• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peperiksaan Tertinggi Sekolah Vernakular Melayu 1899 Mata Pelajaran Spesifikasi Peperiksaan

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN WANITA MELAYU

Jadual 3.13: Peperiksaan Tertinggi Sekolah Vernakular Melayu 1899 Mata Pelajaran Spesifikasi Peperiksaan

Membaca Bacaan huruf-huruf rumi dan jawi (peringkat tertinggi sekolah Melayu) Penulisan Menulis rencana daripada petikan yang

disediakan dalam tulisan rumi.

Ilmu Hisab Pengiraan wang, berat dan ukur mengukur

Karangan Menghasilkan karangan dalam tulisan rumi dan Arab

Ilmu Alam Melibatkan pengetahuan geografi dunia dan Asia Tenggara berasaskan Tanah Melayu

Kerja Tangan (Amali) Penilaian terhadap kerja tangan yang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan.

Bagi pelajar perempuan (jahitan, membuat tikar dan bakul)

Sumber: Rex Stevenson, Cultivators And Administrators British Education Policy

Towards the Malays 1875-1906, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, hlm.

Jadual 3.13 menunjukkan mata pelajaran yang dinilai dalam peperiksaan di sekolah-sekolah Melayu khususnya pada tahun 1899. Bagi Sekolah Perempuan Melayu, terdapat mata pelajaran tambahan iaitu kerja tangan amali bagi jahitan dan anyaman. Kemudiannya pada tahun 1916, mata pelajaran di Sekolah Melayu (termasuk Sekolah Perempuan) mula diubahsuai hasil daripada cadangan yang dikemukan oleh R.O. Winstedt162 Cadangan ini dikemukakan setelah beliau kembali dari lawatan ke Jawa dan

161

Federated Malay States, Report on Education, 1900, hlm.2 dalam Supplements to the “Selangor Government Gazette”, 28 June 1901 dalam CO 469/11.

162

Nama sebenar beliau ialah Richard Olaf Winstedt. Beliau dilahirkan pada tahun 1878 dan mendapat pendidikan di Magdalen College dan juga di New College, Oxford. Merupakan antara pegawai British yang dianggap sangat berpengaruh dalam perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. kerana telah memegang beberapa jawatan penting semasa bertugas di Tanah Melayu antaranya sebagai Pegawai

University

156

Filipina. Beliau telah mengemukakan satu laporan kepada Majlis Undangan NNS pada tahun 1917 yang bertajuk Report by Mr. R.O. Winstedt on Vernacular and Industrial

Education in Jawa and the Philippine Island.163 Kurikulum yang dicadangkan oleh Winstedt adalah bertujuan untuk mengubah dan memperbaiki kurikulum sedia ada agar lebih memberi manfaat dan memberi pengetahuan baharu kepada pelajar-pelajar.164

Terdapat beberapa penambahan terhadap kurikulum sekolah perempuan meliputi pengetahuan asas berkaitan dengan sains rumah tangga (Domestic Science). Kurikulum ini direka agar kanak-kanak perempuan Melayu dapat mempelbagaikan kemahiran memasak, menjahit, menenun dan berkebun terutama bagi pelajar perempuan daripada umur lima tahun sehingga 14 tahun. 165

In these school also it is the aim to provide a sound primary education for girls from the age of five years to 14 years. Special attention is to be paid to Needlework, Cookery, Domestic Economy, Handwork and Art. Education is to be free, and every encouragement is to be given to girls to attend school.166

Bagi kerajaan British, mata pelajaran berkenaan adalah amat penting sebagai persediaan untuk menjadi isteri dan menguruskan rumah tangga. Miss McIver iaitu

Lady Supervisor Malay Girls School yang pertama menegaskan bahawa pendidikan

kepada kanak-kanak perempuan Melayu harus dipertingkatkan bagi melahirkan

Daerah, (District Officer, 1913), Timbalan Pengarah Pelajaran (Assistant Director of Education, 1916-1923) dan jawatan terakhirnya ialah Pengarah Pelajaran Bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Director Of Education S.S And F.M.S) pada tahun 1924. Lihat Mohd Zamberi Abdul Malek, Sir Richard Olaf Winstedt, Orentalis atau Sarjana, Perak: penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2014, hlm. xi-xvi.

163

Report by Mr. R.O. Winstedt on Vernacular and Industrial Education in Jawa and the Philippine Island, 13.12.1916. dalam SEL:SEC, 6027/1916, R.G’s No. 4497/1916, Laporan Winstedt ini mengandungi 27 halaman yang menceritakan mengenai bentuk dan cabang-cabang pelajaran di negeri-negeri yang dilawatinya. Beliau turut mengemukakan cadangan-cadangan terhadap pelajaran Melayu. Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah meliputi bidang pelajaran, sekolah pertanian dan pertukangan, pentadbiran dan pemusatan maktab-maktab perguruan. Lihat juga Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British (Dengan rujukan khas kepada Sultan Idris Training College), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 68-77.

164 Tay Gaik Yong, British Economic Policy Towards The Malay in the Federated Malay States 1921-1934, Tesis Master, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1969, hlm. 49.

165

J.M.Gullick, A History of Selangor (1766-1939), MBRAS Monograph, No.28, 1988, hlm. 192.

166

Education Policy in Malaya 1949 dalam CO 717/162/6, Fail. No.52746, Federation of Malaya: Singapore.

University

157

pelajar yang mahir dalam pengurusan rumah tangga (home life).167 Oleh itu, mata pelajaran anyaman dan jahitan mula diperbaiki dan dipelbagaikan mengikut budaya dan tradisi masyarakat Melayu.168 Sehubungan dengan itu juga, jawatan Guru Pelawat Anyaman atau Bakul Instructor telah diwujudkan bertujuan untuk menyelia pelaksanaan aktiviti anyaman di Sekolah-sekolah Perempuan.169

Apa yang jelas ialah matlamat sebenar kurikulum bagi pendidikan wanita Melayu ialah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan asas menguruskan rumah tangga. Seseorang pelajar perempuan yang berada di kelas tertinggi sekolah Melayu seharusnya berkebolehan untuk menjahit sendiri baju yang dipakainya. Matlamat ini dinyatakan dengan jelas dalam laporan Lady Supervisor

Malay Girls’ School pada tahun 1921, menyatakan bahawa; Every girl in the two higher standards made at least one garment for her own use.170 Daripada laporan berkenaan, jelas menunjukkan bahawa objektif pendidikan wanita Melayu adalah terlalu rendah dan sekiranya pelajar perempuan tidak ke Sekolah Vernakular Melayu mereka juga mampu menjahit pakaian sendiri dengan hanya belajar menjahit di rumah.

Selain kurikulum Sekolah Perempuan Melayu dan Sekolah Perempuan Inggeris, penelitian terhadap pembangunan kurikulum Institut Latihan Perguruan juga penting dalam pembangunan pendidikan wanita. Pada tahun 1920-an dan 30-an, kesedaran orang Melayu tentang kepentingan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak

167

Training Centre For Malay Women Teachers, 1933 (Fail.No.13167) dalam CO 273/593/3 Memorandum Female Education (Malay), Miss McIver dalam satu majlis persaraannya menyatakan; “The Girls’ School should begin serious work in those subjects suitable and necessary for Malay girl’s home life and leisure time.”

168 Pelajaran anyaman yang sering diajarkan di sekolah Melayu bagi membolehkan para pelajar membuat daripada dan raga yang tertutup daripada rotan atau buluh. Pada tahun 1928, di kebanyakan sekolah di Tanah Melayu, aktiviti anyaman tidak lagi diajarkan kerana kekurangan rotan dan alat perkakasan yang lain. Pelajaran anyaman ini kemudiannya digantikan dengan aktiviti pertukangan iaitu menghasilkan kerusi, penyapu, bidai dan juga bubu yang diperbuat daripada buluh. Sumber : buku Catatan Harian Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah. Dipetik daripada Sharipah bt Shaari, Sejarah Kuala Kedah, 1900 – 1960-an, Tesis B.A, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 153.

169 Norazit Selat, Pahang dahulu dan sekarang, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1996, hlm. 113.

170 Federated Malay Annual Report on Education for the Year 1921, hlm. 4 dalam Supplements to the F.M.S. Government Gazette, 25 August 1922.

University

158

perempuan telah meningkat. Peningkatan ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan jumlah Sekolah Perempuan Melayu terutamanya di Tanah Melayu. Lantaran itu, keperluan kepada bekalan guru terlatih bagi memenuhi keperluan pertambahan sekolah perempuan telah menyebabkan wujudnya keperluan untuk melatih guru-guru perempuan Melayu.

Pusat latihan guru berpusat (Normal Classes) yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1926 atas usaha Penyelia Sekolah Perempuan Melayu iaitu Miss Purdom. Sehingga tahun 1934, tidak ada usaha dan cadangan daripada pihak kerajaan British untuk mewujudkan pusat latihan khusus untuk melatih guru-guru perempuan Melayu. Kebanyakan mereka dilatih oleh guru-guru senior dan sesetengahnya mengikuti kelas normal untuk mendapat latihan perguruan. Kewujudan pusat latihan guru yang ditubuhkan oleh Penyelia Sekolah Perempuan Melayu adalah atas usaha dan kesedarannya untuk mengatasi masalah kekurangan guru terlatih di sekolah-sekolah perempuan. Pada peringkat awal kurikulum pusat latihan ini adalah selari dengan kurikulum sekolah perempuan Melayu.

Pada tahun 1935, barulah Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPMM) ditubuhkan oleh kerajaan British.171 Mereka yang ingin memasuki pusat latihan perguruan ini diwajibkan mengambil peperiksaan khusus bagi memastikan hanya pelajar yang layak sahaja yang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di MPMM. 172

As in previous years pupil-teacher received instruction in preparation for the training college entrance examination in special pupil teachers class where these could be arranged, but the majority had to depend on

171

Annual Report For The Education Department For The Year 1935, hlm. 11 dalam CO 717/119/1.

172 Hasnah Binti Hussin, Peranan Guru-Guru Melayu Dalam Memajukan Masyarakat Melayu 1900-1941, Tesis M.A, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 29.

University

159

instruction from trained teacher employed in the school in which they were teaching.173

Pada peringkat awal penubuhan, jumlah penuntut maktab ini hanyalah 24 orang sahaja yang terdiri daripada pelajar perempuan dari NNMB, NNS dan NNMTB. Perbelanjaan Maktab ini sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan NNS. Dari segi jadual waktu, masa bermulanya sesi pembelajaran adalah pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang.174 Walau bagaimanapun, pelajar perlu mempersiapkan diri seawal pukul 6.15 pagi dan menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan secara bergilir-gilir. Pada sebelah petang iaitu dari pukul 5.00 sehingga pukul 6.00, pelajar diwajibkan terlibat dengan kegiatan sukan dan kokurikulum.175 Kebiasaannya mereka melakukan latihan sukan dan permainan seperti permainan badminton, bola jaring dan juga rounder. Jadual pembelajaran juga adalah ketat dan mereka akan sentiasa dikawal oleh pihak pengurusan maktab.

173

Annual Report For The Education Department For The Year 1935, hlm. 11.

174 M. Lomas, The Malay Women’s Training College, Malacca, Kuala Lumpur: Government Press, 1948, hlm. 124.

175 Ibid.

University

160 Jadual 3.14: Jadual Waktu Penuntut Seharian Di Maktab Perguruan Perempuan

Melayu Melaka (MPMM)

Waktu Kegiatan

6.15 a.m Bangun, mandi, berkemas dan sembahyang

7.00 a.m Menjalankan tugas: 16 orang membasuh, 10 orang menyediakan makanan, sebahagian menyapu dan membersihkan bilik rehat dan selebihnya mencuci bilik mandi dan menyapu sekeliling bangunan. Tugas ini bertukar setiap bulan.

8.15 a.m Bersarapan

9.00 a.m Pergi kuliah. Rehat 15 minit dan disambung hingga 1.00 tengah hari

1.00 t/ hari Makan tengah hari

2 – 3 p.m Waktu seterika/ menjahit/ kerja tangan dan lain-lain 3.30 a.m Bertukar pakaian sukan

3.45 a.m Waktu minum tea

4 – 5 p.m Masa persediaan pelajaran

5 – 6 p.m Bersukan, badminton/ bola jaring/ rounder’s 7.15 p.m Makan malam

9.00 p.m Masa tidur

Sumber: M. Lomas, The Malay Women’s Training College, Malacca, Kuala Lumpur: Government Press, 1948, hlm.124.

Menurut Fatimah Haji Musip, pada hari Jumaat pelajar-pelajar akan mengikuti pelajaran agama Islam seperti belajar membaca al-Quran dan pelajaran-pelajaran asas agama Islam bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1 tengah hari. Selepas makan tengah hari mereka mengulang kaji pelajaran sehingga pukul 5.00 petang. Pada pukul 5.00 sehingga 6.00 petang mereka akan mengikuti kegiatan sukan sebagai mana yang telah ditetapkan oleh tenaga pengajar Maktab 176

176 Fatimah Haji Musip, Kenangan Manis: Di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938, Pendidikan Guru Sempena Perayaan Jubli Intan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982, hlm. 29.

University

161 Jadual 3.15: Kegiatan Penuntut MPMM Pada Hari Jumaat

Waktu Kegiatan

8.00 a.m – 1.00 p.m Tengah hari

Pengajaran Agama Islam 4.00 – 5.00 p.m Mengulang kaji Pelajaran 5.00 – 6.00 p.m Kegiatan Sukan

Sumber: Fatimah Haji Musip, Kenangan Manis: Di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938, Pendidikan Guru Sempena Perayaan Jubli Intan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982.

Tujuan penubuhan MPMM adalah untuk melatih guru-guru wanita Melayu khususnya bagi sekolah rendah perempuan aliran Melayu. Maka, kurikulum MPMM lebih cenderung kepada mata pelajaran seperti Sains Rumahtangga, Ilmu Kira-Kira, membaca dan menulis rumi. Pelatih mempelajari keseluruhan sukatan pelajaran untuk sekolah perempuan dari darjah satu hingga darjah lima. Mata pelajaran yang diajar di MPMM ialah ilmu kira-kira, bacaan, tulisan jawi, rumi, karangan, sejarah, ilmu kesihatan, prinsip mengajar, agama, nyanyian, senaman, permainan, lukisan, jahitan, pekerjaan tangan, masakan, menjahit, kebersihan dan pendidikan penjagaan anak.177

Seseorang pelajar yang diterima masuk perlu mengikuti kursus perguruan di MPMM selama dua tahun. Boleh dikatakan sepanjang dua tahun berada di maktab, mereka hanya mengulangi semula sukatan pelajaran Sekolah Perempuan Melayu dari darjah satu sehingga darjah lima. Setelah menamatkan pengajian selama dua tahun, pelajar-pelajar seharusnya boleh menguasai kemahiran membuat renda (ala model ‘Torchon’, ‘Cluny’, dan ‘Buchinghamshire point’), anyaman mengkuang dan bertenun. Selain itu, pelatih-pelatih juga dibawa ke klinik-klinik yang berhampiran untuk mempelajari cara-cara penjagaan bayi.178 Menurut Fatimah Haji Musip, perkara-perkara jahit-menjahit, memasak, menggosok baju dan pekerjaan tangan semuanya diambil kira

177

Aida binti Yusop, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1935-1993, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1992/93, hlm. 28.

178 M. Lomas, The Malay Women’s Training College, Malacca, Kuala Lumpur: Government Press, , 1948, hlm. 126.

University

162

markahnya untuk melayakkan seseorang penuntut mengambil peperiksaan seterusnya. Malahan katanya, cara menggunakan seterika arang untuk menggosok baju juga diambil markah.179

Pada tahun 1937, tempat praktikal bagi bakal guru-guru perempuan Melayu ialah di Sekolah Perempuan Melayu Ujong Pasir, Melaka. Pelajar-pelajar akan membuat latihan mengajar di bawah seliaan dan pemerhatian penyelia masing-masing. Pada ketika itu, Sekolah Perempuan Melayu Ujung Pasir mempunyai 36 orang pelajar perempuan Melayu dari darjah satu sehingga darjah empat.180 Perbelanjaan pelajar di maktab ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan NNMB. Oleh itu, penuntut-penuntut maktab tidak dikenakan sebarang bayaran. Penuntut-penuntut-penuntut juga disediakan semua kemudahan untuk belajar seperti tambang pergi balik ke maktab, buku, penginapan, makan dan juga alat bantu mengajar. Selain itu, mereka juga diberikan bantuan sebanyak $3.00 sebulan sebagai duit poket.181

Jadual 3.16: Perbelanjaan Bagi Setiap Pelajar Dari Tahun 1938 sehingga 1942