• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengalaman Kentuni

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 79-82)

Kecamuk fikiran dan ketakutan membawa Kentuni berjumpa dengan Alan. Pada suatu hari Kentuni sungguh takut kerana di lantai padi bertaburan dan jejak-jejak anaknya ternampak. Fikirannya menjadi kusut kerana dia khuatir roh anaknya berjalan dan tanda sial akan menimpa keluarganya. Segalanya diceritakan kepada Alan kerana pada waktu itu Asang keluar melayani.

Riak wajahnya penuh kerisauan ketika dia menceritakan gejala yang menakutkan ini.

“Menurut adat kami, ketika kami tidur jiwa kami akan melayang-layang. Ini perkara biasa sewaktu kami tidur namun perkara ini akan merunsing jiwa jika ia meninggalkan jejak kaki. Saya baru saja kembali dari dangau padi kami dan di lantainya ada padi yang tertabur serta tapak-tapak kaki salah seorang anak saya. Mereka tidak pergi ke sana mungkin jiwa mereka melayang ke sana,” kata Kentuni dengan suara sedih.

“Jadi, apakah yang akan kamu lakukan,” tanya Alan yang berusaha menolong dia beristighfar kepada Tuhan.

Kentuni berkata menurut kepercayaan mereka, bobolian yang pandai menenangkan roh penganggu diupah. Kalau roh itu suka kari, maka kari ayam yang pedas perlu dihidangkan. Kadangkala biaya untuk menenangkan roh ini tidak murah. Sembelihan perlu diberikan beberapa kali kalau roh masih degil. Sehubungan itu, kalau bobolian berjaya memuaskan roh-roh ini, anak mereka tidak akan mati. Sekiranya syarat roh tidak dituruti maka di sinilah bermula segala jenis musibah menurut kepercayaan orang Dusun.

Peristiwa ini menjadi kesempatan bagi Alan Belcher untuk mencelikkan mata rohani Kentuni akan kuasa Tuhan. Dijelasnya bahawa Tuhan Yesus yang bangkit dan hidup berkuasa atas segala roh yang jahat dan tidak akan menyentuh anak-anaknya. Kentuni bersetuju tidak bersandar kepada kuasa bobolian tetapi kepada kuasa kebangkitan Tuhan Yesus.

Walau bagaimana pun beberapa hari kemudian, Kentuni datang kepada Alan.

“Pastor Alan, seorang musuh telah menakut-nakutkan kami dengan menabur padi di lantai dan membuat jejak,” kata Ketuni.

“Dengan kuasa Tuhan Yesus yang bangkit, kita tidak takut akan roh-roh jahat,” kata Alan.

Peristiwa ini menguatkan iman Kentuni sehingga dia hanya percaya kepada kuasa Tuhan Yesus. Iman Kentuni yang semakin kuat mempengaruhi jemaah yang di bawah bimbingannya. Suatu petang seperti biasa Kentuni sedang bersiap sedia untuk kebaktian. Sekonyong-konyong, angin badai ganas meniup ke tempat mereka. Semua orang yang berada di sana untuk kebaktian berteriak dalam ketakutan.

“Mana-mana kita dapat menyembunyikan diri?” teriak dua orang yang belum percaya kepada Tuhan Yesus.

“Jangan takut semua, bertenanglah,” kata Kentuni yang penuh iman.

“Mari kita berdoa...Tuhan yang Maha Kuasa, kami mengucapkan syukur atas kuasa-Mu yang begitu besar. Engkau memerintah di atas semua dan kami hanya perlu menyerahkan semua kepada-Mu.”9 Ketuni berdoa dengan berapi-api dan penuh keyakinan akan kuasa Raja atas segala raja yang mengenderai di atas badai.

Tiba-tiba angin badai itu reda, semua yang hadir sungguh tertakjub dengan mukjizat itu. Kentuni semakin beriman dan menjadi pemimpin yang melayani bersama-sama Asang. Bersama-sama dengan Asang dan pemimpin yang lain, mereka menjangkau kampung bagi Tuhan Yesus. Persahabatan dan persekutuan dalam iman terjalin

rapat antara Asang dan pemimpin-pemimpinnya.

Kentuni semakin tahu akan kuasa Tuhan yang luarbiasa, “...dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi”(Filipi 2:10). Pelayanannya semakin dilakukannya dalam kuasa Tuhan yang sangat diperlukan untuk mengherdik roh jahat daripada penduduk yang terbelenggunya.

Pernah suatu kali, Kentuni berada dalam perjalanan pulang tetapi dibimbing Roh Kudus untuk menangguh kepulangannya. Seorang lelaki dari sebuah kampung lain datang mengundang Kentuni untuk menyampaikan firman hidup kepada kampungnya.

“Pastor, mereka sedang membangun gubuk padi bersama ketua kampung kami,” kata pemuda sambil menunding jari kepada segelintir pekerja.

“Saya Kentuni,” kata Kentuni sambil menghulur tangannya kepada ketua kampung.

Kentuni mulai ceritanya dengan suara menarik sehingga semua pekerja berhenti mendengarnya. Seorang lelaki yang berwajah masam dan bengis mulai menghina yang didengarnya. Ajaibnya, Roh Kudus sedang bekerja dalam hati pekerja-pekerja ini sehingga mereka tidak lelah mendengar walaupun sudah tiga jam Kentuni berkhutbah.

Setelah khutbahnya yang berapi-api, Kentuni dengan rendah hati berkata kepada semua pendengarnya, “Maafkan saya kerana menganggu pekerjaan kalian.”

“O tidak, ini hal yang jauh lebih penting bagi kami,” ujar ketua kampung.

“Ya, kami mahu mendengar lagi,” kata seorang pekerja. “Kalau begitu, pastor tinggal satu malam di sini,” kata ketua kampung.

Puji Tuhan, keinginannya untuk melihat penduduk di sini masuk ke dalam kerajaan Tuhan telah menyebabkan pastor ini menerima undangan itu. Sewaktu Kentuni berkhutbah pada sebelah

petang, tiba-tiba pinggangnya diserangi kesakitan tajam. Tiba-tiba, Kentuni teringat orang yang mencacinya sewaktu dia berkhutbah.

“Mungkinkah ini kutukan orang itu?” fikir Kentuni. Segera Kentuni berdoa untuk perlindungan dan kuasa Tuhan atas dirinya. Keesokan pagi, Kentuni terdengar tangisan yang kuat.

“Semalam orang yang mencaci kamu itu, dia sakit tenat dan mungkin akan mati. Ketua kampung berada di sana sekarang,” kata pembawa khabar.

“Mari kita pergi berdoa untuk dia,” kata Kentuni.

Kentuni berdoa bersungguh-sungguh agar orang ini diberi waktu yang cukup untuk mendengar Injil. Tuhan mendengar doa Kentuni dan orang itu diberikan peluang mendengar tentang Kristus malahan dia sembuh. Ketua kampung dan yang lain juga ikut ber-taubat dan menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat mereka.4

Kentuni semakin tahu akan kuasa Tuhan yang ajaib, “... dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi”(Filipi 2:10). Pelayanannya semakin dilakukan dalam kuasa Tuhan.

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 79-82)