• Tidak ada hasil yang ditemukan

YANG TERLATIH

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 148-154)

BAB

15

Asang, Konih, Grace, Semina dan para pemimpin yang membawa Injil ke kampung sekitar.

khususnya melatih pemimpin-pemimpin sekalipun sibuk membina bangunan sekolah. Strategi melatih para pemimpin bagai merancang pelan bangunan. Di Taginambur, Asang mengajar pemimpin-pemimpin dan deakon tentang selok belok berkhutbah. Segera, mereka ini menjadi penginjil-penginjil utama yang mampu menyampaikan khutbah mudah dengan penuh berkuasa.

Ajaibnya, Roh Kudus telah memakai khutbah murid-murid Asang yang mudah ini untuk memenangi penduduk kampung secara beramai-ramai. Firman Tuhan disampaikan dengan sederhana tetapi Roh Kudus berkarya dengan luarbiasa.

Mereka belajar daripada Asang seperti yang tertulis, “Apa yang telah engkau dengar daripadaku di depan banyak saksi, percayakanlah itu kepada orang-orang yang dapat dipercayai, yang juga cakap mengajar orang lain” (2 Timotius 2:2). Semakin hari semakin pemimpin-pemimpin ini menjadi lebih mahir dengan tugas penginjilan dan pengajaran mereka.

Kerja penginjilan yang dilakukan oleh para pemimpin Dusun menuntut kesungguhan dan kegigihan mereka. Mereka mesti berjalan kaki beberapa hari, merentasi hutan, mengharungi sungai, dan mendaki bukit. Seringkali kaki mereka disarungi lintah yang menghisap darah dan sungguh menggatalkan.

Pemimpin-pemimpin ini tidak begitu fasih dalam Bahasa Indonesia tetapi mereka perlu menggunakannya kerana ini satu-satunya terjemahan Alkitab yang lengkap. Mereka berusaha sebaik mungkin untuk memahami Alkitab dan Bahasa Indonesia mereka pun semakin bagus.

Bukti-bukti kegigihan deakon dan pemimpin-pemimpin ini jelas tertulis dalam diari para misionari di sini.

“Dua minggu sebelum natal pada tahun 1953, Sombuoi, Gimpoton dengan usaha sendiri dan tanpa dorongan misionari telah mengunjungi beberapa kampung ke Timur termasuk Sayap dan Terintiden. Izin telah diberikan oleh kerajaan kepada Asang walaupun kampung ini dipelihara oleh kerajaan dalam keadaan asalnya.

Sombuoi dan Gimpoton tinggal di sana selama empat atau lima hari. Injil tidak pernah menjangkau tempat ini kerana di sini juga tempat persembunyian penjahat-penjahat yang menceburi diri dalam kancah kejahatan; oleh sebab itu, untuk pergi ke kampung ini cukup sulit. Tempat ini penuh dengan lalang yang setinggi lima kaki dan sangat licin pada hari hujan.”

Mereka tidak takut kerana mereka sudah mendoakan penduduk tempat ini selama beberapa bulan dan selalu memohon agar Tuhan menyiapkan hati mereka untuk menerima injil.

Kampung Sayap, Sombuoi dan Gimpoton sungguh miskin, dan penduduk di sini hidup dalam serba kekurangan. Penginjil-penginjil terpaksa membongkok badan apabila masuk ke dalam rumah kerana atapnya sangat rendah. Rumah mereka juga gelap. Mereka sungguh miskin sehingga tiada tikar bagi tetamu mereka. Makanan di sini juga sangat kurang. Musim tuaian menjelang tetapi Sombuoi dan Gimpoton tetap tinggal di sini untuk menyampaikan berita baik tanpa mengkhuatirkan sumber kehidupan mereka.

Tuhan Yesus menjawab doa mereka dengan limpah ruah— jauh daripada apa yang dapat dibayangkan. Tujuh puluh lapan orang menerima Kristus. Walau bagimana pun, empat orang berpatah balik dan memilih tetap menjadi kafir apabila diancam oleh yang lain agar tidak membakar azimat mereka. Kemudian, ketika dalam perjalanan pulang, Sombuoi dan Gimpoton bersinggah di Torintidon; di sini dua puluh satu orang menjadi Kristian.

Pemimpin-pemimpin yang dilatih oleh Asang ini ternyata tahan lasak dan seperti Asang mereka merasa terhutang Injil kepada penduduk di kampung-kampung lain. Kemudian, mereka pergi ke satu kampung kecil yang hanya ada tiga orang Kristian. Jadi, jumlah orang yang percaya hampir seratus orang.

Menjelang Natal 15 penduduk kampung meninggalkan padi mereka yang sedang menguning. Burung-burung yang sedang memerhatikan padi, mengambil kesempatan untuk berpesta. 15 petani ini telah datang ke Batu Sepuluh untuk merayakan Natal yang

bertema Tuhan mengutus Anak-Nya yang tunggal untuk menjadi Juruselamat dunia ini. Ya, mereka begitu berapi-api bagai api hutan dan ingin mengenal Tuhan Yesus dengan lebih akrab.

Pemimpin-pemimpin ini sungguh matang, Sombuoi dan Gimpoton menggembalakan mereka dengan mahir. Tempat tinggal mereka juga disediakan dan cara bersopan santun juga diajari kepada mereka. Kristian-kristian yang baru ini berbaris untuk bersalaman dengan Asang dan para misionari.

Jelas, tetamu yang datang untuk merayakan natal sudah lama hidup bergelumang kesusahan. Gigi depan mereka sudah tertanggal, rambut mereka kusut. Mereka penduduk yang sudah bersemuka kemisikinan, ini jelas terlukis pada pakaian mereka. Mereka berjabatan tangan dengan mesra dan menjadi saudara seiman yang akrab.

Sombuoi dan Gimpoton percaya seperti rasul Paulus, “Sebab aku mempunyai keyakinan yang kukuh dalam Injil, kerana Injil adalah kekuatan Tuhan yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani” (Roma 1:16). Keyakinan mereka yang kukuh telah mendatangkan anugerah kepada orang yang tinggal dalam kegelapan di pedalaman dan tempat yang sulit dijangkau!

Pengalaman yang seperti di Sayap juga dialami oleh pemimpin-pemimpin lain. Seorang pemimpin-pemimpin yang bernama Rentian juga menerima undangan daripada seorang lelaki dari kampung Bayayat untuk datang menjelaskan maksud mengikut Kristus. Tanpa berlengah-lengah lagi, dia segera berangkat di situ dengan penuh doa.

Pengalamannya hampir sama dengan rasul Paulus yang menerima undangan daripada seeorang dari Makedonia. “Pada malam harinya tampaklah oleh Paulus suatu penglihatan: ada seorang Makedonia berdiri di situ dan berseru kepadanya, katanya, “Menyeberangilah ke mari dan tolonglah kami” (Kisah Para Rasul 16:9).

Akibat daripada kunjungan Rentian, tiga orang datang

beribadat pada hari minggu. Mereka membawa tiga puluh orang yang baru percaya bersama mereka. Tiga orang ini kemudian membawa hampir empat puluh orang kepada Tuhan Yesus. Kelaparan penduduk di Bayayat untuk firman Tuhan telah membuat mereka meminta agar Asang mengutus beberapa pemimpin untuk mengajar mereka di sana.

Kelaparan untuk mengenal Tuhan semakin ketara di kampung-kampung. Undangan lepas undangan diterima dari pelbagai pelosok kampung untuk datang mengajar firman Tuhan. Sebuah kampung yang dipanggil Gaur mengundang Don Wellington untuk datang berkhutbah dan hasil khutbahnya, sepasangan suami isteri menjadi Kristian.

Enam bulan kemudian undangan dari Gaur datang lagi, Gopog pun membawa bersamanya seorang pemuda untuk berkhutbah. Mukjizat, terjadi dan memang Roh Kudus sudah menyiapkan hati penduduk ini untuk menerima Tuhan Yesus. Kunjungan ini menghasilkan pertaubatan, lapan belas keluarga menerima Tuhan dan setiap keluarga mempunyai lapan anggota dalam keluarga. Dua penginjil kembali ke Batu Sepuluh, mereka sangat lelah tetapi penuh dengan pujian atas anugerah Tuhan yang besar.

Puji Tuhan, pertengahan 1950 memang satu waktu menuai bagi Asang, misionari dan pemimpin yang lain. Secara ajaib, kampung Batu Sepuluh merupakan benih-benih yang terjatuh dalam tanah subur. Yang paling menggalakkan Asang ialah pem-impin-pemimpin yang dilatihnya mulai berbuah lebat khususnya para

deakon.

Injil merebak cepat kerana khutbah mereka yang sederhana penuh dengan kuasa Roh Kudus. Bejana yang sederhana, Berita Baik yang tulus, dan kuasa Roh Kuduslah kuasa penyelamatan bagi penduduk di sini

Asang, Grace dan para murid daripada Sekolah Deakon.

“H

ai anakku, perhatikanlah hikmatku, arahkanlah telingamu kepada kepandaian yang kuajarkan” (Amsal 5:1). Itulah kerinduan Semina ketika dia melangkah untuk mengajar sekelas murid-murid yang begitu rindu belajar. Burung-burung berkicauan ceria dan sinaran mentari di antara celah daun seakan-akan menceritakan pengharapan bagi kanak-kanak Dusun ini.

PERKEMBANGAN

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 148-154)