“TAK KENAL MAKA TAK CINTA”
PUAN ROHANI BINTI HAMZAH
SMK Durian Daun,Melaka
Abstrak
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan amat penting dalam usaha guru membangunkan modal insan anak didik di dalam bilik darjah. PdP yang berkesan secara tidak langsung dapat membantu pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) warga pendidik di bilik darjah. Apabila seseorang guru itu mengamalkan dan menghasilkan suatu kaedah baharu dalam PdP, sudah pasti masa guru dan murid dapat dijimatkan. Justeru, guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pencapaian objektif dalam masa yang singkat dan murid pula dengan cepat dapat menguasai sesuatu tajuk, bab atau topik. Hal ini sudah tentu akan menjimatkan masa guru dan murid. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengaitkan teknik, “Tak Kenal Maka Tak
Cinta” dengan MMI. Dalam peperiksaan Geografi PMR, terdapat lebih kurang 12
soalan (22%) Geografi fizikal dan manusia berasaskan peta dan 23 soalan (44%) memerlukan pengetahuan lokasi yang berasaskan peta. Walau bagaimanapun, terdapat ramai murid yang gagal menjawab soalan tersebut dengan betul. Kegagalan murid menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan lokasi di atas peta telah menyebabkan murid tidak berminat akan mata pelajaran Geografi.
Berdasarkan keadaan ini, pengkaji telah menggunakan teknik. “Tak Kenal Maka Tak
Cinta” bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Geografi.
Teknik ini berjaya meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta di atas peta dan seterusnya mampu menjawab soalan peta dengan lebih baik. Hal ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus lulus dan kualiti keputusan peperiksaan PMR.Teknik tersebut juga digunakan untuk membantu guru Geografi yang bukan opsyen, guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru ganti di negeri Melaka.
Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia dan membuat kajian yang terperinci. Maka pengkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan menandakan lokasi kawasan tertentu. Teknik,
M u k a S u r a t | 96 Kajian bermula dari bulan Februari hingga Mei 2009 terhadap 30 orang murid kelas 3 Merah. Kajian meliputi minat, masalah pembelajaran, dan kekerapan ulang kaji pelajaran Geografi. Murid seiring kali diuji dengan menggunakan peta kosong.
Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya. Murid juga menjadi semakin seronok untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan peta apabila diberikan sebagai latihan.
Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah.Teknik ini banyak membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Oleh itu, secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dianggap membosankandan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingati.
M u k a S u r a t | 97
PENGENALAN
Mengapakah pengkaji menggunakan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta?”
Melalui pemerhatian pengkaji, didapati murid suka menampal gambar yang di sukai pada fail dan meja mereka. Mereka dapat melihat setiap masa gambar tersebut sewaktu persekolahan. Oleh itu, pengkaji mendapat idea untuk menggantikan gambar tersebut dengan peta yang lengkap mengandungi maklumat. Murid dapat melihat peta tersebut setiap hari persekolahan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan mereka tentang lokasi dan maklumat di atas peta.
PERNYATAAN ISU / CADANGAN
Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan oleh pengkaji bermula pada tahun 2005, didapati bahawa murid yang tidak minat mata pelajaran ini boleh dibantu. Oleh itu, pengkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Setelah membuat kajian yang terperinci, maka pengkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Pengkaji telah mengedarkan bahan tersebut ke semua sekolah di negeri Melaka. Kelemahan bahan tersebut ialah pengkaji tidak menandakan lokasinya.
Oleh itu, pengkaji telah membuat penambahbaikan pada tahun 2006 dengan menandakan lokasi. Pada tahun 2007 pengkaji terus menghasilkan peta Asia Tenggara dan peta Dunia yang juga mengandungi fakta yang disediakan oleh murid Tingkatan 1-3. Jumlah peta yang mengandungi fakta Geografi ialah 4 helai. Dengan menggunakan peta tersebut telah memudahkan murid mengulang kaji pelajaran. Kelemahannya ialah murid hanya melihat peta
M u k a S u r a t | 98 tersebut jika ingin mengulang kaji pelajaran atau diminta oleh guru. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang. Pada tahun 2012, pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan mewarnakan peta tersebut untuk menarik lebih perhatian murid.
CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN
Kajian ini dijalankan bermula dari Februari hingga Mei 2009, melibatkan seramai 30 orang murid Tingkatan 3M telah dijadikan sampel kajian. Murid- murid ini dipilih berdasarkan prestasi pencapaian Geografi yang rendah semasa di Tingkatan 2 tahun 2008.
Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat atas sampel kajian untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Dalam tempoh kajian dijalankan, murid telah ditemu bual dan diajukan dengan soalan. Antara soalan ialah :
(a) minat mereka terhadap mata pelajaran Geografi,
(b) masalah pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran Geografi, dan
(c) kekerapan mereka mengulang kaji mata pelajaran Geografi dalam tempoh seminggu.
Pemerhatian diteruskan selepas meja setiap murid ditampal dengan empat keping peta yang mengandungi fakta Geografi. Saiz peta berukuran 64sm x 46sm. Peta tersebut sentiasa ada di atas meja dan murid dapat melihat setiap masa sewaktu berada di dalam kelas. Melalui pemerhatian juga pengkaji, murid
M u k a S u r a t | 99 Tingkatan 3M selalu melihat peta di atas meja tersebut sewaktu menunggu kehadiran guru.
Murid sering kali diuji dengan dipamerkan peta kosong di hadapan kelas dan diminta murid menanda sendiri kawasan tertentu di atas peta serta menjelaskan lokasi yang ditanda. Murid diberikan kebebasan menandakan lokasi yang diingati. Pada peringkat awal didapati murid agak malu untuk ke hadapan kelas dan menanda peta tetapi selepas seminggu, iaitu 3 kali proses PdP, murid menjadi berani ke hadapan dan berlakon seperti guru untuk menanda dan menjelaskan lokasi yang ditanda di atas peta. Murid juga menjadi semakin teruja untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan peta apabila diberikan sebagai latihan. Teknik. “Tak Kenal Maka Tak Cinta” terhasil daripada tindak balas perlakuan murid tersebut.
Jadual 1, menunjukkan beberapa aspek yang telah diperhatikan oleh guru dan pengkelasan yang dibuat berdasarkan pendapat peribadi guru.
Jadual 1 : Pemerhatian guru atas sampel kajian
Bil Aspek yang diperhatikan
Bilangan murid
Sebelum kajian Selepas kajian Baik Sederhana Lemah Baik Sederhana Lemah
1 Minat Geografi 2 5 23 20 10 0
2 Pengetahuan peta 2 3 25 19 8 3
3 Sikap terhadap Geografi
3 9 18 20 10 0
Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan bahawa sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya.
M u k a S u r a t | 100 Murid didapati terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menguji tahap penguasaan murid mengingati fakta yang terdapat dalam peta, pengkaji telah menanggalkan peta yang ditampal di atas meja dan menyimpannya selama seminggu. Pengkaji terus menguji murid pada minggu tersebut tanpa peta di atas meja mereka. Kesannya amat positif kerana mereka masih dapat mengingati tempat dan fakta yang berkaitan dengan peta berkenaan. Malahan murid semakin seronok belajar kerana berlumba-lumba untuk menanda peta dan menjawab apabila diberikan peluang. Suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan murid sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran pengkaji ke dalam kelas dan juga meminta pengkaji menjadi guru ganti jika ada guru yang tidak hadir ke sekolah.
Secara amnya, pengkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah. Teknik ini dapat membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dikatakan membosankan dan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingat.
Untuk melihat keberkesanan teknik tersebut dalam peperiksaan PMR tahun 2009, pengkaji telah mengumpulkan kertas soalan yang telah ditanda oleh sampel kajian pengkaji dan membuat analisis. Hasilnya dapat dilihat dalam Jadual 2 yang menunjukkan bilangan soalan peta dan pengetahuan fakta berkaitan peta yang berjaya dijawab oleh sampel kajian pengkaji.
Jadual 2:Bilangan Murid Menjawab Tepat Soalan Berasas Peta PMR 2009
Bilangan Soalan Peta bertanda/fakta peta
Skala ketepatan bilangan murid menjawab
1-10 11-20 21-26
M u k a S u r a t | 101 Berdasarkan Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” telah banyak membantu sampel kajian pengkaji menjawab
soalan peperiksaan PMR tahun 2010 dengan tepat. Berdasarkan keberkesanan teknik tersebut, maka pada tahun 2010, teknik ini telah diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 sekolah pengkaji juga oleh murid di SMKA Sultan Mohamad, Melaka.
Pada tahun 2011, penggunaan peta menggunakan kaedah, “Tak Kenal
Maka Tak Cinta” turut diguna pakai oleh guru dan murid : (a) MRSM Alor Gajah, Melaka
(b) SMJK Katholik, Melaka (c) SMK Tinggi, Melaka
(d) SMK Tinggi Perempuan, Melaka (e) SMK Dato Hamzah,Kelang, Selangor (f) SMK Mahmud,Raub, Pahang
(g) SMKA As-Syaiidah Khatijah, Melaka (h) SMK Dang Anum, Melaka
(i) SMK Methodist, Melaka (j) SMK Infant Jesus, Melaka (k) SMK Canoss Convent, Melaka
(l) dan sekolah-sekolah lain di negeri Melaka.
KESIMPULAN
Berdasarkan hasil dapatan, terdapat peningkatan dalam kemahiran murid menjawab soalan Geografi berasaskan peta yang telah disediakan. Penggunaan peta yang mengandungi fakta/maklumat telah banyak membantu peningkatan
M u k a S u r a t | 102 prestasi Geografi sekolah-sekolah di negeri Melaka dan peratus pencapaian negeri Melaka mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Jadual 3 menunjukkan rekod pencapaian PMR tahun 2008-2009 untuk 20 buah sekolah di negeri Melaka yang mengguna pakai empat helaian peta bermaklumat tersebut.
Jadual 3 : Analisis PMR 2008-2009 Mata Pelajaran Geografi Sekolah-Sekolah Negeri Melaka
Bil Nama Sekolah 2008 (%) 2009 (%) Beza %
1 SBP Integrasi Selandar 100 100 -
2 SM Muzaffar Shah 100 100 -
3 SMKA Sharifah Rodziah 100 100 -
4 SMKA Sultan Mohamad 100 100 -
5 SMK Tinggi Perempuan 100 100 - 6 SMK Infant Jesus 95.9 96.7 +0.8 7 SMK St.Francis 91.7 97.3 +5.6 8 SMK Ayer keroh 94.5 95.5 +1.0 9 SMK Katholik 83.4 93.9 +10.5 10 SMK Selandar 89.0 94.1 +5.1 11 SMK Durian Daun 86.2 92.4 +6.2 12 SMK Lubuk China 91.0 92.4 +1.4 13 SMK Nyalas 90.2 90.5 +0.3 14 SMK Klebang Besar 88.6 91.1 +2.5 15 SMK Bemban 93.4 94.3 +0.9 16 SMK Dato Bendahara 90.2 90.7 +0.5 17 SMK Seri Tanjung 87.0 87.2 +0.2 18 SMK Rahmat 80.8 90.3 +9.5 19 SMK Tun Tijah 84.3 92.4 +8.1 20 SMK Sungai Udang 93.2 94.7 +1.5
Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan peningkatan prestasi mata pelajaran Geografi untuk 20 buah sekolah yang menggunakan peta bermaklumat tersebut secara terbimbing. Bahan telah diedarkan untuk semua
M u k a S u r a t | 103 sekolah di negeri Melaka pada bulan Mac tahun 2008 semasa kursus anjuran JPN Melaka di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Guru-guru juga telah dibimbing tentang cara menggunakan peta tersebut. Bahan juga telah diguna pakai oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Selatan khasnya MRSM Terendak, MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Alor Gajah, MRSM Serting dan MRSM Kuala Kelawang. Bahan juga digunakan oleh anak-anak Petronas, Felcra, dan anak-anak orang asli Zon Selatan. Bahan juga diedarkan semasa Konvensyen Guru Cemerlang Malaysia di Akademi Kenegaraaan Biro Tatanegara, Kuala Lumpur. Peta bermaklumat ini juga diguna pakai oleh Dr. Faris Dzaudin, Pensyarah Geografi di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, di Universiti Perguruan Sultan Idris untuk pelatih UPSI.
Teknik ini juga telah diguna pakai oleh guru mata pelajaran Matematik di sekolah pengkaji, Guru Cemerlang Perdagangan Negeri Sembilan, Guru Besar SK Mahmud, Raub, Pahang dan sekolah lain.
Menurut kajian temu bual yang dijalankan oleh Tuan Hj. Baharuddin bin Husin selaku GPK HEM SBP Integrasi Selandar, Melaka yang juga merupakan guru Geografi di sekolah tersebut, murid beliau memberitahu bahawa mereka dapat menjawab 54 soalan Geografi PMR pada tahun 2007 dengan hanya mengingati peta bermaklumat tersebut. Bahan ini juga telah dipamerkan semasa Pameran Karnival Malaysia Inovatif Zon Tengah di MITC, Melaka pada 13-14 November 2011. Bahan ini juga telah menerima Anugerah Emas Guru Inovatif di Konvensyen Persidangan Kebangsaan Guru anjuran BPG dan IPG, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan ini mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa yang mengetahui tentang bahan ini bagi membantu meningkatkan prestasi Geografi anak-anak mereka. Penambahbaikan telah dilakukan atas peta tersebut dengan mewarnakan dan menggunakan simbol untuk menarik perhatianmurid sederhana dan lemah.
M u k a S u r a t | 104
SYOR
Bahan ini mempunyai potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain kerana bahan ini amat membantu guru dan murid dalam melaksanakan MMI. Bahan ini patut diguna pakai oleh semua sekolah di Malaysia untuk:
1. Meningkatkan daya ingatan murid tentang lokasi kawasan tertentu. 2. Meningkatkan daya tarikan terhadap murid kerana peta berwarna.
3. Menambah keceriaan kelas dan meja murid yang sebelum ini meja telah diconteng dengan pen marker atau liquid paper. Apabila meja mereka ditampal peta, keadaan ini telah membantu mengatasi masalah meja yang tidak ceria.
4. Menjimatkan kos kerana bahan hanya dibuat sekali sahaja dan tahan untuk jangka masa yang lama kerana telah digunakan laminate. Bahan boleh digunakan untuk tahun berikutnya. Sebelum peta menggunakan laminate murid selalu menghilangkan peta yang diberikan oleh guru atau dikoyak. Keadaan ini menyebabkan pembaziran kertas dan kos. 5. Memudahkan PdP guru kerana semua maklumat yang hendak dipelajari
berkaitan peta ada di atas meja murid dan guru tidak perlu meminta murid melihat buku yang mempunyai terlalu banyak peta hingga menyebabkan murid tidak menggemari Geografi, tetapi dengan peta yang ringkas ini, telah menimbulkan tanggapan positif bahawa Geografi amat senang.
6. Murid dapat memanfaatkan masa yang terluang sewaktu pertukaran guru dengan melihat sebentar peta bermaklumat yang ditampal di atas meja. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang ciri-ciri keunikan Geografi Malaysia selaras dengan hasrat Sukatan Pelajaran Geografi Sekolah Menengah.
M u k a S u r a t | 105 7. Meningkatkan peratus lulus dan peningkatan kualiti keputusan peperiksaan PMR sekolah-sekolah negeri Melaka kerana sebelum inovasi ini didapati murid sering kali silap menjawab soalan yang berkaitan dengan peta atau pengetahuan am tentang ciri-ciri keistimewaan sesebuah negara atau negeri.
8. Guru juga dapat menghayati MMI dalam PdP di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan teknik ini, masa PdP yang digunakan dapat dijimatkan kerana teknik ini akan menyebabkan murid mudah faham.
M u k a S u r a t | 106
Lampiran A
Proses mewarnakan gambar menggunakan laminate
Peta 1 Peta 2
Peta 3 Peta 4
M u k a S u r a t | 107
Lampiran B
Keadaan meja murid sebelum ditampal peta, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” dan
selepas ditampal peta yang tidak berwarna.
Sebelum Selepas
Keadaan meja murid yang ditampal dengan peta tidak berwarna dan peta berwarna.
M u k a S u r a t | 108
Lampiran C
Contoh borang soal selidik tahap kepuasan hati murid dalam Program Suntikan A+ anjuran JPM dan Petronas.
M u k a S u r a t | 109
Lampiran D
Komen Pelawat dalam Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 di Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah
Komen Pelawat di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 di A Famosa Resort, Melaka
M u k a S u r a t | 111