• Tidak ada hasil yang ditemukan

Statistik Perbezaan Jumlah Pelajar Dan Jumlah Sekolah Lelaki Dan

Perempuan Melayu Di NNMB

Tahun Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki

Jumlah Pelajar Jumlah Sekolah 1899 235 4,398 9 121 1911 1,880 15,122 46 276 1920 1,620 18,699 54 346 1930 4,941 34,065 82 442 1938 6,466 50,503 78 471

Sumber; Diubahsuai daripada Perak Administration Report for the year 1899, Appendix I, hlm. xxvii dalam Supplements to the “Perak Government Gazette,”

June 29th 1900 dalam CO 467/11. Lihat juga Selangor Administration Report for the year 1900, Appendix. J, hlm. 53-54 dalam Supplements to the “Selangor Government Gazette, 6th July 1900 dalam CO 469/11, Supplement to the “Selangor Government Gazette,” June 29th 1900, Report on Education In The Federated Malay

States For The Year 1899, hlm,6 dan Annual Report on Education Federated Malay States for the year 1921, Appendix. XIII, Annual Report on Education Federated Malay States for the year 1930, Appendix. XV, Annual Report on Education Federated Malay States for the year 1938, Appendix. XV

16 Annual Report on Education for the year 1936, hlm. 15 dalam CO 576/56.

University

26

Berdasarkan statistik berkenaan jumlah pelajar perempuan Melayu pada tahun 1899 hanyalah seramai 235 orang sahaja berbanding 4,398 pelajar lelaki. Masalah kekurangan jumlah pelajar dan sekolah perempuan Melayu ini berterusan sehingga ke tahun 1920-an dan 1930-an. Menurut laporan daripada kerajaan British, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Melayu tidak berminat untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan. Antaranya ialah orang Melayu dikatakan bimbang sekiranya pengetahuan menulis dan membaca yang diberikan kepada anak-anak perempuan akan mendorong kepada penulisan surat cinta yang seterusnya akan membawa kepada perhubungan sulit antara lelaki dan perempuan.17

Orang Melayu juga dikatakan bimbang tentang keselamatan anak-anak perempuan mereka semasa pergi dan pulang daripada sekolah. Selain itu, orang Melayu juga dikatakan takut kehilangan tenaga kerja terutama untuk membantu menguruskan rumah tangga sekiranya anak-anak perempuan di hantar ke sekolah. Bantuan daripada anak perempuan dikatakan amat diperlukan oleh ibu bapa terutama untuk membantu memasak, membasuh dan menjaga adik-adik yang lain semasa ibu bapa melakukan kerja-kerja seharian.18 Di samping itu, orang Melayu juga dikatakan terlalu terikat dan berpegang teguh kepada sistem adat dan budaya yang menjadi tunjang utama kepada kehidupan orang Melayu. Pada anggapan British adat dan budaya Melayu yang dianggap sebagai konservatif dan kuno inilah menjadi penyebab utama anak-anak perempuan dinafikan hak untuk mendapatkan

17 Annual Report on Education for the year 1936, hlm. 15 dalam CO 576/56. Malay girls school remained for a long time a very hard problem, Malay parents viewed with much suspicion the one or two school which were established, they thought a knowledge of reading and writing would promote love latter and intrigue, they were nervous about allowing their girls to traverse street or path unaccompanied, the mother dislike losing the service of their daughter and the self-satisfied parents thought that they could pick-up cookery dan needlework at home.

18

Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896 – 1909, London: Oxford University Press, 1964, hlm. 235. Malay parents, it must be remembered, do not willingly send their children to a distant school, and if the people are to be educated, this can only be done by opening school in the most populous villages at places where they will be readily accessible to a large number of children.

University

27

pendidikan. Orang Melayu juga dikatakan bimbang dan curiga terhadap sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh kerajaan British akan meruntuhkan institusi adat dan budaya masyarakat Melayu.19

Berdasarkan situasi berkenaan, timbul beberapa persoalan penting yang perlu dilihat secara terperinci, dikupas dan dianalisis bagi melihat isu berkenaan dari pelbagai sudut. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh manakah pembangunan, halangan, strategi dan pencapaian pendidikan wanita Melayu dari tahun 1896 sehingga tahun 1941. Persoalan-persoalan ini perlu diteliti dan dianalisis bagi melihat sejauh manakah peranan British dan orang Melayu dalam membangunkan pendidikan wanita Melayu khusus di NNMB. Selain itu, persoalan-persoalan mengenai halangan, strategi dan pencapaian pendidikan wanita Melayu juga perlu diteliti dan dianalisis untuk melihat isu berkenaan dari pelbagai sudut dan bukan hanya berdasarkan laporan daripada kerajaan British.

Objektif Kajian

Bagi menjawab persoalan di atas, kajian difokuskan kepada beberapa objektif. Objektif pertama kajian ialah membincangkan pembangunan pendidikan wanita Melayu di NNMB. Penelitian dilakukan terhadap perkembangan pembangunan infrastruktur fizikal, pentadbiran dan pengurusan, kurikulum dan juga peruntukan kewangan. Kajian juga dilakukan terhadap peranan pengaruh luar iaitu pengaruh Timur Tengah dan juga Indonesia terhadap perkembangan pendidikan wanita Melayu di NNMB.

19 Ibid., hlm. 230. The main objection to this, however, was that it would not be easy to enforce that the law where Malay girls were concerned for but custom and tradition Malay women then lived a very secluded life, and forcing Malay girls to go to school might be construed as a violation of Malay custom and religion.

University

28

Objektif kedua kajian adalah bertujuan mengenal pasti halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pendidikan wanita Melayu di NNMB. Kajian dilakukan bagi melihat dan membincangkan sejauh manakah halangan dan cabaran pendidikan wanita Melayu dari segi kekurangan infrastruktur fizikal, kekangan adat dan budaya, kelemahan pentadbiran dan pengurusan, kelemahan kurikulum dan kekurangan peruntukan kewangan memberi kesan kepada perkembangan pendidikan wanita Melayu.

Peranan dan strategi yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai British, Raja-raja dan golongan bangsawan, golongan cendekiawan dan pegawai-pegawai Melayu dan golongan agama untuk memajukan pendidikan wanita Melayu akan dianalisis dalam objektif ketiga. Manakala objektif keempat adalah bertujuan untuk meneliti kesan pendidikan terhadap pencapaian wanita Melayu di NNMB. Kajian dilakukan bagi melihat dan menilai peranan dan kesan pendidikan terhadap pencapaian wanita Melayu dalam bidang pendidikan dan perguruan, kesihatan, berpersatuan dan juga penulisan dan kewartawanan.

Skop Kajian

Kajian mengenai perkembangan pendidikan perempuan Melayu di NNMB bermula pada tahun 1896 sehingga tahun 1941. NNMB melibatkan negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Tahun 1896 dipilih sebagai tahun permulaan kajian kerana tahun 1896 merupakan tarikh penubuhan NNMB dan perkembangan awal pendidikan bagi wanita Melayu bermula di NNS dan berkembang NNMB. Manakala tahun 1941 dipilih sebagai batasan tahun kajian kerana bermulanya era pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan berakhirnya pentadbiran NNMB. Selain tu, dasar British selepas Perang Dunia Kedua terhadap

University

29

Tanah Melayu berbeza kerana selepas Perang Dunia Kedua kerajaan British mula diterajui oleh Parti Buruh dan bukan lagi Parti Konservatif. Skop kajian ini juga hanya membincangkan mengenai perkembangan pendidikan wanita Melayu di NNMB sahaja.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat bagi melihat perkembangan pendidikan wanita Melayu khususnya di NNMB yang masih belum dibuat kajian yang terperinci oleh pengkaji-pengkaji lain. Kajian dan penulisan mengenai pendidikan wanita agak kurang berbanding dengan penulisan mengenai pendidikan lelaki. Sejarah tentang wanita telah “disenyapkan” dan seakan-akan dilupakan daripada rakaman sejarah walaupun pada hakikatnya mereka juga terlibat secara langsung dalam setiap peristiwa yang berlaku. Selain itu, kebanyakan pengkaji lebih gemar mengkaji berkenaan wanita Melayu khususnya selepas berlakunya Perang Dunia Kedua. Pengkajian berkenaan wanita Melayu sebelum Perang Dunia Kedua sangat kurang dilakukan kerana masalah kekurangan dan kesukaran untuk mendapatkan sumber. Hal ini kerana kebanyakan sumber mengenai wanita Melayu sebelum Perang Dunia Kedua adalah dalam bentuk mikrofilem dan sesetengahnya dalam karya-karya sastera sejarah. Sumber-sumber ini memerlukan masa dan penelitian yang agak lama sebelum boleh dianalisis dan dijadikan sebagai sumber kajian. Oleh itu, kebanyakan pengkaji lebih berminat dan lebih memberi tumpuan terhadap kajian wanita selepas Perang Dunia Kedua.

Kajian dan penulisan mengenai wanita adalah amat penting dalam penulisan sejarah kerana mereka juga terlibat dalam setiap aspek perkembangan sesebuah negara. Selain itu, penulisan mengenai wanita juga bertujuan untuk memindahkan

University

30

minat atau kecenderungan pengkaji daripada menumpukan kepada kajian sejarah politik kepada sejarah sosial. Tujuan yang kedua ialah memastikan penulisan semua sejarah wanita dari perspektif “dari bawah” bagi menggantikan dan memperbetulkan penulisan sejarah sebelum ini yang dilakukan “dari atas”. Pendekatan sedemikian adalah bertujuan untuk memasukkan wanita sebagai watak yang telah hilang dari tumpuan pengkaji sejarah, Pendekatan ini dinamakan sebagai ‘Sejarah Wanita’ atau

Feminisme.20

Situasi ini bukan sahaja berlaku di negara Asia malahan turut berlaku di negara-negara Afrika, Amerika dan juga Eropah. Penulisan berkenaan wanita kurang mendapat perhatian dalam kalangan penulis kerana minat dan kecenderungan kebanyakan penulis adalah dalam bidang politik dan ekonomi yang jarang melibatkan golongan wanita. Walau bagaimanapun, sehingga pertengahan abad ke-18, sudah ada desakan agar penulisan dan kajian berkenaan wanita diketengahkan kerana mereka juga terlibat dalam perkembangan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara sama ada secara tidak langsung atau secara langsung. Sehinggalah pada tahun 1970 Pergerakan Perjuangan Wanita di Amerika Syarikat telah menyuarakan supaya kajian tentang wanita dilakukan agar mereka tidak hilang dalam rakaman sejarah.21 Gesaan ini telah sedikit sebanyak mengubah haluan pengkaji untuk lebih memberi tumpuan kepada kajian dan penulisan mengenai wanita dalam pelbagai aspek.

Di samping itu, kajian ini juga dianggap penting khususnya kepada pengkaji-pengkaji lain yang ingin membuat kajian mengenai sejarah pendidikan negara. Kajian ini boleh membantu penyelidik-penyelidik untuk memahami sejarah

20 Lihat Tan, Liok Ee, ‘Wanita Dan Penulisan Sejarah: Batasan Dan Potensi Perspektif Gender,’ Seminar Kebangsaan Isu-Isu Dalam Persejarahan, Jilid 2, 17-18 Ogos 1992, hlm .2.

21 Lihat Michelene Wandor, The Body Politic: Women’s Liberation in Britain, 1969-1972, London, 1972, hlm.216.

University

31

perkembangan pendidikan wanita Melayu khususnya sebelum Perang Dunia Kedua. Hal yang demikian ini kerana, kajian mengenai pendidikan wanita Melayu sebelum ini banyak berkisar mengenai wanita Melayu selepas Perang Dunia Kedua dan fokus kajian juga lebih kepada kajian mengenai penglibatan wanita Melayu dalam bidang politik. Walaupun terdapat penulisan mengenai wanita Melayu sebelum Perang Dunia Kedua tetapi kajiannya adalah terhad terutama dari segi sumber dan skop kajian. Kajian juga boleh membantu penyelidik lain untuk memahami permasalahan sebenar pendidikan wanita Melayu di NNMB serta dapat menilai sejauh manakah peranan kerajaan British dan orang Melayu untuk memartabatkan pendidikan wanita.

Kajian ini juga penting untuk menjadi panduan kepada pihak Kementerian sama ada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat dan Kementerian-Kementerian lain yang memerlukan maklumat mengenai perkembangan pendidikan wanita Melayu khususnya pada 1896 hingga 1941. Kerangka kajian, skop kajian, tempoh kajian dan dapatan kajian boleh dijadikan sebagai rujukan utama bagi Kementerian berkenaan untuk merangka dan membangunkan model pembangunan pendidikan wanita masa kini. Kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada pihak berwajib untuk mengenal pasti bentuk dan corak pendidikan yang eksklusif kepada wanita Melayu tanpa melupakan batas-batas agama dan sosial.

Kajian Terdahulu (Literature Review)

Setakat ini belum ditemui satu kajian yang secara khusus mengenai perkembangan pendidikan wanita Melayu khususnya di NNMB. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kajian dan penulisan berbentuk buku, jurnal, kertas kerja dan tesis yang secara tidak langsung memberikan serba sedikit maklumat yang berguna berkenaan

University

32

pendidikan wanita Melayu. Antara penulis dan pengkaji berkenaan ialah Lenore Manderson, Lai Ah Eng, Wazir Jahan Karim, Mahani Musa, Arbai’yah Mohd Noor dan penulisan memoir berkenaan beberapa tokoh wanita seperti Khatijah Sidek, Aishah Ghani, Samsiah Fakeh, Ibu Zain dan beberapa tokoh lain adalah antara tulisan tentang wanita yang ada setakat ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan penulisan mengenai wanita Melayu banyak berkisar dalam abad ke-20. Manakala penulisan mengenai wanita Melayu sebelum abad ke-20 sangat jarang dihasilkan.22

Dari segi penggunaan istilah, kebanyakan penulis dan pengkaji tempatan lebih gemar menggunakan istilah wanita berbanding penggunaan istilah perempuan. Penggunaan istilah wanita bagi merujuk kepada perempuan digunakan dalam masyarakat Jawa di Indonesia yang bermaksud berani atur dan bersedia untuk dibimbing oleh lelaki. Wanita berasal dari kata gabungan dua kata bahasa jawa (kerata basa) wani (berani) dan tata (teratur). Di Malaysia, penggunaan istilah wanita dianggap lebih sesuai kerana istilah perempuan memberi maksud yang kurang baik.23 Dalam instutusi pentadbiran kerajaan juga pengguanaan istilah wanita digunakan secara meluas dan telah diterima sebagai lambang khusus kaum wanita di Malaysia. Antara pengkaji mutakhir yang mengguankan istilah wanita dalam penulisan ilmiah seperti Mahani Musa, Arbai’yah Mohd Noor, Azzizah Kassim, Haryati Hassan, Wan Faizah binti Meor Ibrahim dan lain-lain lagi.

Kajian perpustakaan dibahagikan kepada dua iaitu kajian berkenaan peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat dunia dan yang kedua ialah kajian berkenaan pendidikan wanita Melayu di Tanah Melayu. Kajian perpustakaan berkenaan peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat dunia adalah penting

22

Lihat Mahani Musa, Kaum Wanita Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka: Antara Batasan Tradisi dan Realiti, Jurnal Jabatan sejarah Universiti Malaya, Jilid No.6, 1988, hlm. 1-2.

23 Istilah perempuan dalam masyarakat Melayu seringkali digunakan apabila merujuk kepada

perlakuan yang tidak baik. Contohnya perempuan jalan, perempuan , isteri dan ..., perempuan sial dan sebagainya.

University

33

untuk menilai dan melihat sejauh manakah kedudukan dan peranan wanita terutamanya dalam masyarakat barat dan juga timur. Manakala kajian perpustakaan berkenaan pendidikan wanita Melayu meliputi kajian-kajian yang berkaitan dengan bentuk pendidikan yang diberikan kepada wanita, pembangunan pendidikan wanita, masalah pendidikan wanita dan juga pencapaian wanita Melayu.

Di Malaysia kajian berkenaan pendidikan wanita Melayu khususnya pada zaman awal agak kurang mendapat sambutan daripada pengkaji disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah masalah sumber yang sangat terhad terutamanya sumber-sumber primer. Situasi ini disokong oleh Mahani Musa yang merupakan antara pelopor kepada penulisan berkenaan wanita di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa peminggiran penulisan berkenaan wanita adalah disebabkan tradisi penulisan sejarah yang banyak memberi fokus kepada sejarah politik, tokoh dan perang yang kebanyakannya dimonopoli oleh lelaki. Selain itu, sumber-sumber berkenaan politik, tokoh dan perang agak banyak dan senang diperoleh.24 Walau bagaimanapun, terdapat usaha dalam kalangan ahli antropologi yang membuat penelitian mengenai wanita terutama dalam aspek sosial seperti kekeluargaan, pendidikan, kesihatan, adat dan juga peranan domestik wanita.25

Di dalam persejarahan Melayu, Tun Seri Lanang boleh dianggap sebagai pelopor kepada penulisan tentang kaum wanita Melayu. Walaupun teks Sejarah

Melayu ini dikarang oleh lelaki, namun beliau telah cuba menonjolkan watak-watak

wanita Melayu terutama wanita Melayu golongan bangsawan. Mungkin juga beliau

24

Mahani Awang@ Musa, Sosio Ekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, Tesis PhD, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2003, hlm.3. Tesis beliau ini kemudiannya telah diterbitkan dalam bentuk buku yang bertajuk Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940 oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 2005.

25

Lihat Wazir Jahan Karim., Women and Culture: Between Malay Adat and Islam, Boulder: West view Press, 1992. Lihat Roziah Omar, The Malay Women in the body: between biology and culture, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1994. Lihat juga Roziah Omar, ‘The Anthropology of Menstruation and Malay Women,’ Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 5, 1993, hlm..35-45.

University

34

terpaksa memasukkan watak wanita Melayu golongan bangsawan kerana aspek penceritaan yang melibatkan golongan bangsawan dan raja kebiasaannya turut melibatkan watak wanita sebagai isteri atau gundik yang cantik dan bijaksana. Kecantikan dan kebijaksanaan isteri dan gundik ini akan menaikkan kedudukan dan status seseorang raja atau bangsawan berkenaan. Walaupun penulisan beliau banyak berkisar mengenai wanita Melayu golongan bangsawan, namun ia amat penting kerana dapat memberi gambaran mengenai kedudukan dan peranan wanita dalam masyarakat Melayu tradisional. Penulisannya juga terhad kepada wanita Melayu tradisional khususnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Wazir Jahan Karim dalam bukunya Women and Culture, Between Malay

Adat and Islam26 telah membincangkan dengan agak mendalam mengenai pengaruh

adat dan budaya masyarakat Melayu terhadap kedudukan, peranan dan hak wanita Melayu. Apa yang menarik ialah beliau turut membincangkan mengenai peranan dan kedudukan wanita Melayu pada zaman awal dengan merujuk kepada teks-teks sastera Melayu klasik. Beliau juga membincangkan mengenai penerimaan pendidikan sekular kepada anak-anak perempuan Melayu yang telah memberi banyak kesan kepada tahap pemikiran dan kesedaran dalam kalangan wanita Melayu. Selain itu, beliau juga membincang mengenai kesan pendidikan terhadap kesedaran wanita Melayu dalam bidang politik dan penglibatan wanita Melayu dalam politik kepartian selepas Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, perbincangan yang dibuat agak terhad dan banyak menggunakan sumber-sumber sekunder. Namun demikian, penulisan beliau amat membantu terutama dalam memahami pengaruh adat dan agama ke atas tanggapan, kedudukan dan peranan wanita Melayu khususnya di Tanah Melayu.

26 Wazir Jahan Karim, Women & Culture, Between Malay Adat and Islam, Oxford: West view Press, 1992.

University

35

Mahani Musa dalam kajiannya yang bertajuk Sejarah dan Sosioekonomi

Wanita Melayu Kedah 1881-1940,27 telah membincangkan dengan agak terperinci mengenai wanita Melayu Kedah dari aspek sosial dan ekonomi. Tumpuan penulisan lebih kepada peningkatan sosioekonomi wanita Melayu di Kedah dan masalah-masalah yang dihadapinya. Apa yang menarik mengenai penulisan beliau ialah penggunaan sumber dari rekod-rekod mahkamah di samping sumber-sumber primer yang lain. Kupasan yang diberikan mengenai pendidikan wanita Melayu walaupun agak ringkas tetapi cukup untuk memberi gambaran tentang perkembangan pendidikan wanita Melayu khususnya di negeri Kedah. Kajian beliau ini sedikit sebanyak dapat membantu pengkaji memahami serba sedikit masalah perkembangan pendidikan wanita Melayu, dasar British terhadap pendidikan Melayu dan juga reaksi orang Melayu terhadap pendidikan wanita. Walau bagaimanapun, kajian beliau hanya melibatkan pendidikan wanita Melayu di Kedah dan perbincangannya juga agak terhad dan terbatas.

Wan Faizah Binti Meor Ibrahim dalam kajiannya mengenai Isu-isu Wanita

Dalam Beberapa Akhbar Melayu Tahun 1920-1940,28 pula membincangkan isu

wanita Melayu yang diketengahkan dalam majalah dan akhbar Melayu pada tahun 1920 hingga 1940. Tumpuan kajian adalah berkenaan dengan kedudukan wanita Melayu, isu pendidikan wanita, isu kesihatan dan kebajikan wanita sekitar 1920 hingga 1940. Perbincangan mengenai isu pendidikan wanita Melayu agak ringkas dan terhad tetapi kupasannya sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai perkembangan pendidikan wanita Melayu khususnya pada tahun kajian. Apa yang menarik dalam kajian ini ialah pengkaji menggunakan akhbar-akhbar yang diterbitkan sekitar tahun 1920 sehingga 1940 sebagai bahan rujukan utama.

27 Mahani Awang @ Musa, Sosio-Ekonomi Wanita Melayu Kedah 1881 – 1940, Tesis Doktor Falsafah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2003.

28 Wan Faizah Binti Meor Ibrahim, Isu-isu Wanita Dalam Beberapa Akhbar Melayu Tahun 1920-1940. Tesis M.A, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009.

University

36

Penggunaan akhbar dan majalah dalam pengkajian mengenai wanita Melayu khususnya selepas tahun 1920-an adalah satu perkara yang penting kerana akhbar dan majalah telah berkembang dengan baik selepas tahun 1920-an. Selain itu, akhbar dan majalah yang muncul selepas tahun 1920-an turut memuatkan berita berkenaan wanita Melayu antaranya seperti majalah Bulan Melayu, Sahabat, Lembaga Melayu,

Majalah Guru, al-Ikhwan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya

memberi fokus kepada wanita Melayu pada tahun 1920 sehingga 1940 dan tidak membincangkan mengenai wanita Melayu sebelum tahun 1920. Selain itu, beliau juga hanya menggunakan akhbar sebagai rujukan utama dan kurang menggunakan sumber-sumber primer yang lain.

Haryati Hasan dalam kajiannya mengenai kegiatan Pelacuran Di Kalangan

Wanita Melayu Kelantan Dari 1900 Sehingga 1941,29merupakan kajian yang menyentuh soal sosial wanita Melayu yang terjebak dengan kegiatan pelacuran di Kelantan. Kajian ini menyentuh isu-isu berkenaan kewujudan kegiatan pelacuran di Kelantan sekitar tahun 1900 hingga 1941, keadaan pelacuran, punca pelacuran, sikap dan reaksi pelacuran serta undang-undang pencegahan. Walau pun kajian ini tidak menyentuh mengenai pendidikan wanita Melayu tetapi kajian ini amat penting kerana faktor kekurangan pendidikan dilihat merupakan salah satu sebab mengapa wanita Melayu di Kelantan terlibat dalam kegiatan pelacuran. Apa yang jelas faktor-faktor keterlibatan ini adalah disebabkan kemiskinan, penceraian dan terpedaya yang secara tidak langsung berkait rapat dengan kekurangan pendidikan. Walaupun skop kajiannya hanya melibatkan negeri Kelantan sahaja tetapi isu pelacuran ini turut berlaku di NNMB terutamanya sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua..

29 Haryati Hasan, Pelacuran Di Kalangan Wanita Melayu Kelantan Dari Tahun 1900 Sehingga 1941, Tesis M.A, jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1998.

University

37

Haslinda binti Lop Osman dalam kajian mengenai akhbar Neracha