• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Dalam dokumen buku mmi 3 guru final (Halaman 179-190)

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid-muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga mestilah mencipta pengajaran yang berkesan. Hal ini bermakna, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini, memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP. Situasi ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang murid untuk belajar secara aktif, sstrategi tersebut haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea serta berupaya menarik hati murid bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

M u k a S u r a t | 172

Bagi menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Semua aktiviti diharapkan dapat mempengaruhi intelek, emosi, dan minat murid secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Persedian perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya, aktiviti yang dipilih itu ialah gerak kerja yang mampu memberikan sepenuh pengaruh tentang perhatian, berupaya meningkatkan kesan bagi intelek, ingatan, emosi, minat, dan

kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

pengajarannya. Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.

KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri sepunya ‘learning is fun’ berlaku. Sehubungan dengan itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan proses pembelajaran murid. Secara umumnya, sesuatu proses PdP akan merangkumi 3 fasa iaitu:

 Fasa sebelum pengajaran  Fasa semasa pengajaran  Fasa selepas pengajaran

Rajah di bawah menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam proses PdP.

M u k a S u r a t | 173 Sebelum Pengajaran

 Penentuan kemahiran atau isi pelajaran  Penelitian kebolehan sedia ada murid  Penentuan objektif PdP

 Penentuan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik Pd P  Pemilihan bahan sumber

Semasa Pengajaran

 Pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik  Pengurusan kelas

 Penggunaan bahan bantu  Penilaian

Selepas Pengajaran

 Penilaian pencapaian

M u k a S u r a t | 174 Panduan untuk Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan.

Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Berikut antara yang boleh difikirkan oleh guru untuk dilaksanakan.

 Rancang aktiviti PdP.

 Fikirkan pelbagai strategi PdP.

 Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.

 Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.  Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan

daripada yang konkrit kepada yang abstrak.

 Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.

 Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid.

 Gunakan bahasa yang dapat difahami dan didengari murid dengan jelas.

 Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid.  Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid.  Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat dan tumpuan murid.  Kerap memberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk

pujian.

 Memberikan peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka.

M u k a S u r a t | 175

Apakah Kaedah, Pendekatan dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Digunakan?

Dalam KSSR, pelaksanaan pengajaran melibatkan strategi pemusatan guru, murid, pemusatan bahan dan berasaskan aktiviti / tugasan. Strategi PdP merujuk kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan merancang kaedah serta teknik yang umumnya terdapat tiga mod pembelajaran dan boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti PdP di sekolah iaitu:

 Pembelajaran secara kelas.  Pembelajaran secara kumpulan.  Pembelajaran secara individu.

Pembelajaran Secara Kelas

Kaedah ini paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti PdP. Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas manakala interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid. Kebiasaannya, BBM juga sama kepada semua murid. Kadangkala penggunaan papan putih lebih tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat.

Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering berlaku. Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set induksi, perkembangan, dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah memberikan pengenalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baharu bagi menyediakan murid untuk pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas sesuatu prinsip, diskripsi, dan rumusan tentang isi pelajaran.

M u k a S u r a t | 176

Pembelajaran Secara Kumpulan

Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti PdP secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks KBSR murid-murid boleh disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut:

 Kebolehan  Pencapaian  Minat  Jantina

Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan berlaku interaksi antara murid dengan murid yang berkebolehan merangsang ahli sekumpulan yang lain.

Pembelajaran Secara Individu.

Pembelajaran secara individu dalam proses PdP merupakan cetusan pemikir moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap individu murid unik, pelbagai, dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui sistem pendidikan.

Pendekatan individu ini sangat fleksibel kerana setiap murid mempunyai kebebasan untuk menentukan arah tuju pembelajaran mereka. Murid dituntut mempunyai sifat kendiri dan motivasi yang tinggi kerana segala aspek

M u k a S u r a t | 177 pembelajaran mereka ditentukan oleh murid sendiri. Penggunaan BBM dalam melaksanakan kaedah individu berbagai-bagai dan perlu disediakan oleh guru.

Kaedah lain yang sesuai dalam konteks masa, murid dan masa pembelajaran ialah Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Inkuri Penemuan, Pembelajaran Secara Konstruktivisme dan Pembelajaran Secara Kontekstual.

Pembelanjaran Masteri

Suatu pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Pembelajaran Inkuiri-Penemuan melibatkan penyiasatan. Dalam penyiasatan ini proses-proses yang berlaku ialah membuat pemerhatian, membuat hipotesis, merancang dan melaksanakan penyiasatan, menterjemah dapatan dan membuat kesimpulan, dan berkomunikasi.

Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

M u k a S u r a t | 178

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on.

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan ICT / TMK

YAB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada bulan September yang lalu. Pelan ini menyatakan hasrat dan tekad Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia.

Sehubungan dengan itu, sudah semestinya inovasi dalam PdP berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Transformasi ini penting dalam usaha melengkapkan anak didik kita dengan pengetahuan, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Prinsip Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Menjana Inovasi

Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam PdP. Pertama, murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan memperoleh

M u k a S u r a t | 179 kemahiran ini, murid dapat mengaplikasi dan mengintegrasi TMK dalam pembelajaran mereka. Bagi menjayakan perkara ini, murid perlu mempelajari TMK secara kaedah amali (hands-on) dan memperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks PdP untuk menjana inovasi.

Penggunaan TMK Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

TMK tidak semestinya diguna pakai sepanjang proses PdP. Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan PdP mereka. Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid mengukuhkan lagi pembelajaran dan pembelajaran serta mencapai standard kurikulum. Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

RUMUSAN

Dalam konteks penggunaan TMK dalam PdP, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan TMK sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan. Penggunaan TMK dalam PdP dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu aspek pengajaran (Guru menggunakan TMK) dan aspek pembelajaran (Murid menggunakan TMK).

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam PdP boleh dikategori sebagai:

 Tutorial,

 Penerokaan (eksploratori),  Aplikasi, dan

M u k a S u r a t | 180

KESIMPULAN

Perancangan PdP yang berkesan diharapkan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Keberkesanan PdP ini juga akan mengubah minda, pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran bagi meningkatkan kualiti instruksional dalam kalangan guru di samping meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah.

SYOR

1. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran muri-murid dengan mewujudkan situasi pengajaran yang berkesan.

2. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

3. Guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Situasi ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP dan menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik- teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.

4. Guru perlu menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran dengan merancang pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid.

M u k a S u r a t | 181

Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mak Soon Sang. (2008). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P

Gred DGA34, DG44 & DG48. Kuala Lumpur : Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : DBP.

Raiff, J.C. (1992). Learning Style. Washington Dc: National Education Association

Yufiza binti Mohd. Yusof. (2005). Gaya Pembelajaran dan Hubungan dengan Pencapaian Pelajar Perakaunan.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

M u k a S u r a t | 182

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam dokumen buku mmi 3 guru final (Halaman 179-190)

Dokumen terkait