• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa"

Copied!
697
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

SUNNAH NABI

Realiti dan Cabaran Semasa

Sidang Editorial:

Fauzi Deraman

Ishak Suliaman

Faisal Ahmad Shah

Monika @ Munirah Abd Razzak

Khadher Ahmad

Mohamad Hasbullah Salim

Khairul Saufil Hadi Muhamad

(3)

Hak Cipta Terpelihara Fauzi Deraman, Ishak Suliaman dan Faisal Ahmad Shah 2011. Buku ini dicetak di Malaysia. Ia tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987, tidak ada bahagian dalam penerbitan ini dibenarkan untuk diterbitkan semula ataupun diedarkan dalam apa cara sekalipun ataupun dalam pengkalan data atau pun sistem ambilan tanpa kebenaran bertulis daripada penerbitnya.

Fauzi Deraman, Ishak Suliaman dan Faisal Ahmad Shah - SUNNAH NABI: Realiti dan Cabaran Semasa.

ISBN 978-967-5534-14-0 Cetakan pertama 2011.

Muka Taip Teks: Times New Roman & Traditional Arabic. Saiz Muka Taip: 11/14.

Diterbitkan oleh:

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

Universiti Malaya. 50603 Kuala Lumpur. Tel: 03-7967 6010 / 03-7967 6155

(4)

i

ISI KANDUNGAN

KATA PENGANTAR

ix

ARTIKEL BAHASA MELAYU

TAJUK ARTIKEL HALAMAN

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF AL-HADIS

Nurul Izzati bt Nazirmuddin Nazirmuddin bin Ahmad

1 ANALISIS PENDEKATAN ULAMA HADITH TERHADAP

HADITH BAY’ AL-NASI’AH DALAM SHARHSAHIH AL-BUKHARI

Nik Mohd Zaim Ab Rahim Ishak Hj Suliaman

15 HADITH-HADITH MUAMALAT: KAJIAN TERHADAP

KUTUB SITTAH (ANALISA TERHADAP HUKUM AL-RAHN MENURUT ULAMA HADITH DAN ULAMA FIQH) Joni Tamkin Borhan

Paturohman Bin Asrori

25

METODOLOGI PENGGUNAAN HADIS DALAM

PENTAFSIRAN AYAT KAWNIYYAH OLEH MUHAMMAD

AL-AMIN AL-HARARI: SATU TINJAUAN Mohamed Akhiruddin Ibrahim

M.Y. Zulkifli Hj. Mohd Yusoff

39 PENGARUH PEMIKIRAN GOLONGAN ANTI HADITH (GAH)

KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN KHUSUS DI LEMBAH KLANG

Mohd Al’ikhsan bin Ghazali Azwira bin Abd Aziz

Faisal bin Ahmad Shah

49

PERSEPSI DAN PENGHUJAHAN ISLAM LIBERAL TERHADAP KEDUDUKAN AL-HADITH

Ismail Yusuff, Muhd. Najib Abdul Kadir, Jaffary Awang, Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlan Mohd. Othman, Aizuddin Hakim Mohd Yusof & Siti Yuhanaza Hasbullah

(5)

ii

PENGARUH ORIENTALISM DALAM GERAKAN ANTI HADIS DI MALAYSIA: ANALISIS KRITIKAL

Rahimin Affandi Abd. Rahim Mohd Kamil Abd Majid Ruzman Mohd Nor Nor Hayati Mohd Dahlal

69

HADIS MISOGINIS: SATU ULASAN Mohd Anuar Ramli

Rahimin Affandi Abdul Rahim 91

PENGAJIAN HADITH DI SABAH: SUATU SOROTAN Selamat Bin Amir

Ernawati Binti Amusin 99

APLIKASI KONSEP SYUBHAH DALAM PRODUK MAKANAN HALAL MASA KINI: SATU KAJIAN MENGIKUT PERSPEKTIF HADIS

Suhaimi Ab. Rahman, Jafri Abdullah

Mohammad Aizat Jamaludin

113

SUNNAH KONTEMPORER: ANALISIS PANDANGAN SYAIKH AL-ALBANI

Ahmad Nabil b. Amir 125

REALITI DAN CABARAN DALAM RAWATAN ISLAM:

ANALISIS HADITH-HADITH TENTANG PENDEKATAN DAN KAEDAH RAWATAN NABI SAW MERAWAT PENYAKIT SIHIR Khadher Ahmad

Ishak Hj. Suliaman

131 METODOLOGI AL-HAFIZ IBN AL-SALAH DALAM

PERMASALAHAN PENTASHIHAN HADIS DAN FENOMENA PENTASHIHAN PADA MASA KINI

Zulhilmi bin Mohamed Nor Ahmad Sanusi Azmi

149 SYEIKH YASIN PADANG DAN HADITH ARBA’IN: SEBUAH

ULASAN DAN TAKHRIJ Jannatul Husna bin Ali Nuar Fauzi Deraman

161 PENDEKATAN M. QURAISH SHIHAB DALAM PENULISAN

HADIS DALAM TAFSIR AL-MISBAH Ahmad Naim Abdul Aziz

Latifah Abdul Majid

(6)

iii

KAJIAN TERHADAP HADITH-HADITH YANG MASYHUR

PENGGUNAANNYA DALAM BIDANG KESENIAN ISLAM Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil

Ahmad Fauzee bin Abdullah

193 APLIKASI TAKHRIJ HADITH PASCA SISWAZAH FAKULTI

PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Fadlan Mohd Othman, Mohd Arif Nazri, Latifah Abdul Majid, Mazlan Ibrahim & Ahmad Munawar Ismail

205 INHAD: PENUBUHAN, MASA DEPAN DAN HARAPAN

Mohd Farid Ravi Abdullah

Mohd Norzi Nasir 213

SUMBANGAN KHAZANAH FATHANIYAH TERHADAP PENGUMPULAN DAN PENULISAN KITAB-KITAB HADITH JAWI NUSANTARA

Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin Wan Khairul Aiman bin Wan Mokhtar

225

PEMBELAJARAN CAPAIAN TEKS HADITH BERAUTORITI DI INTERNET: KAJIAN TERHADAP LAMAN SESAWANG ISLAMWEB

Shahril Nizam b. Zulkipli

Muhammad Faidz b. Mohd Fadzil Ishak b. Hj. Suliaman

233

LAMAN SESAWANG HADIS DALAM BAHASA MELAYU: SATU KAJIAN DISKRIPTIF

Mohd. Yusuf Ismail Mohd. Zaini Zakaria

A. Irwan Santeri Doll Kawaid

253 REALITI PENGAJIAN ULUM AL-HADITH DI INSTITUSI

PENGAJIN TINGGI TIMUR TENGAH: SUATU ANALISIS Mohd. Muhiden Abd. Rahman

Abd Latiff Abd Haliff

265 METODOLOGI PENULISAN ZAGHLUL AL-NAJJAR DALAM

MENGANALISIS TEKS HADITH NABAWI MELALUI DATA-DATA SAINTIFIK

Ishak Suliaman, Mohd Afifuddin Mohamad , Raihana Abdul Wahab, Siti Rabiatul Adawiyah S.Mohsain, Sumaiyah Mohd Tamizi.

279

PENDEKATAN AS-SUNNAH DALAM MENANGANI

FENOMENA KAHWIN LEWAT DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin

(7)

iv

AMALAN SUNNAH DALAM KALANGAN AWAL REMAJA

Bhasah Abu Bakar 303

HADITH RUKYAH DAN HISAB DARI PERSPEKTIF

ASTRONOMI DAN BERDASARKAN AMALAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA

Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi Mohammaddin Abdul Niri

Saadan Man

317

METODOLOGI PENGAJIAN ULUM AL-HADITH: ANTARA KEPERLUAN PENGHAFALAN MATAN (MUSTALAH AL-HADITH) DENGAN PENGAJARAN SECARA MODEN Amiruddin Mohd Sobali, Norazman bin Alias,

Zulhilmi bin Mohamed Nor & Ahmad Sanusi Azmi

331 TERJEMAHAN HADIS-HADIS KE DALAM BAHASA MELAYU:

ANALISIS KITAB MISBAH AL-ZALAM WA BAHJAH AL-‘ANAM Abd Latiff Abdul Haliff

Fauzi Deraman

Mohd Murshidi Mohd Noor

341 PENULISAN KARYA HADIS NUSANTARA ABAD KE-19:

ANTARA SYEIKH NAWAWI BANTEN DAN SYEIKH WAN ALI KUTAN AL-KALANTANI

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

353 ANALISIS AL-ASHA`IRAH TERHADAP HADIS MUTASYABIH

DALAM AL-SAHIHAYN: TUMPUAN TERHADAP HADITH AL-JARIYAH

Mohd Sobri Bin Ellias Mohd Fauzi Bin Hamat

373 IBN HAJAR HAYTAMI SEBAGAI TOKOH SYARAH

AL-HADITH

Rosni binti Wazir 391

PUSAT KAJIAN HADIS JAKARTA: DIGITALISASI METODE BELAJAR HADIS INTERAKTIF

Untung Margono 407

METODOLOGI HURAIAN HADIS HUKUM: KAJIAN AWALAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB NAIL AL-AWTAR DAN

SUBUL AL-SALAM Norzulaili Mohd Ghazali Zulhilmi Mohamed Nor

(8)

v

PENGHAYATAN AL-ASMA’ AL-HUSNA DAN PEMBENTUKAN

INTEGRITI: ANALISIS TERHADAP HADIS-HADIS BERKAITAN AL-ASMA’ AL-HUSNA.

Mohd Hasrul Shuhari Mohd Fauzi Hamat

433

PENGGUNAAN JADUAL DAN GAMBARAJAH DI DALAM PENULISAN BAGI SUBJEK MUSTALAH AL-HADITH Thuraya Ahmad

Fauzi Deraman

443 METODOLOGI PENENTUAN HADITH DA‘IF: ANALISIS

TERHADAP TARAJU‘ AL-ALBANI DALAM SILSILAH AL-AHADITH AL-DA‘IFAH WA AL-MAWDU‘AH

Roshimah binti Shamsudin Ahmad Hamzah Bin Mat Daud

457

AL-QARADAWĪDAN SUMBANGANNYA TERHADAP

PEMBANGUNAN AL-SUNNAH: SOROTAN DARI SUDUT ZAKAT

Suryani binti Masnan. Ahmad bin Yussuf Bahiyah binti Ahmad

471

KONSEP AL-TASFIYAH (PEMURNIAN) AKIDAH DALAM SUNNAH NABAWIYAH

Sakinah Saptu Azwira Abd Aziz

483 PENDEKATAN TEKSTUAL DALAM MEMAHAMI HADITH

NABI S.A.W: SATU ANALISIS Faisal Ahmad Shah

Jawiah Dakir

499 HADITH-HADITH MENGENAI ANJING: TUMPUAN KEPADA

ISU PEMELIHARAAN DAN PENGHARAMANNYA DARIPADA PERSPEKTIF HADITH AHKAM

Monika @ Munirah Abd Razzak Nik Mohd Zaim Ab Rahim

517

ASAS PEMIKIRAN ILMU TAKHRIJ DALAM BIDANG KEWARTAWANAN: REALITI DAN CABARAN

Nik Yusri bin Musa 533

PENGGUNAAN HADITH DA‘IF DI DALAM ASPEK AL-TARGHIB WA AL-TARHIB: KAJIAN TERHADAP KITAB LUBAB AL-HADITH KARYA SHEIKH ABU BAKAR PALESTIN Mohamad Hasbullah bin Salim

Mohd Aizul bin Yaakob

(9)

vi

MENYANGKAL SALAH FAHAM TERHADAP

PENYEMBELIHAN CARA ISLAM:ANALISIS MENURUT

SUNNAH DAN KAJIAN SAINTIFIK Syahadatul Hafizah binti Abdullah Nurul Zakirah binti Mat Sin

Munirah@Monika binti Abd Razzak

557

KECENDERUNGAN TOKOH-TOKOH DAKWAH DALAM PENGHURAIAN AL-QUR’AN DAN HADIS DARI ASPEK

HARAKI

Muhamad Alihanafiah Norasid Muhammad Arif Yahya Mustaffa Abdullah

569

TRANSFORMASI PENYELIDIKAN IJAZAH TINGGI DALAM PENGAJIAN HADITH: PENGALAMAN DAN CABARAN DI JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH, APIUM

Ishak Hj. Suliaman

(10)

vii

ARTIKEL BAHASA INGGERIS

TAJUK ARTIKEL HALAMAN

A COMPARATIVE STUDY: HIJAB IN SUNNAH NABAWIAH AND THE OLD AND NEW TESTAMENT

Zohreh. Sadat Moosavi 609

THE EXCESSIVE CONSUMPTION OF INTERNET AND ITS IMPLICATION IN THE STUDY OF HADITH

Ismail bin Abdullah

Nur Saadah bt Hamisan@Khair 621

IMPACT OF SCHOLARS OF HADITH ON THE MUSLIMS IN NORTHERN NIGERIA

Muhammad Yahya 631

ANSWERING MISCONCEPTIONS AND FALSE CLAIMS: A CASE STUDY OF PEER-REVIEWED ARTICLE TITLED: ‘WHERE ARE THE LEGAL HADITH? A STUDY OF THE MUSANNAF OF IBN ABI SHAYBA’ BY SCOTT C. LUCAS Thuraya Ahmad

Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri Mardiana Mat Ishak

639

THE ROLE AND CHALLENGES OF MUSLIM WOMEN IN HIGHER EDUCATION IN NIGERIA: QUR’AN AND HADITH PERSPECTIVES

Ahmad Muhammad Gusau Siti Arni Basir

649 ROLE OF ESTABLISHED HISTORY AND MODERATION IN

HADITH-TEXT EXAMINATION

Israr Ahmad Khan 659

A GLANCE ON FIQH AL- HADITH AND ITS IMPLICATIONS Majid Daneshgar

(11)

viii

KATA PENGANTAR

Buku berjudul “Sunnah Nabi: Realiti dan Cabaran Semasa” cuba menggarap

beberapa isu kontemporari dalam bidang hadith yang merangkumi kajian hadith

tematik, metode ulama hadith dalam karya-karya hadith, terjemahan sunnah, ict

dalam pengajian hadith, hadith dan sains, sumbangan institusi formal dan tidak

formal dalam pengajian hadith dan pengaruh pemikiran asing dalam pengajian

hadith.

Kajian hadith tematik cuba mengupas hadith-hadith nabi mengikut

topik-topik tertentu. Melalui kajian ini hadith-hadith nabi s.a.w akan dikumpulkan

mengikut topik tertentu kemudian dibahas dan dibincangkan berdasarkan ilmu

riwayah dan dirayah hadith. Antara isu-isu yang dibahaskan menurut kajian

tematik dalam buku ini ialah modal insan, bay’ al-nasiah dan al-rahn. Melalui

kajian terhadap metode-metode ulama hadith pula, kekuatan dan keistimewaan

karya-karya mereka dapat dikenalpasti. Antara tokoh-tokoh ulama yang

menjadi pilihan ialah Ibn Solah, Ibn Hajar al-Haythami dan ulama kontemporer

seperti Syeikh al-Albani, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi dan Dr Zaghlul al-Najjar.

Sumbangan ulama nusantara dalam bidang hadith turut dibincangkan antaranya

seperti Syeikh Nawawi Banten, Syeikh Wan Ali Kutan al-Kelantani, Syeikh Yasin

Padang dan M.Quraish Shihab.

Isu terjemahan hadith turut mendapat tempat dalam buku ini. Ini adalah

kerana kesemua matan hadith didatangkan dalam bahasa Arab. Justeru bagi

memudahkan masyarakat memahami sunnah dengan baik maka karya-karya

utama hadith perlu diterjemahkan. Dalam usaha penterjemahan tersebut

beberapa syarat perlu dipatuhi bagi menjamin terjemahan yang tepat dan betul.

Isu mengenai syarat dan kriteria penterjemahan hadith merupakan antara isu

yang dianalisis dalam buku ini. Salah satu tema yang turut dibincangkan dalam

buku ini ialah ict dalam pengajian hadith. Kemudahan ict seperti laman-laman

web hadith dan software antaranya islamweb , al-durar, al-maktabah al-Shamilah

dan seumpamanya banyak membantu dalam merancakkan lagi pengajian hadith.

Justeru persoalan autoriti dan kehujahan laman-laman web tersebut antara isu

yang dikupas dalam buku ini.

Institusi formal dan tidak formal turut menyumbang dalam kerancakan

pengajian hadith. Kajian terhadap sumbangan institusi formal dan tidak formal

dalam pengajian hadith akan dapat mendedahkan kepada kita mengenai peranan

institusi tersebut dalam perkembangan pengajian hadith, program dan aktiviti

yang dijalankan dan misi dan harapan yang ingin dicapai. Inhad, Khazanah

Fathaniyah, Pusat Kajian Hadith Jakarta antara yang diperkenalkan dalam buku

ini.

(12)

ix

Antara aspek yang mendapat perhatian ulama masa kini ialah kupasan

hadith-hadith nabi menurut perspektif sains. Kajian menunjukkan bahawa

kandungan ucapan dan sabdaan nabi telah berjaya dibuktikan melalui kajian

saintifik pada masa kini. Antara isu-isu berkaitan sains yang dibincangkan dalam

buku ini ialah Kosmologi, isu pemeliharaan dan pengharaman anjing serta hisab

dan rukyah dari perspektif astronomi.

Salah satu aspek yang turut dibincangkan dalam buku ini ialah hadith dan

aliran pemikiran semasa. Terdapat beberapa fahaman dan pemikiran lama yang

masih bergerak aktif mempertikaikan hadith dan sunnah nabi dan mendakwa

sunnah nabi tidak sesuai dipraktikkan pada masa kini. Antaranya golongan anti

hadith , Islam Liberal dan Orientalis. Walaupun pemikiran mereka telah dikupas

dan dibincangkan oleh para ulama terdahulu namun masih lagi terdapat isu-isu

baru yang diketengahkan oleh penulis dalam buku ini.

Pelbagai isu-isu kontemporari yang dibincangkan dalam buku ini diharap

dapat mencelikkan masyarakat Islam mengenai kepentingan hadith dan

sunnah nabi selain menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam

keseluruhannya. Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli jawatankuasa seminar

MUSNAD 2011 di atas kesungguhan dan komitmen menyiapkan buku ini.

Semoga usaha ini diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah s.w.t.

PROF MADYA DR MUSTAFFA ABDULLAH

Ketua,

Jabatan Al-Quran & al-Hadith,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya

(13)
(14)

1 PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS DARI

PERSPEKTIF AL-HADIS Nurul Izzati bt Nazirmuddin1

Nazirmuddin bin Ahmad2

Abstrak

Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin pesat, tidak dapat dinafikan masyarakat Malaysia turut berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang menuntut kekuatan diri (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dalam usaha mencapai status negara maju secara holistik. Oleh itu, pembangunan modal insan dilihat sebagai salah satu strategi kerajan untuk membangunkan kualiti dan daya tahan masyarakat. Sebagai sebuah negara di mana Islam sebagai agama rasmi, strategi untuk membangunkan modal insan tidak lengkap jika aspek ad-din yang merangkumi al-Quran dan al-hadis tidak dijadikan panduan dan rujukan utama ke arah mewujudkan insan syumul, yang dapat mempengaruhi kehidupan berakhlak, bermoral dan memiliki jati diri, sebagai elemen penting dalam pembangunan insan. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pembangunan modal insan di Malaysia, dari perspektif al hadis. Iaitu untuk melihat sejauhmana pembangunan modal insan di Malaysia selaras dengan tuntutan al-hadis dan al-sunnah.

Pengenalan

Nampak dengan jelas bahawa kemajuan dan pembangunan pesat sesebuah negara mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor moral rakyatnya. Iaitu berpengetahun, berkemahiran, memiliki sikap yang positif, dan jati diri yang mampan. Faktor-faktor moral ini pula dicirikan oleh nilai-nilai kehidupan beragama yang tinggi, berakhlak, memilikki modal insan, yang ditunjangi oleh keyakinan kepada Allah. Sejarah tamaddun sesebuah negara bangsa tidak akan berdiri megah hanya berpaksikan kepada sistem nilai yang hanya ditentukan oleh peradaban manusia yang meletakkan pemikiran logik akal, aspek tradisi dan budaya sebagai penentu baik buruk sesuatu tingkah laku. Hari ini Barat yang mengklafikasikan negara mereka sebagai nagara maju, sedang menghadapi krisis moral yang hebat diselubungi oleh keruntuhan aqidah, faham liberalisme, terlalu mementingkan hak asasi manusia, dan menolak kehidupan beragama. Hari ini dapat disaksikan krisis nilai yang cukup hebat dalam kalangan mereka.

Menyedari hakikat ini, Malaysia sedang bergerak kearah memantapkan modal insan rakyatnya supaya wawasan dan matlamat untuk mencapai negara maju menjadi

1 Faculty of Revealed Knowledge, International Islamic University Gombak, Selangor. E-mel:

Izzati.nazir@ymail.com

2 Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tg malim, Perak. E-mel:

(15)

2

realiti, berdasarkan acuan dan budaya tempatan. Malaysia agak bertuah kerana kedatangan Islam dengan sendirinya telah membentuk satu modus operandi yang jelas dan berfokus dari segi fizikal dan rohani dalam usaha membangun dan memantapkan nilai-nilai insan dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu tidak dapat dinafikan modul pembangunan insan yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW melalui hadis dan sunnah merupakan manisfestasi daripada kehendak Al-Quran, yang perlu dijadikan penanda aras kepada gerakan pembangunan modal insan yang dihasratkan oleh kerajaan.

Al-Hadis yang merupakan sumber kedua penting selepas Al-Quran, mempunyai peranan penting dalam usaha menjana manusia yang berkualiti, dan memiliki nilai-nilai modal insan yang tinggi. Ini kerana al-hadis merupakan gambaran kehidupan, pemikiran, tingkah laku, akhlak Rasulullah SAW. Berdasarkan hakikat ini, tingkah laku Rasulullah SAW adalah dianggap “suri teladan” dalam menentukan hala tuju gelagat manusia itu sendiri. Ini dtegaskan oleh Saidatina Aishah, apabila ditanya, bagaimanakah akhlak Rasulullah, Saidatina Aishah menjawab bahawa akhlak Rasulullah SAW ialah al-Quran. Memisahkan pembangunan modal insan daripada acuan Islam, merupakan suatu penyelewangan daripada hakikat fitrah kejadian manusia itu sendiri.

Konsep Modal Insan

Adam Smith (1976) pelopor teori ekonomi klasikal telah mendefinasikan modal insan sebagai bakat dan kemahiran. Manakala Abdul Rahman Ahmad (2006), istilah modal insan mula muncul dalam tulisan ekonomi neoklasik moden bertajuk “Pelaburan dalam modal insan” atau Investment in Human Capital dan istilah tersebut terus menjadi satu istilah bahasa perniagaan yang membicarakan tentang sumber dan tenaga kerja dalam sesebuah organisasi. Theodore W. Schultz yang memperkenalkan teori modal insan. Beliau berhujah menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran adalah elemen modal yang terhasil daripada pelaburan yang disengajakan. Iaitu wujud hubungan di antara peningkatan pelaburan modal insan dan peningkatan pendapatan pekerja. Selari dengan pandangan Gary S. Becker, Schultz turut bersetuju dengan konsep pelaburan modal insan ini. Jadi, negara-negara maju yang melabur dalam pendidikan, kesihatan dan latihan dalam jangka panjang akan menguatkan struktur ekonomi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat mereka.

Modal insan menurut perspektif Islam ialah satu keunggulan keperibadian yang dimiliki oleh manusia (penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan akhlak yang mulia dalam konteks melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama yang diamanahkan bagi meningkatkan kemakmuran bagi manusia dan alam seluruhnya. Modal insan dalam perspektif Islam, mempunyai asas atau ciri-ciri penting di antaranya: “Manusia sebagai sebaik-baik ciptaan Allah.” (Surah at-Tin ayat 4, dan Sajadah ayat 7) “Manusia sebagai khalifah” (al-Baqarah ayat 30), “Manusia diberi kelebihan dan kekuatan ilmu” (al Baqarah:33), “Manusia makhluk yang dimuliakan Allah dengan segala kemudahan bagi mentadbir dan mengurus alam” (al-Isra: 70), “Manusia di lengkapkan dengan pendengaran, penglihatan dan perasaan (af idah) bagi menjalani kehidupan di dunia ini” (As-Sajadah :7) “Manusia perlu menjadikan dirinya sebagai hamba Allah dalam melaksanakan segala tugas dan tanggugjawab yang diterimanya” (Az-Zariat:56).

(16)

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis Dari Perspektif Al-Hadis

3 Perlaksanaan Modal Insan Di Malaysia

Dalam usaha membangunkan modal insan dalam kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar supaya matlamat untuk melahirkan modal insan dapat dicapai sekaligus dapat mewujudkan golongan rakyat yang kuat bekerja di samping memiliki nilai-nilai murni yang diharapkan. Semuanya bermatlamat untuk meningkatkan produktiviti dan mempunyai daya saing di peringkat global. Dasar-dasar yang dilaksanakan merangkumi aspek pendidikan, latihan dan kesihatan.

Pendidikan

Pelaburan kerajaan terhadap sektor pendidikan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat tinggi. Pada tahun 2000, bagi maksud membiayai program pendidikan dan menyediakan prasarana pendidikan berkualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia disediakan sejumlah 14.08 bilion ringgit iaitu sebanyak 11.69 bilion ringgit bagi belanja mengurus dan 2.39 bilion ringgit bagi belanja pembangunan (Perbendaharaan Malaysia; Ucapan Bajet 2000). Menurut Mohd Salleh Lebar (1992), fokus utama yang diberikan oleh kerajaan terhadap bidang pendidikan ini adalah berdasarkan peranan sekolah sebagai institusi pendidikan yang berperanan sebagai agen perubahan dan seterusnya sebagai agen untuk membangunkan modal insan. Ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan pendidikan sebagai pemangkin kepada perubahan. Pendidikan diharapkan boleh membawa negara menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang dihasratkan. Hasrat untuk melahirkan modal insan ini dapat dibuktikan sejak tergubalnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iaitu KPM berusaha membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar.

Menyedari pendidikan agama merupakan teras kepada modal insan, KPM memperhebatkan lagi pendidikan bahasa Arab, Al-Quran dan sivik kearah memantapkan rohani pelajar. Justeru, kerajaan telah mewujudkan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Melalui program j-qaf ini diharapkan murid-murid dapat berkomunikasi dalam bahasa arab, menguasai tulisan jawi, serta dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan dapat mempraktikkan fardu ain di dalam kehidupan seharian. Iaitu usaha untuk melahirkan generasi rabbani. Generasi rabbani bermaksud generasi yang sempurna ilmu dan takwa kepada Allah. Generasi ini dituntut dalam Islam sebagaimana yang firman Allah dalam surah Ali Imran ayat ke-79 yang bermaksud: „…hendaklah kamu menjadi Rabbani…‟ Dalam hal ini, generasi sebaliknya juga turut dijelaskan melalui firman Allah dalam surah Maryam ayat ke- 59 yang bermaksud: „...kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat, mereka akan menghadapi azab dalam neraka.‟ Generasi rabbani yang memiliki kemantapan ilmu dan taqwa turut memiliki kekuatan daripada segi pertimbangan akal, jati diri, integriti dalam tanggungjawab dan berakhlak tinggi. Sebagaimana yang digariskan dalam Al-Quran bahawa ciri-ciri berkenaan memberi kesan terhadap individu yang mengamalkannya dengan sempurna. Mengenai hal itu, Allah swt berfirman dalam surah al-Ankabut ayat ke- 45 yang bermaksud: „…sesungguhnya solat itu menghindarkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar…‟ Sebaliknya

(17)

4

individu yang terlalu cenderung dan menuruti hawa nafsu adalah berlawanan dengan ciri-ciri generasi rabbani. Sikap ini melahirkan cabang dan ranting tingkah laku negatif lain yang merangkumi sifat-sifat khianat, tamak, tiada kawalan emosi, menghalalkan yang haram, bongkak dan sebagainya.

Ini adalah selaras dengan hadis Rasulullah SAW, yang menegaskan bahawa, kejayaan sesuatu sistem pendidikan hendaklah mampu melahirkan generasi yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sabda Rasulullah SAW;

“Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada ku suatu amalan yang mendekatkan aku dengan syurga dan menjauhkan aku daripada neraka”. Rasulullah SAW menjawab,”apabila kamu melakukan dosa, maka kerjakanlah kebaikan, kerana kebaikan itu (pahalanya) sepuluh kali ganda”. Abu Zar berkata; Aku bertanya: “Ya Rasulullah adakah Laa ilaaha illahLah termasuk kebaikan?” Rasulullah menjawab,”Ia adalah sebaik-baik kebaikan.”3

Al-Quran juga menekankan supaya kita membina masyarakat melalui pembentukan generasi cemerlang iaitu memiliki kesempurnaan ilmu pengetahuan serta bertaqwa kepada Allah. Taqwa diertikan sebagai patuh kepada perintah Allah dan menjauhi diri daripada larangan-laranganNya.

Ekonomi

Di dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa salah satu strategi utama untuk memajukan ekonomi negara adalah dengan mempergiat modal insan. Justeru kerajaan telah mewujudkan Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia, 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) untuk merealisasikan matlamat sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Oleh itu, gerak kerja yang dilaksanakan adalah untuk menambahbaikan ekonomi negara disamping mendekatkan jurang antara golongan kaya dan miskin antara semua kaum samada. Di Malaysia, kita mengamalkan ekonomi campuran iaitu sosialis dan kapitalis. Sistem ekonomi ini lebih mengutamakan keuntungan daripada kebajikan dan bersumberkan akal manusia untuk mengubah undang-undang supaya bertepatan dengan kehendak akal dan nafsu manusia.

Disebabkan Malaysia tidak mengamalkan ekonomi Islam, tidak semua sumber ekonomi diagihkan dengan adil, terdapat riba dan masalah-masalah ekonomi yang lain. Jika dilihat ekonomi Islam mempunyai hala tujunya adalah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat bukanlah untuk kehidupan di dunia sahaja.

Menurut Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah di dalam kertas kerjanya yang bertajuk peranan kerajaan dalam dasar pembangunan negara adalah :

„‟ Islam sangat prihatin dengan pembangunan ekonomi di mana perkara ini dilihat sebagai sebahagian penting daripada masalah yang lebih besar iaitu pembangunan insani. Fungsi utama Islam ialah untuk memandu pembangunan manusia berlandaskan asas arah tuju yang betul. Justeru,

3 Syarah Hadis 40, Imam Nawawi oleh Dr Mustafa al-Bugha Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala

(18)

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis Dari Perspektif Al-Hadis

5 kerangka pembangunan ekonomi Islam mempunyai cirri-ciri yang

komprehensif yang meliputi aspekaspek pembangunan moral, kerohanian dan kebendaan (material). Pembangunan menjadi aktiviti yang berorentasikan matlamat dan nilai, yang ditumpukan kepada mengoptimumkan kemaslahatan manusia dari semua segi. Dengan kata lain, pembangunan dalam Islam bermaksud pembangunan manusia dan sekitaran fisikal dan sosio-budayanya.‟‟

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan jua untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda bagi kaum yang mahu mengingati ni‟mat Allah itu.(Surah al-Nahl 12-13)

Mafhummnya, segala perbuatan dan tingkahlaku manusia termasuklah juga di dalam bidang ekonomi hanyalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Dan di dunia ini, terdapat sumber ekonomi yang menjadi hak masing-masing dan hak masyarakat umum. Islam melarang umatnya mengambil harta orang lain tanpa kebenaran pemilik harta tersebut.

Jika dibicarakan tentang ekonomi, Rasulullah S.a.w adalah antara insan yang layak dijadikan contoh untuk memajukan ekonomi kerana baginda juga adalah seorang ahli perniagaan, sudah tentu baginda bijak di dalam selok belok ilmu ekonomi. Di zaman Rasulullah SAW, baginda menguruskan ekonomi dengan berpandukan al-Quran. Ini kerana, al-Quran adalah kitab dan sumber panduan hukum yang lengkap.

Di zaman baginda juga, antara sumber pendapatan negara adalah dari sumber zakat, sedekah,wakaf, jizyah, ghanimah perang dan sebagainya. Malah pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau menguruskan ekonomi negara hingga tidak ada seorang pun dari rakyatnya yang layak menerima zakat kerana semuanya mampu dari segi kewangan.

Kerajaan juga digalakkan tidak boros, Allah S.W.T. melarang umat Islam bersikap boros dan pembaziran yang akan membawa kepada kemiskinan. Disebabkan itu, baginda menggunakan sumber pendapatan ini hanya untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat sahaja seperti untuk dakwah, kesejahteraan sosial, pendidikan dan kebudayaan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” ( Riwayat Bukhari )

Setiap ahli masyarakat harus lah sanggup berkorban untuk kebahagian ahhli masyarakat yang kurang bernasib baik. Maka Rasulullah SAW. berpesan dan memerintahkan pengeluaran untuk kebajikan masyarakat. Sabdanya : “kekayaan harus diambil dari si kaya dan dikembalikan kepada si miskin” ( Riwayat Bukhari). Setiap orang wajib berkorban dan menyumbang sesuai dengan kemampuan dan pendapatannya.

(19)

6 Sosial

Ibnu Khaldun di dalam buku al-Muqaddimah menyatakan hakikat bahawa kehidupan bermasyarakat adalah salah satu keperluan asas manusia. Oleh kerana kewujudan masyarakat adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, maka sistem kemasyarakatan juga menjadi satu keperluan. Sistem bermasyarakat adalah penting kerana tanpanya ketidakstabilan boleh berlaku akibat kebebasan yang tiada batasan.

Rasulullah S.a.w pula menjadikan Islam untuk menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam. Masyarakat bukan Islam pula, perlu menghormati dasar yang telah Rasulullah S.a.w tetapkan semasa membina negara Madinah. Disebabkan itu Rasulullah S.a.w semasa menerajui Madinah, baginda telah menyusun satu perjanjian iaitu Piagam Madinah untuk ditandatangani oleh kaum ansar, muhajirin dan yahudi dalam menjelaskan hak dan kewajiban sebagai warga negara. Antaranya kewajiban ke atas mereka untuk mempertahankan negara dari serangan pihak luar.

Jika dilihat, gagasan 1 Malaysia mampu untuk menyatupadukan rakyat negara kita dan mencapai matlamat untuk melahirkan masyarakat sebuah negara maju dari segi aspek moral, ilmu dan kemahiran. Gagasan 1 Malaysia telah menggariskan 8 fokus utama dalam menjayakan 1 Malaysia iaitu integriti, pendidikan, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan dan meritokrasi.

Gagasan 1 Malaysia (2010 ) secara umumnya adalah untuk meningkatkan perpaduan rakyat antara kaum cina,melayu dan india. Tetapi gagasan 1 Malaysia dilihat kurang diberi sambutan oleh masyarakat Malaysia sendiri. Untuk memupuk bersatu padu ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari semua pihak.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi, Ibnu Khaldun di dalam buku al-Muqaddimah menyatakan hakikat bahawa kehidupan bermasyarakat adalah salah satu keperluan asas manusia. Oleh kerana kewujudan masyarakat adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, maka sistem kemasyarakatan juga menjadi satu keperluan. Sistem bermasyarakat adalah penting kerana tanpanya ketidakstabilan boleh berlaku akibat kebebasan yang tiada batasan.

Rasulullah S.a.w pula menjadikan Islam untuk menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam. Masyarakat bukan Islam pula, perlu menghormati dasar yang telah Rasulullah S.a.w tetapkan semasa membina negara Madinah. Disebabkan itu Rasulullah S.a.w semasa menerajui Madinah, baginda telah menyusun satu perjanjian iaitu Piagam Madinah untuk ditandatangani oleh kaum ansar,muhajirin dan yahudi dalam menjelaskan hak dan kewajiban sebagai warga negara. Antaranya kewajiban ke atas mereka untuk mempertahankan negara dari serangan pihak luar.

Syeikh Yusuf al-Qardawi (2002) mengatakan bahawa Islam adalah bersifat sebagai agama manhaj (sistem), Islam telah menyiapkan manhaj yang sempurna untuk mengatur dan menyusun kehidupan.4 Doktor Abdul Karim Zaidan (2009) pula menegaskan, akidah inilah yang memimpin fikiran dan tingkah laku manusia. Dengan

(20)

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis Dari Perspektif Al-Hadis

7 berpegang kepada aqidah Islam sebagai asas dalam sistem masyarakat bermakna manusia akan memikul tanggungjawab menjamin kestabilan masyarakat tanpa mengira bangsa, bahasa, keturunan mahupun pangkat. Berbeza daripada sistem kemasyarakatan Rom, Yunani, Parsi atau Arab yang meletakkan asas bangsa, puak atau keturunan sebagai asasnya. Asas selain akidah Islam mendorong berlakunya kezaliman, dan penindasan sesama manusia.

Ini telah membuktikan bahawa agama Islam itulah agama yang syumul dan unggul yang mengandungi semua aspek kehidupan dan mampu untuk memakmurkan sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum. Sirah Rasulullah S.a.w telah membuktikan bahawa kaum non-muslim pada zaman kegemilangan Islam dahulu tidak pernah ditindas dan diperlakukan dengan kezaliman.

Oleh itu, sebagai cadangan, kerajaan diharapkan dapat menerapkan kefahaman tentang agama Islam dan manhajnya kepada umat Islam dan bukan Islam serta mempraktikkan segala garis panduan yang Allah S.W.T tetapkan dalam menguruskan sesebuah negara. Telah terbukti bahawa agama Islam adalah agama yang syumul dan unggul yang mengandungi semua aspek kehidupan dan mampu untuk memakmurkan sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum. Sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa kaum non-muslim pada zaman kegemilangan Islam dahulu tidak pernah ditindas dan diperlakukan dengan kezaliman. Oleh itu, sebagai cadangan, kerajaan diharapkan dapat menerapkan kefahaman tentang agama Islam dan manhajnya kepada umat Islam dan bukan Islam serta mempraktikkan segala garis panduan yang Allah S.W.T tetapkan dalam menguruskan sesebuah negara.

Unsur penting di dalam pembentukan modal insan ialah pembentukan manusia sebagai aspek penting untuk menjayakan dan memajukan sesebuah negara. Ia cenderung kepada kemampuan manusia dalam pemikiran, sikap dan kemahiran. Oleh itu, aspek sosial amat berkait rapat dengan manusia agar negara maju yang akan dicapai mempunyai sebuah masyarakat yang adil, aman, bekerjasama, kurang masalah jenayah dan tidak berpecah belah sesama mereka. Disebabkan itu, gagasan 1 Malaysia adalah medium yang digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan keadilan sosial tanpa mengira kaum.

Jika dilihat, gagasan 1 Malaysia mampu untuk menyatupadukan rakyat negara kita dan mencapai matlamat untuk melahirkan masyarakat sebuah negara maju dari segi aspek moral, ilmu dan kemahiran. Gagasan 1 Malaysia telah menggariskan 8 fokus utama dalam menjayakan 1 Malaysia iaitu integriti, pendidikan, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan dan meritokrasi.

Isu Dan Cabaran

Pengaruh media di dalam masyarakat

Media seperti media eletronik (televisyen, radio, blog, laman sosial, laman web) atau media cetak (surat khabar,majalah) memainkan peranan yang amat penting dalam menyebar, menyampaikan dan menerima informasi. Tetapi kini, media dilihat sebagai salah satu alat yang telah merubah etika, rohani dan jasmani yang harmoni kepada sifat yang menyalahi hukum alam. Misalnya, remaja kini sering terpengaruh dengan media

(21)

8

eletronik atau media cetak sehingga menyebabkan mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti zina, dadah, judi, alkohol dan bahan-bahan lucah.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi (2001) ,seorang pujangga Barat berpendapat bahawa manusia dalam perjuangannya dengan alam, sesungguhnya telah mencapai kemenangan dengan senjata ilmu pengetahuan. Tetapi, dalam perjuangan melawan nafsunya sendiri, belum mengarah kepada kemenangan, sedang senjata ilmu pengetahuan tidak dapat menolongnya. Ini kerana nafsu perlu dilawan dengan kekuatan iman seseorang disertai dengan kemahuan bukannya boleh dilawan dengan ilmu pengetahuan. Rasulullah S.A.W bersabda:

”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.” (Riwayat Bukhari)

Mengendalikan hawa nafsu adalah amat penting kerana jika gagal menyawalnya dengan baik manusia akan terjerumus ke lembah kesesatan dan kehinaan.

Allah S.W.T berfirman:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung. ( Al-Imran: 104)

Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, media perlu berfungsi sebagai medium dakwah yang akan membawa perubahan yang positif dan bermanfaat kepada masyarakat. Disebabkan manusia kebanyakannya senang terpengaruh dengan bahan bacaan yang mereka minati.

Menjelang usia Rasulullah S.a.w 40 tahun, baginda sering berhulwah di Gua Hira‟ untuk memuhasabah diri,menyucikan jiwa dan menjauhi daripada kemaksiatan pada masyarakat masa itu. Ternyata ia berkesan, kerana muhasabah diri membuatkan kita semakin dekat dengan pencipta, jauh dari terpengaruh dengan anasir-anasir negatif dan memberi anjakan paradigma kepada kita untuk berubah menjadi lebih baik.

Menurut Dr. Said Ramadan al-Buti, tidak ada jalan yang lebih baik untuk mencintai Allah s.w.t. melainkan dengan merenung keagungan-Nya dan bertafakur dengan segala nikmat yang dikurniakan-Nya serta memperbanyakkan mengingati-Nya (zikir).

Jadi, kerajaan perlu mengadakan program-program yang berbentuk spiritual yang dapat memberi kesan-kesan positif kepada anggota masyarakat untuk muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T serta menjauhi dari kesibukan dunia. Dengan menggalakkan mereka membuat begitu ia juga mampu menambah semangat cintakan Allah S.W.T .

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya: “ Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja

(22)

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis Dari Perspektif Al-Hadis

9 kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksudnya, walaupun media memaparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, mereka tidak akan mudah terpengaruh kerana mereka mempunyai pendinding yang mampu menghalang mereka iaitu iman. Media juga perlu menyedari yang mereka mempunyai tanggungjawab sosial dan manfaat yang perlu diberi kepada pembaca.Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya.‟ 5

Perkataan manfaat boleh diterjemah dalam pelbagai keadaan. Antaranya manfaat dari media kepada pembaca ialah dari sudut ilmiah. Rasulullah S.A.W menggalakkan umat Islam sentiasa member manfaat kepada yang lain samada dari segi tenaga,harta benda, dan tindakan. Manfaat akan membina akhlak terpuji, berilmu pengetahuan, sikap rajin bekerja, kreatif dan sebagainya. Ia juga sebagai wadah dalam melaksanakan modal insan dan seterusnya membina masyarakat yang berakhlak terpuji.

Keruntuhan Institusi Keluarga

Keluarga memainkan peranan penting dalam membina sahsiah diri seorang manusia kerana manusia akan terpupuk akhlaknya mengikut persekitaran dan cara dia dibesarkan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melahirkan insan rabbani dari segi rohani dan jasmani.

Mengikut laporan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, kes penceraian yang telah direkodkan mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah 75,229 di seluruh negara (Utusan Malaysia 03 March 2009). Ia menjelaskan kepada kita bahawa Malaysia sedang mengalami masalah yang serius dalam membina institusi kekeluargaan.

Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara melaporkan bahawa faktor utama penyebab berleluasa masalah penceraian di Malaysia adalah ketidaksetian, tidak lagi menyayangi pasangan dan masalah emosi yang berlaku di alam perkahwinan.

Firman Allah di dalam al-Quran, “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah An-Nisa´: 128)

Imam Ghazali menegaskan di dalam bab hak isteri di dalam kitab ihya‟ ulumuddin bahawa berbuat baik terhadap isteri dengan menahan perasaaan marah dan bersabar atas

(23)

10

kerenah mereka dan juga dilarang seorang suami itu terlalu berprasangka buruk terhadap isterinya dan selalu mencari kesalahan isterinya.

Ini kerana kesan negatif daripada penceraian akan terjadi kepada anak-anak. Mereka akan mengalami tekanan emosi semasa proses pembesaran dan mereka juga akan mengalami ganguan emosi kerana kurang kasih sayang dari ibu dan bapa.Sesetengah kes yang berlaku, ibu bapa melupakan tanggungjawab mereka sebagai pembimbing dan pendidik kepada anak-anak selepas berlakunya penceraian.

Oleh itu, contohilah Rasulullah S.a.w di dalam membina hubungan dengan pasangan. Antara sifat Rasulullah S.a.w, baginda suka bergurau senda dengan para isterinya dan mengikut cara fikiran mereka, sesuai dengan peringkat akal mereka seperti Baginda S.a.w pernah mengajak Aisyah r.a melihat permainan orang-orang Habsyi, Baginda S.a.w juga pernah berlumba lari dengan Aisyah r.a sepertimana yang diceritakan di dalam hadis-hadis masyhur. Rasulullah S.a.w bersabda:

Sebaik-baik kamu semua ialah yang terbaik sikapnya kepada keluarganya dan saya adalah yang terbaik di antara kamu semua ini terhadap keluargaku sendiri. ( Diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Institusi kekeluargaan yang berkembang di dalam suasana yang harmoni, teratur dan aman berupaya menghasilkan seorang insan yang berakhlak mulia, teguh jati diri, berkepimpinan dan berdedikasi. Allah S.W.T telah berfirman:

„‟Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari seksaan api neraka‟‟ (At-Tahrim:6)

Syeikh Jamaluddin menyebut di dalam kitabnya jawami‟ul adab fi akhlak al-anjab, institusi kekeluargaan akan menyelamatkan anak-anak dari terlibat di dalam gejala yang tidak baik seperti jenayah disebabkan mereka telah dibimbing dan didik dengan baik. Penyalahgunaan Kuasa dan Rasuah

Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah boleh mencemarkan imej sesebuah negara. Malaysia tidak terkecuali adalah salah sebuah negara yang turut mengalami masalah ini dan ia semakin berleluasa di kalangan masyarakat. Malaysia merupakan negara paling buruk prestasinya di kalangan negara-negara Asia Pasifik dalam Indeks Persepsi Rasuah Transpercy International ( 2010). Dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan, ia dilihat tidak dapat membantu memulihkan imej negara malah semakin buruk.

Allah menegaskan pengharaman rasuah di kalangan umat Islam dengan berfirman:

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)(Surah al-Baqarah, ayat 188).

Mengikut Dr Wahbah Zuhaili, di dalam tafsirnya memakan harta dengan jalan yang salah adalah meliputi setiap perlakuan mengambil harta orang tanpa haknya dan ia adalah

(24)

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis Dari Perspektif Al-Hadis

11 satu jenayah yang perlu dibanteras. Amalan rasuah dilarang keras oleh Allah S.W.T kerana ia adalah salah satu dari unsur penindasan dan kezaliman serta mengambil hak orang lain dengan cara yang tidak betul. Maka amalan ini tergolong di dalam dosa besar dan

balasannya adalah neraka.6

Gejala rasuah ini berlaku kerana masyarakat Malaysia yang lebih cintakan harta dari takutkan balasan dari Allah S.W.T. Sikap materialism yang dipupuk oleh barat telah berjaya menghasut masyarakat kita terlibat dengan penyelewengan dan kesesatan.

Tetapi, jika dilihat sejarah para Khulafa‟ al-Rashidin, bagaimana sikap mereka cukup teliti dan takut dengan amanah yang diberi sehingga Saidina Umar pernah berkata : „Jika seekor unta mati akibat kelalaian di tebing Sungai Furat, aku bimbang keluarga al-Khattab akan dipersoalkan‟

Hebatnya keimanan para sahabat pada zaman dahulu, mereka rela hidup dalam kesederhanaan berbanding kemewahan. Saidina Uthman r.a sebelum dilantik sebagai khalifah, beliaulah orang yang paling banyak memilikI unta, tetapi selepas dilantik, beliau hanya mempunyai 2 ekor unta yang digunakan oleh beliau. Allah S.W.T berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”. Surah Ahzab:72.

Gejala rasuah perlu ditangani dengan segera. Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras gejala ini adalah dengan memupuk sikap melalui kepimpinan mengikut teladan. Rasulullah S.A.W adalah pemimpin yang patut dicontohi oleh semua. Rasulullah mengamalkan sikap zuhud dalam kehidupannya dan mengamalkan hidup sederhana, membanteras rasuah dan membenci sikap materialism. Sahabat meriwayatkan bahawa Urwah bertanya:"Apakah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air. Dan ada kalanya tetangga Rasulullah s.a.w mengirimkan hadiah susu ternak mereka" (Bukhari, Muslim)

Hadis ini menunjukkan bagaimana sederhananya kehidupan baginda jika dibandingkan dengan umat Islam zaman sekarang. Umat Islam terlalu risaukan kemiskinan disebabkan itu punca berlakunya penyelewengan kuasa dan amalan rasuah. Allah berfirman di dalam al-Quran :

Bermegah-megahan Ételah melalaikan kalian, sampai kalian masuk ke dalam kubur.” (At Takatsur: 1-2)

Berleluasa Budaya Fitnah

Sejak zaman Rasulullah S.A.W fitnah telah berlaku. Misalnya, tentang Ummul Mukminin iaitu Aisyah r.a dengan salah seorang sahabat baginda tetapi Allah S.W.T telah

(25)

12

membersihkan Aisyah r.a dari fitnah itu. Kemudian berlaku juga fitnah semasa permerintahan Khalifah al-Rasyidin, Bani Umaiyyah dan Bani Abasiyyah sehingga menyebabkan perpecahan, hura hara, pembunuhan dan peperangan antara umat Islam.

Akhir-akhir budaya fitnah memfitnah dapat disebarkan dengan lebih cepat, pantas, meluas dan mudah berbanding zaman dahulu dengan adanya internet, blog, khidmat pesanan ringkat( SMS), e-mail dan laman-laman sosial seperti facebook dan twitter.

Di dalam bab menerima perkhabaran dari orang lain, Allah telah memberi garis panduan di dalam firman-Nya di dalam surah al-Hujurat ayat -6 :

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?‟ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)7

Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling berjaya, berharta, disukai orang dan banyak lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.

Antara tindakan Rasulullah S.A.W untuk membanteras gejala fitnah yang dilakukan puak munafik terhadap Saidatina Aisyah r.a adalah Rasulullah S.A.W menyiasat dahulu tentang kejadian itu dengan bertanyakan kepada beberapa sahabat tentang bukti sehingga Saidatina Aisyah r.a dilemparkan fitnah seperti itu. Kemudian Rasulullah S.A.W bertanya sendiri kepada Saidatina Aisyah r.a.

“Wahai 'Aisyah.., sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa engkau telah melakukan begini…, begini… dengan Safwan bin Mu'attol. Jika engkau seorang yang bersih, maka Allah SWT akan membersihkan engkau. Tetapi jika engkau berbuat dosa maka minta ampunlah dengan Allah dan bertaubatlah kepada-Nya.‟‟

Setelah itulah turun wahyu daripada Allah yang membersihkan Saidatina Aisyah daripada fitnah itu. Lalu baginda menjatuhkan hukuman 40 sebatan kepada orang yang

7 Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-„Asqalani, Fath Bari syarah Sahih Bukhari, Maktabah Mesir.

(26)

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis Dari Perspektif Al-Hadis

13 menyebarkan fitnah seperti Misthah bin Utsatsah , Hasan bin Thabit, Hamnah bt Jahsyi dan Zainab bt Jahsyi, serta Abdullah b Ubbay dosanya tidak diampunkan oleh Allah.

Rasulullah S.a.w ingin memperingatkan kepada kaum Muslimin akibat dari menyebarkan berita palsu. Tetapi berbeza keadaannya dengan negara kita, pihak berkuasa tidak mengambil inisiatif untuk mencontohi sifat kepimpinan Rasulullah S.A.W dalam membanteras jenayah ini. Fitnah perlu dibanteras dengan cepat kerana ia melibatkan maruah seseorang insan.

Sekularisme

Fahaman sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan aspek agama dan ketuhanan dari aspek kehidupan seperti politik,sosial,ekonomi dan sebagainya. Kini, fahaman ini telah berjaya mempengaruhi golongan-golongan yang berpengaruh di dalam sesebuah organisasi. Sedangkan,mengikut fahaman agama Islam yang syumul, aspek kehidupan tidak boleh dipisahkan dari aspek kehidupan kerana hanya agama yang akan memandu kehidupan ke jalan yang benar. Seperti yang kita ketahui,agama Islam adalah agama yang mengandungi sistem hidup yang lengkap yang sesuai diamalkan pada setiap masa,zaman dan tempat dan dari segi akhlak,kepimpinan,ekonomi,sains ,teknologi,pendidikan dan sebagainya.

Rasulullah SAW telah mengajar kita sunat untuk membaca di dalam sembahyang: Maksudnya: "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam." (Al An'am: 162)

Allah S.W.T mengukuhkan lagi, bahawa agama tidak boleh dipisahkan dari aspek kehidupan dengan ayat ini. Allah menyatakan di dalam ayat ini, bahawa setiap perkara yang dilakukan iaitu ibadah, hidup, sembahyang dan mati semuanya hanyalah kerana Dia, untuk Dia dan di jalanNya.

Sebagai orang Islam yang beriman dengan ketauhidan Allah S.W.T, wajib ke atas kita melahirkan kesyukuran di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah dengan menurut segala perintah dan laranganNya.

Kini,sekularisme juga dilihat telah melanda masyarakat kita sehingga ada sebahagian dari penganut agama Islam sendiri tidak segan silu mengatakan hukum wajib menutup aurat sudah tidak sesuai untuk dipraktikkan pada zaman ini. Bahkan mereka merasakan agama akan menyekat atau menghalang sesebuah negara mencapai kemajuan kerana perlu mematuhi kehendak agama berbanding kehendak mereka.

Pada zaman Rasulullah S.a.w, al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber rujukan dalam mentadbir negara. Buktinya prinsip di dalam piagam madinah yang utama adalah al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber hukum negara. Rasulullah S.A.W bersabda :

"Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah subhanahu wata'ala, untuk mendengar dan taat kepada pemimpin, walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak dari Habasyi (ethopia), karena sesungguhnya siapa diantara kalian yang nantinya masih hidup, dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para khulafa

(27)

14

rasyidin (para sahabat) yang terbimbing dan mendapat petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian (pegang erat-erat jangan sampai lepas), dan berhati-hatilah kalian dari perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama ini (bid'ah), karena setiap bid'ah adalah kesesatan."( Riwayat Tarmidhi)

Rasulullah S.A.W berpesan kepada kita bertapa pentingnya berpegang teguh dengan dua sumber ini, kerana baginda mengetahui bahawa keadaan pada akhir zaman akan menyebabkan ramai umatnya tergelincir dari landasan Islam dan terpengaruh dengan agenda barat.

Menurut Syeikh Qardawi menerusi bukunya Fiqh Kenegaraan bahawa Profesor Gibb berkata :

„Islam bukan sekadar keyakinan-keyakinan agama secara individu, tetapi Islam menuntut berdirinya satu masyarakat merdeka yang memiliki sistem pemerintahan, penataan hukum dan perundangannya yang tersendiri‟

Imam Hassan al-Banna pula berpendapat bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka.

Kesimpulan Dan Cadangan

Sebagai rumusan, untuk menjayakan modal insan dan melahirkan umat yang berkemahiran,berdaya saing, berilmu dan berakhlak, maka semua pihak perlu memperkuatkan lagi usaha dengan berpegang teguh dan mengamalkan sumber Islam dan orang bukan Islam juga wajib untuk mematuhi segala undang –undang yang ditetapkan oleh kerajaan selaku sebuah negara Islam.

Oleh itu adalah dicadangkan, kerajaan perlu memperbanyakkan pusat-pusat dakwah dan program-program agama untuk semua lapisan masyarakat kepada muslim dan non muslim supaya mereka lebih memahami tentang agama Islam, mewajibkan subjek menghafal al-Quran dan al-hadis di tadika dan sekolah-rendah dan menengah, menggalakkan budaya membaca buku ilmiah daripada majalah-majalah hiburan yang tidak memberi faedah kepada kita, kerajaan perlu memantau dan menghadkan rancangan-rancangan hiburan dan menggalakkan stesyen televisyen swasta untuk menerbitkan lebih banyak rancangan yang berbentuk ilmiah. Kerajaan juga perlu mewujudkan lebih banyak institut-institut kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) untuk mengembangkan lagi kemahiran dan minat yang mereka ada, kerajaan perlu berusaha membanteras gejala rasuah dengan mengadakan program kesedaran dan mengenakan hukuman yang lebih tegas kepada pesalah dan akhir sekali kerajaan harus memperbanyakkan kursus-kursus keusahawanan untuk melahirkan lebih banyak usahawan muda dalam memajukan ekonomi negara.

(28)

15 ANALISIS PENDEKATAN ULAMA HADITH TERHADAP HADITH BAY’

AL-NASI’AH DALAM SHARHSAHIH AL-BUKHARI

Nik Mohd Zaim Ab Rahim1 Ishak Hj Suliaman2

Abstrak

Sahih al-Bukhari karya Imam Muhammad bin Isma’il al-Bukhari adalah kitab hadith yang paling autentik dalam kalangan kitab-kitab hadith. Ia banyak diulas oleh para ulama di sepanjang zaman mulai daripada zaman al-Khattabi (m. 387H) sehingga ke hari ini. Terdapat lebih daripada 82 buah kitab sharh hadith yang dihasilkan oleh ulama sama ada daripada Timur Tengah mahupun rantau Asia Selatan. Tulisan ini bertujuan menganalisis pendekatan para pengulas Sahih al-Bukhari terhadap hadith Bay’ al-Nasi’ah iaitu hadith yang Rasul Allah s.a.w menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi untuk membeli makanan. Imam al-Bukhari mengemukakan hadith ini sebanyak 12 kali menerusi pelbagai kitab dan bab di dalam Sahihnya. Tumpuan analisis kepada kitab-kitab shuruh hadith seperti Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, ‘Umdat al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Badr al-Din al-‘Ayni, al-Tawdih li Sharh al-Jami’ al-Sahih oleh Ibn Mulaqqin dan lain-lain. Antara pendekatan yang dikesan penggunaannya ialah pendekatan naqli dan bahasa yang melewati penjelasan tentang perkataan-perkataan tertentu dalam hadith, isnad dan para periwayat hadith, cara periwayatan dan kesimpulan dari hadith. Jelasnya, para ulama hadith mempunyai pelbagai pendekatan dalam menghurai dan mengulas sesuatu hadith Nabi s.a.w.

Kata kunci: hadith, kitab sharh hadith, bayaran harga tangguh Pengenalan

Islam mengharuskan aktiviti jual beli. Keharusan jual beli adalah berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 275. Bay’ al-Nasi’ah atau bayaran harga tangguh adalah salah satu mekanisme dalam jual beli Islam yang dilaksanakan menurut hukum Islam, memelihara rukun dan syarat jual beli yang ada dalam muamalah Islam. Para ulama memberikan pelbagai nama kepada jual beli secara bertangguh seperti Bay’ al-Nasi’ah, Bay’ al-Taqsit dan Bay’ al-Mu’ajjal. Ada pula yang dijadikan produk dalam sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia seperti Bay’ Bithaman Ajil yang menjadi kontrak perjanjian oleh pembiaya untuk membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan.

Tulisan ini tidak bertujuan meneliti Bay’ al-Nasi’ah dalam konteks pelaksanaannya di dalam sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia, sebaliknya ia akan meneliti hadith-hadith berkaitan Bay’ al-Nasi’ah dan menganalisis pendekatan para

1 Pelajar siswazah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, APIUM. 2 Profesor Madya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, APIUM.

(29)

16

pengulas kitab hadith Sahih al-Bukhari terhadap hadith Bay’ al-Nasi’ah iaitu hadith yang Rasul Allah s.a.w membeli makanan dengan bayaran harga tangguh daripada seorang Yahudi.

Pengertian Bay’ al-Nasi’ah

Perkataan Bay’ adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud jual beli. Perkataan al-Nasi’ah pula bermaksud tangguh. Perkataan al-al-Nasi’ah berasal daripada akar kata nasa’a yansa’u dan jamaknya ansa’ dan niswa’. Dari segi bahasa ia mempunyai dua makna iaitu al-ta’khir dan al-zajar.3 Lawannya adalah perkataan al-Naqd yang bermaksud tunai.4 Manakala dari segi istilah, hasil daripada penelitian terhadap kitab-kitab klasik pelbagai mazhab, penulis tidak menemui pengertian bagi Bay’ al-Nasi’ah kecuali pengertian-pengertian yang diberikan oleh sarjana masa kini dan sebahagian imam mazhab Syiah. Ia mungkin disebabkan oleh para fuqaha‟ menerima pakai pengertian umum al-Bay’.5 Justeru, Bay’ al-Nasi’ah secara umum bermaksud jual beli yang dilakukan antara penjual dan pembeli di mana pembayaran harga barangan dilakukan secara bertangguh.

Secara istilah, Bay’ al-Nasi’ah ditakrifkan sebagai jualan tunai barangan dengan harga bayaran dalam tanggungan kepada tempoh atau beberapa tempoh tertentu (bay’ ‘ayn hadirah bi thaman muqaddar fi al-dhimmah ila ajal aw ajal ma’lumah).6

Ringkasnya, Bay’ al-Nasi’ah ialah jual beli suatu barangan secara tunai dengan bayaran ditangguhkan bagi satu tempoh atau beberapa tempoh tertentu.

Sebahagian ulama membahagikan al-Bay’ al-Mu’ajjal (jual beli secara tangguh bayaran) kepada dua jenis iaitu Bay’ al-Nasi’ah7 dan Bay’ al-Taqsit. Bay’ al-Nasi’ah merujuk kepada bayaran yang dilakukan secara sekaligus (lump sum) selepas tempoh tertentu manakala Bay’ al-Taqsit merujuk kepada bayaran yang dibuat secara beransur-ansur untuk suatu tempoh tertentu.8

Tulisan ini akan menfokus kepada hadith-hadith jualan tangguh atau secara khususnya disebut sebagai jualan barangan secara tunai dan bayaran secara tangguh.

3 Lihat perkataan nasa’a dalam Isma‟il bin Hammad al-Jawhari (1407H/1987), Sihah Taj al-Lughah wa Sihah al-‘Arabiyyah, ed. Ahmad „Abd Ghaffur „Ata‟, j. 1, Beirut: Dar „Ilm li al-Malayin, h. 76-78; Jamal al-Din Muhammad bin Mukarram Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-‘Arab, j.1 , Beirut: Dar Sadir, h.166. Lihat juga al-Wizarah al-Awqaf wa Shu‟un al-Islamiyyah (1412H/1992), al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, c. 2, j. 40, Kuwait: Wizarah Awqaf wa Shu‟un al-Islamiyyah, h. 227.

4 Al-Wizarah al-Awqaf wa Shu‟un al-Islamiyyah (1412H/1992), Mawsu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, j. 40, h. 227.

5 Dr Muhammad Mahmud al-Jammal (1430H/2009), Qimah Iqtisadiyyah li Zaman fi al-Mu’amalat al-Maliyah al-Mu’asirah, Qatar: Wazarah al-Awqaf wa al-Shu‟un al-Islamiyyah, h. 114.

6 Muhammad „Ali al-Ansari (1415H), al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Musayyarah, t.tp.: Matba‟ah

al-Naqiri, j. 1, h. 267; Dr Muhammad Mahmud al-Jammal (1430H/2009), al-Qimah al-Iqtisadiyyah li al-zaman fi al-Mu’amalat al-Maliyah al-Mu’asirah, Qatar: Wazarah Awqaf wa Shu‟un al-Islamiyyah, h. 115.

7 „Ali Haydar (1423H/2003), Durar al-Hukkam Sharh Majallah al-Ahkam, j. 1, Riyad: Dar „Alim

al-Kutub, h. 227.

8 Ammar Ahmad „Abd Allah (1430H/2009) Athar Tahawwul Masrifi fi ‘Uqud al-Ribawiyyah, h. 307.

(30)

Analisis Pendekatan Ulama Hadith Terhadap Hadith Bay’ Al-Nasi’ah Dalam SharhSahih Al-Bukhari

17 Hadith-hadith Bay’ al-Nasi’ah Dalam Sahih al-Bukhari

Penelitian terhadap tajuk-tajuk bab dalam Sahih al-Bukhari mendapati Imam al-Bukhari menamakan salah satu bab dengan Bab Shira’ al-Nabi bi al-Nasi’ah dalam Kitab al-Buyu’ yang merujuk kepada penangguhan bayaran dengan mengemukakan dua buah hadith iaitu riwayat A‟ishah dan Anas. Hadith riwayat Anas pula dikemukakan melalui dua jalur sanad. Berikut dipaparkan kedua-dua hadith berkenaan.

Hadith 1: Riwayat A‟ishah9

Terjemahan: Dari al-A‟mash berkata, “Kami memperbincangkan di hadapan Ibrahim tentang gadai dalam jual beli sistem salam. Maka dia berkata, “al-Aswad telah menceritakan kepadaku dari „A‟ishah r.a. bahawa Nabi s.a.w membeli makanan dari orang Yahudi menangguhkan bayaran kepada tempoh tertentu dan Baginda menggadaikan baju besinya.”

Hadith 2: Riwayat Anas10

Terjemahan: Dari Qatadah, dari Anas r.a bahawa dia berjalan kepada Nabi s.a.w dengan membawa roti yang diperbuat daripada gandum serta kuah daging yang mulai basi. Nabi s.a.w telah menggadaikan baju besi miliknya di Madinah kepada seorang Yahudi, lalu Baginda mengambil gandum darinya untuk keperluan keluarganya. Sungguh aku mendengar Baginda bersabda, “Tidak ada di petang hari pada keluarga Muhammad satu sa’ gandum dan tidak pula satu sa’ biji-bijian

9 Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma‟il al-Bukhari (1403 H), Sahih al-Bukhari, ed. Muhib al-Din

al-Khatib et al., j. 2, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, no. hadith 2068, h. 79. Bab ini adalah bab ke-14 dalam Kitab al-Buyu‟. Hadith ini dikemukakan dalam 9 tempat lagi dalam Sahih al-Bukhari iaitu 3 hadith dalam Kitab al-Buyu‟ iaitu Bab Bab Shira‟ al-Imam al-Hawa‟ij binafsihi, no. hadith 2096 dan Bab Shira‟ al-Ta‟am ila Ajal, no. hadith 2200; Kitab al-Salam, Bab al-Kafil fi al-Salam, no. hadith 2251 dan Bab al-Rahn fi al-Salam, no. hadith 2252; Kitab al-Istiqrad wa Ada‟ al-Duyun wa al-Hajar wa al-Taflis, Bab Man ishtara bi al-Dayn wa laysa „indah Thamanuh aw laysa bi Hadratih, no. hadith 2386; Kitab al-Rahn, Bab Man rahana Dir‟ah, no. hadith 2509 & Bab al-Rahn „ind Yahud wa ghayrihim, no. hadith 2513; Kitab Jihad wa Siyar, Bab Ma qil fi Dar‟ al-Nabi wa al-Qamis fi al-Harb, no. hadith 2916; Kitab al-Maghazi, Bab Tufiya al-al-Nabi wa Dir‟uh Marhunah „ind al-Yahudi, no. hadith 4467.

10 al-Bukhari (1403 H), op. cit., no. hadith 2069, j. 2, h. 80. Matan kedua riwayat Anas dikemukakan

(31)

18

(makanan).” Padahal Baginda memiliki sembilan isteri (yang menjadi tanggungannya).

Takhrij hadith dilakukan bagi mengesan keberadaan hadith ini dalam Sahih al-Bukhari dan mendapati ia dikemukakan sebanyak 12 kali dalam Kitab dan Bab yang berlainan menerusi dua orang perawi iaitu Aishah (10 hadith) dan Anas bin Malik (2 hadith).

Imam al-Bukhari mengemukakan hadith ini untuk kali pertama dalam Kitab al-Buyu’, Bab Shira’ al-Nabi bi al-Nasi’ah, manakala hadith-hadith lain dipaparkan dalam jadual di bawah. Penelitian terhadap 12 buah hadith tersebut memperlihatkan ketajaman tarjuman al-Bukhari terhadap fiqh al-hadith yang mampu mengenalpasti sub-subtema di bawah tema Bay’ al-Nasi’ah dan meletakkannya di dalam Sahihnya.

Jadual 1: Taburan Hadith Bay’ al-Nasi’ah Dalam Sahih al-Bukhari

Bil. Kitab Hadith 1 Hadith 2

1 al-Buyu‟ 3 1

2 al-Salam 2 -

3 al-Istiqrad wa Ada‟ al-Duyun wa al-Hajar

wa al-Taflis 1 -

4 al-Rahn 2 1

5 al-Jihad wa al-Siyar 1 -

6 al-Maghazi 1 -

Jumlah 10 2

Penyususan Sahih al-Bukhari

Imam al-Bukhari menyusun Sahihnya selama 16 tahun yang disaring daripada 600 ribu buah hadith yang didapatinya. Beliau memuatkan 9082 hadith yang berulang dengan 97 Kitab dan 3450 Bab. Jumlah ini tidak termasuk hadith yang mawquf kepada sahabat dan hadith maqtu’ kepada tabi‟in dan selepas mereka. Hadith al-Bukhari yang mawsul dan tidak berulang berjumlah 159 hadith.

Hadith-hadith dalam Sahih al-Bukhari adalah hadith sahih. Pengesahan suatu hadith dinilai dari dua aspek iaitu sanad dan matan hadith. Penyusunan dan pemilihan hadith pula adalah berdasarkan kepada topik-topik yang lazim dalam ilmu fikah dengan mengemukakan sanad secara lengkap.

Antara metode penyusunan Sahih al-Bukhari ialah mengulangi hadith jika diperlukan dan memasukkan ayat-ayat al-Quran, memasukkan fatwa sahabat dan tabi‟in sebagai penjelas kepada hadith yang dikemukakan, menta’liqkan (menghilangkan sanad) pada hadith yang diulang kerana pada tempat lain sudah ada sanadnya yang bersambung, menerapkan prinsip-prinsip al-jarh wa al-ta’dil, menggunakan pelbagai sighah al-tahammul dan disusun berdasar tajuk-tajuk fikah.

Sementara teknik penulisan yang digunakan antaranya adalah beliau memulakan dengan menerangkan ayat-ayat al-Quran yang dikemukakannya kerana ia adalah dasar hukum, penyusunan kitabnya dari pelbagai tema, setiap tema berisi topik-topik dan

Referensi

Dokumen terkait

Hasil uji lanjut memperlihatkan bahwa nilai kesukaan homogenitas tertinggi pada produk krim komersial (produk komersial 1) yang berbeda nyata terhadap krim kontrol / krim

Maka dari itulah penulis mencoba untuk meneliti bagaimana keadaan perekonomian daerah Kabupaten Kerinci di Provinsi Jambi dari sisi sektor basis atau unggulan

Penelitian ini merekomendasikan untuk melakukan penelitian lanjutan dengan membandingkan virgin coconut oil dengan bahan lain seperti antibiotika (kortikosteroid

- Mempunyai capsula articularis yang menutupi daerah medial, lateral dan posterior persendian. - Bagian anterior, ditutupi

Hal ini ditunjukkan dari survey yang dilakukan pada tahun 2016 oleh Badan Penelitian dan Pengembangan Kesehatan (Balitbangkes) Kementrian Kesehatan menunjukkan bahwa

Sementara itu, kajian yang mengedepankan aspek kultural yang terkait dengan Atribut, Nasionalisme yang ada pada diri mereka, khususnya terkait dengan konteks sejarah pembentukan

Demikian Laporan Akuntabilitas Kinerja Instansi Pemerintah (LAKIP) Pemerintah Kabupaten Cianjur Tahun 2012 yang merupakan uraian tentang capaian indikator makro, indikator

Model pembelajaran kooperatif tipe Jigsaw merupakan model pembelajaran kooperatif dimana siswa belajar dalam kelompok kecil yang terdiri dari 4–6 orang secara heterogen