• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual Waktu Sekolah vernakular Melayu Pada Tahun 1880

PENDIDIKAN WANITA MELAYU

Jadual 2.3: Jadual Waktu Sekolah vernakular Melayu Pada Tahun 1880

Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Masa

Menulis Menulis Ejaan Bacaan 7.00-7.30 pagi Ejaan Menulis Bacaan Mengarang 7.30-8.00 pagi Ejaan Bacaan Mengarang Mengarang 8.00-8.30 pagi Bacaan Ejaan Mengarang Ilmu Hisab 8.30-9.00 pagi Ilmu Hisab Ilmu Hisab Ilmu Alam Latihan Jasmani 9.00-9.30 pagi Ilmu Alam 9.45-10.30 pagi Latihan Congak 10.30-11.00

pagi Sumber: Report of the Vernacular Education Committee 1894, Kuala Lumpur, Printed at the Government Printing Office, 1895, hlm. 28.

Sebelum tahun 1896, matlamat kurikulum sekolah Melayu adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar Melayu yang hanya boleh membaca, menulis dan membuat kira-kira asas. Manakala darjah tertinggi bagi sekolah Melayu hanyalah darjah empat dan ada sesetengah tempat hanya setakat darjah tiga. Waktu pembelajaran juga terlalu singkat iaitu hanya dua jam setengah bagi darjah satu sehingga darjah tiga, manakala darjah empat selama empat jam. Penekanan diberi kepada mata pelajaran ejaan, menulis, mengarang, membaca dan ilmu hisab. Di samping itu, kanak-kanak juga diajar pendidikan jasmani, ilmu alam dan latihan congak. Bagi sekolah-sekolah perempuan

181 Mook Soon Sang, Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 1998, hlm. 7.

University

86

mata pelajaran tambahan yang diperkenalkan ialah mata pelajaran jahitan, anyaman dan masakan. 182

Pendidikan Inggeris

Selain sekolah perempuan Melayu terdapat juga pelajar perempuan Melayu yang mendapat pendidikan di sekolah perempuan Inggeris. Walau bagaimanapun, jumlah pelajar perempuan Melayu yang belajar di sekolah perempuan Inggeris adalah sangat sedikit berbanding dengan pelajar-pelajar bangsa lain.183 Secara umumnya, Sekolah Inggeris pada zaman penjajahan British boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu

Free School, Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant In Aid English School) dan

sekolah Inggeris persendirian yang diasaskan oleh orang perseorangan.184 Free School ialah sekolah Inggeris yang mendapat bantuan daripada kerajaan serta terletak di bawah naungannya sehinggalah kerajaan mengambil alih pentadbirannya.185

Sekolah ini dinamakan Free School kerana ia dibuka kepada semua kaum di Tanah Melayu.186 Murid-murid dikenakan yuran mengikut kemampuan keluarga masing-masing. Selain itu, Sekolah Inggeris separa Bantuan ataupun dikenali sebagai Sekolah Mubaligh (Mission School) kebanyakannya ditubuhkan dan dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Mubaligh Roman Katolik, Kumpulan Mubaligh

182 Walau bagaimanapun sekolah ini tidak dapat bertahan lama kerana kurang sambutan daripada orang Melayu. kemudiannya Mr.Wright’s telah mengambil anak-anak yatim untuk belajar di sekolah berkenaan. Lihat D.D. Chelliah, A History of The Education Policy on The Straits Settlements with Recommendation for a New System Based on Vernacular, 1800 to 1925, Singapura, G.H. Kit and Co. Ltd., 1960, hlm. 94-95.

183

Sehingga tahun 1929, pelajar perempuan Melayu yang bersekolah di Sekolah Perempuan Inggeris hanya 3.6 peratus sahaja iaitu hanya 155 orang daripada 4,279 orang pelajar. Lihat Supplement to the F.M.S. Government Gazette, 5, Disember 1930, hlm. Appendix. III.

184 Azlan Aminuddin, Sejarah Perkembangan Sekolah Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak 1907 – 1957, Latihan Ilmiah, Ijazah Sarjana Muda, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1985/86, hlm.1.

185 Abu Zahari Abu Bakar, Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1980, hlm. 30.

186

D.D. Chelliah, A History of The Education Policy of Straits Settlements with Recommendation for a New System Based on vernacular, Tesis Ph.D, University of London, 1940, hlm. 37 & 41.That the school may be open to reception of all children in this island. Its was Free only in the sense that no restriction of race, creed, or colour was placed on the admission of pupils to the school.

University

87

Methodist, Gereja Besar England (Church of England).187 Sekolah-sekolah Mubaligh ini terbuka kepada semua kanak-kanak tidak mengira bangsa atau agama. Tujuannya ialah menyediakan pendidikan umum serta membaiki akhlak berdasarkan ajaran Kristian.188

Sekolah Inggeris yang seterusnya ialah Sekolah Inggeris Persendirian yang kebanyakannya diasaskan hasil inisiatif beberapa orang individu tertentu dengan tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris kepada kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun, selama dua dekad kerajaan British berkuasa di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pendidikan Inggeris hanya dihadkan kepada anak-anak Raja-raja Melayu dan golongan bangsawan.189 Pada bulan Disember 1890, sebuah sekolah khas untuk anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu yang dikenali sebagai ‘Raja School’ telah ditubuhkan di Selangor.190

Kemudiannya sebuah lagi sekolah Inggeris iaitu Government Central School Taiping telah ditubuhkan khusus untuk anak-anak lelaki kerabat diraja dan golongan bangsawan.191

Kebanyakan anak-anak raja dan anak-anak pembesar Melayu pada peringkat awal bersekolah di sekolah berkenaan. Kenyataan rasmi yang pertama mengenai pendidikan Inggeris yang dikhaskan kepada golongan atasan Melayu di Perak, telah

187

Education Policy in Malaya dalam CO 717/53/14. Sekolah-sekolah Inggeris pada peringkat awalnya dimulakan oleh kerajaan kolonial British dan kumpulan-kumpulan tertentu. Antara kumpulan yang banyak mendirikan sekolah Inggeris pada ketika itu ialah Methodist Episcopal, Christian Brothers, Sister of the Holy Infant Jesus, Church of England, Plymouth Brethren dan Private Bishop Singapore. Kesemua sekolah ini ditubuhkan dengan mendapat kelulusan kerajaan British. Lihat juga Gwee Yee Hean, 150 Years of Education in Singapore, Singapore: TTC Publication, Training College, 1969, hlm. 16. Beliau menyatakan terdapat tiga Pertubuhan Kristian luar yang memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Mission di Tanah Melayu iaitu The London Missionary Society, The American Board of Commissioners of Foreign Mission dan The French Society of Foreign Missions.

188

Azlan Aminuddin, Sejarah Perkembangan Sekolah Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak 1907 – 1957, hlm. 2

189 Government Central School merupakan sekolah Inggeris yang termasyhur di Perak pada akhir abad ke-19 yang diasaskan pada tahun 1883 di Taiping. Ia kemudiannya dinamakan Sekolah King Edward VII, Taiping pada tahun 1901. Lihat Azlan Aminuddin, Sejarah Perkembangan Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah, Perak 1907-1957, hlm .4.

190 Raja School; atau Sekolah Raja telah dirasmikan pada bulan Disember, 1980 dan ditempatkan di sebuah rumah kepunyaan kerajaan Inggeris dan terletak berhampiran dengan Gombak Lane yang kini dikenali sebagai Jalan Raja. Dikatakan Jalan Raja ini adalah diambil sempena mengingati nama sekolah ini. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk J.M. Gullick, Kuala Lumpur 1880–1895, A City in the Making, Kuala Lumpur, Pelanduk Publications, 1988, hlm. 102.

191 Philip Loh Fook Seng, Seed of Separatism: Education Policy in Malaya, 1874 – 1940, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1965, hlm. 52.

University

88

dibuat dalam laporan Sir Hugh Low pada tahun 1878. Beliau menyatakan, This is a new

establishment instituted in the hope of inducing a desire for education amongst the children of the Rajas and others are Sayong.192 Menjelang tahun 1889, Residen Selangor, William Maxwell telah melantik Rev. Frank Haines sebagai pengajar kepada anak-anak golongan bangsawan di Selangor.193

Pada awal abad ke-19, sekolah Inggeris atau “Government English School” pada amnya berkembang mengikut garis panduan sekolah di England. Sekolah Inggeris ialah institusi pendidikan moden terawal yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu. Penang Free School adalah sekolah pertama yang dibuka oleh seorang paderi tentera iaitu Rev.R.S.Hutchings. Sekolah ini terbuka kepada semua kaum dan agama.194 Pada peringkat awal, urusan sekolah ini dikendalikan secara bersama oleh kerajaan Inggeris dan gereja di Pulau Pinang.195 Selepas penubuhan Penang Free School, terdapat beberapa buah lagi sekolah seumpama itu, satu di Melaka iaitu Malacca High School (1826) dan Victorian Institution di Kuala Lumpur (1894).196 Kemudiannya terdapat beberapa buah lagi sekolah Inggeris dibuka dan kebanyakannya diusahakan oleh persatuan pengembangan agama Kristian.

Pada tahun 1890, Rev. Fredecick Hames telah menubuhkan sekolah Inggeris di Jalan Melayu Kuala Lumpur, namun bilangan pelajarnya pada peringkat awal amatlah sedikit. Pada tahun 1892, bilangannya mula bertambah tetapi tidak melebihi 40 orang. Dari jumlah tersebut, 25 orang Cina, dua orang Melayu,(lelaki) dua orang Singh dan

192 Chai Hon Chan, Development of British Malaya 1896-1909, London: Oxford University Press, 1964, hlm. 229.

193 Tan Ding Eing, A Potrait Of Malaysia And Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1977, hlm. 200.

194 C.M.Turnbull, The Straits Settlements 1826 – 1867 Indian Presidency To Crown Colony, London: The Athlone Press, 1972, hlm. 223.

195

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd , 2001, hlm. 296 – 301.

196 Sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan hasil daripada kehendak orang ramai. Sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1893 bagi memperingati Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Lihat John Doraisamy, Victoria Institution: the first century 1893-1999, Kuala Lumpur: VI Centenary Celebration Committee, 1993, hlm. 1-3.

University

89

enam orang Eurasian.197 Sekolah ini adalah di bawah kelolaan G.W Hepponstall dan merupakan teras kepada sekolah menengah Victoria Kuala Lumpur. H.R.Cheeseman menegaskan bahawa perkembangan sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu selepas pertengahan abad ke-19 banyak bergantung pada usaha persatuan pengembang agama Kristian yang tidak mendapat halangan oleh kerajaan British.198 Pada akhir abad ke-19, kerajaan Inggeris mula membuat beberapa perubahan dalam bidang pendidikan dengan memperkenalkan sekolah-sekolah Inggeris bantuan kerajaan dan mengambil alih sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian.199

Tambahan pula, pada awal abad ke-20, sekolah-sekolah persendirian ini telah menghadapi masalah kewangan.200 Walau bagaimanapun tidak semua sekolah Inggeris persendirian diambil alih oleh kerajaan British. Sekolah-sekolah lain terus kekal sebagai sekolah separa bantuan kerajaan.201 Selain itu, pihak British juga merasakan peluang untuk belajar di sekolah Inggeris harus diberi kepada anak-anak raja dan pembesar negeri. Golongan ini perlu diberi pendidikan Inggeris bagi menyenangkan mereka berurusan dengan pentadbir British pada ketika itu. Peraturan ini juga dilihat selari dengan kenyataan yang dibuat oleh Frank Swettenham pada 5 Mei 1891 yang menyatakan;

Adalah satu yang berbahaya sekiranya memberi pendidikan Inggeris tanpa sebarang diskriminasi. Ia tidak seharusnya diberikan secara

197 Lihat H.R.Cheeseman, Education In Malaya 1900–1941, Malaysian In History, Vol. 22, 1979, hlm. 127.

198 Ibid.

199

Paul Chang Ming Phang, Perkembangan Pelajaran Dalam Masyarakat Berbilang Kaum: Kajian Kes Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, hlm. 1.

200 Sebelum tahun 1919, sekolah-sekolah bantuan kerajaan mendapat bantuan per kapita dan bebas daripada pengawasan kerajaan. Segala rekod kewangan akan diaudit oleh Jabatan pelajaran. Pihak kerajaan juga akan membayar separuh daripada kos perbelanjaan sekiranya ada pembinaan sekolah baru atau bangunan tambahan. Setelah ,menerima bantuan sekolah ini akan diletakkan di bawah pengawasan kerajaan. Sebelum 1918, bantuan juga diberikan berdasarkan kepada kelulusan seseorang murid. Kelulusan ini ditentukan melalui peperiksaan yang akan diadakan oleh Inspektor Sekolah-Sekolah pada akhir tahun. Contoh bantuan ialah $ 3.00 bagi setiap murid yang lulus dan $ 2.00 setahun bagi murid-murid yang hadir ke sekolah tidak kurang 200 hari dalam setahun. Untuk keterangan lebih lanjut sila lihat Ho seng Ong, Education for Unity in Malaya, Malayan Teacher’s Union, Pulau Pinang, 1952, hlm.70.

201 Paul Chang Ming Phang, Perkembangan Pelajaran Dalam Masyarakat Berbilang Kaum: Kajian Kes Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, hlm. 4.

University

90

meluas melainkan di sekolah-sekolah yang tertentu dan saya merasakan pendidikan ini tidak perlu untuk semua…202

Pada tahun 1880-an, hanya terdapat tiga buah sekolah Inggeris kerajaan di Perak dan Selangor sepanjang tahun 1883 hingga 1885.203 Manakala sekolah-sekolah Inggeris yang lain ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh telah mendapat sedikit bantuan daripada kerajaan British. Sekolah-sekolah Inggeris juga hanya ditubuhkan di bandar-bandar utama di NNMB. Keadaan ini menyebabkan peluang untuk mendapatkan pendidikan Inggeris hanya terbuka kepada anak-anak imigran Cina dan India di samping anak-anak raja dan bangsawan Melayu yang sememangnya tinggal di kawasan berkenaan. Kerajaan British juga merasakan pendidikan Inggeris tidak perlu diberikan secara terbuka kepada orang Melayu kerana tindakan ini tidak ekonomik dan membahayakan kedudukan British di Tanah Melayu.204

Sejajar dengan tertubuhnya sekolah-sekolah Inggeris ini, British juga berhasrat untuk mendirikan sekolah perempuan Inggeris. Sekolah perempuan Inggeris yang pertama dikesan adalah pada awal abad ke-19 di Pulau Pinang. Sekolah berkenaan ialah The Anglican Chaplain yang ditubuhkan pada tahun 1817. Sekolah ini ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian yang mendapat bantuan dan sokongan daripada Persatuan Kristian di England atau London Missionary Society.205 Sekolah ini merupakan sebahagian daripada Penang Free School yang diasaskan pada tahun sebelumnya. Tujuan asal penubuhan The Anglican Chaplain adalah untuk memberi pendidikan

202 Lihat kenyataan yang dibuat oleh Frank Swettenham dalam Rex Stevenson, Cultivators and Administrators: British Educational Policy Towards The Malays 1875 – 1906, London, University Press, 1975, hlm. 57. “Is a dangerous event that provide English education without any discrimination. It should not be given widespread except in certain schools and I feel this education should not be for all…”

203 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896 – 1909, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1964, hlm. 230.

204 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896 – 1909, hlm. 230.

205 R.J.H. Sidney, In British Malay Today, London: Hutchinson and Co, 1927, hlm. 25. Lihat Juga Makepeace, Walter, et.al, One Hundred Years of Singapore, London: J. Murry,1921, hlm. 448. In 1840, as a member of the London Missionary Society, he opened a day school for Malays in Kampung Glam, but have to give that up owing to this pupils.

University

91

kepada anak-anak perempuan golongan pegawai-pegawai kerajaan dan juga orang Eropah. 206

Selepas penubuhan The Anglican Chaplain, beberapa buah sekolah perempuan Inggeris lain mula di buka di NNS. Sekolah-sekolah yang muncul kemudiannya juga menggunakan pendekatan Free School iaitu terbuka kepada semua kaum dan agama. sekolah perempuan Inggeris kedua di Tanah Melayu iaitu Raffles Girls’ School dibuka pada 4th Mac 1844 dengan jumlah pelajar seramai 11 orang.207 Sekolah berkenaan juga diasaskan oleh London Missionary Society yang bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan penduduk di tanah jajahan British.208 Walau bagaimanapun, pada peringkat awal, pelajar-pelajar perempuan yang bersekolah di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak pentadbir British yang berkhidmat di Singapura. Selain itu, terdapat juga pelajar-pelajar dalam kalangan anak-anak perempuan penganut Protestant yang tidak berkemampuan.209

This school (Raffles Girls School), as already mentioned was opened in the institution building on the 4th March 1844, with eleven pupils, six of whom were boarder receiving food, clothing, and education free, and five day scholars.210

206 R.J.H. Sidney, In British Malay Today, hlm. 25.

207

Sekolah ini pada peringkat awal ditubuhkan oleh LMS (London Missionary Society) pada 1844, kemudiannya pada tahun 1903, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan British. Pengambilalihan ini adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh sekolah. Bermula tahun 1903 sekolah ini merupakan sekolah yang menawarkan pelajaran peringkat rendah dan menengah. “Combined Secondary and Primary School”. Lihat D.D. Chelliah, A History of The Education Policy of Straits Settlements with Recommendation for a New System Based on vernacular, Tesis Ph.D, University of London, 1940, hlm. 48.

208

Raffles Girls School with objective of sheltering the girls from many temptations to with they appeared to be exposed. Moral and religious education received preference over general education. Lihat Gwee Yee Hean, 150 Years of Education in Singapore, Singapore: TTC Publication Board, Training College, 1969, hlm. 22.

209 D.D. Chelliah, A History of The Education Policy of Straits Settlements with Recommendation for a New System Based on vernacular, hlm. 45. A Female school designed for education and religious training of the children of poor Protestant parents…

210

Makepeace, Walter, et.al, One Hundred Years of Singapore, hlm. 443.

University

92

Seterusnya pada tahun 1870, sekolah perempuan Inggeris mula ditubuhkan di Banda Hilir, Melaka. Sekolah berkenaan ialah Sekolah Convent Infant Jesus.211 Pada peringkat awal sukatan pelajaran yang digunakan adalah kemahiran membaca, menulis, mengira dan juga satu mata pelajaran wajib iaitu pembelajaran kitab Bible.212 Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini sering menghadapi masalah kewangan terutama bagi menampung perbelanjaan dan pembayaran gaji guru. Akibatnya pada tahun 1870 sekolah-sekolah perempuan ini terpaksa diambil alih oleh pihak kerajaan British.213

Di NNMB Sekolah Perempuan Inggeris pertama dibuka di Perak pada tahun 1895.214 Daripada lima buah sekolah Inggeris yang dibina di Taiping, satu daripadanya ialah sekolah perempuan Inggeris yang dikenali sebagai Sekolah Perempuan Inggeris Taiping (English Girls School Taiping).215 Jumlah pelajar berdaftar di sekolah berkenaan adalah seramai 21 orang dan jumlah kedatangan direkodkan amat baik. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan jumlah pelajar perempuan mengikut kaum di sekolah berkenaan.

The Taiping Girl’s School presented 21 pupils in standard I-IV and obtained 97 per cent of passed- on extremely good percentage. There is a marked improvement in the attendance, which a averaged daily 76 percent of the enrolment.216

Pada tahun 1898, terdapat dua buah Sekolah Perempuan Inggeris di Perak dan sebuah di Selangor. Walau bagaimanapun, tidak terdapat satu pun Sekolah Perempuan

211

Sekolah Convent Infant Jesus yang terletak di Banda Hilir Melaka ialah sekolah perempuan Inggeris tertua di Melaka. Bangunan sekolah ini dibahagi dua iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah dan dibina berhampiran dengan gereja. Lihat Mohd Bakri Jaffar & Azmy Morsidi, 25000 km Menjelajah Warisan Kita, Untuk Mu Malaysia-Sempena 50 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Penerbit Perpustakaan Negara Malaysia, 2007, hlm. 195.

212 D.D. Chelliah, A History of The Education Policy of Straits Settlements with Recommendation for a New System Based on vernacular, Tesis Ph.D, University of London, 1940, hlm. 43. At a general meeting of the subscribers held on the 11th May, 1838, it was resolved that the Bible be used as a class book…

213 D.D.Chelliah, A Short History of the Education Policy of the Straits Settlements 1800-1925, with recommendation for a new system based on the vernacular, hlm. 38-46.

214 Lihat Annual Report on Education for the year 1895, hlm. 383 dalam Perak Government Gazette 5th June 1896 dalam CO 467/7.

215 Chai Hon Chan, Development of British Malaya 1896-1909, hlm. 234.

216 Annual Report on Education for the year 1895, hlm. 383.

University

93

Inggeris didirikan di Negeri Sembilan dan Pahang.217 Seterusnya pada tahun 1899, tiga orang rahib wanita telah dihantar oleh Gereja Convent Pulau Pinang ke Taiping bagi membuka sekolah Inggeris untuk murid-murid perempuan. Pada awal pembukaannya jumlah pelajar perempuan yang berdaftar adalah seramai 60 orang dan kemudiannya semakin meningkat dan telah menyebabkan pihak pentadbiran mencari tapak baharu untuk membuka sekolah baharu. Walau bagaimanapun, sekolah ini hanya siap dibina pada tahun 1900 dan dibuka untuk pembelajaran pada tahun yang sama.218

Pada tahun 1896, Sekolah Perempuan Methodist (Methodist’s Girls School) telah dibuka di Jalan Chamberlian, Ipoh, Perak dan merupakan Sekolah Perempuan Inggeris tertua di Ipoh dan yang kedua di negeri Perak. Sekolah ini pada asalnya bermula sebagai kelas tambahan untuk murid perempuan di sekolah lelaki Rev. Horly Anglo Chinese School Ipoh. Oleh sebab kesukaran untuk mendapatkan bangunan, Rev. Horley telah membenarkan murid perempuan menumpang sementara di bangunan Sekolah Anglo Chinese School. Setelah melihat sambutan yang menggalakkan terutamanya dari segi pertambahan murid maka baharulah pihak missionary memikirkan untuk membina sebuah sekolah yang berasingan. Walau bagaimanapun hanya pada tahun 1927, baharulah bangunan Sekolah Methodist ditubuhkan dan mereka mula berpindah ke sekolah baharu.219

217 Report on Education in the Federated Malay States for the year 1898, hlm.7 dalam Supplements to the “ Perak Government Gazette, 1st September 1899 dalam CO 467/10.

218 Mohd Bakri Jaffar & Azmy Morsidi, 25000 km Menjelajah Warisan Kita, Untuk Mu Malaysia-Sempena 50 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Penerbit Perpustakaan Negara Malaysia, 2007, hlm.284.

219 Mohd Bakri Jaffar & Azmy Morsidi, 25000 km Menjelajah Warisan Kita, Untuk Mu Malaysia-Sempena 50 Tahun Merdeka, hlm.294.

University

94 Jadual 2.4: Sekolah-Sekolah Perempuan Inggeris Di Perak

Tahun Nama Sekolah Daerah 1895 Sekolah Perempuan Inggeris

Taiping

Taiping 1896 Sekolah Perempuan Methodist Ipoh 1907 Sekolah Convent Ipoh

Sumber: Annual Report on Education for the year 1895 dalam Perak Government

Gazette 5th June 1896 dalam CO 467/7. Lihat juga Perak Government Gazette 7th Feb 1907 dalam CO 467/19.

Manakala sekolah Inggeris pertama yang didirikan di Selangor untuk kanak-kanak perempuan ialah Sekolah Perempuan Inggeris Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 3 Ogos 1896 dengan jumlah pelajar berdaftar seramai 32 orang.220 Selain itu, terdapat juga sekolah Inggeris yang didirikan khas bagi peringkat rendah dan menengah bagi kanak-kanak perempuan di Kuala Lumpur ialah Sekolah Inggeris Bukit Bintang pada tahun 1893, Sekolah Perempuan Methodist pada tahun 1896, Sekolah Convent Bukit Nanas pada tahun 1899,221 St. Mary’s Girls School pada tahun 1912 dan Sekolah rendah dan menengah Inggeris Pudu pada tahun 1914.222 Kesemua sekolah perempuan Inggeris pada peringkat awal tertumpu di Kuala Lumpur.

An English Girl’s School was opened during the year at Kuala Lumpur under the charge of a certificated teacher, and there were 32 name enrolled on the register. The school supplies a long-left want and appears to be much appreciated.223

220 Annual Report by the British Resident of Selangor for the year 1896, hlm. 2 dalam Annual Report