MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
TEAM TEACHING
1. Konsep Pengajaran Team Teaching
Dalam literasi, team teaching selalunya dijalankan di dalam kelas inklusif
untuk mengajar murid kurang upaya (Tannock, 2009). Menurut Goetz (2000), dua kategori team teaching telah dikenal pasti iaitu:
Kategori A : Dua atau lebih guru mengajar murid yang sama pada masa yang sama dan di dalam kelas yang sama.
Kategori B : Dua orang guru saling bekerjasama tetapi tidak semestinya mengajar kumpulan murid yang sama atau pada masa yang sama.
2. Model Pengajaran Team Teaching
Penulisan ini lebih berfokus kepada team teaching mengikut kategori A. Dalam kategori A terdapat beberapa model yang berbeza iaitu:
(a) Traditional Team Teaching – guru dengan secara aktif berkongsi kandungan pengajaran dan kemahiran dengan semua murid. Sebagai contoh, seorang guru mempersembahkan kandungan pelajaran yang baharu kepada murid manakala seorang guru lagi membina peta minda ataupun menulis nota penting pada papan putih sewaktu murid mendengar penjelasan guru yang pertama.
(b) Complementary / Supportive Team Teaching – Model ini berbeza dengan model Traditional Team Teaching kerana guru bertanggungjawab akan mengajarkan kandungan pelajaran manakala seorang guru lagi menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut.
M u k a S u r a t | 135 (c) Collaborative Team Teaching – Model ini hampir sama dengan
Traditional Team Teaching kerana kedua-dua guru terlibat dalam mereka bentuk pengajaran. Perbezaannya pada proses pengajaran apabila kedua-dua orang guru mengendalikan pengajaran bersama- sama dengan bertukar-tukar idea dan teori di hadapan murid. Aktiviti seperti teknik pembelajaran berkumpulan, kerja dalam kumpulan kecil, dan perbincangan berpusatkan murid, adalah antara beberapa aktiviti yang biasa digunakan dalam model ini.
(d) Parallel Instruction – kelas dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan mengikut bilangan guru yang terlibat. Setiap guru memberikan arahan secara individu tentang kandungan, bahan, dan kemahiran yang sama untuk setiap kumpulan.
(e) Differentiated Split Class – Model ini melibatkan pembahagian kelas kepada kumpulan kecil mengikut keperluan murid. Setiap guru mengajar mengikut keperluan murid.
(f) Monitoring Teacher Model – Seorang guru memberikan arahan untuk keseluruhan kelas manakala seorang lagi guru bergerak di sekitar bilik darjah memantau kefahaman dan sikap murid, mengekalkan displin dan pengurusan kelas.
(g) Guru boleh menggunakan satu atau menggabungkan lebih daripada satu model di atas dalam satu kelas yang sama. Berikut ialah beberapa keadaan yang tidak sepatutnya dipraktiskan sewaktu team teahing:
i. Guru masuk ke kelas tanpa persediaan awal.
ii. Guru hanya berdiri sewaktu seorang lagi guru mengajar. iii. Guru bergerak di dalam kelas untuk membantu aktiviti
kumpulan berdasarkan penjelasan sendiri tanpa merujuk pengajaran dengan rakan guru yang lain.
M u k a S u r a t | 136 v. Guru keluar dan masuk ke kelas sesuka hati dan membiarkan
rakan guru menangani kelas sendirian.
PERNYATAAN ISU
Sesuatu tindakan yang praktis untuk MMI perlulah dipastikan pengamalannya bagi membolehkan guru terus mendampingi murid secara bermakna agar instruksional boleh berlangsung dengan efektif dan matlamat pencapaian murid yang dihasratkan tercapai.
Dr Shirley (2011) dan Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai sekumpulan yang terdiri daripada dua orang guru atau lebih yang bekerjasama dalam merangka pelan, melaksanakan dan membuat penilaian aktiviti pembelajaran bagi sekumpulan murid yang sama. Manakala, Quinn and Kanter (1984) dipetik oleh Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai kerja berkumpulan antara dua orang guru terlatih, bersama-sama membuat satu pengajaran kepada sekelompok audien.
Untuk itu, penulisan ini disediakan bagi membincangkan bagaimana MMI melalui strategi Team Teaching di SM Imtiaz Besut berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas.
Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan berkaitan Team Teaching:
(a) Adakah Team Teaching dilaksanakan secara sukarela atau diwajibkan oleh pengurusan sekolah ?
Team Teaching dilaporkan boleh dilaksanakan dengan jayanya apabila guru-guru sendiri yang menginisiatifkan strategi ini.
M u k a S u r a t | 137 Terdapat sebahagian guru yang tidak yakin dengan pelaksanaan Team Teaching seterusnya tidak berpuas hati sekiranya pihak pengurusan mewajibkan pelaksanaan strategi ini untuk diguna pakai di sekolah mereka.
(b) Adakah guru diberi kebebasan memilih pasangan mengajar ?
Memetik dapatan (Dr.Shirley, 2011) daripada sumber (Costin, 2002; Rea and Connel, 2005; Murawski, 2010) Guru yang memilih pasangan mengajar sendiri iaitu seseorang yang dikenali mereka atau senang untuk bekerja, lazimnya tidak akan menimbulkan banyak masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak pengurusan yang membentuk pasangan dan menggariskan peraturan tanpa sebarang pandangan, atau pun tanpa sebarang makluman akan menimbulkan masalah untuk mengendalikan masa instruksional bersama.
(c) Adakah guru-guru tersebut memahami dengan mendalam tugas dan tanggungjawab mereka dalam masa instruksional?
Kebanyakan guru yang terlibat dalam Team Teaching tidak memahami peranan khusus mereka semasa sesi tersebut dijalankan. Akhirnya mereka berasa tidak berminat untuk meneruskan strategi pengajaran ini.
(d) Adakah guru mempunyai masa yang cukup untuk sesi perancangan dan persediaan ?
Masa merupakan faktor yang penting kepada setiap guru untuk merancang masa instruksional yang berkesan (Anonymous, 1997). Oleh itu, para guru terikat dengan arahan tugas rasmi di luar seperti kursus, seminar dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga tugas mengiring murid mengikuti pertandingan dan juga program. Menurut Dr Shirley (2011), satu dapatan kajian oleh Walther- Thomas and Christine S (1997) juga membincangkan permasalahan masa, perancangan, dan persediaan kedua-dua guru yang akan
M u k a S u r a t | 138 menjalankan team teaching. Masa yang diperlukan untuk merancang persediaan pengajaran bersama-sama amat sukar dilaksanakan terutamanya pada waktu persekolahan. Malahan akan menjadi masalah yang serius di kebanyakan sekolah kerana masa perancangan dan persediaan guru tidak boleh diselaraskan dengan mudah berdasarkan faktor-faktor di atas.
(e) Adakah persoalan interpersonal pasangan mengajar dititikberatkan?
Isu interpersonal individu amat serius apabila dikaitkan dengan Team Teaching. Hal ini sedemikian, kerana setiap individu mempunyai idea, cara penyampaian dan kemahiran tersendiri dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Menurut kajian Schamber (1999) pasangan mengajar kadangkala akan menemui jalan yang rumit dan sukar memandangkan setiap mereka mempunyai professional preferences tersendiri berbanding pasangannya yang lain. Guru seharusnya mempunyai nilai menghormati yang tinggi antara satu sama lain dalam menggerakkan sesuatu aktiviti terutamanya pelaksanaan masa instruksional ke arah satu matlamat yang sama. Selain itu, Goezt (2000) turut menyatakan bahawa pasangan Team Teaching mestilah saling mempercayai antara satu sama lain untuk menjadikan mereka jelas tentang tanggungjawab dan peranan mereka.