18 al-Quran, al-Ahzab 33: 40
BIOGRAFI DAN GENEOLOGI INTELEKTUAL Nama, Kelahiran dan Pendidikan
Nama sebenarnya ialah Shaykh ‘Alam al-DÊn, AbË MuÍammad wa AbË al-FayÌ, MuÍammad YÉsÊn bin MuÍammad ‘ÔsÉ bin ÕdÊq FÉdÉnÊ IndËnÊsÊ MakkÊ al-ShÉfi’Ê.1 Dilahirkan di Misfalah—sebuah kawasan yang hampir dengan Masjid al-Haram— pada hari Selasa, 27 Sha’ban 1337 H2 bersamaan 27 Mei 1919 M.3
1 FÉdÉnÊ (1407 H/1987 M), al-Arba’Ën al-BuldÉniyyah, cet. 2. BayrËt: DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah, h. 3; FÉdÉnÊ (1429 H/2008 M), al-Arba’Ën ×adÊthan. BayrËt: DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah, h. 3; FÉdÉnÊ (t.th.), ×usn al-SiyÉghah. Pulau Pinang: Maktabah wa MaÏba’ah AbdullÉh RÉwÊ, h. 1; FÉdÉnÊ (1403 H/1983 M), Thabt al-KazbarÊ. Damsyik: DÉr al-BaÎÉ’ir, h. 8; FÉdÉnÊ (1403 H/1983 M), IttiÍÉf Bararah, cet. 2. Damsyik: DÉr BaÎÉ’ir, h. 7; FÉdÉnÊ (1406 H/1986 M), FayÌ
al-162
Shaykh al-FÉdÉnÊ dibesarkan dalam lingkungan keluarga ulama yang cintakan ilmu. Pada mulanya, beliau memperolehi pendidikan asas daripada bapa dan ibunya, iaitu Shaykh ‘ÔsÉ al-FÉdÉnÊ dan MaymËnah binti ‘AbdullÉh FÉdÉn4 serta bapa saudara sebelah ayahnya, Shaykh MaÍmËd al-FÉdÉnÊ. Selain belajar membaca dan menghafaz al-Quran, beliau juga didedahkan dengan ilmu alat dan matan hadith. Beliau tumbuh sebagai anak yang cerdas, penuh inspirasi dan berbakat. Dalam lingkungan usia yang masih belia, FÉdÉnÊ muda telah menghafaz teks keagamaan yang menjadi sumber teras Islam dimaksud. Manakala pendidikan formal dilaluinya di Madrasah Øawlatiyah (1346 H/1927 M). Sebuah institusi swasta yang cukup ulung di Semenanjung Arab yang menggunapakai sistem klasikal. Diasaskan oleh Shaykh RaÍmatullÉh pada 15 Sha’bÉn 1290 H/8 Oktober 1873 M.5 Selama kurang lebih 7 tahun mendepani cabaran alam persekolahan di sini, beliau pindah ke Madrasah DÉr al-‘UlËm, di Shi’b ‘AlÊ, Mekah. Shaykh al-FÉdÉnÊ dan rakan-rakan yang lain “terpaksa” pindah, setelah serentetan peristiwa “penghinaan” yang memicu sensitiviti (nasionalisme) kenusantaraan.6 Perguruan ini ditubuhkan oleh Sayyid MuÍsin MusÉwÊ, 16 ShawwÉl 1353 H7/21 Januari 1935 M. Kurang lebih 3 tahun menuntut, beliau menamatkan pengajian tinggi dengan cemerlang pada 14 RabÊ’ al-Awwal 1356 H8/24 Mei 1937 M.
Guru Shaykh al-FÉdÉnÊ
Selain ayah, ibu dan bapa saudara, Shaykh al-FÉdÉnÊ telah menimba ilmu daripada ramai ulama terbilang di zamannya. Sebuah riwayat menyebutkan, beliau berguru dengan lebih dari 700 ulama.9 Sebuah angka yang teramat sukar untuk dicarikan tandingannya ketika ini. Tersebutlah diantaranya ‘AbdullÉh MuÍammad NayyÉzÊ, ×asan MashÉÏ, ×asan
RaÍmÉnÊ. BayrËt: DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah, h. 88; FÉdÉnÊ (1426 H/2005 M), al-RawÌ al-FÉ’iÍ,
al-Mar’ashlÊ (taÍqÊq). BayrËt: DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah, h. 51; AbË Ghuddah (1419 H/1999 M),
ImdÉd al-FattÉÍ, Óli RashÊd (takhrÊj). RiyÉÌ: Maktabah al-ImÉm al-ShÉfi’Ê, h. 248; Sa’Êd MamdËÍ
(1403 H/1983 M), TashnÊf al-AsmÉ’. Kaherah: DÉr al-ShabÉb li al-ÙibÉ’ah, h. 8.
2 AÍmad YËsuf dalam FÉdÉnÊ (t.th.), FayÌ KhabÊr wa KhulÉÎah TaqrÊr. Mesir: MaÏba’ah al-FijÉlah al-JadÊdah, h. () .ل
3 Raja Haron (1422 H/2001 M), Jadwal Tarikh, jil. 15. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 74. Sebilangan penulis mengatakan, ia dilahirkan tahun 1335 H/1916 M. Namun kenyataan tersebut tidak secara detil menjelaskan hari bulannya. Lihat BassÉm al-JÉbÊ dalam FÉdÉnÊ (1403 H/1983 M),
Thabt al-KazbarÊ, op.cit., h. 9; Sa’Êd MamdËÍ (1403 H/1983 M), op.cit., h. 8; RamzÊ Sa’d al-DÊn
dalam FÉdÉnÊ (1417 H/1996 M), FawÉ’id Janiyyah, juz. 1. BayrËt: DÉr BashÉ’ir al-IslÉmiyah, h. 37; Óli RashÊd dalam AbË Ghuddah (1419 H/1999 M), op.cit., h. 238; Mar’ashlÊ dalam FÉdÉnÊ (1426 H/2005 M), al-RawÌ al-FÉ’íÍ, op.cit., h. 51.
4 ×asan Shu’ayb, http://www.makkawi.com/Articles/show.aspx?Id=144, diakses 12 Oktober 2009.
5 Fahmi Zamzam (2005), Sayyid MuÍammad bin ‘AlawÊ al-MÉlikÊ. Kedah: Khazanah Banjariyah, h. 33-34.
6 ‘Umar ‘Abd al-JabbÉr (1403 H/1983 M), Siyar wa TarÉjum, cet. 3. Jeddah: TihÉmah, h. 294; Azra (2000), Menuju Masyarakat Madani, cet. 2. Bandung: Rosdakarya, h. 52; Azra (2000), Renaisans
Islam Asia Tenggara, cet. 2. Bandung: Rosdakarya, h. 155; Salmawati Hasibuan et al. (1985), Syekh Ali Hasan Ahmad (Sebuah Biografi Kecil). Padang Sidempuan: Majlis Ulama Daerah Tingkat II
Tapanuli Selatan, h. 5.
7 Wan Mohd. Saghir Abdullah (2006), “Syeikh Zubeir al-Filfulani: Tokoh Pendidikan Islam Malaysia”. Utusan Malaysia, 7 Ogos, h. 18; AÍmad YËsuf dalam FÉdÉnÊ (t.th.), op.cit., h. () . ل
8 FÉdÉnÊ (t.th.), op.cit., h. () . ل
Syeikh Yasin Padang Dan Hadith Arba’in: Sebuah Ulasan Dan Takhrij
163 YamÉnÊ, Sayyid ‘AlawÊ MÉlikÊ, MukhtÉr ‘UthmÉn MakhdËm, ‘Umar BÉjunÊd, ‘Umar ×amdÉn, ‘Abd al-QadÊr MandÊlÊ, IbrÉhÊm DÉwud FaÏÉnÊ, Ma’ÎËm Lasem, Sayyid MuÍsin MusÉwi, MukhtÉr ‘AÏÉrid Bogor, Zubayr AÍmad.
Murid Shaykh al-FÉdÉnÊ
Selain berkhidmat di bekas kampusnya, beliau juga mengajar di Masjid al-×arÉm dan di rumahnya, Jalan (ShÉri’) Andalus, Hayy al-‘Utaybah.10 Sebagai seorang yang alim tentulah banyak penuntut yang mahukan pengajaran beliau. Tidak hairan, ramai pelajar di serata pelusuk dunia menuntut dengan Shaykh al-FÉdÉnÊ. Sama ada yang berasal dari belahan Afrika, Timur Tengah mahupun Asia Tenggara. Merujuk paparan Sa’Êd MamdËÍ, terlalu ramai murid yang mencongkel khazanah keilmuan Shaykh al-FÉdÉnÊ sehingga agak sukar untuk diperkirakan bilangan pastinya.11 Antara murid beliau ialah Abdul Halim Abd. Kadir, Abd. AzÊz Pasir Tumboh, Abdullah Abd. Rahman, A. Fahmi Zamzam, A. Sahal Mahfuz, ‘AlÊ Jumu’ah, Ishaq Yahya, Sa’Êd MamdËÍ, MukhtÉr DÊn FalimbÉnÊ, NËr al-DÊn BanjarÊ, ØabrÉn AsmawÊ, Said Agil al-Munawar, YËsuf Mar’ashlÊ, Zakaria AÍmad Wan Besar, dan lain-lain.
Apabila dilihat dengan saksama, tampak jelas bahawa majoriti murid Shaykh al-FÉdÉnÊ adalah tokoh yang produktif lagi professional. Majoritinya berkhidmat untuk kemaslahatan umat, agama dan negara. Sebahagian bertugas menjadi penulis; ahli fatwa; pensyarah/guru; ahli politik; ulama; peneraju pondok/sekolah dan pendakwah. Kenyataan sebegini menunjukkan keberkahan ilmu yang beliau ajarkan semasa hidup. Perkara tersebut dibuktikan—salah satunya—dengan ramainya pelajar beliau yang berjaya dalam menjalani arus perdana kehidupan dan mampu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial.
Karya Shaykh al-FÉdÉnÊ
Shaykh al-FÉdÉnÊ termasuk dalam kumpulan ulama prolifik.12 Adapun karya beliau ialah:
al-FawÉ’id al-Janiyyah (BayrËt: DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah, 1411 H [cet. 1], 1417 H
[cet. 2]; 2 jilid), FayÌ al-KhabÊr (Mesir: MaÏba’ah al-FijÉlah al-JadÊdah, [t.th.]; 189 hlm.),
×usn al-ØiyÉghah (Pulau Pinang: MaÏba’ah al-×ajj AbdullÉh bin MuÍammad al-RÉwÊ,
[t.th.]; 192 hlm.), al-Arba’Ën al-BuldÉniyyah (BayrËt: DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah, 1407 H [cet. 2]; 80 hlm.), al-Arba’Ën ×adÊthan (BayrËt: DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah, 1407 H [cet. 2]; 87 hlm.), Durr ManÌËd (20 jilid), FatÍ ‘AllÉm (4 jilid), AsÉnÊd
Makkiyyah (BayrËt: DÉr BashÉ’ir IslÉmiyah, 1409 H [cet. 2]; 32 hlm.), IttiÍÉf al-Bararah (Damsyik: DÉr al-BaÎÉ’ir, 1403 H [cet. 2]; 30 hlm.), IttiÍÉf al-IkhwÉn (Damsyik
10 Kelas pengajian tersebut bahkan berlanjut selepas kewafatan beliau. Antara tokoh murid yang meneruskan perjuangan dakwah dan pengajarannya itu ialah Shaykh MukhtÉr al-DÊn FalimbÉnÊ dan Sayyid ×Émid al-KÉf. Lihat selengkapnya ‘Abd al-WahhÉb IbrÉhÊm dalam FÉdÉnÊ (1426 H/2005 M), op.cit., h. 35 & 38.
11 Sa’Êd MamdËÍ (1403 H/1983 M), op.cit., h. 10.
12 Lebih detil lihat FÉdÉnÊ (1417 H/1996 M), op.cit., juz. 1, h. 43-46; FÉdÉnÊ (t.th.), FayÌ al-KhabÊr,
op.cit., h. ( ); FÉdÉnÊ (1403 H/1983 M), Thabt al-KazbarÊ, op.cit., h. 14-16; Sa’Êd MamdËÍ (1403 H/1983 M), op.cit., h. 10-12; Mar’ashlÊ (1427 H/2006 M), ‘Iqd al-Jawhar, op.cit., h. 2148-2150. Beliau pernah menulis biografi ulama Nusantara, namun masih berbentuk manuskrip. Lihat Azra (2005), Jaringan Ulama. Jakarta: Kencana, h. 374; Azra (2000), Renaisans Islam, op.cit., h. 156.
164
dan BayrËt: DÉr al-BaÎÉ’ir, 1406 H [cet. 2]; 272 hlm., 2 jilid), al-RawÌ al-FÉ’iÍ (BayrËt: DÉr BashÉ’ir IslÉmiyah, 1426 H; 895 hlm.), TanwÊr BaÎÊrah (Damsyik: DÉr al-BaÎÉ’ir, 1403 H [cet. 3]; 16 hlm.), Thabt al-KazbarÊ (Damsyik: DÉr al-al-BaÎÉ’ir, 1403 H; 127 hlm.), al-‘UjÉlah fÊ al-AÍÉdÊth al-Musalsalah (Damsyik: DÉr al-BaÎÉ’ir, 1405 H [cet. 2]; 128 hlm.), dan masih banyak lagi.
Hampir kesemua karya Shaykh al-FÉdÉnÊ ditulis dalam bahasa Arab, meskipun— menurut Dato’ Syeikh Abdul Halim—beliau berkebolehan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, amat digalakkan kepada ilmuan tempatan agar mengusahakan terjemahan bagi karya-karya berkenaan. Bahkan ulasan terhadap pelbagai kitab yang beliau hasilkan perlu diambil kira. Di samping usaha penerbitan. Sepertimana diketahui, majoriti karya beliau diterbitkan di BayrËt oleh DÉr al-BashÉ’ir al-IslÉmiyah dan DÉr al-BaÎÉ’ir di Damsyik. Sebahagian ada yang pernah dicetak di Kaherah. Namun amat sedikit yang diterbitkan di wilayah Malaysia, Jakarta dan sekitarnya. Padahal beliau adalah tokoh kebanggaan muslim Nusantara. Apatahlagi ramai muridnya yang berasal dari kawasan bekas jajahan British, Belanda, dan Jepun ini.
Berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan, didapati Shaykh al-FÉdÉnÊ lebih menonjol dalam riwÉyah al-ÍadÊth (sanad). Untuk sanad ÍadÊth ini dijumpai seramai 61 tajuk atau 58.65 peratus dari jumlah keseluruhan karya. Manakala kajian ÍadÊth (dirÉyah al-ÍadÊth) ditemui 6 karya atau 5.77 peratus. Adapun yang berhubungan dengan ilmu bahasa dan logik diketahui 11 tajuk atau 10.58 peratus. Sedangkan kajian dalam bidang qirÉ’Ét dan ilmu tafsir ada 2 karya atau 1.92 peratus. Sebanyak 8 tajuk dalam bidang ilmu falak telah berjaya ditulis oleh beliau atau mewakili 7.69 peratus. Sementara untuk karya fikah dan uÎËl al-fiqh didapati 15 karya atau 14.42 peratus. Dalam kajian sejarah (biografi) tersenarai 1 tajuk sahaja, ianya mewakili 0.97 peratus dari jumlah keseluruhan karya.13
Kerjaya Shaykh al-FÉdÉnÊ
Di antara aktiviti kerjaya yang pernah diceburi oleh beliau ialah: 1. Pensyarah di Madrasah DÉr al-‘UlËm
Sebaik sahaja tamat pengajian, beliau pun dilantik menjadi guru di bekas kampusnya itu. Pelantikan tersebut berkuatkuasa semenjak 1356 H/1937 M14 hingga ke wafatnya. Mengikut Mar’ashlÊ, Shaykh al-FÉdÉnÊ mengajar beberapa subjek di sini. Antaranya ÍadÊth, fikah, uÎËl al-fiqh, qawÉ’id al-fiqh, nahu, Îaraf, balÉghah, dan falak.15
2. Timbalan Pengarah di Madrasah DÉr al-‘UlËm
13 Jannatul Husna (2011), Shaykh YÉsÊn al-FÉdÉnÊ (m. 1990) dan Sumbangannya Dalam Pengajian
Hadith (Tesis Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya), h. 95-100.
14 FÉdÉnÊ (t.th.), FayÌ al-KhabÊr, op.cit., h. ( ).
Syeikh Yasin Padang Dan Hadith Arba’in: Sebuah Ulasan Dan Takhrij
165 Di samping aktiviti pengajaran, beliau dilantik menjadi wakil mudir di sekolah yang sama. Peristiwa tersebut bermula pertengahan 1359 H/1940 M hingga 1384 H/1964 M.16
3. Pengarah di Madrasah DÉr al-‘UlËm
Shaykh al-FÉdÉnÊ adalah pengarah keempat setelah Sayyid MuÍsin MusÉwÊ, Zubayr AÍmad dan AÍmad ManÎËr. Beliau menerajui madrasah terbabit sekitar tahun 1384 H/1964 M hingga ke wafatnya.17
4. Pengasas Madrasah al-BanÉt al-IbtidÉ’iyah
Selain fokus dalam membangunkan pendidikan bagi kalangan lelaki, Shaykh al-FÉdÉnÊ juga berpeluang mengasaskan sekolah khas untuk perempuan. Sebuah sekolah rendah wanita pertama di Mahallah ShÉmiyah ditubuhkan, iaitu awal RabÊ’ al-Awwal 1362 H (Mac 1943 M). Sekolah perempuan yang cukup ulung, bahkan dalam kerajaan Saudi sekalipun.18
5. Pengasas Ma’had al-Mu’allimÉt al-Ahliyah
Sekolah yang dibangun pada bulan RabÊ’ al-AkhÊr 1377 H/Oktober 1957 M ini peruntukkan bagi kalangan guru. Antara subjek yang diajarkan di sini ialah ilmu jiwa mengajar (‘ilm al-nafs al-ta’lÊmÊ), ilmu pendidikan (‘ilm al-tarbiyah) dan ilmu metodologi pendidikan (‘ilm Ïuruq al-tadrÊs).19
6. Pengajar di Masjid al-×arÉm
Shaykh al-FÉdÉnÊ melaksanakan kuliah ilmu di antara Pintu IbrahÊm dan Pintu WadÉ’. Sedia maklum, semenjak regulasi pentauliyahan diberlakukan oleh kerajaan tempatan, ramai ulama kehilangan peluang untuk mengajar di lingkungan Kaabah. Beliau adalah salah satu tokoh yang bernasib mujur mendapatkan tauliyah tadris tersebut, bertarikh 10 Jun 1969 M [25 RabÊ’ al-Awwal 1389 H] dengan nombor pentauliyahan 83.20
Kewafatan
Shaykh al-FÉdÉnÊ wafat pada pagi hari Jumaat, 28 DhË al-×ijjah 1410 H21/21 Julai 1990 M.22 AllÉhyarÍam disembahyangkan selepas salat Jumaat di Masjid al-×arÉm. Jasadnya kemudian dikebumikan di tanah pemakaman Ma’lÉ, Mekah.23 Kesedihan yang amat
16 FÉdÉnÊ (1417 H/1996 M), op.cit., juz. 1, h. 43; Azra (2000), Renaisans Islam, op.cit., h. 156.
17 Ibid; Wan Mohd. Saghir Abdullah (2006), “Saiyid Muhsin Masawi: Pengasas Dar
al-Ulum di Mekah”. Utusan Malaysia, 14 Ogos, h. 18
18 FÉdÉnÊ (1417 H/1996 M), op.cit., juz. 1, h. 47. Menurut ‘Abd al-WahhÉb IbrÉhÊm, sekolah ini merupakan sekolah wanita yang kedua setelah Madrasah FatÉh Ahliyah. Lihat ‘Abd al-WahhÉb IbrÉhÊm dalam FÉdÉnÊ (1426 H/2005 M), al-RawÌ al-FÉ’iÍ, op.cit., h. 37.
19 FÉdÉnÊ (1417 H/1996 M), op.cit., juz. 1, h. 47.
20 Ibid., h. 43; Lihat juga FÉdÉnÊ (t.th.), FayÌ al-KhabÊr, op.cit., h. ( ).
21 NËr al-DÊn BanjarÊ mencatat tarikh kewafatan tokoh ini—yang tiada lain adalah gurunya sendiri—dalam dua versi. Pertama, beliau menyebut tarikh kewafatan Shaykh FÉdÉnÊ, 28 DhË al-×ijjah 1410 H. Kedua, iaitu 28 DhË al-Qa’dah 1410 H. Menurut penulis, perbezaan ini dimungkinkan kerana kesalahan selama proses penyalinan ataupun disebabkan oleh aspek teknikal lain. Lihat percanggahan tersebut dalam Nur al-DÊn BanjarÊ (1416 H/1996 M), op.cit., h. 5 dan 13.
22 Raja Haron (1422 H/2001 M), op.cit., jil. 16, h. 20.
166
mendalam—ketika itu—telah menimpa sekalian ahli keluarga, murid, sahabat bahkan jutaan umat Islam di persada jagat atas kepergian salah seorang tokoh terbaiknya. Beliau termasuk satu di antara barisan ulama produktif abad ini yang teramat gigih dan tulus dalam mengembangkan ilmu keislaman. Shaykh al-FÉdÉnÊ meninggalkan empat orang cahaya mata, iaitu MuÍammad NËr ‘Arafah, Fahd, RiÌÉ dan NizÉr.24 Semoga Allah s.w.t. berkenan menempatkan arwah Shaykh al-FÉdÉnÊ bersama dengan arwah para Nabi dan Rasul serta sekalian sahabat dan orang-orang salih lainnya di syurga. Sementara itu, semoga ahli keluarga dan murid-murid yang beliau tinggalkan dapat meneruskan perjuangan yang mulia ini. Amin.