• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perjalanan Yang Berliku-liku

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 29-35)

Saat menunggu sudah berakhir, Trevor merasa lega hati ketika menerima sepucuk surat daripada BEM yang memberi izin untuk “pergi.” “Pergilah ke Timur” kini bukan hanya suara syurgawi tanpa arah yang jelas, pintu sudah terbuka luas. Banyak yang belum pernah mendengar tentang Tuhan Yesus sedang menantikan kasih syurgawi-Nya.

Dengan perasaan teruja, Trevor merancang pelayaran ke tempat istimewa ini dengan tambang termurah, kapal Maritimers. Setelah menunggu sepuluh bulan, dia segera berangkat ke pulau berwarna-warni yang dihuni oleh pelbagai suku. Trevor telah menetapkan tanggal untuk melayari dari Dover ke Calais, kemu-dian ke Paris lalu ke Marseilles.

Apakah yang boleh menghambat perjalanan Trevor ke ladang panggilannya yang ditunggu sekian lamanya?

Di luar dugaan Trevor, perang tercetus antara negara Britain dan Jerman menghambat perjalanannya lagi. Kecamuk perang ini menghambat lagi perjalanan Trevor ke Borneo. Bayangkan betapa takut Trevor meniti saat yang seram kerana suasana cemas.

“Benarkah saya perlu menyertai tentera sedangkan saya dengan sepenuh hati sudah menjadi tentera Kristus,” fikir Trevor ketika menerima khabar bahawa semua pendeta yang ditahbiskan dikecualikan dari menyertai barisan tentera. Trevor dan misionari lain yang belum ditahbiskan tidak dikecualikan namun WEC memohon mereka dikecualikan.

Suasana cemas menyelubungi seluruh kota Paris yang digemparkan oleh khabar perang ketika Trevor menginjak ke

sana…Hanya warna biru dibenarkan dalam kota demi keselamatan. Setiap langkah menggerunkan hati Trevor akan tetapi Tuhan yang Maha Hadir melindungi dia. Panggilan-Nya ke Borneo tidak akan tergugat.

Suasana yang tidak menentu dan wajah-wajah gelisah terlukis pada riak muka penumpang keretapi yang menuju ke Marseilles.... Bersama-sama dengan kesemua penumpang ini Trevor mengambil 23 jam untuk tiba ke Marseilles yang seharusnya mengambil 3 jam. Perasaan cemas, ketidakselesaan dan kegelisahan suasana perang menyebabkan kapal itu bersinggah banyak kali.

Akhirnya Trevor belayar dalam “Le Providence.” “Le Providence” bukan sebuah kapal indah. Kapal usang Trans Alantik ini sebenarnya bolehlah dicampakkan ke sampah besi dan dikitar semula. Ketika perut Trevor berkeroncongan, dia ke dapur kapal itu. Hanya ada air panas menitis daripada paip di atas. Asang melihat titisan air itu dengan mata yang kecewa.

Pelampung-pelampung disiapkan kerana kapal ini mungkin akan tenggelam seperti Kapal Titanik. Suasana kapal ini malap dan diterangi oleh lampu biru. Sesekali kapal-kapal Axis yang terang dan mengumandang muzik lantang melalui kapal usang ini. Trevor memandang ke sekelilingnya, dia nampak banyak tentera Singalese dan pegawai Perancis.

“Awak harus menyertai salah satu pasukan tentera setiba ke Singapura!” kata seorang penumpang,

“Sudah terlambat, saya sudah terdaftar sebagai tentera di pasukan lain,” kata Trevor tersenyum.

Sungguh, Trevor sudah mendaftar diri di angkatan Kristus dan peperangan tidak akan menghalangi hakikat ini. Sekalipun menaiki Le Providence seakan-akan menggadai nasibnya, panggilan Tuhan tidak akan gagal. Itu sifat askar Kristus yang baik, pergi tanpa takut akan kebahayaan atas nyawa sendiri.

Kapal “Le Providence” belayar ke Djibouti dan bersinggah di sana selama lima hari. Trevor berjalan-jalan di kapal dan melayang

pandangannya ke pelabuhan Djibouti. Dia ternampak kemah-kemah putih. Pasti itu kemah askar yang akan pergi berperang. Kemudian, Trevor ketawa terbahak-bahak apabila diberitahu bahawa itu longgokan garam putih.

“Ha! Ha! Lucunya, bagaimana saya boleh melihatnya sebagai khemah-khemah putih,” kata Trevor sambil ketawa geli.

Hati Trevor lega apabila kapal mulai belayar dari pelabuhan Djibouti pada pagi hari yang kelima. Walaupun dalam suasana perang, perjalanan ke Timur dan panggilan Trevor semakin terang dan pasti. Langkahnya tidak bergoyah walau betapa sulitnya. “Orang yang percaya kepada TUHAN adalah seperti gunung Sion yang tidak bergoyah, yang tetap untuk selama-lamanya” (Mazmur 125:1).

“Saudara-saudara, saya memohon maaf kerana saya tidak ingin menggadai nyawa-nyawa awak semua dengan kapal ini di Lautan India yang cukup ganas. Kita terpaksa patah balik ke pelabuhan Djibouti dan menunggu di sana saja, entahlah berapa lama saudara,” umum kapten kapal Le Providence.

Trevor menduga dia terpaksa menunggu agak lama di sana namun dia ditawar untuk menaiki sebuah kapal kecil. Segera, Trevor bersetuju untuk berlayar dengan “MV Sontay” dan destinasinya ialah Saigon, Colombo, Singapura dan Hai Fong. Muatan dalam kapal ini ialah simen.

Mata Trevor melayang ke beg-beg yang dibawa ke kapal ini namun dia tidak melihat apa-apa. “Tidak mengapalah, pasti ada di sana, sungguh banyak beg…,” kata Trevor kepada diri sendiri. Setiba di Singapura, Trevor mendapati tidak ada satu begnya pun dipindahkan ke kapal ini. Setelah usaha mencari hampakan, Trevor berjalan ke pelabuhan untuk membeli tiket ke Borneo.

“Maaf tuan, bot ke Borneo sudah berlepas…,” kata pegawai tiket.

Trevor terpaksa mengharungi rintangan sehingga misinya diperlambatkan hampir sebulan lamanya. Setelah mencari-cari tempat

bersinggah sementara menunggu kapal ke Borneo, Trevor tinggal di YMCA. Trevor tidak membawa banyak wang dan terpaksa mengikat perut. Dia hanya makan sebiji epal dan sebuku roti buah-buahan kecil. Walaupun tidak cukup makanan, Trevor tetap gembira kerana kini dia berada dalam perjalanan ke Borneo.

Panggilan “Pergilah Timur, “ tidak pernah lekang daripada keyakinannya walaupun perang atau kekurangan makanan. Hal ini juga mengingatkan kita kepada para murid Tuhan Yesus yang sering hidup dalam kesederhanaan demi injil. Mereka membulir butir-butir gandum sewaktu mereka berada dalam perjalanan penginjilan.

Hari yang gembira dan pasti tiba apabila Trevor mendapat tiket untuk menaiki “SS Darvel” yang berlayar ke Jesselton, Utara Borneo. Perjalanan itu mengambil lima hari sebelum Trevor menjejak kakinya di bumi yang kaya dengan gunung-ganang, sungai, bebunga dan hutan dara pada Oktober 1939.

Ketibaan Trevor disambut E. Stafford Young yang mempunyai keluarga yang terlibat dalam perusahaan gula. Stafford merupakan pelopor pekerjaan BEM di Utara Borneo dan pernah mengunjungi ladang ini pada tahun 1934 dan telah mendengar panggilan Tuhan untuk kembali pada tahun 1936. Trevor tinggal bersama Stafford di rumah atap yang disewa mereka di Jesselton. Tidak lama kemudian, mereka berpindah ke sebuah rumah moden. Pertemuan Trevor dengan Stafford tidak dapat disangkal lagi ialah aturan ilahi untuk pelayanan dan hidup Trevor.

Masa lima bulan ini telah digunakan oleh Trevor untuk belajar Bahasa Malaysia. Trevor begitu gembira apabila Stafford mengupah Yusuf untuk mengajarnya Bahasa Malaysia tetapi guru itu tidak pernah datang. Dengan tekun, Trevor belajar Bahasa Melayu daripada sebuah buku panduan dengan bantuan Ro Brewsher, misionari kawasan Limbang. Untuk melatih diri, Trevor berusaha menggunakannya sewaktu membeli-belah di kedai dan sewaktu berjalan-jalan di pasar.

“Ini kang kang kong,” tanya Trevor.

“Bukan, hanya satu kang, kangkong,” kata penjual sayur. “Saya mahu beli batu?” tanya Trevor.

“Bukan batu tetapi jambu batu...” kata penjual itu. “Oh...Oh...” kata Trevor sambil ketawa.

Trevor menduga begnya sudah mengucapkan sayonara buat selama-lamanya tetapi dengan ajaibnya, begnya tiba pada December 23. Apabila Trevor membukanya, hanya sedikit yang rosak. Dua botol air sudah berpecahan dan sarung kakinya berlubang.

Sesungguhnya Hari Natal di sini berlainan daripada Hari Natal yang disambut di Draycott. Cukuplah menghayati matahari terbit di atas gunung Kinabalu, dan merasa angin dari kawasan yang segar terus berpuput mendesirkan daun yang hijau di ambang rumahnya. Suara rimba raya mengirangkan hati Asang.

Syukurlah. Asang menerima beberapa hadiah natal daripada kawan-kawan di sini. Trevor menerima sebuah dompet, sebuah buku oleh Amy Carmicheal, lampu suluh elektrik, dan satu tin ‘butterscotch.’ Pada pagi Natal, Trevor dengan rajin meniap sepuluh halaman perbendeharaan kata dalam Bahasa Malaysia, bermain badminton dan mendengar siaran radio King’s Empire.

“Sebelum mengambil cuti, Stafford mengunjungi orang Dusun setiap bulan di kawasan Ranau, kawasan yang jarang diberitakan Injil. Ranau dalam Bahasa Dusun, ‘Ranahon’ menggambarkan kawasan sawah padi. Kebanyakan penduduk di sini mengusahakan padi huma atau padi bukit kerana muka bumi sini berbukit-bukau. Ranau sebuah kawasan indah dan mempunyai kolam air panas Poring, tumbuhan hijau yang indah, dan tamu bulanan (pasar)yang riuh rendah.

Stafford sering ditemani oleh Rentian penterjemahnya. Stafford berbahasa Bahasa Malaysia dan sedang belajar Bahasa Dusun. Seringkali apabila dia berkhutbah, segulung gambar digunanya sehingga Rentian dapat juga menggunakannya untuk berkhutbah.2

Stafford kemudian ingin berpindah ke Ranau dan melayani

di kalangan orang Dusun. Tanpa disedarinya, keputusannya sebenarnya sedang menetap arah pelayanan bagi Trevor seraya membuka bab baru bagi orang Dusun. Arah yang ditentukan oleh Tuhan semakin jelas dalam kehidupan Asang—Tuhan akan membimbing Trevor melayani di kalangan orang Dusun di Ranau. Tangan Tuhan yang ajaib membimbing sehingga sampai persis ke tempat pelayanan yang menjadi denyutan hati Tuhan.

“G

unung Kinabalu sebenarnya bererti Kina baru…ya betul…China baru ah!” kata seorang Ah Pek Cina kepada Trevor.

“Ah pek ah…Kinabalu lebih dekat dengan “mengalu yang bererti tempat rehat,” kata Trevor yang semakin fasih berbahasa Malaysia.

FIRMAN

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 29-35)