INTERGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH
MUHAMAD SHAHLYME BIN ABD WAHID HARYANI BINTI ISMAIL
SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan kepentingan melindungi masa instruksional di setiap sekolah yang juga merupakan komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Di samping itu, keberhasilan pembelajaran murid bukan hanya dinilai dari segi “output” iaitu mendapatkan “A” tetapi murid yang boleh memberikan faedah kepada negara dengan mengutamakan sahsiah murid. Oleh itu, sekolah boleh merangka masa instruksional yang ideal (jadual waktu dan perancangan) namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh dua faktor gangguan iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru itu sendiri. Impak daripada masalah ini, pendekatan melalui kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi sekolah perlu diterapkan sebagai pencetus kepada lonjakan perubahan sistem pendidikan di negara kita, seterusnya menjadi pemangkin dalam mencapai status negara maju.
M u k a S u r a t | 49
PENGENALAN
Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaraan Malaysia. Justeru, pihak kementerian memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh itu, kepentingan melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna di setiap sekolah memerlukan suatu wadah baharu dalam dunia pendidikan negara supaya segala masalah dan isu yang diperkatakan dapat dibendung secara optimum dan bermatlamat.
Sedia dimaklumi pendidikan negara merupakan tonggak perkembangan ekonomi negara. Pelbagai dasar dan program telah direncanakan serta dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tercapai seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Namun, dalam mengorak langkah mencipta dan mencorak sistem pendidikan yang mampan dan holistik, banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi terutamanya dalam organisasi sebuah sekolah, guru-guru dan murid-murid serta komuniti setempat yang merupakan elemen penting dalam membangunkan modal insan yang berdaya maju. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan semua pihak supaya melaksanakan inovasi dalam semua bidang utama termasuklah PdP di sekolah bagi tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini.
M u k a S u r a t | 50
PERNYATAAN ISU
1. Beban Tugas dan Tanggungjawab Guru
Isu keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugasan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah telah dipandang serius oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia yang menegaskan, “Kualiti guru perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemas, prasarana sekolah perlu ditambah baik serta sumber penyampaian pendidikan perlu diurus dengan cekap. Pendek kata, keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan
kualitinya secara bersepadu”.
Menurut kajian beban tugas guru, terdapat Pekeliling berkaitan tugas dan tanggungjawab guru iaitu bagi kategori guru kelulusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang menyenaraikan ringkasan tugas guru PPPLD berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2007 merangkumi 7 aspek iaitu:
(a) PdP (Kurikulum)
(b) Kokurikulum ( Sukan/Kelab/Persatuan/Badan Beruniform)
(c) Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan / Kebajikan / Kesihatan / Bina Insan / Sistem Maklumat Murid / Koperasi/Lawatan)
(d) Pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan (e) Pembangunan Fizikal
(f) Pembangunan Staf (g) Hubungan Komuniti
M u k a S u r a t | 51 2. Faktor Gangguan di sekolah
Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan terdapat 2 faktor yang menyumbang kepada pengurangan masa instruksional bagi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.
(a) Faktor Pengurusan Sekolah
i. Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru menghadiri kursus atau tugas luar, guru menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum/ sukantara,
ii. Gangguan fizikal seperti pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran,
iii. Gangguan luar jangkaan seperti guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan guru mengajar, melaksana tugas sampingan, dan
iv. Gangguan Adhoc seperti menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.
(b) Faktor Instruksional Guru
i. Kualiti pembelajaran murid seperti kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses pembelajaran dan pengajaran berkesan, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru dan kesediaan guru mengajar, dan
ii. Kualiti pengajaran guru seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan, strategi, kaedah serta pendekatan.
M u k a S u r a t | 52
3. Cadangan Intervensi Beban Tugas Guru
Hasil dapatan awal daripada isu beban tugas guru yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Masalah Beban Tugas Guru (MMBTG) dalam menangani isu ini merupakan satu langkah penambahbaikan dalam membantu guru-guru dan murid-murid di sekolah agar lebih komited dan berdedikasi terutamanya dalam melindungi masa instruksional di dalam bilik darjah. Antara pendekatan awal yang diambil kira bagi melindungi masa instruksional adalah seperti yang berikut:
(a) ujian amali diadakan sekali sahaja semasa peperiksaan, (b) kecilkan saiz kelas,
(c) tambah bilangan guru,
(d) wujudkan jawatan pembantu bengkel/makmal,
(e) kurangkan masa mengajar guru (termasuk guru disiplin), (f) adil dalam agihan tugas,
(g) utamakan kebajikan guru,
(h) sediakan kemudahan yang sesuai mengikut spesifikasi penjawat awam lain,
(i) kurangkan aktiviti hari Sabtu/dikecualikan hari Sabtu, (j) jadikan Cuti Rehat Khas hak guru,
(k) wujudkan jawatan khas untuk kokurikulum,
(l) tingkatkan kerjasama komuniti/PIBG/Perkongsian Pintar, dan (m) wujudkan jawatan pembantu guru.
Namun begitu, sejauh mana intervensi ini dapat memastikan masa instruksional guru dan murid dapat dioptimumkan secara berkesan bagi mengelakkan situasai yang menyebabkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang serta memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna.
M u k a S u r a t | 53 4. Kolerasi Kreativiti dan Inovasi dalam Sistem Pendidikan
Merujuk topik kertas kerja yang dibincangkan, “Integrasi Idea Kreatif,
Inovatif untuk melindungi Masa Instruksional” amat bertepatan dengan dasar negara pada tahun 2012 yang bertemakan “I
novasi
” bagi tujuan memperkasakan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan di Malaysia. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia, kualiti guru merupakan aspek penting dalam Kajian Semula Pendidikan Negara. Berteraskan ilmu dan inovasi, maka guru yang berkualiti ialah guru yang berinovasi, iaitu mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baharu seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Selain itu, guru yang berinovasi juga memberikan tumpuan kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang boleh merangsang daya fikir dan kreativiti murid agar kemampuan mereka standing dengan penilaian murid-murid di negara maju.Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya, pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan, inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fugsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau pasaran tertentu.
Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, inovasi memainkan peranan yang amat penting kepada keberhasilan pembelajaran murid kerana inovasi merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam rancangan pembangunan pendidikan sesebuah negara termasuklah di Malaysia. Oleh yang demikian, kerangka masa instruksional ideal yang telah diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang dikatakan tidak sepenuhnya menjanjikan
M u k a S u r a t | 54 pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah kini boleh dibendung secara berkesan dengan adanya penerapan unsur inovasi dan kreativiti kepimpinan, pengurusan organisasi, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah, dan komunikasi terbuka.
Oleh hal yang sedemikian, guru perlulah sedar bahawa untuk melindungi masa instruksional itu berlangsung secara optimum (memastikan murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru dan berkesan) di sekolah ataupun di bilik darjah dan haruslah bermula daripada peringkat individu. Sebagai contoh, organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional, dan mempunyai semangat kerja yang tinggi serta berdaya maju. Mereka ini dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. Keutamaanya, keberhasilan pengajaran mereka mendorong murid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahami pelajaran.
Menurut Majaro (1992), kreativiti didefinisikan sebagai proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasikan idea baharu. Mumford dan Gustafson (1998), menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959), pula membuat analisis atas seratus definisi kreativiti dan mengkalsifikasikannya kepada 5 peringkat iaitu peringkat ekspresif, produktif, inventif, inovatif, dan imaginatif.
M u k a S u r a t | 55 Secara am, dapat diringkaskan bahawa kreativiti ialah kombinasi antara idea baharu dan idea lama. Idea baharu diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Hal ini juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baharu, dan kemahiran. Dalam organisasi sesebuah sekolah, integrasi idea kreatif, dan inovasi dilihat sebagai suatu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan dalam pengurusan sekolah. Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah sebagai organisasi PdP yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baharu, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k- Ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif dan inovatif bagi menjadikan sekolah pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999).
Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan,
(a) Kreativiti kurikulum - ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk, dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum.
(b) Kreativiti pengajaran - menyentuh kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan, dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah.
(c) Kreativiti profesional - mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baharu, pemikiran baharu,
M u k a S u r a t | 56 adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku, dan dilaksanakan dalam profesion ini.
(d) Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, berfikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baharu yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya. (e) Kreativiti persekitaran pembelajaran - iaitu kreativiti yang
mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.
(f) Kreativiti pengurusan - cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan, dan perkhidmatan yang ditawarkan.
(g) Kreativiti teknologi - bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran, dan pengurusan sekolah disamping inovasi teknologi maklumat yang menyumbangkan kreativiti dan inovasi sekolah.
(h) Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong perubahan dan kemajuan kekreatifan perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah.
M u k a S u r a t | 57 5. Perkembangan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif dalam Organisasi
Sekolah.
Terdapat beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi seperti mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti, menggalakkan perkembangan idea dan pendapat, pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti, membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti, dan membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah serta perkembangan pemikiran kepada tindakan. Namun begitu, kreativiti dan inovasi hanya boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran di sekolah melalui proses perubahan seperti pengurusan berkesan, komunikasi terbuka, teknologi, penyelesaian masalah, iklim budaya di sekolah, strategi dalam PdP, kepimpinan, dan pemikiran. Perubahan atas elemen-elemen ini mampu membawa kepada perkembangan organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif seterusnya mencapai keberhasilan pembelajaran murid. Terdapat beberapa jenis kreativiti yang boleh diterapkan dalam sesebuah organisasi sekolah, antaranya
(a) Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak).
(b) Kreativiti Teknikal- kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola).
(c) Kreativiti Inventif - reka cipta baharu yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel.
(d) Kreativiti Inovatif - kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif.
M u k a S u r a t | 58 (e) Kreativiti imaginatif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.
Tambahan lagi, kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah juga boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, malahan dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi pembelajaran melibatkan:
(a) Perancangan perubahan
Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru. (b) Pengetahuan
Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar,
M u k a S u r a t | 59 dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.
(c) Strategi PdP yang berkesan adalah apabila strategi tersebut dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan di samping dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan murid untuk terus belajar serta dapat menambah baik apa yang sedia ada pada murid.
(d) Kaedah dan pendekatan PdP yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif murid. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu yang dipelajari.
Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan, dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid dan guru daripada stress, bimbang, dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel, dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.
M u k a S u r a t | 60 Strategi PdP yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Iklim sekolah yang mengutamakan kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif, dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan, kecekapan mereka.
Sebagai contoh strategi pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Secara khususnya, pembelajaran kontekstual melibatkan aktiviti menghubungkan, mengalami, mengaplikasi, berkoperasi, dan pemindahan. Pengalaman pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun murid-murid boleh dimotivasikan dengan strategi PdP seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi situasi tersebut masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya murid-murid dapat memanipulasi alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. (seperti dalam lampiran).
Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baharu. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan, dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid boleh dinilai melalui cara pelaksanaannya di sekolah. Kurikulum yang
M u k a S u r a t | 61 berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau murid. Kurikulum tersebut juga dapat menyediakan murid dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan murid.
Situasi ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi, dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan murid dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasi pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga mestilah komited dan berdedikasi untuk menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baharu dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan dalam kalangan murid supaya murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif, dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dibentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.
KESIMPULAN
Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan dalam melindungi masa instruksional guru dan juga murid di sekolah, seterusnya merangsang pembangunan yang efektif dalam sebuah organisasi dalam bidang pendidikan khususnya. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah, dan juga komunikasi terbuka.
M u k a S u r a t | 62 Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak guru, murid, dan ibu bapa. Kreativiti dan inovasi juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan prasyarat untuk mengembangkan potensi murid yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif serta berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diberikan ganjaran supaya bakat yang ada tidak dipersiakan.
Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka perlulah sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Refleksi terhadap diri setiap guru perlu ada bagi menjamin kualiti PdP di dalam bilik darjah seterusnya, membentuk modal insan yang cemerlang serta bersahsiah terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MELINDUNGI MASA