• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kolonel Suga Yang Baik

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 67-71)

Kolonel Suga memanggil kanak-kanak ke pejabatnya seminggu sekali dan memberi mereka gula-gula. Kadangkala kanak-kanak agak nakal dan tidak sopan terhadap Kolonel Suga tetapi oleh kerana Bahasa Inggerisnya kurang fasih, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh mereka.

Pada suatu hari suasana kem tiba-tiba menjadi tegang dan perasaan takut menyelubungi semua.

“Dengar, dengar, kita akan dipindah ke kem lain,” bisik seorang banduan kepada kawan-kawannya.

“Ya, kalau tidak salah kita akan dipindahkan ke batu 42,” kata seorang banduan.

“Tapi saya dengar kita akan melalui Jalan Serian,” kata seorang lagi.

Sunyi senyap menyusul dan desas desus tiba-tiba lenyap apabila seorang pegawai masuk ke dalam kem.

“Kalian semua akan disoal, bersiap sedia segera,”kata pegawai itu dengan tegas.

“Segera beratur!”

Asang tertanya-tanya, “Apakah niat mereka yang selanjutnya?” Hati Asang berdebar-debar apabila dia dipanggil menghadap pihak Jepun.

“Asang, adakah kamu sihat-sihat selama ini? Ada batukkah? Pernah deman tinggikah?” tanya pegawai itu.

“Saya sihat-sihat tuan,” jawab Asang yang tertanya-tanya kenapa mereka tiba-tiba mengambil berat tentang kesihatan mereka.

Setelah sesi tanya jawab, semua banduan mencungkil akal untuk meneka apakah niat pegawai Jepun.

“Jangan-jangan kita akan dipupuskan dari permukaan bumi!” Sinaran mentari pengharapan memandikan kem apabila mereka dihujani beribuan risalah pada Ogos 1945.

“Kalian tidak diizin memugut risalah!” bentak seorang

pegawai dengan suara yang bengis.

Sehubungan pegawai-pegawai Jepun lain sedang sibuk menyembunyikan diri daripada pesawat tentera bersekutu; banduan-banduan tidak menghiraukan amaran lagi. Apabila Asang dan kawan-kawannya memugut risalah itu, mereka akan bersembunyi di suatu sudut khemah lalu membacanya. Hati mereka melonjak kegembiraan kerana ini bererti pengakhiran pertahanan yang gelap dan pematahan kuk penderitaan.

“Kepada semua banduan Negara-Negara Bersekutu di Borneo British daripada Perintah Divisi Kesembilan Australia. Akhirnya, Tentera Bersekutu telah mengalahkan pihak Jepun.Negara Jepun sudah menyerah tanpa bersyarat, dan Maharaja Jepun mewakili pihak Jepun sudah menyerah. Bersoraklah. Perlu diingat kalian berada di tempat yang agak sulit dijangkau, kami tidak dapat menolong kalian dengan segera. Kami menjamin kalian kami akan menggunakan segenap kuasa untuk membebaskan kalian dan memberi perhatian kepada kalian semua dengan segera.” Yang ikhlas, G.F. Wotten, Ketua Jeneral.

Awan gelap yang meragukan masih menutupi sinaran hari-hari berikutnya kerana mereka tidak tahu apakah askar-askar Jepun akan menyerang sebelum mengalah.

“Bilakah pihak Australia akan datang menyelamatkan kita?” tanya mereka kepada sesama.

“Kita lebih baik tidak memberontak dan mengerjakan tugas seperti biasa,” kata salah seorang penghuni kem yang berwaspada.

Risalah-risalah yang membawa berita gembira itu tetap tersimpan di hati setiap banduan. Pengharapan semakin cerah dalam sanubari mereka. Nyanyian lagu berkumandang dalam hati mereka, “Hari beredar, mentari muncul dari langit, dari bukit bukau, dari Barat. Semuanya sejahtera, selamat berteduh, Tuhan sudah dekat.” Pelangi dan mentari pengharapan muncul lagi apabila Kolonel Suga mengumpulkan wanita-wanita dalam sebuah tempat tinggal askar yang juga digunakan oleh para biarawati untuk beribadat lalu

mem-beritahu mereka bahawa khabar dalam risalah yang dibaca mereka memang benar.

“Tetapi, kalian perlu bertenang kerana pegawai-pegawai Jepun lain yang marah mungkin akan bertindak keras atau mengamuk,” bisik Kolonel Suga.

“Saya akan berusaha melindungi kalian. Tenanglah dan jangan takut,”bisik Kolonel Suga.

Suasana kem menjadi seram apabila tersebar khabar bahawa pegawai-pegawai Jepun memang mahu menghapuskan mereka semua. Seorang askar Jepun telah terjumpa sepucuk surat yang memberi perintah agar mereka dipindahkan pada 17hb Ogos. Kegelisahan dan kengerian dibunuh beramai-ramai menyelubungi seluruh kem. Biasanya banduan-banduan akan disuruh membuat perbarisan dan kemudian berarak ke tempat pembunuhan bagai domba-domba yang dibawa ke tempat pembantaian! Anak-anak kecil dan wanita-wanita pula akan ditinggalkan dalam kem dan kemudian dibakar hidup-hidup!

Adakah pelayanan Asang hanya sampai takat ini sahaja? Sungguhkah panggilan pergilah ke Timur bagi Asang berakhir di sini sahaja? Di tempat pembantaian? Inikah masa depan orang Dusun dalam kerajaan Tuhan? “Kenapa Tuhan Tuaian mengutus Asang untuk menemui ajal begitu cepat?”

Asang dan kawan-kawannya berdoa bagi hari pembebasan dan penyelamatan para banduan. “Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umat, curahkanlah isi hatimu di hadapan-Nya; Tuhan ialah tempat perlindungan kita. Sela” (Mazmur 62:9). “Ya Tuhan, dengarlah suaraku pada waktu aku mengaduh, jagalah nyawaku terhadap musuh yang dahsyat” (Mazmur 64:2)

Pada suatu hari wajah Kolonel Suga kelihatan muram dan kelopak matanya berlinangan airmata. Asang dan kawan-kawannya kemudian menerima berita bahawa anak-anaknya dan seluruh keluarganya terkorban sewaktu bom digugurkan ke atas kota Hiroshima. Hatinya berkecaian, isterinya yang cantik Tern sudah pergi tanpa

memberi dakapan terakhir.

Banduan-banduan di kem turut merasa simpati dengan Kolonel Suga kerana mereka tahu Kolonel Suga banyak kali telah melindungi mereka daripada kebahayaan. Tanpa perlindungannya, mereka mungkin diperlakukan dengan kasar oleh pegawai-pegawai muda yang bengis.

Penaklukan Jepun atas Malaysia merupakan tiga setengah tahun kengerian bagi bangsa-bangsa di Malaysia. Rakyat dipukul kerana tidak menurut atau menunduk kepada tentera-tentera Jepun, seringkali mereka yang dituduh akan dipenggal di depan orang ramai. Laungan “Asia untuk Asia” ternyata sebaliknya dan ekonomi Malaysia merosot dan kemiskinan menyeksa penduduk. Goncangan ekonomi bertambah teruk apabila pihak Jepun mencetak banyak ‘wang pisang’ yang tidak berguna.

Gambar pengasas BEM pada tahun 1928, dari kiri ke kanan

BINTANG PAGI

Dalam dokumen PERGILAH TIMUR, TREVOR WHITE (Halaman 67-71)