• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rumah Baru

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 90-96)

Rumah Asang yang baru sudah siap dibina dalam tempoh enam bulan. Segala sesuatu diatur bagi Asang dengan indah kerana pada waktu itu kerajaan menyuruh dia berpindah dari rumah kerajaan kerana mereka takut dicam sebagai mendukung pelayanan Asang.

Bulan Mei, Asang mengatur semua barangnya, membina reban ayam, membuat tandas dan menyiapkan peralatan untuk menanam sayur-mayur.

Asang kemudian membina sebuah rumah lebih besar untuk menyambut lebih banyak orang yang perlu tumpangan di Ranau khususnya mereka yang memerlukan perubatan atau mereka mengunjungi tamu, hari pasar. Pegawai Daerah akan membagi gaji pada hari tamu, 26 haribulan kepada semua pekerja seperti guru-guru, polis-polis, ketua-ketua daerah, tuai-tuai rumah. Jadi mereka datang ke Ranau untuk gaji mereka.

“Asang, kenapa rumah ini dalam bentuk L?” tanya seorang tetamu.

“Pada bulan Julai dan Ogos, angin kencang meniup dan bentuk ini paling baik dan selamat,” jelas Asang yang arif dalam pertukangan.

“Wah, pastor Asang, dari mana awak belajar semua ini?” tanya mereka sewaktu bersembang-sembang.

kepada sistem tandas baru yang lebih bersih.

“Kami tidak mahu ikut imam-imam Indonesia itu; mereka meminta kami memberi kerbau dan gong-gong demi menghapuskan dosa kami,” kata tetamu-tetamu kepada Asang.

“Perbezaannya sangat besar…Tuhan Yesus tidak meminta apa-apa daripada kalian bahkan Dia memberi nyawa-Nya demi dosa kita. Usahlah, berikan banyak babi atau kerbau,” jelas Asang kepada mereka yang lebih terbuka selepas mengalami kekecewaan dengan agama lain.

“Bayangkan...Tuhan Yesus memberi nyawanya! Sebaliknya bobolian mereka terus menyuruh kami memberi babi untuk

menyenangkan hati roh jahat, ” kata seorang pemuda.

“Ya, dompet kita semua sudah berlubang,” kata wanita yang lain dan semua orang ketawa.

“Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Dia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup kekal. Tuhan Yesus ialah Domba Tuhan yang disembelih untuk dosa kita,” jelas Asang dengan lemah lembut dari Injil Yohanes.

Untuk mereka yang ingin mengetahui kebenaran firman Tuhan, Asang meluangkan banyak waktu mengajar mereka. Asang akan menabur dan berdoa agar benih-benih yang ditaburinya akan berbuah lebat. Asang setia menabur Injil dan berpegang teguh pada firman Tuhan, “Dan kalau Dia datang, Dia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman” (Yohanes `6:8).

Ketuni, Asang dan Kerangkas melayani bersama-sama sebagai pelopor-pelopor dari muda hingga lanjut usia.

“R

oh dan pengantin perempuan itu berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang mendengarnya, hendaklah dia berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang haus, hendaklah dia datang, dan barangiapa yang mahu, hendaklah dia mengambil air kehidupan dengan cuma-cuma!” (Wahyu 22:17). Kenyataan kebenaran ini terjadi kepada seorang bobolian yang tua dan kawan-kawannya yang bermimpi tentang sungai. Mereka datang kepada Asang untuk mentakwil makna mimpi mereka.

“Pastor Asang, bolehkah awak mentakwil mimpi saya,”

AIR DARI

SYURGA

BAB

9

tanya seorang bobolian wanita yang tua.

“Saya tidak ada karunia menjelaskan mimpi tetapi awak boleh menceritakannya. Sudah tentu kita perlu hikmat Tuhan,” kata Asang sambil berdoa dalam hati.

“Tetapi saya tidak ada duit untuk membayar awak,” kata wanita itu.

“Oh, tak perlu bayarlah, Tuhan yang memberitahu bukan aku,” senyum Asang.

“Dalam mimpi pertama, saya dan kawan-kawan saya sedang menceduk air dengan bekas buluh. Dua pancutan air memancur dari tanah tinggi ke atas udara tetapi kembali ke tanah. Beberapa wanita sedang mengambil air daripada dua pancutan ini. Pancutan ketiga datang terus dari langit yang tinggi, dan saya serta kawan-kawan sedang mencedok airnya. Agaknya apa erti mengambil air daripada pancutan berbeza ini?” jelas Mantirai meluap-luap sambil mengerakkan tangannya.

Segera Roh Kudus memberi Asang hikmat untuk mentakwil mimpi ini. Dia menjelaskan pancutan itu melambangkan agama kafir, agama kafir perdana yang satu lagi, dan satu lagi Kristianiti. Agama kafir perdana itu dan satu agama lain berasal daripada tanah berusaha pergi ke syurga tetapi kembali lagi ke tanah. Kristianiti tidak berasal daripada tanah tetapi ia berasal daripada syurga. Inilah sungai ilahi yang diceduk Mantirai dan kawan-kawannya; mereka tidak akan dahaga setelah minumnya.

Bobolian itu mendengar dengan mata berbinar-binar kerana jiwanya semakin dicerahkan Roh Kudus. P enjelasan Asang dipercaya sebulat-bulatnya. Dengan mempercayai Tuhan Yesus, wanita-wanita ini tidak haus lagi. Air ilahi akan mengalir terus dalam kehidupan mereka.

“Kalau begitu, saya mesti percaya kepada Yesus Kristus!” katanya dengan suara yang terharu.

“Pastor Asang, saya bermimpi lagi. Dalam mimpi ini saya dan kawan-kawan saya sedang bermandi dalam sungai, beberapa

wanita ikut, airnya surut walaupun bahagian sungai lain terus mengalir,” jelas Mantirai.

Roh Kudus memberi Asang hikmat untuk menjelaskan lagi kepada wanita ini.

“Sungai itu tanda kasih Tuhan. Dia sanggup datang ke dunia untuk menyelamatkan dunia ini dan mengorbankan nyawa-Nya untuk manusia. Apabila wanita ini masuk ke dalam sungai, sungai itu kering kerana golongan wanita ini tidak mempercayai Tuhan Yesus. Jelas mereka tidak menerima pengampunan dan penyucian daripada Tuhan Yesus, dan air ilahi tidak mengalir dalam kehidupan mereka,” jelas Asang yang menerima ilham ilahi lagi.

“Ya, ya pastor, mimpi saya pun hampir sama,” kata seorang wanita lagi.

“Cuba ceritakan,” kata Asang yang semakin peka kepada bisikan Roh Kudus.

“Enam wanita sedang mandi tetapi apabila wanita ketujuh masuk ke dalam sungai itu, sungai itu kering mendadak,” jelas perempuan itu.

Roh Kudus memberi Asang hikmat lagi untuk memberi takwilan mimpi ini.

“Enam keluarga ini keluarga Kristian yang menyembah Kristus dan yang satu lagi daripada agama kafir. Waktu dia masuk, sungai itu menjadi kering kerana dia tidak percaya,”kata Asang.

“Yakah Pastor Asang,” seru bobolian itu.

Setelah Mantirai menerima Tuhan Yesus sebagai

Juruselamat-Nya, kesihatannya bertambah lebih baik maka dia tidak perlu tinggal di rumah selama 25 hari. Sukacita Tuhan Yesus jelas ternampak pada wajahnya. Dia lebih bersemangat malahan dia lebih bertenaga bekerja tetapi bukan sebagai bobolian lagi.

“Tetapi barangsiapa minum air yang akan Kuberikan kepadanya, dia tidak akan haus untuk selama-lamanya. Sebaliknya air yang akan Kuberikan kepadanya, akan menjadi mata air di dalam dirinya, yang terus menerus memancar sampai kepada hidup yang kekal” (Yohanes 4:14).

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 90-96)