• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH PEMIKIRAN GOLONGAN ANTI HADITH (GAH) KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN KHUSUS DI LEMBAH KLANG

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 62-74)

31 5. Kitab Sunan al-Nasai

PENGARUH PEMIKIRAN GOLONGAN ANTI HADITH (GAH) KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN KHUSUS DI LEMBAH KLANG

Mohd Al’ikhsan bin Ghazali1

Azwira bin Abd Aziz2 Faisal bin Ahmad Shah3

Abstrak

Artikel ini membincangkan mengenai pengaruh pemikiran golongan antihadis kepada umat Islam di Malaysia dengan kajian khusus di Lembah Kelang. Seramai 800 orang Melayu yang beragama Islam yang tinggal di Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian melalui kaedah persampelan rawak mudah. Lima soal selidik digunakan untuk mengutip data kajian iaitu: Latar Belakang Demografi, Penghayatan Keagamaan Umat Islam, Tanggapan Umat Islam terhadap GAH, Pemikiran GAH dalam Pemikiran Umat Islam dan Cadangan-Cadangan. Kesemua instrumen pengutipan data yang dibina oleh pengkaji telah dirujuk dan disahkan oleh sebuah panel rujukan pakar. Tahap nilai bagi kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi adalah tinggi (>0.8). Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, peratus, sisihan piawai, Ujian-t, Anova Sehala dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh pemikiran GAH kepada Umat Islam pula berada pada tahap rendah. Kajian diakhiri dengan cadangan langkah-langkah penyelesaian dalam menangani kemelut pengaruh GAH.

Pendahuluan

Golongan antihadith di Malaysia telah mula dikesan sekitar tahun 1984. Pelopor kepada gerakan ini ialah Kassim Ahmad yang telah terpengaruh dengan ajaran Dr. Rashad Khalifa (BAHEIS 1995). Walaupun golongan ini mendakwa bahawa mereka berpegang kepada al-Qur'an, hakikatnya mereka menafsirkan al-Qur'an mengikut selera mereka tanpa bersandar kepada tafsiran ulama Islam yang muktabar. Justeru pemikiran mereka adalah asing daripada pemikiran Islam dan ia bukanlah satu pembaharuan dalam Islam. Pemikiran yang agak terasing ini pula telah menimbulkan kekeliruan dan ketidaktenteraman kepada masyarakat Islam. Dalam tulisan ini, penulis akan mengupas mengenai pengaruh pemikiran golongan anti hadith (GAH) terhadap umat Islam di Malaysia dengan tumpuan kajian di Lembah Kelang

1

Merupakan pensyarah kanan di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia

2 Merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia

3 Merupakan pensyarah kanan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

50

Golongan Anti Hadith di Malaysia

Kasim Ahmad telah memulakan kritikannya terhadap hadis Nabi S.A.W. di dalam bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula pada tahun 1986. Dalam bukunya itu beliau mengatakan punca perpecahan umat Islam ialah kerana berpegang dengan hadis Nabi S.A.W. Beliau menggesa umat Islam meninggalkan hadis kerana menurut beliau hadis adalah palsu dan omong-omong yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau juga telah menuduh bahawa hadis adalah rekaan semata-mata dan menolak kewibawaan ulama (BAHEIS 1995). Akhbar Mingguan Islam pada 29 November 1985 telah mendedahkan idea Kassim bahawa hadis merupakan satu daripada kuasa-kuasa palsu yang menghalang kebangkitan Islam selama lebih 1000 tahun (Abdul Hamid t.th.).

Idea awal Kassim Ahmad telah cuba disebarkan kepada masyarakat melalui Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan cadangannya untuk mengadakan siri ceramah anjuran Jabatan Antropologi dan Sosiologi tetapi telah dibatalkan oleh pihak pentadbiran universiti berkenaan pada bulan Oktober 1985. Sebelum itu, iaitu pada Ogos 1985 semasa menerima anugerah ijazah Kehormat Doktor Persuratan di UKM, beliau telah menyuarakan supaya masyarakat tidak menganggap pandangannya untuk umat Islam kembali kepada al-Qur'an tanpa hadis sebagai pandangan orientalis (Abdul Hamid t.th.). Menurut Kasim Ahmad, beliau telah menubuhkan persatuan Jemaah al-Qur'an Malaysia (JAM) pada 11 Jun 1995 (April 2000) Walaubagaimanapun pertubuhan ini gagal didaftarkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia. Kegagalan pendaftaran pertubuhan tersebut tidak pernah membantutkan usaha Kasim daripada menyebarkan fahaman dan ideanya. Beliau mengutarakan pandangan dan pemikiran beliau melalui akhbar-akhbar dan majalah-majalah sehingga kini. Mengikut pandangan Kasim Ahmad, beliau menolak hadis daripada menjadi sumber akidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut (Habeeb 2006):

i. Pembukuan kitab-kitab hadis terutama enam buah buku hadis (al-Kutub al-Sittah) dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasullullah S.A.W. wafat.

ii. Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-khulafa’ al-rashidin.

iii. Kewujudan hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti intelektualisme, kebekuan dan oportunis politik.

Kassim Ahmad pernah menyatakan (Februari 2000):

Kita satu kumpulan yang telah diberi hidayah oleh Tuhan untuk kembali kepada ajaran-Nya yang sebenar. Kita tidak mendakwa kitalah kumpulan yang paling baik atau yang paling pandai. Tetapi setakat kemampuan kita, kita telah menyeru supaya umat Islam di negara kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Walaupun kita belum mencapai kejayaan, kita tidak harus kecewa, kerana orang mukminin tidak pernah kecewa.

Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam Di Malaysia:

51 Sejak dari awal kemunculan fahaman GAH ini lagi, ia ditentang hebat oleh semua pihak di Malaysia. Penentangan datang daripada segenap penjuru sama ada pihak berkuasa agama di peringkat pusat dan negeri, institut pengajian tinggi dan juga individu-individu. Pihak kerajaan di peringkat pusat dan di peringkat negeri di seluruh negara telah mengharamkan pergerakan ini beserta dengan tulisan-tulisan mereka. Pengharaman itu tidak melumpuhkan pergerakan mereka. Mereka terus bergerak dengan mengadakan usrah, ceramah dan forum untuk anggota-anggota mereka. Mereka mewujudkan laman-laman web, menulis artikel-artikel di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan untuk mengembangkan fahaman mereka.

Dalam ucapan perasmian mesyuarat agung Forum Iqra’ (FORIQ) yang ke-6 yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang pada 15 April 2007, Kassim Ahmad (April 2007) setelah mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Foriq menyatakan bahawa pertubuhan mereka telah berdaftar dan sah dari segi undang-undang. Untuk mempastikan perkara ini, pengkaji telah menghubungi pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 3 Mei 2007. Menurut Puan Aziah bt. Puteh Azib pembantu tadbir (kesetiausahaan) tiada pertubuhan yang didaftarkan di atas nama Forum Iqra’ atau Foriq.

Pergerakan mereka terus hidup subur hingga kini. Mereka telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka yang ke lapan diadakan di Rumah PENA, Kuala Lumpur pada 26 April 2009 (lihat lampiran C1).

Organisasi dan Gerak Kerja Golongan Anti Hadith di Malaysia

Ajaran Kassim Ahmad pada hakikatnya adalah tidak jauh dari fahaman Dr. Rashad Khalifa. Dr. Rashad Khalifa adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman Kod 19. Menurut ajaran ini, al-Qur'an terdiri daripada huruf, kalimah, ayat dan surah (tertentu) yang serasi dengan angka 19 atau berjumlah dengan sebarang angka yang boleh dibahagi genap dengan 19 (FPI, UKM 1988).

Pengikut ajaran ini sekitar 300 orang (Abdul Hamid t.th.). Kehadiran anggota pada perhimpunan ke-5 JAM di Hotel 1926 di Pulau Pinang pada 17-18 Jun 2000 ialah kira-kira 40 orang (Kassim Jun 2000). Mereka telah berjaya membentuk sebuah jawatankuasa kerja untuk penggal 2007-2009 dalam mesyuarat agung Forum Iqra’ ke-6 yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang pada 15 April 2007. Berikut disenaraikan jawatankuasa berkenaan (Kasim April 2007):

Presiden : Kassim Ahmad

Naib Presiden : Azeem Aras

Pegawai Pentadbir : Warsa Mohamad (04-4031871/T.B. 016-471779)

Bendahari : Ahmad Shauqi Kassim

Ajk : Ahmad Othman, Shuib Ismail, Hesmel F. Faisal, Nik

Abd. Aziz Hassan, Suzana Mohd Zahir, Mohd Azahari Ariffin dan Mahmud Ahmad.

52

Menurut pihak Jakim (t.th), GAH adalah golongan yang kononnya dipanggil “golongan intelektual”, ia dipelopori oleh segelintir pensyarah universiti, wartawan, penulis, sasterawan, doktor perubatan dan doktor falsafah di bidang ekonomi dan sebagainya. Fahaman ini bergerak sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. Kumpulan ini dikatakan masih aktif dan bergerak dari rumah ke rumah ahli dengan mengadakan usrah kecil-kecilan kerana ditakuti diketahui oleh pihak berkuasa. Mereka sering mengadakan usrah dan perjumpaan tahunan di Pulau Pinang di alamat No.14, Ting.1, Blok 123, Wisma KGN, Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang berhampiran dengan Koperasi Pelaut P. Pinang. Mereka sudah mempunyai wakil dari semua kawasan di Malaysia termasuk Singapura (Kassim Mei 2000). Sekretariat Foriq untuk 2007-2009 beralamat di 1054 Jalan Kulim Height 3, Persiaran Kulim Golf, 09000 Kulim, Kedah (Kassim April 2007). Pada 26 April 2009, mereka telah mengadakan mesyuarat agung tahunan di Rumah PENA (berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka), Kuala Lumpur.

Mereka mengadakan usrah secara sitematik dan berterusan. Sebelum usrah, mereka akan mengedarkan surat kepada anggota-anggota mereka di peringkat pusat, negeri dan jemputan. Dalam surat tersebut dimuatkan penjelasan pemimpin mereka berhubung dengan isu-isu semasa dan diakhiri dengan jemputan menghadiri usrah yang berikutnya (lihat lampiran C2). Pihak JAKIM (1998) telah menyenaraikan GAH sebagai ajaran pertama di antara 15 ajaran sesat yang masih aktif di Malaysia.

Menurut pihak JAWI (2004), ajaran Hj. Khahar juga termasuk dalam kategori GAH. Pihak JAKIM (2005) menyatakan, ajaran ini dibawa oleh Haji Abdul Khahar b. Ahmad Jalal pada tahun 1989 dan berkembang di rumahnya di No.44, Kg. Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Kegiatan kumpulan ini turut di adakan di rumah-rumah pengikut kanannya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ajaran ini telah diharamkan oleh kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1991 dan pemimpinnya telah diambil tindakan. Ajaran ini tetap aktif dengan mempunyai pengikut sekitar 20 orang di kalangan mereka yang tidak mempunyai asas pendidikan agama yang baik. Fahaman sesat ini disebarkan melalui penyebaran risalah-risalah kepada orang awam, jabatan-jabatan kerajaan, para pemimpin dan pembesar negara. Mereka menolak hadis secara total sebagai sumber akidah dan perundangan Islam (JAWI 2004 & JAKIM 2005). Bagi mereka hadis hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasullullah S.A.W. Hadis bukannya wahyu daripada Allah S.W.T tetapi ialah keterangan atau perkataan manusia biasa, mengikut pandangan atau pendengaran seseorang atau satu-satu kebenaran yang datang daripada sangkaan akal manusia. Kenyataan mereka berhubung dengan penolakan hadis ini dapat dilihat di dalam rangkap pantun dua kerat mereka yang berikut:

Barang siapa mengikut hadis, Mudah sahaja disesatkan iblis Sesiapa mengikut tarekat, Pasti terikat dengan sesat. Sesiapa mengikut ijmak ulama, Pasti tercampak dalam semak. Sesiapa mengikut qias,

Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam Di Malaysia:

53 Sesiapa mengikut ahli sunnah wal jamaah,

Ia menjadi pendusta dan bidaah. Sesiapa mengikut Imam Shafie, Pasti ia menganiaya diri. Sesiapa menikut Imam Hanafi, Pasti ia susah hati.

Sesiapa mengikut Imam Maliki, Jadilah ia seperti agama Yahudi.

Metodologi Kajian a) Persampelan

Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak mudah yang sasarannya adalah masyarakat Melayu Islam yang tinggal di Lembah Klang. Golongan ini merupakan golongan profesional dan bukan profesional yang bekerja di sektor-sektor awam dan swasta. Kajian tertumpu kepada masyarat umat Islam di Lembah Klang kerana kepadatan penduduknya. Kepadatan penduduk telah menjadikan Lembah Klang sebagai tempat berhimpun segala jenis kebaikan, keburukan, pemikiran dan pengamalan. Umat Islam yang telah menetap sekian lama di Lembah Kelang atau yang berhijrah dari negeri-negeri lain mempunyai latar belakang agama yang berbeza. Ada di antara mereka yang mempunyai asas agama yang kuat, ada yang sederhana dan ada yang lemah. Oleh itu kajian difokuskan kepada mereka agar diketahui sejauh mana mereka terpengaruh dengan ajaran golongan yang menolak hadis.

b) Instrumen Kajian

Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden berdasarkan kepada objektif kajian. Soal selidik ini terdiri daripada lima bahagian: Bahagian A: Latar Belakang Demografi, Bahagian B Penghayatan Keagamaan Umat Islam, Bahagian C: Pandangan Semesta Umat Islam Tentang GAH, Bahagian D: Pengaruh Pemikiran GAH Kepada umat Islam dan E: Cadangan-cadangan.

Jadual 1 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Instrumen Bil. Item Nilai alpha

Cronbach

Pengaruh Pemikiran GAH Kepada Umat Islam 23 0.837

c) Analisis Data

Penganalisaan data yang dibuat oleh penulis adalah melalui analisis berkomputer menggunakan Statistical Package for Social Science Versi 15. Sebelum penganalisaan dibuat, semua item-item soalan yang berbentuk negatif dikodkan semula (recode) agar memberi gambaran sebenar arah dan magnitiud skor jawapan responden bagi item-item yang penyataannya negatif.

Penganalisaan data kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; analisis secara deskriptif dan analisis inferensi. Kedua-dua analisis ini adalah bertujuan untuk

54

menjawab soalan-soalan kajian, menguji hipotesis-hipotesis penyelidikan dan seterusnya mencapai objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan.

Dapatan Kajian

Penganalisaan data difokuskan kepada analisis terhadap pengaruh pemikiran GAH ke atas umat Islam di Malaysia

Pengaruh Pemikiran Golongan Antihadis terhadap umat Islam di Malaysia

Pemikiran antihadis bukanlah bersumberkan al-Qur'an, sunah dan sumber-sumber syariat Islam yang lain. Pemikiran antihadis dan sekutu-sekutunya kalau diukur dan dikategorikan, ia paling baik pun berada pada kedudukan yang ketiga daripada empat4 aliran besar pemikiran Islam. Aliran tersebut ialah aliran yang melebihkan akal daripada wahyu. Dalam banyak perkara mereka sebenarnya berada pada kedudukan yang keempat iaitu aliran yang menggunakan akal semata-mata dan tidak menghiraukan nas.

Pemikiran antihadis walaupun ia bermula daripada luar iaitu datang daripada orientalis yang secara jelas menjadi musuh Islam, ia telah berkembang biak dalam kepompong Islam. Pemikiran ini telah menjadi duri dalam daging yang telah merobek kesucian Islam dan bila-bila masa sahaja ia boleh menghancurkan syariat Islam.

Pengaruh GAH kepada umat Islam dapat dilihat menerusi kewujudan pemikiran-pemikiran mereka dalam benak umat Islam. Umat Islam di Lembah Klang yang mempunyai latar belakang yang berbeza kadang kala tidak menyedari bahawa sesetengah pegangan pemikiran mereka itu adalah pemikiran GAH.

Kajian ini mendapati pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam secara keseluruhannya berada pada tahap pengaruh yang rendah (min=1.22, sp=0.423) yang diwakili oleh 78.9% responden. Situasi ini berlaku pada kedua-dua kategori iaitu akidah dan syariat. Pengaruh GAH yang sederhana rendah, sederhana tinggi dan tinggi hanya didapati pada sejumlah yang sedikit di kalangan umat Islam di Lembah Klang iaitu kira-kira 21.1%. Kajian ini juga mendapati pengaruh GAH dalam akidah adalah lebih tinggi daripada pengaruh GAH dalam syariat.

a. Akidah

Pengaruh GAH dalam akidah adalah pengaruh yang berkaitan dengan kepercayaan dan pegangan yang dalam kajian ini meliputi; asas-asas Islam, keistimewaan para nabi dan perkara-perkara ghaib. Pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam dalam akidah secara keseluruhannya berada pada tahap terpengaruh yang rendah (min=1.30, sp=0.486) yang diwakili oleh 71.6% responden. Pengaruh GAH yang sederhana rendah melibatkan kira-kira 27.3% responden. Manakala pengaruh yang sederhana tinggi dan tinggi hanya didapati pada sebilangan kecil responden (1.1%). Adalah didapati satu isu sahaja yang mempunyai

4 Empat aliran tersebut ialah: 1. Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata, 2. Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal, di mana wahyu sebagai asas dan akal sebagai pembantu, 3. Aliran yang bersumberkan akal sebagai asas dan wahyu sebagai penyokong, 4. aliran yang bersumberkan akal semata-mata. Lihat: Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Universiti Sains Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Edisi ke-2, 2005, hlm. 95-99.

Pengaruh Pemikiran Golongan Anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam Di Malaysia:

55 tahap pengaruh yang sederhana rendah iaitu isu nabi hanya mempunyai satu mukjizat sahaja itu Al-Qur'an. Manakala, isu-isu yang lain berada pada tahap pengaruh yang rendah. Kejayaan GAH mempengaruhi akidah umat Islam terbukti apabila didapati terdapat segelintir daripada responden yang tidak memperakui bahawa seorang non-muslim yang ingin memeluk Islam mesti mengucap dua kalimah syahadat. Menurut GAH, syahadat bukanlah penentu keislaman seseorang. Syahadat bagi mereka bukanlah perkara yang dirukunkan dengan hujah ia tidak disebut di dalam Al-Qur'an. Bagi mereka, untuk menjadi seorang Islam haruslah menerima petunjuk daripada Allah iaitu apa yang disuratkan-Nya dalam Al-Qur'an. Kajian ini mendapati kira-kira 21.1% tidak berani memperakui bahawa hadis adalah sumber hukum Islam. GAH menolak hadis sebagai sumber hukum dengan berpandangan hadis bukanlah hujah sehingga boleh dijadikan sumber hukum dan sebagainya seperti Al-Qur'an. Terdapat banyak hadis-hadis (menurut mereka) yang bercanggah dengan Al-Qur'an. Penemuan pengkaji ini berlainan dengan penemuan Deden Suparman (2003), beliau telah menemukan kesemua responden (100%) mengakui bahawa hadis adalah undang-undang dan hujah dalam Islam. Perbezaan dapatan ini boleh jadi disebabkan oleh keterhadan jumlah responden beliau yang berjumlah 100 orang berbanding dengan jumlah responden pengkaji iaitu 800 orang. Penemuan pengkaji ini dikuatkan lagi dengan sebuah e-mail yang dihantar oleh seorang pemuda kepada pengendali laman web e-bacaan. Asalnya pemuda ini seorang yang bersetuju dengan hadis Nabi S.A.W. kemudian beliau berpegang pula bahawa rujukan umat Islam hanyalah Al-Qur’an.

Kajian ini mendapati sedikit sahaja daripada responden tidak memperakui bahawa qadak dan qadar adalah rukun iman. Menurut pandangan GAH, rukun iman yang sebenar ialah lima perkara iaitu; beriman kepada Allah, beriman kepada rasul, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, dan beriman kepada hari kiamat. Beriman kepada qadak dan qadar adalah tambahan yang tidak pernah dinyatakan oleh Allah. GAH juga berpemikiran para nabi adalah manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Sehubungan dengan itu, didapati sedikit daripada responden tidak memperakui kemaksuman para nabi. Menurut pemikiran GAH, jika para nabi itu maksum, mereka bukan lagi manusia, bolehkah mereka menjadi teladan kepada manusia? Terdapat sedikit daripada responden yang tidak berani memperakui bahawa Nabi S.A.W. boleh memberi syafaat di hari akhirat. Menurut GAH, pada hari Kiamat, semua manusia sama di hadapan Tuhan. Tiada siapa yang boleh menolong orang lain, dan Nabi Muhammad tidak mempunyai syafaat pada hari itu, seperti yang didakwa dalam hadis. Kajian juga mendapati kurang separuh daripada responden yang tidak memperakui bahawa Nabi S.A.W. mempunyai mukjizat selain daripada Al-Qur'an. GAH berpendapat, mukjizat-mukjizat lain seperti bulan terbelah adalah satu pembohongan, sekiranya kejadian ini betul-betul berlaku, nescaya ia turut disaksikan oleh orang lain di serata dunia.

Bertunjangkan akal semata-mata, GAH telah menolak beberapa perkara ghaib. Penolakan maklumat ghaib ini telah mula meresap ke dalam pemikiran umat Islam. Melalui kajian ini, didapati sedikit daripada responden tidak berani memperakui kemunculan Imam Mahdi satu masa kelak. Segelintir daripada mereka pula tidak mengakui bahawa Dajjal akan muncul satu ketika nanti. GAH tidak percaya dengan kedatangan

56

Imam Mahdi dan Dajjal di akhir zaman kerana ketiadaan kenyataan tersebut dalam Al-Qur'an. Bagi mereka, kewujudan fakta berkenaan dengan kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal dalam hadis-hadis Nabi tidak boleh mengatasi Al-Qur'an. Berhubung dengan kewujudan azab kubur pula didapati segelintir daripada mereka tidak memperakuinya. Iktikad GAH ialah azab kubur adalah sesuatu yang dongeng dan ciptaan palsu ulama terdahulu. Bagi mereka, Allah tidak akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati ibarat tidur dan jangka waktu antara mati dengan hari pembalasan bagi mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat. Kajian juga mendapati sedikit daripada responden tidak mengakui kemunculan Nabi Isa a.s. di akhir zaman. Nabi Isa bagi GAH telah wafat dan mereka mempertikaikan kenyataan hadis yang menjelaskan bahawa Nabi Isa akan turun semula ke bumi dan membunuh Dajjal.

b. Syariat

Pengaruh GAH dalam syariat adalah pengaruh yang berkaitan dengan pengamalan dan hukum-hakam dan dalam kajian ini difokuskan kepada; ibadat, syariat Islam dan hukum. Pengaruh pemikiran GAH kepada umat Islam dalam syariat secara keseluruhannya juga berada pada tahap pengaruh yang rendah (min=1.23, sp=0.446) yang diwakili oleh 77.5% responden. Pengaruh GAH yang sederhana rendah berlaku pada kira-kira 21.8% responden. Manakala pengaruh yang sederhana tinggi dan tinggi hanya didapati pada sebilangan kecil responden iaitu 0.6% dan 0.1%. Kajian ini mendapati dua isu sahaja yang mempunyai tahap pengaruh yang sederhana rendah iaitu isu berkhatan tidak disyariatkan dan isu ulama tidak semestinya orang yang pakar dalam agama. Manakala, isu-isu yang lain berada pada tahap pengaruh yang rendah.

Kejayaan GAH mempengaruhi umat Islam dalam perkara syariat disokong lagi apabila didapati tidak kesemua responden bersetuju dengan pensyariatan solat lima waktu sehari semalam. Terdapat sebilangan kecil (0.9%) daripada responden tidak memperakuinya. Bagi GAH atau sebahagian daripada mereka, sembahyang yang disyariatkan ialah tiga sahaja iaitu; Maghrib, Isyak dan Fajar. Menurut mereka juga, cara solat dalam Al-Qur'an adalah senang serta mudah diubah menurut keadaan dan keikhlasan diri. Umpamanya bilangan rakaat. Ia tidak disebut sama sekali dalam Al-Qur'an, dan dengan ini ia memberi peluang kepada umat untuk menunjukkan keikhlasan dalam melakukan solat mereka, sama ada untuk memanjangkan atau memendekkannya5. Menurut Kassim Ahmad (Jun 2000 ):

Sesetengah anggota kita masih tidak jelas tentang perkara ini. Harus kita faham bahawa salat itu berasal dari Nabi Ibrahim (Al-Qur'an, 2:127-28), bukan dari Nabi Muhammad, seperti yang didakwa dalam hadis. Salat diturunkan generasi demi generasi dari Nabi Ibrahim hingga ke Nabi Muhammad dan seterusnya hingga datang kepada kita sekarang. Oleh yang demikian, salat itu sudah menjadi satu cara sembahyang yang khusus bagi orang Islam. Cara yang kita terima

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 62-74)