PENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN
Guru Besar bertanggungjawab memperuntukkan dan melindungi masa pengajaran dengan memastikan guru berada di dalam bilik darjah, berfungsi, dan menjalankan peranan sebagai sebagai seorang pendidik dengan berkesan. PdP mestilah terlaksana kerana itu ialah tugas utama(core duty) guru di sekolah.
Beberapa cadangan tindakan atau penyelesaian dapat dihuraikan seperti yang berikut :
1 PdP dijalankan secara optimum
Guru-guru dikehendaki menjalankan PdP dengan menggunakan masa pengajaran secara optimum. Kerja-kerja atau latihan bertulis tidak digalakkan di dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut harus dilakukan sebagai kerja rumah murid. Dengan itu, guru-guru akan menggunakan masa sepenuhnya untuk proses PdP di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif agar aktiviti PdP dapat dipenuhi sepenuhnya dengan
M u k a S u r a t | 71 berkesan. Murid tidak akan berasa bosan. Secara tidak langsungnya, waktu instruksional berlaku sepenuhnya.
2 Jual beli masa pengajaran
Guru-guru yang mengetahui bahawa mereka perlu menghadiri kursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi dan tidak dapat mematuhi jadual pengajaran asalnya akan menjual waktunya dan membeli waktu pengajaran guru lain yang mengajarkan kelas yang sama. Guru ini akan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran bahawa jual beli masa pengajaran telah dilakukan sebelum guru tersebut pergi berkursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi. Masalah untuk membuat jadual ganti tidak berlaku dan proses PdP dijalankan seperti biasa.
3 Guru menghadiri kursus/taklimat secara adhoc
Ada kalanya guru-guru menghadiri kursus atau taklimat secara adhoc dan tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tertentu. Guru tersebut memaklumkan kepada pihak pentadbir melalui telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) seberapa segera yang mungkin. Dengan itu, pengurusan jadual waktu ganti guru dapat disusun dengan teratur dan cekap.
Guru-guru yang tidak berada di sekolah pada hari itu juga diminta menghantar buku rancangan hariannya berserta latihan yang dirancang perlu dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, guru ganti akan mengajar murid seperti dirancang dan memberikan latihan yang dibekalkan.
Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk memastikan kelas tersebut tidak terabai.
M u k a S u r a t | 72 4 Guru cuti bersalin/bercuti panjang
Guru yang akan cuti bersalin atau bercuti panjang seharusnya merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan topik-topik mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan.
Kelas gantian perlu dijalankan selepas masa persekolahan, cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai dan tidak mengganggu waktu PdP rasmi. Hal sedemikian ini, bagi memastikan masa instruksional dilindungi dan jika sekolah tidak mendapat guru ganti ketika guru cuti tersebut bersalin.
5 Kelas gantian khas untuk murid yang lemah/masalah
pembelajaran/selalu tidak hadir ke sekolah
Guru-guru digalakkan untuk mengadakan kelas gantian khas untuk membantu murid-murid yang lemah atau bermasalah pembelajaran dan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Kelas gantian tersebut boleh dilakukan selepas waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan.
Kelas gantian ini untuk memberikan bantuan dan bimbingan kepada murid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, murid-murid tidak akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang perlu dipelajari oleh mereka.
M u k a S u r a t | 73
6 Kelas bantu LINUS
Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kelas bantu LINUS bagi murid- murid LINUS tegar bermula dari Tahun 1. Murid-murid ini dikenal pasti oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
Murid-murid LINUS tegar ini akan dibantu secara personal coaching oleh guru yang tiada waktu mengajar (free-period) semasa waktu pembelajaran murid-murid arus perdana. Kemahiran yang diajar juga bersesuaian dengan kemahiran sedia ada mereka.
Kelas bantu LINUS dapat merapatkan jurang penguasaan kemahiran murid-murid ini dengan murid-murid di arus perdana dan secara tidak langsung waktu instruksional berlaku. Hal ini selari dengan hasrat KPM di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) 4 fokus sub- NKRA iaitu literasi dan numerasi iaitu semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa PdP
Semasa PdP dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan keluar kecuali dalam keadaan yang amat memerlukan atau terdesak. Tumpuan murid- murid diperlukan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diterima dengan sepenuhnya tanpa gangguan. Jika murid kerap keluar seperti ke tandas atau urusan lain maka akan mengganggu masa pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, dijadikan budaya supaya murid-murid berada di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Urusan peribadi seperti ke kedai buku atau ke bilik air, cuma dibenarkan pada waktu pagi sebelum kelas bermula dan pada waktu rehat.
M u k a S u r a t | 74 8 Peranan ketua darjah dan penolong ketua darjah
Peranan ketua darjah atau penolong ketua darjah juga amat penting dalam pelaksanaan MMI di sekolah. Ketua darjah atau penolong dipertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir jika tiada guru masuk ke kelas (atas urusan yang tidak dapat dielakkan) selepas 5 minit bermulanya mata pelajaran.
Tindakan segera daripada ketua darjah dan penolong dapat membantu pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.
KESIMPULAN
Pengurusan MMI yang berkesan dapat mencapai matlamat sekolah dan prestasi akademik murid akan meningkat. Usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada semua pihak. Kerja berpasukan yang mantap dapat menjayakan pengurusan MMI.
SYOR
Disyorkan agar pengurusan MMI akan menjadi lebih berkesan sekiranya pihak sekolah menyediakan buku catatan kehadiran guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas. Guru yang masuk ke dalam kelas mestilah menandangtangani buku catatan kehadiran guru bagi mata pelajaran tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Hal sedemikian ini, membuktikan guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas mengikut masa yang tepat dan waktu instruksional berlaku sepenuhnya.
M u k a S u r a t | 75
Rujukan
Amalan-amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan, 2010.
Melindungi Masa Instruksional (Proctecting Instruktional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.
M u k a S u r a t | 76