• Tidak ada hasil yang ditemukan

Statistik Sekolah, Pelajar dan Kedatangan Pelajar Perempuan Melayu 1921

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN WANITA MELAYU

Jadual 3.6: Statistik Sekolah, Pelajar dan Kedatangan Pelajar Perempuan Melayu 1921

dan 1922 di NNMB

Negeri/Tahun Sekolah Perempuan

Jumlah pelajar Kedatangan

1921 1922 1921 1922 1921 1922 Perak 43 44 1,526 1,735 82 90 Selangor 7 8 242 317 87 90 N. Sembilan 4 4 110 131 74 82 Pahang 2 2 33 47 86 85

Sumber: Diubahsuai daripada Annual Report Education in the Federated Malay States for the year 1922, hlm. 28, Appendix XIII dalam Supplements to the “F.M.S

Government Gazette” 13 July 1922 dalam CO 576/25.

Peningkatan ini sebenarnya disedari oleh kerajaan British di NNMB. Dalam

Perak Administration Report 1923, Inspector of School Perak melaporkan bahawa

sekolah-sekolah Melayu sama ada lelaki dan perempuan mendapat sambutan yang menggalakkan dan jumlah pelajar bagi kedua-dua jenis sekolah juga menunjukkan peningkatan.40 Walaupun menyedari wujudnya keperluan untuk menambah bilangan sekolah perempuan Melayu, namun kerajaan British masih mengambil sikap acuh tak acuh terhadap pembinaan sekolah-sekolah perempuan Melayu. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu sendiri telah mengambil inisiatif dengan menyediakan tanah dan membina sendiri bangunan sekolah.41 Situasi yang sama juga dilaporkan dalam Laporan Pendidikan bagi Negeri Perak pada tahun 1925, di mana jumlah sekolah

Girls School is slow. Change in local religious feeling, the growth of town with crowded traffic, the personality of a teacher, all these may mar a school.

40

Perak Administration Report for the year 1923, hlm. 9 dalam Federated Malay States Annual Report for 1923, dalam CO 576/26.

41

Perak Administration Report for the year 1923, by Lieut-Col. C.W.C Parr (British Resident Perak) menyatakan, The progress made during the year was satisfactory and the enrolment in both boys and girls school. The demand for vernacular schools was noticeable and in several cases the kampung people either gave building free of rent or put up temporary building themselves.

University

116

perempuan yang didirikan di negeri Perak gagal menampung jumlah pelajar perempuan Melayu yang semakin meningkat.

Perak:- (Girls School) The work was satisfactory throughout with good attendance. Three new school were opened for girls but this addition failed to accommodate all and the overflow though in boys school was considerable.42

Jelas, kerajaan British sebenarnya menyedari wujud permintaan yang tinggi dalam kalangan orang Melayu untuk memberikan pendidikan anak-anak perempuan, namun tiada usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh kerajaan British untuk menyediakan sekolah berkenaan. Dalam laporan berkenaan juga, Inspector of School

Perak menyatakan bahawa daripada 10 buah sekolah Melayu yang dibina pada tahun

1923, tiada satu pun dibina oleh pihak kerajaan British.43

Thought no school were built by the Public Works Department, it was found possible to open ten new schools, either by the help of the kampung people or by means of a small vote which was provided for building temporary school buildings.44

Kerajaan British juga menyedari bahawa peruntukan untuk membina sekolah-sekolah perempuan Melayu adalah tidak terlalu besar kerana kebanyakan bahan yang digunakan adalah bahan-bahan tempatan dan bentuk sekolah perempuan Melayu juga adalah “simple”. Walau bagaimanapun, kerajaan British dengan sengaja tidak menyediakan peruntukan berkenaan dan membiarkan sekolah-sekolah perempuan dibina sendiri oleh ketua kampung atau penghulu dengan bantuan orang kampung.45 Masalah

42 Annual Report on Education in Federated Malay States for the year 1925 dalam Federated Malay States Annual Report for 1925, hlm. 15 dalam CO 576/30.

43 Annual Report on Education in the Federated Malay States for the year 1923 dalam Supplement to the “F.M.S Government Gazette” 25 July, 1924, hlm. 10 dalam CO 576/26. Daripada 10 buah sekolah berkenaan 4 buah adalah Sekolah Perempuan Melayu. Seven new boys school were opened, namely at Port Weld, Jawang, Bukit Chandan, Balun Bidai, Bagan Pasir, Budiman and Kenayat. New girls schools were opened at Kuala Kangsar, Bukit Chandan dan Sayong.

44 Perak Administration Report for the year 1923 dalam Federated Malay States Annual Report for 1923, hlm. 9 dalam CO 576/26

45

Kerajaan British sebenarnya tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menubuhkan sekolah perempuan Melayu kerana kebanyakan sekolah dibina oleh orang Melayu sendiri dan sekolah berkenaan hanyalah pada peringkat rendah sahaja. Pendidikan percuma yang diberikan juga hanyalah

University

117

kekurangan dan kedaifan sekolah perempuan telah menyukarkan pelajar-pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan. Masalah ini juga telah menyebabkan sekolah-sekolah perempuan Melayu menjadi sesak dan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan terpaksa bersesak-sesak-sesak di dalam satu kelas untuk mendapatkan pendidikan.

The end of the year found many Malay school overcrowded. The Malay Girls’ School at Kampung Baharu, Kuala Lumpur, is found to be too small to accommodate the 150 girls at present in the school. The demand for education for girls has increased considerably.46

Pada tahun 1927, dilaporkan jumlah pelajar perempuan yang belajar di sekolah lelaki di NNMB adalah seramai 1,911 orang atau 54.72 peratus berbanding 3,492 orang atau 45.28 peratus yang belajar di sekolah perempuan Melayu.47 Manakala dalam laporan pada tahun 1929, Chief Secretary to Government Federated Malay States (C.W.H Cochrance), menyatakan bahawa ibu bapa Melayu telah mulai sedar tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak perempuan dan mereka mula menghantar anak-anak perempuan mereka ke sekolah. Menurut beliau juga, peningkatan ini adalah disebabkan pembaharuan kaedah mengajar yang telah dibuat oleh Lady Supervisor

Malay Girls School.48

Malay Parents continue to display a most satisfactory eagerness for the education on their girls, a chance due largely to improved practical methods of teaching introduced by the Lady Supervisor of Malay Girls’ School.49

pada peringkat rendah sahaja. Oleh sebab itu, kerajaan British tidak banyak berusaha untuk menyediakan pelajar perempuan ke sekolah Inggeris atau institusi pendidikan yang lebih tinggi. Lihat Rex Stevenson, Cultivators And Administrators, British Education Policy Toward the Malays 1875-1906, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1975, hlm. 26.

46

Selangor Administration Report for the Year 1927, Kuala Lumpur: Printed at the Federated Malay States Government Printing Office, 1928, hlm. 14 dalam CO 439/4.

47 Lihat Annual Report on Education in the Federated Malay States for the year 1927 dalam Supplements to the “F.M.S Government Gazette”, 22 June, 1928, hlm. 14 dalam CO 574/50.

48 Report on the Chief Secretary (C.W.H Cochrance) to Government Federated Malay States for the year 1929 dalam Annual Report on the Federated Malay States for the year 1929, hlm. 5 dalam CO 576/39.

49

Ibid.

University

118

Walau bagaimanapun, kenyataan Chief Secretary adalah kurang tepat kerana peningkatan jumlah sekolah perempuan dan jumlah pelajar perempuan Melayu terutamanya pada tahun 1920-an adalah hasil daripada kesedaran orang Melayu sendiri. Sepanjang tahun 1920 sehingga 1930, jumlah Sekolah Perempuan Melayu di NNMB telah bertambah sebanyak 38 buah berbanding hanya sembilan buah pada tahun 1911 sehingga 1919. Perkembangan kesedaran dalam kalangan orang Melayu ini disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual Melayu sama ada yang berpendidikan Melayu, Inggeris dan juga Timur Tengah. Golongan yang berpendidikan Melayu dan Inggeris biasanya menjadi pegawai-pegawai British seperti Pegawai Daerah, guru, kerani pejabat kerajaan, penghulu dan sesetengahnya terlibat dalam bidang persuratkhabaran. Manakala golongan yang berpendidikan Timur Tengah atau dikenali sebagai Kaum Muda terlibat dalam bidang perguruan, persuratkhabaran, perniagaan dan sebagainya.

Golongan ini telah memainkan peranan untuk menyedarkan orang Melayu mengenai kepentingan memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan. Golongan yang paling aktif memperjuangkan hak-hak wanita dalam pendidikan terutamanya pada tahun 1920-an ialah golongan berpendidikan Timur Tengah. Golongan ini menerima idea reformis Islam dari Timur Tengah. Mereka yang aktif menyeru perubahan dan pembaharuan ialah Syeikh Mohd. Tahir b Jalaluddin Al-Azahari,50 Sayid Syeikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd. Taha51 dan Syeikh

50

Sheikh Mohd. Tahir bin Jalaluddin Al-Azhari dilahirkan dekat Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada tahun 1869. Beliau merupakan pengarang pertama majalah Al-Iman yang paling intelektual dan kesarjanannya. Beliau pernah tinggal di Mekah selama 12 tahun dan belajar ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Kaherah pada tahun 1893. Selama 4 tahun di Kaherah, beliau didedahkan dengan pengaruh-pengaruh ajaran pembaharuan Islam di Mesir yang diketuai oleh Sheikh Mohd. Abduh dan pengikutnya Mohd. Rashid Rihda.

51

Haji Abas bin Mohd Taha, pengarang ketiga majalah Al-Iman berasal dari Singapura (1885). Pada zaman mudanya, beliau belajar di Mekah sebelum kembali ke Singapura (1905). Pengalaman kerja sebagai guru agama, penerbit (1906) dan pengarang Al-Iman (1908).

University

119

Mohd. Salim Al-Kalali.52 Golongan ini telah menggunakan akhbar dan majalah seperti

Al-Ikhwan (1926-1931) dan Saudara (1928-1934), untuk menyeru dan menyedarkan

orang Melayu tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak perempuan.53 Peranan dan komitmen golongan cendekiawan Melayu dan golongan agama dibincangkan secara terperinci dalam bab empat.

Jadual 3.7: Perkembangan Sekolah Perempuan Melayu Di NNMB Dari Tahun

1931 – 1938 Tahun/ Negeri 1931 1932 1933 1934 1935 1936 1937 1938 Perak 62 64 61 62 62 62 62 59 Selangor 10 10 7 7 7 7 7 7 N. Sembilan 8 8 8 8 8 6 6 6 Pahang 5 5 5 5 5 5 6 6 Jumlah 85 87 81 82 82 80 81 78

Sumber: Annual Report on Education Department for the year 1936, Appendix XV, (Table of Malay School & Pupils), hlm.88 dalam CO 576/43, Perak Administration

Report for the year 1932, hlm.23 dalam Annual Report of the Social and Economic

Progress of the Federated Malay States for the year 1932 dalam CO 576/46, Selangor

Administration Report for the year 1932, hlm.36-37 dalam Annual Report of the Social

and Economic Progress of the Federated Malay States for the year 1932 dalam CO 576/46, Negeri Sembilan Administration Report for the year 1932, hlm.18 dalam Annual Report of the Social and Economic Progress of the Federated Malay States for the year 1932 dalam CO 576/46, Pahang Administration Report for the year 1932, hlm.30 dalam Annual Report of the Social and Economic Progress of the Federated Malay States for the year 1932 dalam CO 576/46, Federated Malay States, Annual Report on Education Department for the year 1935, (Vol. II), Appendix XV, (Table of Malay School & Pupils), hlm.106 dalam CO 576/53, Federated Malay States, Annual Report on Education Department for the year 1936, (Vol. II), Appendix XV, (Table of Malay School & Pupils), hlm.104 dalam CO 576/56. Annual Report of the Social and Economic Progress of the Perak for the year 1937, hlm.51dalam Annual Report of the Social and Economic Progress of the people of Federated Malay States for the year 1937 dalam CO 576/59, Annual Report of the Social and Economic Progress of the Selangor

52

Syeikh Mohd. Salim Al-Kalali, seorang saudagar Aceh keturunan Hadhrani, pengarah Al-Iman. Seorang saudagar Melayu-Arab yang mempunyai kepentingan perdagangan luas di seluruh kepulauan Melayu dan negara Arab. Hubungannya serta sumbangannya kepada Al-Iman bukan sahaja dari segi keserjanaan dan penulisan tetapi dari segi sokongan kewangan untuk memperjuangkan masyarakat Melayu Islam melalui pembaharuan agama.

53 Hamedi Mohd Adnan, Penerbitan Majalah Di Malaysia, Isu-Isu Dan Cabaran, Shah Alam: Penerbit Karisma Publication Sdn. Bhd, 2002, hlm. 3.

University

120

for the year 1937, hlm.82 dalam Annual Report of the Social and Economic Progress of the people of Federated Malay States for the year 1937 dalam CO 576/59, Annual Report of the Social and Economic Progress of the Negeri Sembilan for the year 1937, hlm.33 dalam Annual Report of the Social and Economic Progress of the people of Federated Malay States for the year 1937 dalam CO 576/59, Annual Report of the Social and Economic Progress of the Pahang for the year 1937, hlm.49 dalam Annual Report of the Social and Economic Progress of the people of Federated Malay States for the year 1937 dalam CO 576/59, Annual Report on Education in the Straits Settlements and the Federated Malay States for the year 1938, Appendix XV, hlm.204 dalam CO 576/63.

Berdasarkan jadual 3.7, perkembangan Sekolah Perempuan Melayu di NNMB dari tahun 1931 sehingga tahun 1938 menunjukkan penurunan daripada 85 buah kepada 78 buah sekolah sahaja. Peningkatan jumlah sekolah perempuan pada tahun 1930-an hanya berlaku pada tahun 1932 iaitu sebanyak dua buah berbanding tahun sebelumnya. Namun demikian, pada tahun 1933 jumlah sekolah perempuan Melayu menurun dengan mendadak iaitu dari 87 buah pada tahun 1932 kepada 81 buah pada tahun 1933. Penurunan ini adalah disebabkan masalah kejatuhan ekonomi dunia yang menyebabkan pendapatan British merosot terutama pada tahun 1931 sehingga 1933. Pendapatan British di NNMB pada tahun 1931 adalah $52,349.000, jatuh kepada $47,199.00 pada tahun 1933. Daripada situasi berkenaan, faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam perkembangan Sekolah Perempuan Melayu.54

Walau bagaimanapun, jumlah pelajar perempuan Melayu di NNMB pada tahun berkenaan menunjukkan peningkatan yang menggalakkan. Pada tahun 1933, jumlah pelajar perempuan di NNMB yang bersekolah di sekolah lelaki ialah seramai 5,809 orang berbanding 5,171 pada tahun 1932.55 Di Selangor, jumlah pelajar perempuan sama ada bersekolah di sekolah lelaki atau sekolah perempuan adalah seramai 1,868 orang

54

Untuk keterangan lanjut, lihat Rupert Emerson, Malaysia, A Study in Direct and Indirect Rule, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press, 1970, hlm. 186-187.

55 Annual Report on Education in the Federated Malay States for the year 1933, hlm. 21 dalam Supplements to the “F.M.S Government Gazette” 7th

September 1934 dalam CO 576/48.

University

121

pada tahun 1933 meningkat sebanyak 221 orang berbanding tahun sebelumnya.56 Nisbah pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki di NNMB adalah pada kadar 1 : 3.57

The demand for education for Malay girls appeared to remain more or less stationary as compared with that in 1932, but there is reason to believe that in reality it was still growing. On the average figures there was a decrease of 181 in the enrolment, a percentage of 1.7. The girls numbered 25.1 per cent of the total number of pupils in Malay Vernacular School.58

Pada tahun 1935, nisbah pelajar perempuan berbanding nisbah pelajar lelaki di sekolah-sekolah Melayu menurun kepada 1: 2.8. Nisbah ini menunjukkan berlakunya sedikit penurunan jumlah pelajar terutamanya pada tahun 1934 dan 1935. Statistik penurunan ini ditunjukkan dalam laporan pendidikan bagi NNMB pada tahun 1935. Walau bagaimanapun, jumlah sekolah perempuan terus kekal sebanyak 81 buah dari tahun 1934 sehingga 1935.

The demand for education for Malay girls is still growing, at the end of November (1935) there were 5,395 girls enrolled in girls school proper, and the further 7,036 in mixed or boys’ school, a total of 12,431. In 1934 the figures were 5,269, 6,511 and 11, 780 respectively.59

Pada tahun 1938, jumlah Sekolah Perempuan Melayu di NNMB telah menurun daripada 81 buah kepada 78 buah. Penurunan ini adalah disebabkan penggabungan Sekolah Perempuan Melayu di negeri Perak. …This was three less them in 1937, due to

amalgamations in Perak.60 Walaupun jumlah sekolah perempuan menurun di Perak,

56

Annual Report on the Social and Economic Progress of the people of Selangor for the year 1933, hlm .43 dalam Annual Report on the Social and Economic Progress of the people of Federated Malay States for 1933 dalam CO 576/48.

57 Annual Report on Education in the Federated Malay States for the year 1933, hlm. 53 dalam Supplements to the “F.M.S Government Gazette” 7th

September 1934 dalam CO 576/48.”…in other words, one Malay girl to every three Malay boy was receiving a vernacular school education”.

58

Ibid.

59 Annual Report on Education in the Federated Malay States for the year 1935, by F.J Morten (Adviser on Education Malay States), hlm.64 dalam CO 576/53

60

Annual Report on Education in the Straits Settlements and the Federated Malay States for the year 1938, hlm.78 (by W. Linehan, Director of Education Straits Settlements and Advisor on Education, Malay States) dalam CO 576/63.

University

122

jumlah pelajar perempuan pada tahun berkenaan dilaporkan lebih tinggi berbanding pada tahun 1937. Pada tahun 1938, jumlah pelajar perempuan yang berdaftar di sekolah adalah seramai 4,707 orang berbanding 4,244 orang pada tahun sebelumnya. Selain negeri Perak, Negeri Sembilan juga menunjukkan peningkatan jumlah pelajar dari 479 orang pada tahun 1938 berbanding 466 orang pada tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya, perkembangan Sekolah Perempuan Melayu dari tahun 1896 sehingga 1941 menunjukkan peningkatan yang menggalakkan. Walaupun jumlahnya jauh lebih rendah berbanding Sekolah Lelaki Melayu, tetapi peningkatan yang ditunjukkan terutamanya pada tahun 1910-an dan 1930-an telah memberi gambaran bahawa wujud permintaan tinggi terhadap pendidikan wanita. Selain itu, jumlah pelajar di Sekolah Perempuan tidak menggambarkan jumlah sebenar pelajar pada tahun-tahun berkenaan. Ini kerana, terdapat ramai pelajar perempuan Melayu yang bersekolah di Sekolah Lelaki. Sebagai contoh pada tahun 1935, jumlah pelajar perempuan di Sekolah Lelaki lebih tinggi daripada jumlah pelajar perempuan di Sekolah Perempuan.61

Pembangunan Pentadbiran Dan Pengurusan

Pentadbiran dan pengurusan62 pendidikan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua bermula apabila kerajaan British mula campur tangan dalam pendidikan di Tanah Melayu. Bermula pada tahun 1862, Gabenor Cavenagh’s telah memberi bantuan

61 Federated Malay States and Straits Settlements Report 1935, hlm. 47. The F.M.S. report says on page 25 “Co-education is not a policy laid down by the Department. “Nevertheless there were in 1935, 10,439 Malay girls in boys’ school as compared with 8,379 in girls’ school dalam CO 717/119/1.

62

Pentadbiran ialah satu proses untuk menyelaras aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat dan polisi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Manakala pengurusan pendidikan bermaksud satu proses merancang, membahagikan sumber, menyusun atur, menempatkan pekerja pada bahagian yang sesuai, mengawal sumber-sumber organisasi dan menyelesaikan masalah pendidikan. Kedua-dua istilah ini digunakan kerana setiap organisasi pendidikan akan berfungsi sebagai pihak pengurusan dan dalam masa yang sama akan berfungsi sebagai pihak pentadbiran. Misalnya organisasi sekolah akan dipanggil sebagai jentera pentadbiran pendidikan kerana ia melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan. Tetapi ia akan dipanggil sebagai pihak pengurusan apabila ia melakukan aktiviti merancang, menyusun atur, mengelola, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti sekolah. Lihat J.P. Kotter, “What Leaders Really Do”, Harvard Business Review, Boston: Havard Buisness Schools Press, 1999, hlm.103-111. Lihat juga Abd. Majid Mohd. Isa, Pemikiran Dalam Pendidikan, Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah, 2002, hlm. 52.

University

123

kewangan untuk pembinaan dan pembukaan sekolah Melayu di Melaka, Pulau Pinang dan Province Wellesley.63 Seterusnya pada tahun 1870, kerajaan British mula campur tangan secara rasmi dalam pendidikan di Tanah Melayu apabila Akta Pendidikan (Forster’s Education Act) telah diluluskan oleh kerajaan British di England.64