• Tidak ada hasil yang ditemukan

YANG BERLUMPUR

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 104-108)

BAB

10

I

bu Asang, Grace yang hampir berumur 70 tahun tidak lelah berdoa bagi pelayanan anaknya dan memberi segala bantuan yang diperlukan. Bagi Asang, kehadiran Grace memberi semangat dan galakan kepadanya. Selain itu, kehadiran Grace memberi kesempatan bagi penduduk Dusun untuk berkenalan dengan wanita Kristian yang lebih dewasa dalam kerohanian dan iman.

Menyebar Injil merupakan hal utama bagi Asang walaupun dia mengabaikan keperluan lain yang dihadapi orang Dusun. Asang

merupakan misionari yang pandai mengurus keperluan perubatan penduduk Dusun. Pengalaman melayani di Misi Perubatan Birmingham memberi dia latihan yang diperlukan untuk menolong penduduk Dusun.

Sewaktu melayani di sini, Asang pernah sakit Malaria tenat yang memeraskan tenaganya. Waktu ini Asang bergoncang kencang kerana deman tinggi serta berpeluhan. Dia sakit tenat sewaktu di Gana-Gana dan bermalaman di sana tetapi esoknya, dia sembuh. Pagi berikutnya Asang memulakan perjalanannya ke Ranau. Bersama-sama seorang penolong yang mengangkat barang-barangnya, mereka menyeberangi sungai Liwagu sebelum sampai ke laluan kuda dari Tambunan. Mata Asang berkunang-kunang kerana semakin lelah lalu dia rebah kerana pitam.

“Pastor Asang, demanmu semakin tinggi, kita perlu segera mencari pertolongan, “ kata penolongnya.

“Pergilah awak ke hospital Ranau,” kata Asang dengan suara lemah.

“Pastor, tulis sesuatu pada carikan kertas supaya mereka percaya saya,” kata penolong itu.

“Saya sakit, tak dapat menulis lagi. Pergi sajalah, mereka akan percaya,” kata Asang.

“Nak, mari kita pergi mencari pertolongan,” kata penolongnya kepada anaknya lalu tergesa-gesa pergi.

Sejenak kemudian, mereka kembali lalu meminta Asang berjalan sedikit lagi ke pondok telefon yang berdekatan agar mereka mudah mendapat pertolongan. Mereka memapar Asang ke pondok telefon dan membiar dia berbaring sementara menunggu kereta kuda dari hospital.

Pertolongan kakitangan hospital segera datang. Asang begitu lega apabila kehausannya dipuaskan dengan secawan kopi. Puji Tuhan, Asang dirawat di kelas pertama dan beralaskan tilam di lantai. Setelah beberapa hari, deman dan kesakitan Asang lenyap.

Sejak kedatangan Asang, penduduk sering mencarinya

untuk merawat mereka yang sakit. Dengan pengalaman yang pernah diperoleh sewaktu di London, Asang berusaha menolong mereka. Rawatan dan doanya diakui sebagai yang lebih baik daripada doa dan ubat bobolian.

Rahmat Tuhan telah meredai seorang wanita yang menderita penyakit kulit patek yang menular cepat. Dia telah dibiarkan terlantar oleh kenalannya dan rupanya kelihatan lebih tua daripada umurnya. Penyakit patek telah meragut kakinya. Asang membasuh kakinya lalu merayu wanita itu izinkan mereka menghantar dia ke hospital untuk rawatan. Sekalipun wanita itu hanya hidup selama lima hari, wanita ini meninggal dengan suatu kepastian penyelamatan dalam Yesus Kristus.

Tanpa merasa pahit jerih payah, Asang menghulur pertolongan kepada penduduk sini. Sekalipun kaki Asang terluka akibat merentasi lumpur untuk merawat pesakit, orang lain tetap penting. Pengorbanannya membawa rahmat Tuhan secara nyata kepada penduduk kampung. Pada suatu hari, di kampung Tudongan, isteri tuai rumah yang bernama Marudin jatuh sakit akibat kekurangan darah. Asang menunggang kerbau yang lebih selesa daripada kuda kurus untuk merawatnya. Lumpur tidak menghalangi Asang pergi merawat dan memberitakan Injil.

Kerbau comel yang ditunggangnya hampir tersalut lumpur khususnya pada waktu penyemaian padi di Ranau. Keringatan berlumang seluruh mukanya tetapi Asang menganggap mentari mahupun lumpur bukan penghalang Injil.

“Puan, banyak-banyak minum sup ayam...kalau mahu sembuh ya,” kata Asang dengan lembut kepada Marudin.

Suaminya merasa lucu amat, sup ayam pun boleh dijadikan ubat. Apabila isterinya sembuh segala kekerasan hatinya lebur.

“Halleluyah, puji Tuhan!” seru penduduk kampungnya. “Pastor Asang, bolehkah awak pergi bersama kami untuk melawat seorang pesakit?” tanya dua lelaki.

“Adakah dia sakit tenat?” tanya Asang.

“Tidak, kami mahu mengabarkan Injil,” kata salah seorang daripada mereka.

“Kalau begitu, berilah saya sehari lagi sebelum kita pergi,” kata Asang.

Ajaib, Roh Kudus berkarya dalam kalangan orang Dusun sehingga banyak cerita tentang bagaimana mereka masuk dalam kerajaan Tuhan tersebar. Kandising yang mulai meragukan bobolian dan segala penyembelihan ingin mengenal Tuhan Yesus.

“Sayang, saya dah tak tahan dengan penduduk kampung yang semakin takut dan semakin banyak kepercayaan karut,” kata Kumbur sambil memaku papan pada sebuah rumah yang bercorak Dusun.

“Saya ragu-ragu akan cara bobolian,” jawab isterinya, Kandising pada tahun 1948.

Suatu hari Kandising tiba-tiba jatuh sakit sehingga lumpuh. Dia pernah mendengar mat salleh yang menunggang kerbau mempunyai kuasa penyembuhan.

“Sayang, pergilah ke Ranau dan meminta mat salleh itu untuk datang berdoa bagi saya,” minta isteri Kumbur.

“Tuan Asang, isteriku sudah lumpuh. Dia mahu berjalan dan hidup bahagia bersama aku. Bolehkah tuan kembali bersama saya untuk berdoa baginya,” minta Kumbur yang berkeringatan.

“Tuhan Yesus ialah Tuhan Maha Kasih dan Maha Hadir. Saat ini, Dia berada di sisi isterimu. Dia berkuasa menyembuh tubuh-nya yang sakit. Percayakah kalau kita berdua berdoa di sini dengan sungguh-sungguh, Dia akan sembuh?” tanya Asang dengan beriman.

“Mari-mari masuk, kita akan berdoa bagi isterimu,”undang Asang sambil Kumbur beranjak ke rumah Asang.

Kumbur pun pulang ke rumahnya tanpa Asang tetapi dengan penuh keyakinan dan iman baru kepada Tuhan Yesus. Apabila Kumbur tiba di kampungnya, dia menggosok matanya

kerana hampir tidak percaya apa yang dilihatnya. Isterinya sedang bekerja di ladang.

“Bagaimana isterimu sembuh? Ubat apakah yang kauberikan?” tanya jiran-jirannya yang hairan.

“Saya ke Ranau untuk berjumpa Asang dan kami berdua berdoa untuk isteri saya,” jelas Kumbur.

“Wah! Asang yang menunggang kerbau itu?” tanya jiran-jiran.

Berita ajaib ini tersebar ke seluruh pelosok kampung itu sehingga seratus orang ingin mendengar apa yang dipercayai Kumbur. Kumbur menceritakan iman barunya dengan penuh keyakinan sehingga mereka menerima Kristus. Di kalangan mereka yang percaya termasuk beberapa bobolian.

Tabiat minum tuak sehingga mabuk dalam kalangan penduduk ini menyebabkan mereka melalaikan tanggungjawab. Hidup mereka mulai berubah apabila mereka percaya kepada Tuhan Yesus. Sebelum ini, burung-burung paling gembira kerana dapat berjamuan ketika mereka berkemabukan. Sekarang, mereka tidak lagi mabuk kerana Tuhan Yesus tinggal dalam hati mereka. Berkat padi semakin melimpah ruah kerana berkat Tuhan atas kerajinan mereka.

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 104-108)