• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bilangan Sekolah Perempuan Melayu Di NNS Sebelum Tahun 1896

PENDIDIKAN WANITA MELAYU

Jadual 2.1: Bilangan Sekolah Perempuan Melayu Di NNS Sebelum Tahun 1896

Tahun Negeri Bilangan Sekolah

Melayu

Bilangan Sekolah Perempuan Melayu 1872 Negeri-negeri Selat 16 - 1882 85 -

1892 189 1 (Di Teluk Belanga, Singapura, 1884) 1 (Di Kedah Road, Pulau Pinang, 1889)

Sumber: Diubahsuai daripada Report of Appointed Committee on Vernacular

Education, 1894, hlm. 28.

Sekolah Perempuan Melayu pertama di NNMB dikesan wujud pada penghujung abad ke-19. Sekolah berkenaan ialah sekolah perempuan Melayu Taiping yang ditubuhkan tahun 1890 di negeri Perak.167 Bagi negeri Selangor pula ialah pada tahun 1895,168 diikuti dengan Negeri Sembilan pada tahun 1906,169 dan Pahang pada tahun 1914.170 Tahun 1895 boleh dianggap sebagai tahun bertuah bagi anak-anak perempuan Melayu di Selangor kerana buat pertama kalinya sekolah perempuan Melayu didirikan

166

Lihat Aida bte Yusof, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, (1935 – 1993), Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, hlm. 10.

167

Rex Stevenson, Cultivators And Administrators, British Education Policy Toward the Malay 1875 – 1906, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, hlm. 92. Female Education, Perak had taken the lead in this field by opening two Malay girls school in 1890. Lihat juga Cheah Jin Seng, Perak 300 Early Postcards, Singapore: RNS Publications Sdn.Bhd, 2009, hlm. 119. The booming tin industry and Taiping’s position as the capital of Perak brought significant development to the town. Taiping achieved many ‘first’ in the Malay States, including the first hill station, Maxwell Hill (1884); magistrates court (1875); girls school, Government Girls’ School (1890).

168 Lihat Administration Report of the State of Selangor for the year 1895, hlm. 17-18. A Malay girls school…has been successfully opened at Kuala Langat,

169 Lihat Negeri Sembilan Administration Report for the year 1907 dalam Negeri Sembilan Government Gazette 2nd October 1908, hlm. 10.

170 Lihat Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Pahang for the year 1934, hlm. 29 dalam Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Federated Malay States for the year 1934, dalam CO 576/50. The year 1914 was the opening at Pekan of the first vernacular girls school in Pahang. By H.G.R. Leornard (British Resident Pahang) .

University

82

di Selangor.171 Mengikut laporan Fail Setiausaha Kerajaan Selangor pada tahun 1896, (Inspector of School Selangor), sekolah untuk kanak-kanak perempuan Melayu telah dibuka di Kuala Langat Selangor pada tahun berkenaan. Pada tahun 1896 juga, sebuah lagi sekolah perempuan Melayu telah dibuka di Kuala Lumpur. Kedua-dua daerah ini merupakan daerah yang mempunyai penduduk Melayu yang ramai.172

A Malay girl’s school, at which the girls are taught weaving sewing and cooking, as well as reading and writing, has been successfully opened at Kuala Langat, and probably another will be opened at Kuala Selangor during the current year. There are the two districts in which is the largest Malay Population.173

Pada awal penubuhan NNMB, jumlah sekolah perempuan terlalu sedikit sehingga menyebabkan pelajar-pelajar perempuan terpaksa menumpang di sekolah-sekolah lelaki. Selain daripada sekolah-sekolah lelaki, pelajar-pelajar perempuan turut bersekolah di sekolah-sekolah campuran yang wujud berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis sekolah yang dihadiri oleh pelajar-pelajar perempuan Melayu.174 Pertama, ialah sekolah yang khusus kepada anak-anak perempuan Melayu, namun bilangannya sangat tidak memuaskan. Guru-guru terdiri daripada bekas-bekas murid yang tidak terlatih dan sangat kurang bilangannya. Manakala dari segi kualiti pula, darjah lima sekolah perempuan sama taraf dengan darjah empat sekolah lelaki. Latihan yang diberikan di sekolah perempuan pada ketika ini adalah dalam bentuk latihan bagi memastikan mereka lebih mahir dalam kerja-kerja menyulam, memasak, mencuci dan sebagainya.

171

SEL.SEC, Fail No. 4217/1895, (238) Vernacular Education For Girls, bertarikh 15.8.1895. Dalam surat berkenaan Inspector of School Selangor telah memaklumkan kepada kerajaan British Selangor bahawa Pegawai Daerah dan Raja Muda memaklumkan terdapat 30 – 40 orang pelajar perempuan bersedia untuk belajar di daerah Bandar, Selangor. Sekolah berkenaan juga sudah pun dibina oleh Raja Muda.

172 Laporan dibuat oleh Inspector of School 1896 dalam SEL.SEC, Fail No.1634/1897,

173 Selangor Government Gazette, 3rd July, 1896, Vol. VII, hlm. 20-21.

174 Fifth Educational Conference of Malay (Malay School Conference 1939), Kuala Lumpur, Tidak diterbitkan, 1939, Universiti Malaya, hlm. 19.

University

83

Kedua, ialah sekolah campuran iaitu sekolah yang terdiri daripada murid-murid lelaki dan murid perempuan. Sekiranya ramai murid perempuan di sekolah berkenaan, maka guru-guru perempuan akan mengajar kerja-kerja tangan. Kanak-kanak yang belajar di sekolah campuran biasanya di bawah umur 12 tahun.175 Ketiga, ialah sekolah campuran yang tidak mempunyai guru perempuan. Kebanyakan sekolah, murid-murid perempuan akan mengikuti kelas seperti murid-murid lelaki. Sekolah seperti ini tidak menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak perempuan mereka belajar di sini. Sekiranya dihantar belajar di sekolah ini, mereka yang berumur di antara 9 dan 10 tahun dipaksa meninggalkan sekolah tersebut kerana bimbang terjerumus dengan perbuatan yang tidak baik di sekolah.176

Sehingga tahun 1889, terdapat lapan buah sekolah perempuan Melayu di Perak dan tiga buah di Selangor dan tidak ada satu pun sekolah perempuan dibina di Negeri Sembilan dan Pahang sehingga tahun 1901.177 Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah yang ditubuhkan pada peringkat awal dikatakan menghadapi pelbagai masalah dan sesetengahnya terpaksa ditutup atau dibuka di tempat lain.178 Menurut Inspector of

School Selangor, daripada tiga buah sekolah perempuan Melayu di Selangor hanya

sebuah sahaja yang menunjukkan peningkatan disebabkan oleh sokongan dan bantuan oleh Raja Muda Selangor. Female education in the states is not an encouraging position,

of the three Malay girls school only one is in anything like a flourishing condition.179

175 Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Annual Reports On Educational in The Federated Malay States 1937, Published by Authority, Singapura, 1938, hlm. 48.

176 N. Purdom, ‘Needlework and craft instruction in Malay Girl School’. Overseas Education, 1930 – 1942 and 1946, Kuala Lumpur: Government Press, 1938, hlm. 33.

177 Negeri Sembilan Government Gazette 1902, Vol. VII, January to Disember 1902, Federal Education Office, 3rd March, 1901 oleh J. Driver (Inspector of School, F.M.S),hlm. 6 dalam CO 463/3.

178

Blundell yang membuat kritikan tentang orang-orang Melayu, menyatakan orang Melayu tidak mahu belajar jika hanya semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan. Mereka hanya hendak menuntut ilmu jika ia berkaitan dengan cara-cara untuk menyara kehidupan senang tanpa terlalu banyak berusaha. Lihat D.D.Chelliah, A Short History of the Education Policy of the Straits Settlements 1800-1925, with recommendation for a new system based on the vernacular, hlm. 50. Lihat juga Kamsiah Abdullah, Benih Budiman, Suatu Analisis Sosio-Sejarah Persekolahan Melayu di Singapura, Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2007, hlm. 52.

179

Inspector of School 1900 dalam SEL.SEC. 116/1900.

University

84 Jadual 2.2: Statistik Sekolah Perempuan Melayu di NNMB Pada Tahun 1899

Negeri Jumlah Sekolah Vernakular Lelaki Perempuan Perak 93 8 Selangor 33 3 Negeri Sembilan 25 - Pahang 8 - Jumlah 159 11

Sumber: Supplement to the “Selangor Government Gazette,” 29 June, 1900, Report on Education In The Federated Malay States For The Year 1899, hlm. 6.

Pada tahun 1899, jumlah sekolah perempuan Melayu jauh lebih sedikit daripada jumlah sekolah lelaki Melayu. Daripada 170 buah sekolah Melayu pada tahun berkenaan, hanya 11 buah sahaja adalah sekolah perempuan Melayu. Dari segi taburan sekolah, negeri Perak merupakan negeri yang paling banyak mempunyai jumlah sekolah perempuan iaitu sebanyak lapan buah dan diikuti dengan Selangor sebanyak tiga buah. Negeri Sembilan dan Pahang pula tidak mempunyai sekolah perempuan sehingga tahun 1899. Jumlah sekolah yang sedikit ini telah menggambarkan bahawa pendidikan kepada anak perempuan adalah amat terbatas dan hanya terbuka kepada segelintir anak-anak perempuan Melayu terutama yang tinggal di bandar-bandar.180

Selain jumlah sekolah yang sedikit, sukatan yang digunakan di sekolah-sekolah Melayu (lelaki dan perempuan) juga amat rendah dan tidak dinamik. Sukatan pelajaran di sekolah-sekolah vernakular Melayu juga berubah dari semasa ke semasa. Pada tahun 1880, mata pelajaran yang terdapat di sekolah-sekolah Melayu ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Menjelang awal

180 Supplement to the “Selangor Government Gazette,” 29 June, 1900, Report on Education In The Federated Malay States For The Year 1899, hlm. 6.

University

85

abad ke-20, mata pelajaran seperti perkebunan dan anyaman telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Melayu.181 Pada peringkat awal, kanak-kanak perempuan terpaksa mengikuti kurikulum di sekolah-sekolah lelaki kerana masih belum banyak sekolah perempuan didirikan. Kurikulum yang terdapat di sekolah Melayu hanyalah bertujuan menjadikan anak-anak Melayu mengetahui asas membaca, menulis dan sedikit ilmu kira-kira.