blog ini. Blog kini telah menjadi dimensi baharu untuk para guru dan murid-murid bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog juga boleh menjadi medium yang membolehkan kerja murid
M u k a S u r a t | 44 dikutip, disunting, ditaksir dan seterusnya diterbitkan untuk penonton atau
pembaca maya. Dari ‘chat box’ dan ‘comment box’ yang terdapat pada blog, didapati ramai yang bersetuju bahawa blogspot ini sangat berguna kepada mereka. Antara faedah lain ialah blog ini membantu para guru dalam penyediaan sampel-sampel soalan berserta skema pemarkahan untuk mata pelajaran Biologi, memperkembang dan memperkaya isi kandungan mata pelajaran Biologi secara meluas, bukan sekadar skop silibus Biologi sekolah- sekolah di Malaysia sahaja, mewujudkan jalinan dan jaringan dalam kalangan guru Biologi seluruh negara khususnya, dan seluruh dunia amnya. Penggunaan kemahiran ICT pula didapati dibuat secara maksimum untuk memperoleh bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran daripada sumber blog ini bersama pautan yang dicadangkan. Pautan-pautan yang berguna yang dicadangkan dapat digunakan terus oleh pengguna dengan hanya menekan ikon pautan. Situasi ini membolehkan mereka membuat penerokaan seterusnya melepasi dunia tanpa sempadan.
CADANGAN
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa terdapat perubahan yang positif atas mata pelajaran Biologi dengan penggunaan kaedah belajar menggunakan blog. Kaedah ini didapati menambah minat murid kepada mata pelajaran ini. Murid seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan animasi, video dan gambar foto. Di samping itu juga, mereka dapat berinteraksi dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan mata pelajaran melalui blog. Murid juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat maklumat mata pelajaran Biologi yang selaras dengan keperluan peperiksaan. Sesi PdP menggunakan blog agak menarik kerana sesi tersebut bukan sahaja boleh dijalankan dalam waktu PdP secara formal. Penggunaan blog ini juga
M u k a S u r a t | 45 kendiri dapat dijalankan pada setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan ICT.
Bagi pihak guru pula, keberkesanan kaedah ini bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menyesuaikannya dengan murid yang dihadapi setiap hari. Pihak guru dicadangkan untuk memiliki blog mata pelajaran masing-masing sebagai usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pihak sekolah pula hendaklah memberikan sokongan penuh dengan menyediakan keperluan asas kemudahan ICT supaya PdP alternatif melalui penggunaan blog ini menjadi lebih mudah. Penggunaan blog dilihat mampu menyelesaikan masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid dan guru dalam komunikasi dua hala yang interaktif berbanding dengan forum maya yang lain.
Dengan peningkatan minat murid-murid dalam mata pelajaran Biologi menerusi kaedah penggunaan blog pendidikan ini, diharapkan dapat meningkatkan tahap kecemerlangan murid dalam peperiksaan sekali gus melonjakkan prestasi peperiksaan SPM di sekolah khususnya, dan prestasi negara amnya.
Rujukan
Khalili, A., & Shashoani, L. (1994). The effectiveness of computer
applications: a meta-analysis. Journal of Research on Computing in Education, 27, 48-61.
Moore, M. G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A systems view. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company.
http://en.wikipedia.org/wiki/Edublog
Top 100 Education Blog : http://oedb.org/library/features/top-100-education- blogs
M u k a S u r a t | 46
http://educational-blogging.wikispaces.com/
http://edublogs.org/10-ways-to-use-your-edublog-to-teach/
http://www.onlineclasses.org/2010/12/08/100-seriously-cool-classroom-blogs- for-teaching- ideas-inspiration/
M u k a S u r a t | 47