• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan Peruntukan Kewangan Kerajaan British Dari Tahun 1889

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN WANITA MELAYU

Jadual 3.19: Perbezaan Peruntukan Kewangan Kerajaan British Dari Tahun 1889

Sehingga 1897 Di Negeri Selangor

Tahun Peruntukan Untuk Pendidikan

Peruntukan Untuk pembinaan Lorong, Jalan

dan Jambatan 1889 $ 79.28 $ 322,736.36 1890 $ 84.27 $ 375,234.75 1891 $ 120.69 $ 337,394.79 1892 $ 450.24 $ 318,807.00 1893 $ 681.77 $ 438,554.48 1894 $ 4,993.99 $ 446,798.00 1895 $ 7,196.00 $ 620,930.35 1896 $ 8,998.62 $ 1,009,147.00 1897 $ 10,128.60 $ 953,358.34

Sumber: Annual Report Of The State Of Selangor For The Year 1896, Estimates Revenue and Expenditure 1899 dalam CO 439/2.

214

Lihat Francis Wong Hoy Kee dan Ee Tiang Hong, Education in Malaysia, Kuala Lumpur, Heinemann Educational Book (Asia) Ltd, 1975, hm. 29.

University

173

Jadual 3.19 menunjukkan perbezaan yang ketara antara peruntukan yang diberikan kepada pendidikan dengan peruntukan pembangunan infrastruktur perhubungan. Setelah Perjanjian Pangkor 1874, kerajaan British mula memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu. British telah membuka lebih banyak lombong-lombong biji timah215dan ladang-ladang getah216 serta membawa masuk secara beramai-ramai buruh dari Cina dan India.217 Untuk tujuan mengeksploitasi ekonomi, kerajaan British juga mula memberi tumpuan terhadap pembinaan jalan-jalan kereta api, jalan raya, jambatan dan memperbaiki pelabuhan untuk memudahkan aktiviti mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu. Oleh yang demikian, tumpuan peruntukan kewangan British dari tahun 1889 sehingga 1897 adalah terhadap pembangunan infrastruktur perhubungan. Peruntukan yang disediakan untuk pendidikan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan peruntukan pembinaan kemudahan perhubungan. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang jelas antara peruntukan yang disediakan untuk Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.

215

Lihat Ooi Jin Bee, Bumi, Penduduk dan Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, hlm. 31. Kegiatan perlombongan mula aktif selepas Perjanjian Pangkor 1874, Pada tahun 1898, pengeluaran biji timah Tanah Melayu adalah sebanyak 40,000 tan meningkat kepada 50,000 tan pada tahun 1913. Perusahaan ini dimonopoli oleh orang Cina dan pemodal-pemodal British. Menjelang tahun 1930, 63 peratus lombong biji timah dimiliki oleh pemodal-pemodal Eropah, 27 peratus oleh orang Cina dan selebihnya oleh orang Melayu.

216

Ibid., hlm. 213. Kemerosotan harga kopi pada tahun 1896 telah menyebabkan British mengubah kepada penanaman getah. Pada tahun 1900 harga getah telah meningkat dari $1.70 berbanding $1.30 pada tahun sebelumnya. Keadaan ini menyebabkan penanaman getah mula mendapat perhatian daripada kerajaan British. kawasan penanaman getah juga meningkat dari 345 ekar pada tahun 1897 kepada 50,ooo ekar pada tahun 1905.

217

Pada tahun 1891, jumlah orang Cina yang berada di Tanah Melayu adalah seramai 391,418, orang meningkat kepada 1,170,551 orang pada tahun 1821 dan 2,418,615 orang pada tahun 1941. Manakala jumlah orang India pula seramai 74,081 pada tahun 1891, meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921 dan seramai 767,693 orang pada tahun 1934. Sehingga tahun 1941, peratus penduduk Cina di Tanah Melayu adalah 44 peratus, India 14 peratus dan Melayu 40.5 peratus. Lihat Paul Chang Ming Phang, Education Development In A Plural Society A Malaysian Case Study, Singapore: Academia Publication, 1973, hlm. 6-7.

University

174 Jadual 3.20: Statistik Peruntukan Mengikut Jenis Sekolah Di Selangor Pada Tahun

1897

No Jumlah dan Jenis Sekolah Pelajar Dalam pendaftaran Peruntukan Kerajaan $ Peruntuk Per/ Kepala $ 1 1- Victoria Institution 275 9,976.22 36.28 2 1- Anglo-Chinese School, Klang 24 249.00 10.37 3 1- Government Girls’ School, K.L 31 1,927.03 62.16 4 26- Sekolah Vernakular Lelaki

Melayu

1,114 10,329.83 9.27 5 1- Sekolah Vernakular Cina 56 618.04 11.04 6 2- Sekolah Vernakular

Perempuan Melayu

61 608.43 9.97 Jumlah 1,561 23,708.55

Sumber: Selangor Government Gazette, Friday, 11th February, 1898, (V0l.IX), by J.

Driver, Inspector of School, F.M.S., hlm. 223.

Jadual 3.20 di menunjukkan jumlah peruntukan per kepala bagi pelajar-pelajar di sekolah Inggeris, Melayu dan Cina di negeri Selangor pada tahun 1897. Dalam peruntukan berkenaan, jumlah peruntukan per kepala bagi setiap pelajar perempuan di Sekolah Perempuan Melayu hanyalah $9.97 berbanding $62.16 per kepala bagi pelajar perempuan di Sekolah Inggeris.218 Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan British memberi perhatian yang istimewa terhadap Sekolah Perempuan Inggeris. Selain itu, jumlah peruntukan per kepala yang disediakan untuk Sekolah Vernakular Cina juga dilihat lebih tinggi daripada jumlah peruntukan bagi Sekolah Lelaki Melayu dan juga Sekolah Perempuan Melayu. Daripada statistik berkenaan jelas menunjukkan bahawa kerajaan British sebenarnya kurang memberi perhatian terhadap pendidikan Melayu terutamanya pendidikan wanita Melayu.

218

Selangor Government Gazette, no.6, Friday, 11th February, 1898, (V0l. IX), by J. Driver, Inspector of School, F.M.S, hlm. 223.

University

175 Jadual 3.21: Statistik Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi NNMB Pada Tahun 1900

Negeri Pendapatan ($) Perbelanjaan ($) Perbelanjaan Pendidikan ($) Peratus (%) Perbelanjaan Pendidikan Perak 7,636,126.76 6,144,774.21 85,315.00 1.38 % Selangor 6,303,165.45 4,944,160.52 32,769.00 0.6 % Negeri Sembilan 1,251,366.14 1,009,318.59 9,800.00 0.97 % Pahang 419,150.25 630,678.43 2,675.00 0.42 % Jumlah 15,609,808.60 12,728,931.75 130,559.00 3.37 %

Sumber: Federated Malay States, Financial report for the year Ending 31st December 1900, hlm. 238 dalam Supplements to the Negeri Sembilan Government Gazette, 30

August, 1901 dalam CO 463/3.

Jadual 3.21 menunjukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan bagi NNMB pada tahun 1900. Statistik berkenaan jelas menunjukkan bahawa faktor kewangan sangat memainkan peranan dalam penentuan jumlah peruntukan bagi sesebuah negeri. Pada tahun 1900, negeri Perak merupakan negeri yang paling banyak mendapat peruntukan kewangan pendidikan. Daripada jumlah $139,059 peruntukan pendidikan pada tahun 1900, Perak memperoleh peruntukan sebanyak $85,315, Selangor $32,769, Negeri Sembilan $9,800 dan Pahang hanya memperoleh peruntukan sebanyak $2,675.219 Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan jumlah peruntukan berdasarkan jenis sekolah (lelaki atau perempuan). Jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan British adalah selari dengan jumlah pendapatan bagi negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri yang mempunyai pendapatan yang tinggi, maka jumlah peruntukan diberikan juga adalah tinggi dan sebaliknya.

Selain itu, jumlah peruntukan pendidikan yang diberikan bagi setiap negeri dalam persekutuan NNMB adalah sangat kecil dan terhad. Sebagai contoh, peruntukan

219

Federated Malay States, Report On Education 1900, hlm. 6 dalam Supplements to the Negeri Sembilan Government Gazette, 21 June 1901 dalam CO 463/3.

University

176

perbelanjaan bagi pendidikan bagi negeri Perak hanyalah $85,315.00 atau 1.38 peratus, Selangor, $32,769.00 atau 0.6 peratus, Negeri Sembilan, $9,800.00 atau 0.97 peratus dan Pahang, $2,675.00 atau 0.42 peratus daripada peruntukan keseluruhan bagi tahun 1900. Secara keseluruhannya, kerajaan British hanya membelanjakan sebanyak $130,559.00 atau 3.37 peratus sahaja perbelanjaan bagi pembangunan pendidikan di NNMB. Jumlah ini adalah terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk membangunkan pendidikan di NNMB.

Tambah merumitkan apabila jumlah peruntukan yang kecil ini terpaksa pula dibahagikan kepada Sekolah Inggeris, Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Vernakular Tamil. Kebiasaannya peruntukan yang disediakan adalah untuk pembelian peralatan sekolah, membayar gaji guru, kakitangan, sewa bangunan dan juga pembaikan sekolah.220 Di samping itu, peruntukan juga diberikan bagi setiap pelajar (per kepala) di empat jenis sekolah berkenaan. Pengagihan peruntukan per kepala bagi setiap pelajar mengikut jenis sekolah (vernakular) juga adalah berbeza. Pengagihan ini juga mestilah berpandukan kepada peraturan pemberian bantuan kerajaan (Grant-in-Aided 1908) yang telah ditetapkan oleh kerajaan British.

Pada tahun 1908, sejumlah $299,245 daripada $24,623,325 diberikan kepada pembangunan pendidikan di NNMB. Jumlah berkenaan hanyalah 0.012 peratus daripada jumlah pendapatan NNMB.221 Daripada jumlah berkenaan sebanyak $31,566.52 diperuntukkan222 kepada persekutuan, $129,488.33 kepada negeri Perak, $78,633.18 kepada negeri Selangor, $48,195.38 kepada Negeri Sembilan dan $11,362.54 kepada negeri Pahang. Pada tahun 1908 juga, peruntukan yang diberikan untuk setiap pelajar perempuan adalah sebanyak $13.62. Peruntukan ini adalah antara

220

Selangor Administration Report for the year 1906, hlm. 16 dalam CO 439/3.

221 Federated Malay States, Resident-general Annual Report for the year 1908, hlm. 31 dalam Supplements to the Negeri Sembilan Government Gazette, 23rd July 1909 dalam CO 463/6.

222

Federated Malay States, Resident-general Annual Report for the year 1908, hlm. 31.

University

177

yang tertinggi jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan yang diberikan bagi setiap pelajar lelaki Melayu di NNMB.223 Peruntukan yang lebih tinggi ini adalah disebabkan keperluan perbelanjaan tambahan bagi pelajar-pelajar perempuan terutama untuk aktiviti jahitan dan masakan. Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran tambahan bagi pelajar-pelajar perempuan.224 Selain daripada perbezaan peruntukan berdasarkan jantina pelajar terdapat juga perbezaan peruntukan antara Sekolah Inggeris dengan Sekolah Vernakular Melayu.