• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH ORIENTALISM DALAM GERAKAN ANTI HADIS DI MALAYSIA: ANALISIS KRITIKAL

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 82-104)

18 al-Quran, al-Ahzab 33: 40

PENGARUH ORIENTALISM DALAM GERAKAN ANTI HADIS DI MALAYSIA: ANALISIS KRITIKAL

Rahimin Affandi Abd. Rahim,1 Mohd Kamil Abd Majid,

Ruzman Mohd Nor Nor Hayati Mohd Dahlal

Abstrak

Artikel ini bakal mempergunakan analisis meta-kognitif terhadap fahaman yang dipegang oleh gerakan Anti Hadis di Malaysia. Dalam perkembangan disiplin ilmu Islam yang terbaharu samada di IPTA Timur atau di barat, ternyata kaedah orientalism klasik telahpun mula dicabar dan ditolak sama sekali. Antara isu terbesar yang terkandung dalam disiplin orientalism klasik adalah penolakan mereka terhadap Quran dan Sunnah. Hal ini kemudiannya telah mempengaruhi sebahagian besar penganut Islam sendiri, yang secara terang-terangan menolak otoriti Hadis sebagai sumber pengetahuan Islam. Berasaskan kepada latar belakang ini, focus kajian ini akan ditumpukan kepada usaha meneliti kesilapan pendekatan orientalism barat dalam kajian mereka terhadap ajaran Islam, khususnya tentang ilmu hadis itu sendiri. Untuk itu, kajian ini dirangka bakal mengandungi beberapa bahagian utama. Pertama, pengenalan tentang gerakan anti hadis di Malaysia. Kedua, pendekatan kajian orientalism klasik terhadap sumber terpenting ajaran Islam : analisis meta-kognitif. Ketiga, reality pengajian orientalism semasa terhadap sumber hadis Islam. Terakhirnya, keempat, kesimpulan dan rumusan akhir kajian.

Pengenalan

Secara umumnya, artikel ini akan menumpukan perhatian kepada pengaruh genre orientalism dalam gerakan anti hadis di Malaysia. Di dalam kajian ini, pemakaian kaedah analisis meta-kognitif akan digunakan sepenuhnya. Berbanding bentuk pemikiran kritis peringkat rendah; sekadar memetik semula sesuatu maklumat tanpa membuat apa-apa penilaian. Ianya membabitkan usaha membanding dan membezakan, mengategorikan, membuat sorotan sejarah, meneliti bahagian terkecil dan keseluruhan dan menerangkan sebab musabab sesuatu perkara.2 Sebaliknya, kaedah analisis meta-kognitif ataupun pemikiran kritis peringkat tinggi (Thinking About Thinking)3 biasanya digunakan bagi mengelakkan timbulnya kesilapan dalam berfikir. Antaranya membabitkan beberapa proses

1 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. faqir_ila_rabbih@um.edu.my / annur_1909@yahoo.com

2

Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Hadiah Novel Dan Kreativiti Sains, Skudai : Penerbit UTM, h. 223-227

3 Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif, Skudai : Penerbit UTM, h. 98-116

70

berfikir yang utama; membuat ramalan, melakukan usul periksa, menyiasat, meneliti sesuatu andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab musabab yang disertakan dengan kesimpulan yang terbaik.

Sebenarnya, sesetengah elemen meta-kognitif ini telahpun wujud dalam disiplin keilmuan Islam, yang sayangnya sering kali dilupakan kerana pengaruh budaya Taqlid. Sarjana Islam silam cuba mengaplikasikan prinsip wasatiyyah (pertengahan) dalam pengamalan keilmuan. Dalam dunia akademik, prinsip wasatiyyah ini boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk menilai, menganalisa dan menerima sesuatu pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain, tanpa terpengaruh dengan kecenderungan si penilai itu sendiri (Pre Conceived Idea). Dalam amalan keilmuan Islam, sesuatu khabar, riwayat, teori, pandangan, formula dan apa-apa dapatan kajian yang dilahirkan perlu dinilai secara kritikal, futuristic, berpandangan jauh dan terpenting sekali perlu mengambilkira prinsip wasatiyyah ini. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu tindakan adil (bertindak sebagai orang tengah) dalam menilai sesuatu perkara.4

Siapa Pengerak Gerakan Anti Hadis Di Malaysia

Dalam konteks Malaysia, gerakan anti hadis diasaskan oleh Kassim Ahmad melalui bukunya “Hadis Satu Penilaian Semula”. Selepas buku ini diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Kassim Ahmad telah menubuhkan Persatuan Jemaah Al-Quran Malaysia yang kemudiannya diikuti dengan Persatuan Falsafah Malaysia. Ia mendapat dokongan beberapa Public Figure di Malaysia yang memang terpengaruh dengan idealism sosialisme iaitu fahaman yang menentang dominant tradition dalam segenap perkara. Mereka terdiri dari pelbagai kerjaya (seperti guru, wartawan, penulis bebas, jurutera, peguam dan sebagainya) yang kononnya ingin kelainan dan pembaharuan dalam pemikiran Islam di Malaysia. Mereka memang sejak mula mengagumi Kassim Ahmad - dikatakan mmpunyai pemikiran yang sepuluh tahun lebih advance daripada manusia biasa. Contoh yang kerap diberikan adalah pandangan Kassim Ahmad di dalam kajiannya tentang kisah pertikaman Hang Jebat dengan Hang Tuah. Semasa kajian ini dihasilkan pada tahun 1970, semua pihak menentang pandangan Kassim Ahmad yang menyatakan Hang Jebat berada dipihak yang benar berbanding dengan Hang Tuah kerana berpegang teguh dengan prinsip raja yang adil disembah dan raja yang zalim disanggah. Mengikut pendokong Kassim Ahmad, ternyata sepuluh tahun kemudiannya apabila timbul isu imuniti raja-raja Melayu,5 pandangan Kassim Ahmad ini memang diterima ramai.

Di peringkat awalnya, penganut JAM ini memang diberi ruang yang luas untuk menyebarkan fahaman ini dalam media massa di Malaysia, khususnya akhbar media perdana. Contohnya Syed Akbar Ali (ahli jawatankuasa pusat JAM) telah diberi ruang (kolum) khusus dalam akhbar Berita Minggu. Ia mempergunakan kolum ini untuk

4 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2009), “Paradigma Wasatiyyah Dan Dailog Peradaban : Satu Analisis “, Jurnal Peradaban, Pusat Dailog Peradaban UM, v. 2, 2009.

5 Maklumat lanjut tentang hal ini boleh didapati dalam Ahmad Fawzi Mohd. Basri, (1996) “ Perubahan nilai dalam budaya politik Melayu “, dalam Ahmad Fawzi Mohd. Basri (ed.), Nilai

Pengaruh Orientalism Dalam Gerakan Anti Hadis Di Malaysia : Analisis Kritikal

71 menyebarkan fahaman JAM.6 Namun begitu, apabila mendapat tentangan daripada pelbagai NGO Islam kolum ini kemudiannya telah ditutup.7 Akibatnya, perkembangan JAM ini menjadi semakin lemah dan kurang mendapat sokongan daripada masyarakat awam. Dalam perkembangan terbaharu, JAM ini telah bergabung dengan gerakan Liberalism lain di Malaysia dengan bertopengkan gerakan pembaharuan Islam berhadapan dengan budaya taqlid yang diamalkan oleh majoriti umat Islam.

Bagaimana Kaedah Orientalis Klasik Dalam Kajian Islam

Dalam bahagian ini, kita akan melihat dengan jelas bagaimana semua world-view, metode dan teori yang dikemukakan oleh sarjana orientalism diterima secara langsung oleh Kassim Ahmad. Dalam kajian orientalism barat terhadap ajaran Islam, beberapa metode utama telah digunakan;

Pertama, pemakaian kaedah Historicisme bagi mengkaji agama Islam dan agama

lain. Secara mendasar, kaedah ini diasaskan kepada falsafah Sekularisme yang memusuhi agama. Kaedah ini menumpukan kepada pencarian latar belakang sejarah sesuatu agama ataupun teks suci agama di tahap alam material (fizik semata-mata) dan menolak faktor supra-rasional (Wahyu). Paradigma ini secara langsung telah mempertikaikan serta mempersendakan apa sahaja yang berkait dengan agama kristian, Yahudi dan agama Islam itu sendiri. Paradigma kajian ini sebenarnya didahulukan dengan premis dan hipotesis awal yang berbentuk skeptic dan anti kepada agama yang dikaji.

Pemakaian kaedah Historicisme ini boleh dirujuk secara khusus kepada paradigma kajian yang dilakukan oleh Snouck Hurgronje dan Ignaz Goldziher. Menurut A.J. Wensinck, Snouck Hurgronje adalah tokoh pertama yang menerapkan metode kritik sejarah. Ia menggunakan metode ini dalam kajiannya tentang Zakat pada tahun 1882. Teorinya telah dipengaruhi oleh metode kritik Bible (Biblical criticism) yang berkembang setelah diperkenalkan oleh Kuenen dan Wellhausen, di mana originaliti Pentateuch sebagai sebuah kitab suci dipersoalkan.8

Hurgronje, seperti dipetik oleh Wensinck, menyatakan bahwa pasca wafatnya Nabi Muhammad, terjadi evolusi dalam institusi-institusi Muslim. Pandangan-pandangan para pemimpin Islam pada abad pertama Hijriyah jauh dari wujud keseragaman, bahkan yang muncul adalah konflik dan ketegangan. Akibatnya, ketika ada sebarang persoalan yang harus dicari jawabannya, atau ketika mereka ingin menerapkan aturan-aturan hukum yang baru, terjadi pertentangan kepentingan antara satu dengan yang lain. Perdebatan pun kemudian muncul, dan dalam keadaan yang demikian masing-masing dari mereka berusaha mencari justifikasi dengan berdasarkan atas tradisi-tradisi yang dijalankan oleh generasi sebelumnya atau langsung merujuk pada Nabi Muhammad

6

Zulkifli Mohd,(2002) Anti Sunnah Movement And It‟s Impact On The Muslim Ummah, Kuala Lumpur : Panawira Sdn Bhd, h. 58-62

7 Lihat (2002), Kontroversi Mengenai Memo Kepada Majlis Raja-Raja Melayu : Islam Dicabar,

Rasulullah S.A.W. Uan Ulama Dihina, Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Kedah,

Pulau Pinang, h. 1-5

8 A.J. Wensinck (1996), “The Importance of Tradition for the Study of Islam”, dalam Ian Edge, Islamic Law and Legal Theory, (New York: New York University Press, h. 135.

72

sendiri untuk mencari jawaban atas persoalan-persoalan hukum yang timbul, meskipun melalui jalan memalsukan hadis.9 Teori Hurgronje itulah yang selanjutnya menjadi dasar pandangan umum kalangan orientalis bahwa pemalsuan hadis merupakan (Literary Mode) yang paling banyak digunakan setelah wafatnya Nabi Muhammad.

Sementara itu, Goldziher mengemukakan teori yang intipatinya tidak jauh berbeda dengan Hurgronje. Dalam hal ini, Goldziher melangkah lebih jauh dari apa yang telah diperkenalkan oleh Hurgronje. Dalam Mohammadenische Studien, ia tidak hanya menyelidiki perkembangan dari hadis, tetapi menyelidiki lebih jauh tentang sumber hadis itu sendiri. Beliau telah mengemukakan teori kontroversial tentang adanya pengaruh-pengaruh elemen asing pada masa awal Islam, dan bahwa banyak ajaran-ajaran Kristian yang diselipkan ke dalam ucapan-ucapan Muhammad.10

Gagasan kontoversial seperti yang terlihat dalam teori Goldziher ini sebenarnya berpunca daripada skeptisisme yang menjadi ciri khas dari tulisan-tulisannya. Sikap skeptis ini misalnya nampak dalam karyanya berjudul Vorlesungen uber den Islam yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa British dengan tajuk Introduction to Islamic Theology and Law.

Beliau menegaskan bahawa terdapat dua pengaruh yang menentukan perjalanan sejarah sebuah institusi (The History Of An Institution);

1) Pengaruh internal yang muncul dari sumber institusi itu sendiri dan kekuatan yang menggerakannya dalam perjalanan sejarah.

2) Pengaruh intelektual dari luar yang memperkaya dan menyuburkan idea-idea kecil yang original, dan yang selanjutnya berkembang dalam evolusi sejarahnya. Dua pengaruh ini mempengaruhi proses evolusi sejarah Islam. Namun tahapan yang paling penting dari sejarah Islam sendiri, menurutnya, adalah ditandai oleh proses asimilasi terhadap pengaruh unsur-unsur asing di luar Islam. Ia menyebut pengaruh-pengaruh asing itu;

1) Dogma-dogma Islam berkembang di bawah tradisi pemikiran Hellenistik; 2) Sistem hukum Islam dipengaruhi oleh hukum Romawi;

3) Sistem pemerintahan Islam masa Abbasiyah merupakan adaptasi dari ideaa politik Parsi;

4) Mistisisme Islam dibangun atas pemikiran Neo-platonic dan ajaran-ajaran Hindu. Goldziher menyatakan bahwa daripada pengaruh asing ini Islam telah menunjukkan kemampuannya untuk menyerap dan melakukan asimilasi dengan unsur-unsur asing itu. Elemen asing ini yang ada pada Islam hanya dapat

9 Ibid., h. 136.

10

Ibid., Wensinck sendiri, bersetuju dengan pandangan Hurgronje dan Goldziher. Ia mengatakan bahwa Hadis merupakan sebuah bentuk sinkretisme umat Islam pada masa awal (Hadith is the

monument of early Moslem syncretism). Alasannya karena Hadis telah menyerap hukum-hukum

Pengaruh Orientalism Dalam Gerakan Anti Hadis Di Malaysia : Analisis Kritikal

73 diketahui melalui analisis yang ketat dalam sebuah penelitian kritis.11

Metode dan pendekatan yang dibangun oleh Goldziher dan Hurgronje inilah yang pada akhirnya berpengaruh besar terhadap paradigma kajian Joseph Schacht, tokoh orientalis utama yang cukup terkenal dalam pandangan yang menolak Hadis. Tidak berbeza dengan dua tokoh di atas, teori-teori yang dikemukakan Schacht dibangun dengan metode kritik historis yang skeptis, yang berasal pada tradisi kritik Bible, dan juga pra-anggapan yang cenderung meragukan otentisiti sumber-sumber keagamaan Muslim. Schacht sendiri mengakui bahwa teori-teori yang ia kemukakan sebenarnya hanya melanjutkan sekaligus memperkukuh teori yang dikemukakan oleh Goldziher, meskipun diakui pula bahwa ia telah melangkah lebih jauh dari apa yang telah diperbuat oleh Goldziher.12

Kedua, penggunaan metode kritik Filologi dalam kajian terhadap teks agama.

Kaedah Filologi ini diasaskan oleh William Jones (m.1794), orientalis British yang pernah menetap di India, menyatakan bahwa terdapat banyak persamaan dalam kosakata dan struktur antara bahasa Sanskrit, bahasa Eropah dan Parsi. Gagasan ini kemudian dikembangkan oleh Franz Bopp, yang meneliti hubungan antara bahasa Indo-Eropah dengan bahasa Aria. Kajiannya telah melahirkan sebuah prinsip yang kemudian melandasi lahirnya ilmu perbandingan filologi.13

Filologi sendiri merupakan metode penelitian yang berdasarkan atas analisis teks, baik berupa teks karya sastra, dokumen, arkip, maupun teks kitab suci (scripture). Analisis ini membabitkan bacaan, perbandingan antara berbagai teks atau versi dari teks yang sama, kritik teks, ataupun penyelidikan mengenai asal-usul teks itu. Filologi berkembang pesat pada masa Renaisance Eropah dan menjadi metode penelitian Barat klasik dalam mengkaji Islam.14

Atas dasar ini sarjana orientalis klasik menggunakannya dalam kritik al-Kitab (Biblical Criticism), iaitu kajian naskah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru melalui analisis linguistik yang ketat untuk memastikan; (1) bila dan oleh siapa naskah itu ditulis, (2) bagaimana semuanya saling berkaitan, dan (3) realiti pensejarahan yang menjadi dasar penulisannya.

Dalam kes Perjanjian Lama, kesimpulan model kritik Alkitab ini boleh dilihat dalam karya Julius Wellhausen (1844-1918), History of Israel (1878). Menurutnya sebagai perkembangan sejarah dari agama-agama Arkais sebelumnya, muncul Yahudi, sebuah monoteisme yang didakwahkan oleh para nabi, tetapi semua aturan-aturan hukum dan ritualnya hanya timbul kemudian. Sejalan dengan itu, kajian kritis

11 Ignaz Goldziher, (1981) Introduction To Islamic Theology And Law, terj. Andras dan Ruth Hamori, (Princeton: Princeton University Press, h. 4-5.

12

David F. Forte, (1999) Studies In Islamic Law: Classical And Contemporary Application, (Oxford: Austin & Winfield, Publisher, h.38.

13 Ihsan Ali Fauzi, (2002)“Pandangan Barat”, dalam Taufik Abdullah dkk. (ed.), Ensiklopedi Tematis

Dunia Islam, (Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, Vol. 7, h. 249.

14 Andrew Rippin, (1985) “Literary Analysis Of Qur‟an, Tafsir And Sira: The Methodologies Of John Wansbrough", dalam Richard C. Martin, Approaches To Islam In Religious Studies, (Tucson: The University of Arizona, h. 159.

74

terhadap Perjanjian Baru menunjukkan bahwa Jesus “yang historis” muncul lebih dulu, dan baru kemudiannya muncul berbagai doktrin dan institusi yang disebut “Kristian”.15 Model kajian kritis ini selanjutnya dilanjutkan pada kajian-kajian Islam dalam tradisi kesarjanaan Barat, terutama sarjana-sarjana Yahudi dan Kristian. Dalam kajian-kajian ini, mereka mendakwa menemui “sumber-sumber” al-Qur‟an. Di satu pihak, para sarjana Yahudi berusaha keras untuk membuktikan bahwa asal-usul al-Qur‟an itu berada di dalam tradisi Yahudi serta Nabi Muhammad merupakan murid Yahudi tertentu.

Sementara di pihak lain, para sarjana Kristian juga melakukan hal serupa dan mencoba membuktikan bahwa al-Qur‟an itu berasal dari tradisi Kristian dan bahwa Muhammad hanya seorang Kristian yang mengajarkan suatu bentuk penyimpangan agama Kristian.16 Dari sini kemudiannya telah lahir pelbagai karya-karya kontoversial dari sarjana-sarjana Yahudi dan Kristian dan masing-masing mendakwa doktrin-doktrinnya sebagai sumber al-Qur‟an.17 Dalam tulisan-tulisan sarjana Barat mengenai al-Qur‟an, mulai dari karya Noldeke hingga Wansbrough, umumnya didapati dakwaan dan skeptisisme yang memandu kajian mereka. Berasaskan paradigma ini, mereka seringkali mengabaikan data yang tidak mendukung asumsi-asumsi asas mereka dan memanipulasi bukti-bukti yang ada demi membenarkan teori-teorinya (abuse of evideance).

Meskipun pada zaman berikutnya, dominasi filologi mulai dicabar oleh kecanggihan metodologi dalam ilmu-ilmu sosial, namun pendekatan kritik teks yang berdasar pada filologi ini tidak ditinggalkan sama sekali. Kritisisme filologis kemudiannya digunakan dengan model pendekatan pensejarahan yang diperkenalkan oleh Snouck Hurgronje, Ignadz Goldziher dan Theodor Noldeke. Selama abad ke-19, pendekatan ini diterapkan pada teks-teks Kristian, yang turut diterapkan pada al-Qur‟an, Hadis dan juga-juga kitab-kitab Fiqh. Secara asasnya, walaupun para teologi Eropah menerimapakai pendekatan sejarah untuk menghidupkan doktrin-doktrin teologi Kristian, kalangan orientalis masih tetap berpegang pada kesimpulan-kesimpulan yang berbahaya dari kritisisme filologi dalam kajian-kajian mereka terhadap Islam.18

Dalam situasi diskursus kesarjanaan Barat yang menerapkan pendekatan kajian kritis inilah Joseph Schacht menulis karya-karyanya, khususnya dalam analisisnya terhadap sumber-sumber hukum Islam dan juga sejarah perkembangan teori hukum Islam. Dalam karya-karyanya seperti Origins dan Intoduction, dengan jelas terlihat bahwa Schacht telah menerapkan pendekatan kritik sejarah yang sebelumnya telah diperkenalkan oleh sarjana-sarjana pendahulunya, terutama Goldziher dan Hurgronje.

15 Ihsan Ali Fauzi, (2002) “Pandangan Barat”dalam Taufik Abdullah dkk (ed.), Ensiklopedi

Tematis Dunia Islam, Vol. 7, h. 249.

16Lihat Hans Kung, (1998) “Sebuah Model Dialog Kristian-Islam” dalam Jurnal Pemikiran Islam

Paramadina, Vol. 1, No. 1, h. 20.

17 Lihat W. Montgomery Watt, (1991) Islam Dan Kristian Dewasa Ini, terj. Eno Syafrudien, Jakarta: Gaya Media Pratama, h. 4-7; Ideam, (1995) Islam Dan Peradaban Dunia, terj. Hendro Prasetyo, Jakarta: Gramedia, h. 107-113.

18 Mohammed Arkoun,(1995) “Islamic Studies: Methodologies”, dalam John L. Esposito (ed. in chief), The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, Oxford: Oxford University Press, Vol. 2, h. 334.

Pengaruh Orientalism Dalam Gerakan Anti Hadis Di Malaysia : Analisis Kritikal

75 Dalam kajian para orientalis, mereka mengkaji sesuatu suatu tradisi melalui tradisi yang lain. Mereka menganggap metode filologi mampu membawa kembali suatu fenomena pada asal usulnya. Ketika seseorang mengkaji dengan model filologi, berarti ia hanya akan mampu membangun kembali pemahaman tradisi yang berasaskan kepada sumber seperti Yahudi, Nasrani, India dan lainnya. 19 Masalahnya, mereka menggunakan kaedah kaedah Filologi (kajian terhadap sesuatu teks suci) dengan kaca mata yang skeptic. Bertitik tolak kepada kajian terhadap al-Kitab, mereka turut menerapkan kaedah ini juga dalam kajian terhadap Islam. Mengikut kaedah ini, mereka akan menyiasat tentang siapa pengarang, bagaimana, siapa khalayaknya dan atas sebab apa teks suci tadi dihasilkan. Kononnya bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam, teks suci yang dikaji ini akan dibantu dengan; (1) paradigma Ex- Silentio - teks Islam klasik perlu dinilai secara skeptik - dibantu dengan bahan sejarah daripada luar agama yang dikaji (seperti amalan tradisi pra-Islam, sumber arkeologi dan pengaruh budaya asing yang sezaman dengan teks suci tersebut) dan (2) berpegang kepada premis awal yang berupa kajian yang dihasilkan oleh sarjana orientalis yang lain. Lebih buruk lagi, mereka akan menerima secara membuta tuli dengan apa yang diperolihi daripada kajian sarjana orientalis yang lebih awal. Ringkasnya, kajian mereka sebenarnya lebih bersifat reproduction ataupun pengulangan terhadap teori lama yang memang salah dan keliru.

Dalam soal ini, kita boleh memberikan beberapa contoh kekeliruan yang dihasilkan melalui kaedah ini. Antaranya;

1) Teori Backward Projection yang mendakwa Sunnah Rasulullah merupakan ciptaan ulamak Islam tiga ratus tahun selepas kewafatan Rasulullah. Ia ditegaskan kerana tidak dijumpai apa-apa artifak ataupun manuscript tulisan tangan yang dihasilkan oleh Rasulullah dan Sahabat. Teori ini juga menafikan kebenaran system Isnad periwayatan Sunnah yang dibangunkan oleh ulamak Hadis, yang menunjukkan ketelitian ulamak Islam bagi memastikan mutu kesahihan sesuatu hadis Rasulullah. Teori backward projection ini sebenarnya telah dimulakan oleh Ignaz Goldziher (1850-1876), Snouck Hurgronje (1857-1936) dan terus dibawa oleh Joseph Schacht (1904-1969) kemudiannya dengan sedikit sebanyak penambahan.

2) Teori yang menegaskan bahawa Rasulullah hanya berfungsi sebagai nabi semata-mata tanpa bertindak sebagai pengasas hukum Islam. Sebaliknya, hukum Islam sebenarnya telah dibangunkan oleh fuqaha Islam di zaman Kerajaan Umaiyyah dan mencapai kemuncaknya dengan usaha yang dimainkan oleh Imam Shafi‟i. Imam Shafi‟I adalah tokoh paling awal yang mengasaskan ilmu usul al-fiqh yang menjadi asas kemudiannya kepada perkembangan hukum Islam yang dikembangkan oleh fuqaha Islam yang lain. Bagi orientalis klasik, seperti mana halnya dengan konsep Sunnah Rasulullah, hukum Islam ini mendapat asasnya daripada amalan tradisi Arab pra-Islam yang diserap ke dalam ajaran Islam. Dalam soal ini, kita boleh melihat bagaimana teori

19

Filologi merupakan kajian terhadap manuskrip yang belum diterbitkan. Tugas seorang filolog adalah menyajikan teks tersebut agar mudah dibaca dengan berbagai metode dan cara untuk memberikan penafsiran terhadap teks tersebut. S.O. Robson, (1994) Prinsip-prinsip Filologi

76

ini juga merupakan reproduction daripada pandangan orientalis yang lebih awal. Secara jelas, kita boleh mengesan bagaimana sarjana orientalis cuba menerapkan peranan Jesus di dalam world-view agama Kristian barat di dalam pemahaman mereka terhadap tugas Rasulullah.

3) Teori yang menegaskan bahawa semua konsep penting dalam ajaran Islam seperti Quran, Sunnah, Ijma‟, Qiyas, Tasawuf, ilmu kalam sebenarnya ditiru daripada pengaruh agama dan budaya asing daripada agama Islam itu sendiri. Hal ini boleh dilihat daripada pandangan John Wansbrough dalam karyanya Quranic Studies yang menyatakan bahawa al-Quran itu dari struktur dan wacana isinya berasal daripada kitab Bible dan Taurat.

4) Teori yang menegaskan bahawa pintu ijtihad telah ditutup pada Abad Keempat Hijrah. Teori ini dikeluarkan kerana kononnya selepas kematian Imam Mujtahid yang terakhir yang diikuti dengan timbulnya suasana politik umat Islam yang tidak setabil, para fuqaha abad keempat Hijrah telah melakukan persepakatan (ijma‟) bahawa pintu ijtihad telah secara rasminya ditutup. Fenomena budaya Taqlid yang diamalkan oleh masyarakat Islam secara langsung sengaja ditekankan oleh para orientalis untuk menunjukkan sifat kejumudan sebagai lawan kepada sifat dinamisme yang dialami oleh dunia intelektual Islam. Atas dasar ini, seandainya umat Islam mahu terus maju dari segi material dan intelektual, tidak dapat tidak mereka perlu bergantung kepada pembaharuan yang dibawa oleh dunia barat.

Ketiga, sarjana orientalis begitu taasub dengan pandangan sarjana mereka sendiri.

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 82-104)