• Tidak ada hasil yang ditemukan

HADIS MISOGINIS: SATU ULASAN

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 104-112)

18 al-Quran, al-Ahzab 33: 40

HADIS MISOGINIS: SATU ULASAN

Mohd Anuar Ramli Rahimin Affandi Abdul Rahim1

Abstrak

Syariat Islam adalah satu sistem hidup yang komprehensif. Ia sentiasa relevan untuk diimplementasikan pada tiap zaman

dalam semua keadaan. Al-Sunnah merupakan sumber

perundangan Islam kedua selepas al-Qur’an al-Karim. Ia

memainkan peranan yang signifikan dalam proses transformasi umat Islam khususnya pasca zaman Rasulullah SAW. Dalam proses sosialisasi yang singkat, al-Sunnah menjadi faktor utama dalam membentuk karakter budaya masyarakat yang Islami. Interaksi syariat Islam dengan tradisi masyarakat setempat ini menghasilkan varian kebudayaan Islam, namun semuanya tertakluk di bawah panji tauhidic weltanchuung. Perbenturan dengan budaya setempat ini turut melahirkan pemahaman dan pentafsiran nass al-Qur’an dan al-Sunnah

yang beragam. Antara kesan interaksi tersebut, lahir

masyarakat Islam yang memandang inferioriti kedudukan

wanita dalam masyarakat Islam. Akibatnya, al-Sunnah atau

pun hadis yang berkembang tersebut dianggap bersifat

misoginis iaitu anti terhadap wanita. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang hadis yang disifatkan misoginis menurut kerangka analisis gender, dengan pemilihan aspek teologi penciptaan wanita.

Pengenalan

Hadis memainkan peranan signifikan dalam membentuk karakter masyarakat Islam. Ia merupakan legasi warisan Nabi SAW yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain untuk dijadikan panduan hidup selepas al-Qur‟an al-karim. Dewasa ini, timbul usaha untuk mendekonstruksi hadis dalam kalangan feminis yang mana terdapat satu label negatif dinisbahkan kepada hadis Nabi SAW, iaitu hadis misogini. Fenomena ini berlaku berikutan wujudnya hadis Nabi SAW yang dianggap tidak memihak kepada wanita, malah merugikan mereka. Mereka bukan sahaja menggugat autoriti Hadis Nabi SAW, tetapi turut menafikan sifat muqaddasnya sebagai wahyu Ilahi. Hakikat ini bertepatan dengan pandangan Siti Musdah Mulia, yang mana terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan ketidakadilan gender khususnya terhadap wanita dalam masyarakat Islam, iaitu pertama dominasi budaya patriaki. Seluruh elemen pembentuk

1

Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. E-mail: mohdanuar@um.edu.my

92

kebudayaan memiliki watak yang memihak kepada atau didominasi kepentingan lelaki. Kedua, interpretasi ajaran agama sangat didominasi pandangan yang bias gender dan bias patriaki. Ketiga, hegemoni negara yang begitu dominan. Selaras dengan itu, beliau menyarankan agar dilakukan counter ideology dan counter hegemony.2

Menurut mereka, jika teks suci agama “jatuh” ke lingkungan masyarakat yang patriakis, sukar untuk diingkari untuk tidak berlakunya pentafsiran yang bias kepentingan lelaki. Fenomena yang sama berlaku terhadap hadis Nabi SAW serta keilmuan Islam yang lain.3 Justeru, golongan feminis melakukan penghujahan untuk menggugat keautoritian hadis sebagai sumber utama syariat Islam dengan penawaran pelbagai metode baru dalam disiplin pengajian Islam antaranya hermeneutik, double movement, double investigation, tekstual-kontekstual dan seumpamanya. Dengan penawaran pendekatan baru, didapati lahirnya pandangan-pandangan semasa yang bertentangan dan bersifat anti kepada pandangan-pandangan ulama klasik (ulama-phobia).

Hadis Misoginis: Satu Pentakrifan

Pada dasarnya, tiada satu pentakrifan yang jelas terhadap istilah hadis misoginis. Dari segi etimologinya, perkataan misogini berasal dari perkataan Inggeris misogyny (Greek misien: to hate, gyn: woman) is implicit or explicit male denigration and/ or hatred of women,4 iaitu membenci wanita. Manakala perkataan misogynist merupakan kata nama dan kata adjektif.

Manakala hadis pula ditakrifkan oleh sebahagian ulama sebagai apa yang terbit daripada Nabi SAW, sama ada perkataan, perbuatan, atau pengakuan. Dalam konteks ini, istilah hadis sinonim dengan al-Sunnah. Namun terdapat sebahagian yang lain mentakrifkan hadis dengan pengertian yang lebih khusus. Mereka menjelaskan hadis sebagai apa yang terbit daripada Nabi SAW dalam bentuk perkataan semata-mata. Dalam kajian ini, penulis memilih pengertian hadis yang lebih bersifat umum, iaitu seerti dengan al-Sunnah.5

Berdasarkan pengertian tersebut, dapat dirumuskan istilah hadis misoginis merujuk kepada setiap yang terbit daripada Nabi SAW sama ada melibatkan perkataan, perbuatan mahupun pengakuan yang mana ia bersifat anti atau membenci wanita.6

Penggunaan istilah ini berlawanan dengan karakter hadis yang bersumberkan wahyu Ilahi hasil sabda Nabi Muhammad SAW, kerana ia merupakan ungkapan suci dan bersifat muqaddas. Sedangkan istilah misoginis berbaur elemen negatif dan ia adalah peminjaman istilah daripada peradaban

2 Siti Musdah Mulia (2007), Islam dan Inspirasi Kesetaraan Gender. Yogyakarta: Kibar Press, hh. 58-59.

3

Mochamad Sodik & Inayah Rohmaniyah (2003), “Mendampingi yang Dibenci, Membela yang Teraniaya”, Hamim Ilyas dkk, Perempuan Tertindas? Kajian Hadis-hadis Misoginis. c. 2, Yogyakarta: eLSAQ Press, h. 8.

4

Lorraine Code (ed.) (2003), Encyclopedia of Feminist Theories. New York: Routledge, h. 346.

5

Wahbah al-Zuhayli (1998), Usul al-Fiqh al-Islami. c.2, Damsyik: Dar al-Fikr, juz. 1, h. 450.

6

Hadis Misoginis: Satu Ulasan

93 Barat,7 dan banyak diungkap dalam penulisan feminis Barat.8 Menurut Muhammad „Imarah, setiap istilah tidak dapat dipisahkan dari muatan peradaban. Ia merupakan ungkapan untuk menyampaikan peranan sebagai wadah bagi peradaban yang berbeza, hasil interaksi pemikiran yang berlainan serta ideologi yang berbagai-bagai.9 Justeru untuk melabelkan suatu yang positif dengan negatif memberikan implikasi contradictio in terminis. Ini kerana pelabelan ini memberi impak yang negatif terhadap khazanah Sunnah Nabi SAW sebagai sumber kedua perundangan Islam.

Terdapat sejumlah hadis yang dikategorikan sebagai hadis misoginis. Ini berikutan wujudnya elemen anti atau membenci wanita dalam hadis tersebut. Di antaranya termasuklah hadis yang berkaitan dengan penciptaan wanita dari tulang rusuk lelaki, perbezaan air kencing bayi lelaki dan perempuan, ketaatan isteri pada suami, autonomi wanita beribadah (sunat), isteri dilarang meminta cerai, intervensi malaikat dalam hubungan seksual, kepimpinan wanita dalam ibadat dan sosial dan seumpamanya. Hadis-hadis ini memerlukan proses reinterpretasi untuk mengenal pasti tahap kesahihan dan kebolehpercayaannya sama ada daripada aspek sanad mahupun matan.

Hadis Penciptaan Wanita Daripada Tulang Rusuk

Dalam wacana gender, tafsiran keagamaan didakwa memberi dampak terhadap lahirnya fenomena diskriminasi gender. Ia melibatkan semua bentuk agama sama ada agama Samawi atau agama Budaya. Antara polemik yang menjadi perbincangan adalah teologi penciptaan wanita (nafs wahidah) dan drama kosmis (penyingkiran Adam dan Hawa dari syurga) atau “original sin”. Ia turut diabsahkan lagi oleh agama-agama Samawi seperti Yahudi, Kristian dan Islam dengan jalan penceritaan yang hampir sama, di mana wanita menjadi sumber kepada masalah. Dengan penciptaannya daripada tulang rusuk lelaki, wanita dianggap sebagai ciptaan kedua (second creation) dan bersifat subordinat kepada lelaki. Wanita juga menjadi punca terusirnya adam daripada syurga. Menurut golongan feminis, faktor ini menjadi titik tolak terhadap ketidakadilan dalam hubungan di antara lelaki dan wanita.10 Dengan rujukan kepada sumber-sumber Isra’iliyyat atau mitos, jalan penceritaan tersebut bertambah enak diperturunkan kepada generasi ke generasi yang lain. Sumber ini menjadi antara rujukan ulama klasik dalam tafsiran dan huraian ajaran keagamaan.

Dalam isu penciptaan wanita, terdapat beberapa matan hadis Nabi SAW dengan sanad dan riwayat berbeza yang dijadikan sandaran oleh para ulama. Sabda Nabi SAW:

7

K. K. Ruthven (2003), Feminist Literary Studies: An Introduction. New York: Cambridge University Press, h. 83

8 Chris Beasley (1999), What Is Feminism?: An Introduction To Feminist Theory. London: SAGE Publications, h. 4;

9

Muhammad „Imarah (2004), Ma‘rakah al-Mustalahat Bayna al-Gharb wa al-Islam. c. 2, Mesir: Nahdah Misr li al-Tiba„ah, h. 3.

10

94

Hadis-hadis tersebut sebahagiannya menjadi sandaran kepada para ulama khususnya dalam mentafsirkan ayat yang berkaitan nafs wahidah. Di antara ayat al-Qur‟an tersebut adalah: i) Al-Nisa‟ (4): 1                   ii) Al-A„raf (7): 189            iii) Al-Zumar (39): 6        

Berdasarkan ayat-ayat penciptaan tersebut, para ulama mentafsirkan nafs wahidah dengan pelbagai tafsiran. Terdapat dua pandangan utama di kalangan ulama. Majoriti ulama klasik berpendapat wanita diciptakan daripada tulang rusuk Adam a.s. Dengan kata lain, penciptaan wanita berasal dari jenis yang satu iaitu Adam, dan tidak sama elemen

11

Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, no. hadis: 5185.

12 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, no. hadis: 3331.

13

Muslim, Sahih Muslim, no. hadis: 1468.

14

Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, no. hadis: 5184.

15

Muslim, Sahih Muslim, no. hadis: 1468.

16

Hadis Misoginis: Satu Ulasan

95 penciptaannya dengan lelaki. Di antaranya adalah al-Dahhak,17 al-Tabari,18 al-Zamakhsyari,19 al-Maraghi,20 Ibn Kathir,21 al-Alusi,22 al-Qurtubi,23 al-Suyuti,24 al-Tha„labi,25

al-Razi,26 dan kalangan ulama kontemporari seperti al-Buti27 dan Hamka.28 Pandangan jumhur ulama ini disokong oleh beberapa hadis Nabi SAW yang secara literalnya menggambarkan penciptaan tersebut.

Walaupun begitu terdapat kumpulan minoriti dari kalangan ulama klasik dan kontemporari berpendapat, wanita pertama tidak diciptakan dari tulang rusuk Adam, sebaliknya dari substansi atau unsur yang sama. Di antaranya Abu Muslim, Muhammad „Abduh dan Rasyid Rida dan kalangan mufassir kontemporari seperti Tantawi, Hasbi Ash-Shiddieqy dan Quraish Shihab29

Golongan minoriti ini dari kalangan ulama kontemporari menyatakan, hadis yang memperihalkan penciptaan wanita dari tulang rusuk tersebut perlu dihuraikan secara metaforis (perlambangan), bukan secara harfiyah (literal). Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap tafsiran dan kefahaman hukum Islam.

Dalam tafsiran ulama klasik, terdapat pengaruh Isra‟iliyyat yang ketara sebagai sumber tafsiran. Di antaranya tafsir Imam al-Tabari dan al-Razi. Mengkomentar fenomena tersebut, Rasyid Rida menegaskan pemahaman penciptaan wanita dari tulang rusuk ini berkait dengan pengaruh penceritaan Bible. Sekiranya tiada kisah seumpamanya dalam Bible, pasti tiada tafsiran mengenai penciptaan wanita daripada rusuk lelaki. Menurut Rasyid Rida lagi, hadis tentang penciptaan wanita dari tulang rusuk Adam mirip dengan cerita yang terdapat dalam Perjanjian Lama dalam Kitab Kejadian II ayat 21-23.

Dalam Perjanjian Lama yang diterbitkan oleh The Bible Society of Malaysia ayat 21-23 yang berbunyi:30

17

Al-Dahhak (1999), Tafsir al-Dahhak. (ed.) Muhammad Syukri Ahmad, Kaherah: Dar al-Salam, j. 1, h. 271.

18

Abu Ja„far Muhammad b. Jarir al-Tabari (2001), Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an. Kaherah: Dar Hajr, juz. 6, h. 341.

19

Jar Allah Abi Qasim Mahmud b. „Umar Zamakhsyari (1998), Kasysyaf. Riyadh: Maktabah al-„Abikan, juz. 2, h. 5.

20

Ahmad Mustafa Maraghi (1948), Tafsir Maraghi. Mesir: Maktabah wa Matba„ah Mustafa Babi al-Halabi, juz. 4, h. 177.

21

„Imad al-Din Abi al-Fida‟ Isma„il b. Kathir (t.t.), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. Mesir: Mu‟assasah Qurtubah, j. 3, h. 333.

22 Syihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi (t.t.), Ruh al-Ma‘ani. Beirut: Dar Ihya‟ al-Turath al-„Arabi, juz. 4, h. 209.

23 Abu „Abd Allah Muhammad b. Ahmad b. Abi Bakr al-Qurtubi (2006), al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an. Beirut: Mu‟assasah al-Risalah, j. 6, h. 6.

24 Jalal al-Din al-Suyuti (2003), al-Durr al-Manthur fi Tafsir bi al-Ma’thur. Kaherah: Dar Hajr, juz. 4, h. 209.

25

„Abd Rahman b. Muhammad b. Makhluf b. Abi Zayd Tha„alabi (1997), Jawahir Hisan fi Tafsir

al-Qur’an. Beirut: Dar Ihya‟ al-Turath al-„Arabi, juz. 2, h. 159.

26

Muhammad al-Razi Fakhr al-Din (t.t.), Tafsir al-Kabir wa Mafatih al-Ghayb. (t.t.p): Dar al-Fikr, j. 9, h. 167.

27 Muhammad Sa„id Ramadan al-Buti (1993), al-Islam Malaz Kull al-Mujtama‘at al-Insan: Limaza wa Kayfa?. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu„asir, hh. 111-112.

28

Hamka (1987), Tafsir al-Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas, j. 1, h. 174.

29

Muhammad Quraish Shihab (2001), Tafsir al-Mishbah. Jakarta: Lantera Hati, vol. 2, h. 314.

30

96 “21

Kemudian TUHAN Allah menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena, TUHAN mengeluarkan salah satu daripada tulang rusuk manusia itu, lalu menutup semula dengan daging.

22

Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu.

23

Kemudian lelaki itu berkata, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku- tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Aku namakan dia perempuan kerana dia diambil daripada lelaki.”

Pandangan kedua ini turut disokong oleh golongan feminis. Mereka berpendapat wanita pertama tidak diciptakan dari tulang rusuk adam. Bagi mereka, tiada perbezaan dalam penciptaan Adam atau Hawa dari aspek substansinya, tetapi mereka berbeza dengan penghujahan golongan minoriti ulama tersebut. Mereka menafikan kesahihan status hadis berkenaan walau ia hadis yang sahih.31 Ini kerana mereka menolak fahaman yang menyatakan bahawa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam dan secara tersurat serta tersirat bertentangan dengan al-Qur‟an.32

Walaupun begitu, pengkaji mendapati, hujah dan tafsiran jumhur ulama adalah lebih tepat, kerana metodologi yang digunapakai adalah berasaskan tafsir bi al-ma’thur iaitu tafsir al-Qur’an bi al-Sunnah, iaitu antara tafsiran yang berautoriti. Dalam masa yang sama, hadis tersebut berstatus sahih dan penciptaan Hawa daripada tulang rusuk Adam adalah bukti kekuasaan Allah SWT. Kenyataan ini langsung tidak merendahkan kualiti atau darjat kemanusiaan wanita.

Sebaliknya, pandangan yang menyatakan penciptaan Hawa dari tulang rusuk Adam menyebabkan kerendahan darjat wanita sebenarnya tiada sandaran yang jelas dalam agama Allah,33 bahkan ia berasal daripada pemikiran Barat.34 Walaupun dalam Bible jelas menceritakan kronologi proses penciptaan tersebut, mereka tidak percaya dan tidak menerima Bible sebagai wahyu tuhan, sebaliknya dianggap sebagai kata-kata lelaki yang berbaur patriaki serta epistemologi lelaki. Selaras dengan itu, ia perlu dinilai secara kritikal menggunakan pendekatan hermeneutik dan didekonstruksi pengungkapan (articulation) patriaki tersebut.35

Hakikatnya, golongan ulama tidak meremeh dan merendahkan aspek penciptaan wanita dan mengiktiraf persamaan mereka dengan kaum lelaki. Memang diakui secara konsensus, kaum lelaki dan wanita berbeza dari aspek biologi anatomi. Perbezaan ini tidak memberi kesan selagi tidak menyebabkan ketidakadilan gender. Jumhur ulama juga tidak menisbahkan proses ontologi wanita pertama tersebut sebagai lambang kehinaan ataupun

31

Syarif Hidayatullah (2010), Teologi Feminisme Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 51.

32

Riffat Hassan (1995), “Isu Kesetaraan Laki-laki-Perempuan dalam Tradisi Islam”, Fatima Mernissi & : Riffat Hassan (eds.) Setara di Hadapan Allah (terj.), Yogyakarta: Yayasan Prakarsa, h. 60.

33 Muhammad al-Ghazali (2005), Huquq al-Insan bayn Ta‘alim al-Islam wa I‘lan al-Umam al-Muttahidah. c.4, Kaherah: Nahdhah Misr li al-Tiba„ah, h. 104.

34

Gerda Lerner (1986), The Creation of Patriarchy. New York: Oxford University Press, h. 183.

35

Elisabeth Schüssler Fiorenza (1994), “Bread Not Stone: The Challenge of Feminist Biblical Interpretation” dalam Sneja Gunew (ed.), A Reader in Feminist Knowledge. c. 3, New York: Routledge, h. 264.

Hadis Misoginis: Satu Ulasan

97 kerendahan nilai kemanusiaan. Sebaliknya diakui Islam memberi penghormatan yang lebih baik terhadap wanita berbanding agama-agama samawi mahupun agama budaya lain.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan tersebut, didapati golongan feminis berusaha untuk memberikan tafsiran baru terhadap Sunnah Nabi SAW, tanpa mendalami disiplin ilmu lain yang mempunyai hubungkait yang rapat, seperti ulum hadith, usul al-fiqh dan sebagainya. Ini kerana dalam mengkritik matan dan sanad hadis, bukan sekadar ilmu moden dan pendekatan baru sahaja yang boleh digunapakai, sebaliknya mereka wajar menguasai ilmu dirayah, riwayah, jarah, ta‘dil dan sebagainya.

Begitu juga dalam khazanah hadis Nabi SAW terdapat banyak lagi hadis yang bersifat mesra wanita serta yang mengangkat martabat mereka. Mengapa sisi negatif dibesar-besarkan dan kerap ditonjolkan berbanding nuansa positif yang dianjurkan oleh Nabi SAW. Sedangkan, kedudukan wanita yang tertindas dan diskriminasi dalam masyarakat Islam, kadangkala tidak bersumberkan ajaran agama Islam, sebaliknya lebih berasaskan tradisi masyarakat yang tidak Islamik serta amalan yang bercanggah dengan suruhan agama dan lebih berlandaskan hawa nafsu.

Justeru, penilaian yang dilakukan tidak perlu terikut-ikut dengan rentak feminis Barat yang standpoints without footings. Ini kerana bagi Barat, bukan persoalan penciptaan wanita pertama yang dititikberatkan, sebaliknya keautoritian wahyu yang ingin digugat. Sedangkan dalam paradigma mereka masih menebal dengan fahaman evolusi yang berorientasikan teori poligenesis. Tidak timbul penciptaan dari tulang rusuk. Sedangkan dalam Islam, Adam dan Hawa merupakan simbol teori monogenesis, iaitu kesatuan ibu dan bapa yang menjadi asal usul umat manusia keseluruhan.

99

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 104-112)