• Tidak ada hasil yang ditemukan

BINTANG PAGI MUNCUL

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 71-76)

BAB

7

“Y

a Tuhan, bersegeralah melepaskan aku, menolong aku, ya TUHAN!” (Mazmur 70:1) Pertolongan daripada tentera Negara Bersekutu datang bagai bintang pagi yang bersinaran terang setelah Asang dan kawan-kawannya melalui malam yang kelam pekat. Selama tiga setengah tahun, Asang tinggal di kem dalam serba kekurangan, makan sago dan berpakaian cawat. Asang dan kawan-kawannya dipindahkan ke Labuan dan mereka tinggal dalam tempat tinggal askar yang kosong selama dua minggu. Setelah itu mereka diberikan pakaian dan seluar yang sederhana.

Asang menduga mulai dari sekarang dia bebas untuk melayani di Borneo, namun perintah datang daripada pihak atasan agar mereka dihantar pulang.

“Kalian akan dihantar pulang ke Britain terlebih dahulu tetapi kalian semua akan kembali lagi,” kata seorang pegawai atasan.

Ketika Asang meninggalkan Borneo ke Britain, dia sangat kurus. Persediaan makanan sewaktu mereka pulang ialah sekeping coklat dan dua tin bir setiap hari. Asang tidak memerlukan bir, jadi

dia bertukarnya dengan coklat seorang kawan dan mendapat dua keping coklat satu hari. Kawannya ada dua tin bir sehari.

Ketibaan para tahanan telah diberikan sambutan tentera di Southampton pada November 1945.

Panggilan dan visi syurgawi untuk menjangkau orang-orang Dusun tidak pernah meninggalkan Asang. Seksaan pada waktu di kem Jepun tidak merobohkan iman mahupun menghakis panggilannya. Asang tidak pernah menyesali keputusan mentaati Tuhan ke Borneo. Setiba di Southampton malahan Asang tidak merasa lega sudah tiba ke tanahair sendiri dan tidak lagi di Borneo. Malahan Asang bertekad segera kembali ke Borneo untuk orang Dusun setelah dia menguruskan beberapa hal di negaranya. Asang dengan teliti menyimpan segala dokumen yang diberikan k epadanya sewaktu dia berada di Labuan agar boleh kembali ke Borneo.

Asang tetap memiliki hati seorang gembala sewaktu dia berada di England untuk berehat. Dia menghibur satu keluarga di Ashby Scunthorpe yang kehilangan anak mereka sewaktu di kem tahanan Jepun. Kemalangan terjadi menjelang akhir tahanannya. Pada suatu hari dia telah keluar dari kem dan tanpa disedarinya pesawat bersekutu sedang menjatuhkan sebakul besar bekalan keperluan. Kepalanya terhempas bakul besar ini lalu dia meninggal. Asang meluangkan waktu beristirehat di rumahnya untuk memulihkan kekuatannya. Trauma kem tahanan semakin lenyap daripada jiwanya. Dia berjalan-jalan di kampungnya yang berjuntai gugusan strawberi. Gunung-ganang yang menjulang agung memberi dia ketenangan bahawa Tuhan kubu pertahanan dan gunung batu-Nya (Mazmur 71:3). Waktu ini juga Tuhan banyak memulihkan kekuatan dan kerohanian Asang untuk menempuh pelayanan yang selanjutnya di kalangan orang Dusun.

“Pelayaran ke Borneo jauh lebih selesa daripada meniaki kapal “Le Providence.” Kapal “Monark Bermuda” merupakan kapal mewah yang membawa penumpang kaya-kaya. Walau bagaimana-pun menurut anak kapal, Monarch adalah satu-satunya kapal yang

menghidang telur untuk sarapan bagi penumpang-penumpang kelas pertama pada waktu perang,” 8

“Tuhan, peliharalah jemaah Dusun yang sudah saya tinggalkan selama empat tahun. Ketika aku masuk ke kem tahanan mereka masih bayi iman. Apakah yang terjadi kepada mereka,” seru Asang sambil berdoa bagi orang Dusun.

Perjalanannya ke Borneo menghadapi sedikit halangan ketika pegawai-pegawai di Singapura tidak mengizinkan dia ke Jesselton dengan segera. Asang tinggal bersama dengan saudara-saudara seiman Skotland. Asang gembira bertemu lagi dengan Stafford Young pada waktu ini.

“Apa khabar Stafford? Banyak perkembangan dalam hidupmu?” tanya Asang dengan ceria.

“Saya sudah beristeri dan kami ada satu anak. Saya tetap bergiat dengan BEM di Australia,” kata Stafford.

Kemudian Asang bertolak dalam kapal pada hari berikutnya. Perasaan gelisah sering melandainya kerana sekian lama dia tidak menginjak kaki ke Borneo Utara. Kos perjalanan antara Singapura dan Jesselton dibayar oleh Kerajaan Borneo Utara. Stafford berterbang ke Sabah dan menitip beg-begnya untuk dibawa oleh Asang di kapal.

Setiba mereka di Sabah, mereka tidak sabar-sabar ke Ranau kerana mendengar khabar angin bahawa bangunan mereka di Puru-Puru sudah dibinasakan oleh tentera Jepun.

“Memang aku menduga bangunan ini hanya tertinggal puing-puing sahaja,” kata Stafford.

“Dengar-dengar pihak Jepun telah menggunakan mesin senapang untuk merobohkan bangunan kita,” kata Asang seraya menghela nafas panjang.

Semua bahan binaan yang boleh digunakan telah diambil oleh kerajaan Jepun untuk bangunan mereka sendiri. Bangunan yang telah dibangunkan oleh mereka dibinasa pada Julai 1946. Pihak Jepun telah mengambil semua makanan, ubat-ubatan dan peralatan mereka ke Keningau. Perdagang Cina telah mengambil

buku-buku mereka dan mengoyaknya untuk membalut tembakau dan cerut.

Yang tertinggal bagi mereka hanya bebunga tulips yang bergoyang-goyang di pagar.

“Asang! Asang,” teriak kawan-kawannya yang begitu gembira berjumpa Asang.

“Sudah lama saya tertanya-tanya apa yang terjadi kepada kalian,” kata kawan-kawannya dengan perasaan bersyukur kerana mereka masih hidup.

Tuai-tuai rumah Kabindong bersalaman dengan Asang dan seperti dulu mereka berbual akrab di kedai kopi.

“Banyak Dusun akan meninggal dunia kalau perang itu berlanjutan setahun lagi, separuh daripada kami akan meninggal dunia kerana kebuluran,” kata mereka dengan wajah pilu ketika mengimbas penderitaan di bawah tangan Jepun.

Cerita mereka bertambah seram ketika mereka mencerita tentang perarakan ke tempat maut dan pembunuhan yang beramai-ramai. Bulu roma mereka berdiri lagi sewaktu mereka mengenangi peristiwa-peristiwa kejam itu. Banyak askar Australia terkorban pada perarakan ramai-ramai.

Dua orang Australia tiba di ambang pintu kedai kopi lalu bersalaman dengan semua orang. Mereka mewakili Komisi Perkuburan Perang yang sedang mengadakan upacara penghormatan terakhir bagi mereka yang terkorban sewaktu perang khususnya mereka yang kehilangan nyawa semasa perarakan dari Sandakan ke Ranau. Seribu dua ratus orang terlibat dalam perarakan ini dan hanya enam orang hidup. Asang menolong Komisi ini untuk mencari orang Dusun yang akan dihargai atas pertolongan mereka kepada orang Australia pada waktu perarakan ini.

Asang menulis surat kepada ibundanya yang tersayang dan menceritakan keadaan orang Dusun selepas perang. Ibundanya di Draycott dengan penuh semangat berdoa bagi orang Dusun dan Asang.

Asang merasa penginjilan harus segera dimulakan di kalangan orang Dusun. Segera mereka mencari tempat tinggal sementara, dan menemukan sebuah rumah buluh yang digunakan oleh orang Jepun. Rumah buluh ini ditawarkan sebagai tempat tinggal sementara bagi mereka. Dua misionari ini melihat bahawa landasan kapalterbang di Ranau masih boleh digunakan. Mereka meluangkan masa untuk memperbaiki landasan yang dibina oleh orang Jepun dan dibom kemudian.

Kesihatan Stafford semakin merosot dan untuk menetap di Borneo Utara terlalu mencabar bagi dirinya. Stafford berfikir bagaimana dia boleh melayani BEM untuk lebih banyak tahun. Akhirnya, dia berkeputusan kembali ke Australia dan dari sana dia akan mperkenalkan misi BEM kepada gereja-gereja New Zealand, Australia dan Negara Britain supaya mendapat lebih banyak sokongan.

Kini Asang bersendirian di Borneo Utara. Tidak lama kemudian, Asang menerima sepucuk surat daripada Hudson Southwell untuk melayani di Sarawak. Hudson Southwell kedengaran tegas, “Ini satu arahan.”Asang enggan mengikut arahan manusia kalau ia bukan daripada Tuhan. Asang berlutut dan berdoa akan hal ini; Tuhan terus meyakinkan hatinya akan keperluan orang Dusun di Ranau dan kampung sekitarnya.

Jelas, panggilannya tetap di Borneo Utara. Dengan segera dia membalas surat Hudson dengan menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat melayani di tempat lain sekalipun pekerjaan di sini sangat lemah. Justru keadaan ladang penginjilan seperti ini memerlukan perhatian dan tenaganya.

Kini, Bahasa Dusun Asang sudah mantap setelah belajar daripada seorang sarjana di kem tahanan, dan pengalaman yang dilaluinya memberi dia lebih banyak kegigihan iman. Asang hanya melayang pengharapannya kepada Tuhan bagi masa depan orang Dusun kerana hanya Tuhan dapat melangkah membangun gereja-Nya. “Dengarkanlah kiranya seruanku, ya Tuhan, perhatikanlah doaku!” (Mazmur 61:2).

BERMULALAH

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 71-76)