• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbelanjaan Bagi Setiap Pelajar Dari Tahun 1938 sehingga 1942 Tahun Perbelanjaan Per Pelajar Setahun

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN WANITA MELAYU

Jadual 3.16: Perbelanjaan Bagi Setiap Pelajar Dari Tahun 1938 sehingga 1942 Tahun Perbelanjaan Per Pelajar Setahun

1938 $ 700 1939 $ 740 1940 $ 810 1941 $ 950 1942 $ 975

Sumber: Annual Cost of Maintenance Per Student At MWTC 1938, 1939, 1940, 1941, 1942 dalam M. Lomas, The Malay Women’s Training College, Malacca, Kuala Lumpur: Government Press, 1948.

Peruntukan yang disediakan sentiasa bertambah setiap tahun dari tahun 1935 sehinggalah tahun 1942. Sepanjang menuntut di sini, para pelajar perlu mematuhi segala

179 Fatimah Haji Musip, Kenangan Manis: Di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938, Pendidikan Guru Sempena Perayaan Jubli Intan, hlm. 27.

180 M. Lomas, The Malay Women’s Training College, Malacca, hlm. 124.

181 Regulation for Malay Vernacular Education in The Straits Settlements and Federated Malay States 1936, Published by Authority, Singapura, 1937, hlm. 61.

University

163

peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Maktab. Pelajar diwajibkan tinggal di asrama yang telah disediakan sepanjang tempoh dua tahun berkursus. Tempat tinggal pelajar di bahagikan kepada 3 iaitu Bilik Biru, Bilik Hijau dan Bilik Kuning. Tiap-tiap bilik terdapat lapan orang penuntut dan setiap penuntut diwajibkan untuk memastikan bilik mereka kemas dan mereka hanya diberi kebenaran pulang ke kampung pada waktu-waktu yang telah ditetapkan sahaja. Tingkah laku penuntut di luar maktab juga dikawal oleh pihak maktab.182

Menurut Fatimah Haji Musip, semasa mereka keluar dari Maktab pada hari Jumaat, mereka akan diawasi dan dikawal oleh sekurang-kurangnya dua orang guru yang akan berjalan di hadapan dan di belakang. Mereka juga diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dan peluang untuk keluar hanya dua kali sahaja dalam sepenggal iaitu pada pertengahan penggal dan akhir penggal. Selain itu, mereka juga hanya dibenarkan masuk dan membeli di kedai-kedai tertentu sahaja.183 Kawalan ketat ini adalah salah satu kaedah untuk menjaga disiplin dan memastikan pelatih-pelatih memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.

Selain daripada peraturan dan penguatkuasaan disiplin yang ketat, MPMM juga mengadakan peperiksaan berkala untuk menguji pengetahuan dan kemahiran pelatih. Sistem peperiksaan di MPMM ini dijalankan pada setiap bulan bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan pada bulan berkenaan. Pada akhir setiap penggal, markah peperiksaan penggal akan dicampur dengan markah-markah peperiksaan bulanan dalam penggal berkenaan. Seterusnya markah purata bagi keseluruhan penggal berkenaan akan dijadikan sebagai markah akhir setiap pelajar. Peperiksaan akhir tahun pula merupakan peperiksaan naik darjah bagi penuntut tahun satu dan untuk mendapatkan sijil bagi penuntut tahun dua. Bagi mendapatkan sijil, seseorang penuntut mesti lulus peperiksaan

182

Fatimah Haji Musip, Kenangan Manis: Di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938, Pendidikan Guru Sempena Perayaan Jubli Intan, hlm. 26.

183

Ibid.

University

164

tingkah laku dan mempunyai sifat yang baik dan memperoleh sijil ketekunan dari pengetua.184

Selain syarat-syarat berkenaan, pelatih juga diwajibkan lulus semua mata pelajaran yang diajar di maktab. Untuk mendapatkan sijil kelas pertama, pelajar diwajibkan mendapat markah 80 peratus ke atas. Bagi kelas kedua. pelajar perlu memperoleh markah antara 50 sehingga 80 peratus, manakala markah 50 ke bawah dianggap gagal dan tidak dianugerahkan sijil.185 Guru-guru pelatih yang telah berjaya menamatkan pengajian biasanya akan di tempatkan di negeri masing-masing untuk berkhidmat sebagai guru terlatih. Penempatan guru-guru di negeri asalnya adalah disebabkan setiap negeri hanya mempunyai peruntukan satu atau dua orang pelajar sahaja bagi setiap pengambilan. Oleh yang demikian, perkhidmatan mereka amat diperlukan kerana mereka yang terlatih ini juga dapat membantu guru perempuan lain yang menjadi Pupil Teacher di sekolah-sekolah perempuan.186

Walaupun MPMM telah diwujudkan bagi melatih guru perempuan Melayu, namun jumlah pengambilannya adalah terhad kepada 24 orang sahaja bagi setiap sesi pengambilan. Jumlah ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan keperluan bagi sekolah-sekolah perempuan Melayu yang semakin meningkat setiap tahun. Oleh sebab yang demikian, Normal Classes terus diwujudkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada guru-guru perempuan yang tidak terlatih untuk mendapatkan latihan. Walaupun tidak dilengkapi dengan kemudahan seperti mana MPMM, kelas ini dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memberi latihan perguruan kepada guru-guru yang tidak

184 Fatimah Haji Musip, Kenangan Manis: Di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938, Pendidikan Guru Sempena Perayaan Jubli Intan, hlm. 26-27.

185

Education Code, Part V, Regulation for Malay vernacular Education in The Straits Settlements and Federated Malay States 1936, Published by Authority, Singapura, 1937, hlm. 62 dalam C.S.O. 6918/35: F.S. 3376/35; D. of E. 609/35,

186

Fatimah Haji Musip, Kenangan Manis: Di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938, Pendidikan Guru Sempena Perayaan Jubli Intan, hlm. 26.

University

165

terlatih. Penekanan yang diberikan dalam Normal Classes adalah kemahiran pedagogi di samping mata pelajaran-mata pelajaran lain.187

Pada tahun 1935, Miss J. Fross iaitu Pengetua Sekolah Inggeris Pudu, Kuala Lumpur telah mengadakan kelas untuk melatih guru-guru perempuan Melayu mengenai kaedah mengajar ilmu kira-kira. Pada tahun yang sama terdapat tiga pusat latihan (Normal Classes) diwujudkan di Selangor, iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu di Klang. Manakala di Pahang, guru-guru perempuan akan berjumpa sekali dalam masa sebulan untuk menghadiri kelas latihan perguruan.188

A class to given instruction to Malay women teachers in method of teaching arithmetic to the lower classes was held in Kuala Lumpur, the instruction being given by Miss J. Fross (Principal of the Pudu English School). In Pahang monthly meeting of teacher were held on the day following pay-day at which discussion on teaching took place and instruction was given. Normal Cass for the training of Malay women teaching were continued at three centre in Selangor-two in Kuala Lumpur and one at Klang.189

Mata pelajaran yang ditawarkan ialah kaedah mengajar, teori dan praktikal, ilmu kira-kira, geografi dan kerja tangan.190 Pelajar-pelajar juga dikehendaki menduduki peperiksaan sebelum dianugerahkan Sijil Perguruan.191 Walau bagaimanapun, beberapa orang pelajar dilaporkan gagal dalam peperiksaan pada bulan Jun 1936 dan terpaksa

187

Mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di Normal Classes adalah sama dengan mata pelajaran-mata pelajaran di Sekolah Perempuan Melayu. Lihat Fatimah Haji Musip, Kenangan Manis: Di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938, Pendidikan Guru Sempena Perayaan Jubli Intan, hlm. 26-27.

188

Annual Report on Education Department for the year 1935, hlm. 61 oleh F.J.Morten, Adviser on Education, Malay States dalam CO 576/53.

189 Annual Report on Education Department for the year 1935, hlm. 62. Dalam laporan tahun 1935, seramai 42 orang telah menduduki peperiksaan Normal Classes dan 37 telah lulus dan mendapat sijil perguruan.

190 Annual Report on Education Department for the year 1935, hlm. 61.

191 Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of the Federated Malay States for 1937, hlm. 78 dalam CO 576/55. From January, 1936, Normal Classes for the training of teachers were started by two school in Perak and two in Selangor. For grant-in-aid purpose, a total of 75 pupils was allowed from each states… the reduction is due elimination of student who failed the terminal examination in June.

University

166

diberhentikan.192 Selain daripada kurikulum, kegiatan kokurikulum juga adalah antara aspek penting dalam pembangunan pendidikan wanita Melayu. Bagi sekolah perempuan Melayu, kegiatan kokurikulum turut dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Pada setiap minggu, pelajar-pelajar perempuan perlu melakukan aktiviti di luar bilik darjah iaitu latihan fizikal (Physical Exercise), sukan dan permainan.193 Antara aktiviti permainan yang popular di Sekolah Perempuan Melayu ialah permainan badminton dan juga tenis. Selain itu, terdapat juga permainan rakyat atau dikenali sebagai Folk Games dimasukkan dalam aktiviti kokurikulum Sekolah Perempuan. Selain daripada sukan dan permainan, pelajar-pelajar perempuan Melayu juga terlibat dalam aktiviti pakaian seragam iaitu Girl Guides.194

Pada peringkat awal, terutamanya pada tahun 1910-an dan 1920-an, latihan fizikal atau Physical Exercise dan permainan tidak mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar perempuan kerana mereka tidak gemar melakukan aktiviti berkenaan secara terbuka. Situasi ini dikaitkan dengan adat dan budaya masyarakat Melayu yang dikatakan melarang anak-anak perempuan melakukan aktiviti fizikal secara terbuka. Oleh itu, Folk Game telah dimasukkan dalam sukatan Physical Exercise sebagai satu cara untuk menarik pelajar-pelajar perempuan melakukan aktiviti fizikal di luar daripada bilik darjah.195 Dalam jadual persekolahan Melayu, aktiviti Physical Training

bagi sekolah perempuan Melayu diadakan pada setiap hari persekolahan (dari pukul 9.20 hingga pukul 9.40 pagi) bermula dari hari Isnin sehingga hari Jumaat.196 Walau bagaimanapun, pada tahun 1938, aktiviti fizikal hanya dilakukan sebanyak dua kali

192

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa jumlah pelajar yang diberhentikan kerana gagal dalam peperiksaan.

193 Annual Report on the Education Department for the year 1929, hlm. 12 dalam Federated Malay States for 1929 dalam CO 576/39.

194

Annual Report on Education in the Federated Malay States for the year 1933, hlm. 55 dalam Supplements to the “F.M.S Government Gazette” 7th

September 1933 dalam CO 576/48.

195

Annual Report on Education in the Straits Settlements and Federated Malay States for the year 1938, hlm. 92 dalam CO 576/63.

196

Lihat, Winifred B. Chamber, Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar, (terjemahan Abdul Aziz Din), Kuala Lumpur: Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, 1952, hlm. 17.

University

167

seminggu sahaja. Manakala bagi pelajar perempuan yang bersekolah di sekolah lelaki, aktiviti fizikal dilakukan bersama-sama dengan guru-guru perempuan.197

Selain latihan fizikal, pelajar-pelajar perempuan Melayu juga perlu mengikuti aktiviti sukan dan permainan. Kebanyakan sekolah perempuan mempunyai aktiviti sukan dan permainannya yang tersendiri bergantung pada kemudahan dan peralatan yang disediakan. Guru-guru perempuan terlibat secara langsung dalam memberi arahan dan tunjuk ajar kepada pelajar. Kesemua aktiviti ini dilakukan di luar bilik darjah.198 Permainan badminton dan tenis adalah antara sukan yang digemari di sekolah-sekolah Melayu sama ada sekolah lelaki atau sekolah perempuan. Badminton is played at most

boys’ and girls’ school and hockey and volley-ball at a few. A number of school have tennis courts and one girls’ school has a croquet lawn.199

Di Perak, hampir semua

sekolah vernakular Melayu sama ada lelaki atau perempuan dilengkapi dengan kemudahan gelanggang tenis dan peralatan-peralatan lain untuk permainan tenis. Setiap sekolah juga menubuhkan pasukan tenis masing-masing.

Most of Perak school, both boys’ and girls’, have a deck tennis court and equipment- including a rubber Quito of local manufacture. Many of the schools could put up a team that would astonish some of the P.& O, deck-tennis enthusiast and this applies to girls school as well as boys.200

Pada tahun 1935, aktiviti kokurikulum seperti sukan tahunan bagi Sekolah Perempuan Melayu di Selangor diadakan bersama-sama dengan pelajar lelaki di Sekolah lelaki yang berhampiran dan hanya sebahagian kecil sahaja yang

197

Annual Report on the Social and Economic Progress of the people of Selangor for the year 1938, hlm. 70 dalam Annual Report on the Social and Economic Progress of the people of The Federated Malay States for the year 1938 dalam CO 576/62. In girls school all girls did physical training twice a weeks. In boys school girls were taken out regularly for drill and games by the women teachers.

198

Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Selangor for the Year 1936, hlm. 74 dalam CO 439/4. Drill and games were taught to all the teachers, and they gave instruction to the girls three times a week. All exercises were done out of door.

199 Education Policy in Malaya, 1926, hlm. 9 dalam CO 717/53/14, Fail. No C.F.20671.

200

Annual Report on Education in Federated Malay States for the year 1935, hlm. 61-61 dalam CO 576/53

University

168

mengadakannya secara berasingan.201 Di samping itu, Jawatankuasa sukan tahunan juga diwujudkan di semua sekolah lelaki dan juga di sesetengah sekolah perempuan. Tujuannya adalah untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti sukan yang menjadi acara tahunan sekolah.202

Selain daripada aktiviti sukan dan permainan, pelajar-pelajar perempuan Melayu juga terlibat dalam aktiviti pakaian seragam. Antara aktiviti pakaian seragam yang diikuti oleh pelajar perempuan ialah Girl Guides dan Brownies. Walau bagaimanapun, aktiviti badan beruniform ini lebih aktif di Sekolah-sekolah perempuan Inggeris. Dalam laporan Government Gazette bagi NNMB pada 25 August 1922, pasukan Girl Guides telah ditubuhkan di Methodist Girl’s School dan St. Mary’s Girls’ School.203

Di Selangor pada tahun 1926, Pesuruhjaya Daerah iaitu Miss Foss melaporkan:

The District Commissioner, Miss Foss reports that there was one Ranger Company, three Guide Companies and two Brownie Packs with a total enrolment of 175 Guides and Brownies, all living in Kuala Lumpur. The number of Guides and Brownies in1926 was 137.204