• Tidak ada hasil yang ditemukan

Selangkah Iman Bagi Cik Nell

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 141-145)

Di luar dugaan Asang, Tuhan akan mengirim seorang guru besar kepada sekolah yang akan didirikan sebuah sekolah bagi orang Dusun. Kerinduan Asang agar anak-anak di kalangan orang Dusun dididik dengan baik sejajar dengan kehendak Tuhan. Anak-anak kecil juga seperti domba-domba kecil yang sesat dan memerlukan bimbingan. Tuaian memang banyak di kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Semina atau Cik Nell seorang guru yang penyayang di Sekolah Rendah Inggeris Taginambur pada tahun 50’s dan 60’s.

Jauh di suatu sudut di Australia, Tuhan Yesus mempunyai rancangan indah bagi orang Dusun. Cik Nell yang dipanggil, berkorbar-korbar dan tidak sabar-sabar pergi memberitakan Injil. Tuhan akan

meluruskan jalan di depan Cik Nell tanpa diketahuinya.

Di dalam kesepian saat itu, Cik Nell berdoa dengan hati yang kecewa dan berterus terang kepada Tuhan. Saat ini dia tidak sedar, “Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rancangan-Ku dari rancanganmu” (Yesaya 55:9.). Dalam rancangan Tuhan yang lebih tinggi, Dia sedang merancangkan sesuatu jauh di luar pengertian Cik Nell.

“Tuhan, tentu Engkau tidak memanggil aku dan kemudian sengaja mengejek aku. Bukankah bimbingan Engkau memang ke Borneo? Jadi Tuhan Yesus, sekarang apakah harus kubuat? Aku tidak percaya ini hasil muktamad Engkau.”

Apa yang terjadi kepada Cik Nell?

Pada bulan September, Nell Young sedang bercuti di Wagga Wagga ketika dia mendengar Tuhan berfirman kepadanya secara peribadi melalui seorang pengkhutbah. Dia sedang berkhutbah daripada “Telah cukup lamanya kamu berjalan keliling pergunungan ini, beloklah sekarang ke utara”(Ulangan 2:3). Nell sudah lama mempertimbangkan ke arah mana misinya…dia mentafsir gunung sebagai halangan ke tanah perjanjian dan dia seakan-akan sedang mengelilingi gunung-ganang ini. Petunjuk-Nya ialah ke arah utara Australia, Borneo.

Bimbingan bagi Nell Young sungguh ajaib. Setelah beberapa minggu, selalu ada perkataan segar daripada Tuhan yang datang membimbing dia. Setelah beberapa tanda pernyataan, Nell Young yakin Tuhan Yesus telah memanggil dia ke Kalimantan untuk melayani bersama WEC. Sewaktu dia menghadiri kursus linguistik, Nell menderita insomnia, tidak dapat tidur dan kelihatan pucat.

Ketika salah satu anggota jawatankuasa melihat mata Cik Nell yang berlingkaran gelap seperti beruang panda, dia berfikir Cik Nell tidak mungkin ada kegigihan menghadapi cabaran di Borneo yang memerlukan seseorang yang berperibadian tegap dan sihat.

“Cik Nell, kami merasa awak tidak memiliki daya tahan untuk hidup di cuaca tropikal,” kata salah satu anggota jawatan kuasa WEC dengan wajah yang sedih.

‘Ya, kami merasa awak lebih baik tinggal di pejabat dan menolong kami mengurus WEC. Pelayanan di Kalimatan memerlukan daya tahan tubuh yang cukup tinggi. Agak sulitlah pekerjaan di sana dan kami takut kesihatanmu...” kata seorang anggota yang lain.

Di sudut Australia yang sepi ini, Cik Nell mengimbas apa yang dikatakan oleh ketua WEC, dan hatinya bagai tertusuk jarum. Dia percaya itu bukan kata terakhir daripada Tuhan; dia perlu berikhtiar lain. Tentu saja dalam kehendak Tuhan ada rancangan misi yang indah bagi Nell yang rindu melayani.

Kemudian, Nell teringat kawan-kawannya, Joan dan Don Wellings yang ke misi di Borneo tanpa menerusi pertubuhan misi. Mungkinkah Nell melangkah tanpa diutus oleh pertubuhan misi?

“Wah, mereka seperti bapa Abraham yang berangkat tanpa mengetahui ke mana mereka dipanggil! Mereka memang mengambil selangkah iman bagi misi. Dapatkah aku melakukan demikian?” renungi Nell akan hal ini.

Nell merenungi kisah hidup Abraham. “Berfirmanlah TUHAN kepada Abram:“Pergilah dari negerimu dan daripada sanak saudaramu dan dari rumah bapamu ini ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu; Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar, dan memberkati engkau serta membuat namamu masyhur dan engkau akan menjadi berkat” (Kejadian 12:1-2). Luarbiasalah, selangkah iman telah menjadikan Abram bapa kepada bangsa yang besar, bahkan daripada Abram datanglah Juruselamat.

“Hanya satu langkah iman saja,” bisik Nell dalam kekudusan saat itu.

Semasa Nell merenungi kisah Abraham, hatinya semakin diperkuatkan untuk misi yang disediakan Tuhan baginya. Ya, hanya selangkah iman dapat menolong orang iman menggapai bintang-bintang bagi Tuhan. Bagi Cik Nell, bintang-bintang yang ingin digapainya

ialah diutus ke ladang misi.

“Baik saya mengambil satu langkah iman dan menulis kepada mereka dan menanyakan keadaan mereka di sana, jenis pelayanan yang dilakukan oleh mereka, dan jenis pelayanan yang mungkin aku lakukan di sana,” kata Nell kepada diri sendiri.

Siapa tahu, langkah seiman yang diambil oleh cik Nell akan menggapai bintang bagi bukan hanya rancangan Tuhan bagi dirinya tetapi juga kanak-kanak di kalangan orang Dusun. Begitu banyak anak yang memerlukan bimbingan rohani dan pendidikan akan dijangkau oleh Nell. Mereka sedang bermain masak-masak di tengah-tengah hutan Borneo, menangkap ikan, mencari serangga dan ada pula menerjun ke sungai yang dingin. Cik Nell belum mendengar gelak tawa mereka di hutan dan cara mereka bermain masak-masak.

Nell pun segera mengirim surat itu dan menantikan jawapan daripada mereka. Bulan Disember memang baginya bagai bergerak dalam terowong yang gelap kerana jawapan datang teramat lambatnya, maklumlah surat siput babi. Kemungkinan pergi ke Borneo digelapi oleh awan keraguan dan semua kelihatan seakan-akan satu panggilan yang mustahil.

Tuhan yang memanggil dia adalah Tuhan Abraham walaupun penantiannya lama tetapi rancangan-Nya tidak dapat dihindari oleh apa apa pun, tiada yang mustahil. Suara Tuhan kepada Cik Nell datang dengan jelas lagi. Sewaktu Nell membaca Lukas 1:45 pada Disember 8, 1952, Tuhan berkata kepadanya, “Dan berbahagialah dia, yang telah percaya, sebab apa yang dikatakan kepadanya daripada Tuhan, akan terlaksana” (Lukas 1:45).

Suara kecil Tuhan memberi pengharapan kepada Cik Nell sehingga dia menari-nari dan menyanyi dalam keyakinan. Dia begitu yakin Tuhan akan membimbing dia ke dalam ladang pelayanan dan tidak ada yang boleh menghalangi kehendak-Nya.

Surat yang dinanti-nantikan sekian lama sudah tiba di tangan Cik Nell. Surat yang istimewa ini datang dari Kota Belud, Borneo

Utara. Dia membaca surat itu dengan teliti dan penuh pengharapan. Manusia mungkin berfikir dia tidak sesuai di ladang misi tetapi Tuhan tahu yang terbaik.

Adakah surat ini akan menghampakan Cik Nell lagi?

Nada surat ini bersifat berhati-hati tetapi penjelasan tentang kesempatan melayani di misi Borneo sungguh jelas. Surat ini menjelaskan bahawa pelayanan di sini masih dalam peringkat permulaan. Kalau Cik Nell ingin ke sana, dia harus begitu pasti itu memang bimbingan daripada Tuhan Yesus. Bagi Nell yang meneri-ma bimbingan daripada Tuhan, hal ini tidak perlu didoakan lagi. Keyakinan akan ladang pelayanan ini datang dengan segera dari-pada Tuhan tanpa setitik keraguan.

Walau bagimana pun, Cik Nell kemudian berdoa dan menunggu di hadirat Tuhan sebelum menjawab mereka. Apabila surat itu tiba di Jesselton, Asang tidak menunggu lagi, dia segera membawa surat itu kepada Ahli Jawatan Kuasa. Don dan Joan menulis kepada Cik Nell mengenai hal ini sehingga bimbingan Tuhan kepada Cik Nell semakin jelas baginya.

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 141-145)