• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJIAN HADITH DI SABAH Pengenalan Ringkas Negeri Sabah

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 116-126)

18 al-Quran, al-Ahzab 33: 40

PENGAJIAN HADITH DI SABAH Pengenalan Ringkas Negeri Sabah

Sabah adalah merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Ianya meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Sabah memang cukup sinonim dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 suku kaum yang menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam mula

19 “Jabatan al-Quran dan al-Hadith” dalam Akademi Pengajian Islam (2007), Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 2007/2008, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h. 154-165.

104

menjejakkan kaki di Sabah menjelang akhir abad ke-10 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.

Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.21

Kedatangan Islam Di Sabah

Pada dasarnya, sejarah kedatangan Islam di Sabah mempengaruhi historis perkembangan pengajian hadith di Sabah. Jika dilihat melalui lipatan sejarah lampau, didapati bahawa Islam mula bertapak di Sabah sejak abad ke-10 Masehi lagi berdasarkan kegiatan perdagangan antara orang Arab dan Cina.22 Walaupun ada yang berpendapat Islam mula bertapak sejak abad ke-7 Masihi berdasarkan penemuan batu nisan oleh orang Islam tempatan di Bud Dato, Jolo yang bertarikh 1310 M, dan teryata tarikh ini adalah lebih awal dari kedatangan Syarif Awliya al-Makhdum23 iaitu ulama yang dipercayai membawa Islam kepada pendakwah-pendakwah tempatan di kepulauan Sulu pada 1380 M yang akhirnya merebak ke Pantai Timur Sabah.

Walau bagaimanapun, sumber yang absah yang menyatakan berkenaan penerimaan Islam dikalangan penduduk tempatan Sabah ialah pada kurun ke-15 M. apabila seorang keturunan suku kaum Idahan bernama Abdullah yang tinggal di daerah Lahad Datu telah memeluk Islam pada tahun 1408 M melalui al-Makhdum24. Ini adalah berdasarkan kepada penemuan tulisan tangan sebuah dokumen setebal 140 muka surat dalam tulisan Jawi dan berbahasa Idahan di Kampung Sepagaya Lahad Datu. Antara lain isi kandungannya ialah mengenai ajaran Islam termasuklah cara-cara sembanhyang dan sebagainya.25 Kesimpulannya walaupun pelbagai fakta berkenaan kedatangan Islam di Sabah, namun penerimaan Islam oleh penduduk pribumi Sabah hanya bermula pada awal abad ke- 1526 dan bermula dari abad ini aktiviti pembelajaran mahupun pengajaran non formal ilmu-ilmu Islam mula diterapkan seperti ilmu pengajian al-Quran, Fiqh, Tauhid dan pengajian Hadith.

21

Wikepedia Ensiklopedia Bebas, http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabah, 1 Jun 2011. Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sabah, http://www.sabah.gov.my/about.asp, 1 Jun 2011.

22 Dilaporkan kedatangan sebuah kapal dagang Arab daripada Mindoro ke Canton China pada tahun 982 M. Rosnie Benedict @ Hj Sidik, (1996), Masalah Perkembangan Islam Di Sabah : Satu Kajian Di Daerah Tambunan, Kerta Projek Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 26.

23 Syed Naquib al-Attas, (1969), Pre Liminary Statement On A General Theory of The Malaya Indonesia Archipelago, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 2.

24

Pendakwah yang telah bergiat aktif di dalam menyampaikan risalah Islam disekitar Kepualauan Sulu sehingga ke Sabah.

25 .Rosnie Benedict @ Hj Sidik, (1996), op. cit., h. 29.

Pengajian Hadith Di Sabah : Suatu Sorotan

105

Perkembangan Dakwah Islam Mempengaruhi Perkembangan Pengajian Hadith Di Sabah

Sorotan sejarah memperlihatkan bahawasanya perkembangan dakwah yang pesat dikalangan anak watan Sabah jelas mempengaruhi perkembangan pengajian Hadith di negeri ini. Kesedaran berpersatuan dalam agenda mempertahankan dan serta menyebarluaskan dakwah Islam dikalangan orang Islam di sabah bermula pada abad ke-20 yang pertama, iaitu ketika masyarakat Islam menghadapi masalah sosial akibat pengaruh Hedonisme yang menular dikalangan umat Islam yang memberikan tampak negatif pada ketika itu.27

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi bagaimana situasi perkembangan pengajian hadith di Sabah, penulis telah membuat periode terminologi perkembangan dakwah yang membawa kesan secara tidak langsung kepada perkembangan pengajian Hadith di negeri ini. Terminologi ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu perkembangan Islam sebelum merdeka sehinggalah pada saat ini.

Periode Pertama ( Pengajian Hadith Sebelum Merdeka )

Sebelum Sabah mencapai kemerdekaan, catatan sejarah tidak menemui institusi ataupun ulama yang berperanan dalam pengajaran mahupun penulisan hadith secara khusus di negeri ini, ini kerana sejak dari era pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British ( The British North Borneo Chartered Company)28 sekitar tahun 1881- 1940 yang mengamalkan sistem sekular khususnya dalam sistem pendidikan serta diskriminasi terhadap masyarakat Islam di Sabah dalam segenap aspek.29

Hal ini juga berlanjutan ketika Jepun menjajah Sabah pada tahun 1941-1945 dan era pemerintahan Koloni British pada tahun 1945-1963. Namun di atas kesedaran yang mendesak ditambah dengan lagi dengan keadaan negara-negara sekitar Sabah ketika itu yang menuntut kemerdekaan seperti Indonesia, Malaya, Singapura dan Brunei, timbul kesedaran dikalangan orang Islam di negeri ini untuk menuntut kemerdekaan dan seterusnya mendaulatkan ajaran Islam30, hasilnya tertubuhnya beberapa persatuan antaranya Persatuan Sahabat Pena Malaya,31 Parti Barisan Pemuda (BARIP), Parti

27

Kesedaran ini timbul daripada Majlis-Majlis Perkumpulan yang diadakan oleh ahli-ahli Persatuan Sahabat Pena Malaysia (PSPM) pada akhir tahun 1930-an. Muhiddin Yusin, (1990), Islam Di Sabah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 7.

28

Penjajah in juga dikenali sebagai BNBCC yang telah menjajah Borneo Utara sehingga 1942 iaitu selama 60 tahun iaitu selepas penaklukan Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) ke atas Sabah. Penjajahan BNBCC berakhir apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua ketika Jepun telah mendarat di Labuan dan seterusnya menakluki Borneo Utara ketika itu. Portal eMas Sabah, http://www.sabah.org.my /bm/kenali_sabah/sejarah_ sabah_2.asp. 21 Jun 2011.

29 Nur Hanani Idris, (2003), Penubuhan Madrasah Al-Irshadiah Marakau Ranau : Kajian Terhadap Sumbangan Dan Perananya Dlam Pendidikan Islam Di Sabah. Kajian Ilmiah Program Pengajian Islam, Fakulti Sastera Dan Sains Social University Malaya Kuala Lumpur, H. 13.

30

Ibid. h. 14.

31 Ditubuhkan pada akhir 1930-an, Siti Kajar Makmud, (1998), Institusi Islam Di Sabah, Kerta Projek Pengajian Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 3.

106

Kebangsaan Melayu (PKM)32, Persatuan Khairat Jumaat Muslimin (KJM)33 dan Persatuan Ikhwan Sabah.34 Akan tetapi hasil daripada penelitian penulis, tidak ditemui sebarang maklumat samada pimpinan mahupun ahli pertubuhan ini menulis dan mempelajari hadith secara khusus tentang ilmu hadith. Hal ini turut diakui oleh Dr. Saini Damit hasil temuramah penulis dengan beliau berkenaan isu ini.35

Namun menurut Prof. Sarim Hj Mustajab,36 telah wujud sebilangan ulama dan pendakwah yang bukan sahaja berperanan menyebarkan dakwah malah mengajarkan ilmu-ilmu Islam antaranya ilmu-ilmu Hadith secara tidak langsung melalui ceramah-ceramah dan kelas-kelas pengajian mereka antaranya ialah :

i. Tuanku Said Muhammad Ibni Tuanku said Muhammad Shahbuddin37 ii. Imam Yaakub Haji Ali38

iii. Imam Haji Suhaili Haji Yaakub39 iv. Imam Haji Salleh Tuaran

v. Imam Haji Jukarani

Selain itu juga kemunculan beberapa pendakwah yang memainkan peranan dalam memperkenalkan dan mengembangkan ilmu hadith secara tidak langusung seperti Datu

32

Kedua-dua parti ini pada asalnya adalah sebuah parti politik yang terawal di Sabah, yang telah diasaskan oleh Mandur Sharif dan tengku Nuruddin yang merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Namun atas dasar kesedaran menegakkan syiar Islam, kedua-dua parti ini berjuang mendaulatkan Islam namun akibat tekanan oleh penjajah, akhirnya kedua-dua parti ini lumpuh. Rosnie Benedict @ Hj Sidik, (1996), op. cit., h. 38.

33

Ditubuhkan akhir tahun 1940-an oleh Haji Suhaili di Kota Kinabalu. Ibid.

34

Persatuan ini mendapat tentangan hebat daripada penjajah pada era 1950-an, ianya diasaskan bertitik tolak daripada penubuhan Persatuan Ikhwan di Singapura. Ibid.

35 Beliau adalah merupakan Pensyarah di Pusat Penataran Ilmu Universiti Malaysia Sabah yang memiliki kepakaran dalam bidang Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Saini Damit, Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu, Universiti Malaysia Sabah. Temubual pada 9 Jun 2011.

36

Beliau adalah merupakan Profesor dalam bidang Sejarah Islam Moden di Malaysia dan Sejarah Asia Tenggara di Pusat Penataran Ilmu Universiti Malaysia Sabah. Kini memegang jawatan sebagai Ketua Unit Penerbitan Universiti Malaysia Sabah. Mohd Sarim Mustajab at.all, (t.t.), Sejarah Kedatangan Islam ke Sabah dan Implikasinya Terhadap Pembinaan Institusi Masyarakat, Pusat Penataran Ilmu, Universiti Malaysia Sabah, h. 18.

37 Beliau dilahirkan di Jiyad Makkah al-Mukarramah akan tetapi berasal dari Kedah. Memulakan dakwah di Labuan pada tahun 1896, Sulu dan Sarawak. Terkenal sebagi pendakwah yang lantang menentang penjajah dan aktif berdakwah sehingga menubuhkan Masjid di Kg. Batu Arang Labuan sebagai medan menyampaikan dakwah. Ibid., h. 4.

38 Beliau berasal dari Kg. Chetok Pasir Mas Kelantan. Mula menjejakkan kaki di Borneo sekitar tahun 1920-an dan merupakan salah seorang pendakwah yang terawal di Putatan Sabah. Ibid.

39 Beliau merupakan anak kepada Imam Yaakub Hj Ali, mewarisi kesungguhan ayah beliau dalam menyebarkan dakwah Islam khasnya di kawasan Putatan dan Jesselton sekitar tahun 1940-an. Ibid.

Pengajian Hadith Di Sabah : Suatu Sorotan

107 Agasi dari Sulu, Haji Syah dari Tanah Jawa, hasan Kubro dari Semenanjung Arab dan Muhammad dari Pakistan.40

Secara kesimpulannya, pengajian Hadith pada periode pertama ini memperlihatkan bahawasanya masih belum wujud institut mahupun tokoh dalam bidang hadith, sebaliknya para ulama dan pendakwah pada periode ini lebih fokus terhadap pembelajaran Islam secara umum serta memperjuangkan hak dalam menuntut kemerdekaan dan berjuang menangani gerakan Kristianisasi yang semakin menular pada ketika itu.

Periode Kedua ( Pengajian Hadith Selepas Merdeka )

Periode ini bermula pada tahun 1963-1990 iaitu selepas Sabah mencapai kemerdekaan melalui penggabungan dengan Tanah Melayu. Berikutan pesatnya pengaruh dalam mengembangkan ajaran Islam di Sabah lebih-lebih lagi apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam artikel 3 (1) yang memperuntukkan Islam adalah sebagai agama rasmi Persekutuan termasuklah Negeri Sabah, merancakkan lagi perkembangan ilmu pengajian Islam umumnya dan pengajian hadith khasnya di Sabah. 41

Hal ini dapat dilihat dengan tertubuhnya tiga persatuan yang utama iaitu Persatuan Islam Tawau (P.I.T) yang ditubuhkan pada tahun 1955 oleh O.K.K Haji Zainal Kerahu. Manakala Persatuan Islam Putatan (P.I.P) pula ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Ustaz Haji Awang Sahari Abdul latif dan Persatuan Islam Sabah (P.I.S) yang ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Datuk Haji Mohd Kassim Hj Hashim.42

Melalui maklumat yang diperolehi hasil daripada temuramah bersama al-Fadhil Ustaz Suharto Soekarno43, beliau mengatakan bahawasanya pada periode ini, masih belum wujud pengajian mahupun subjek hadith secara spesifikasi sepertimana pada periode pertama, namun pembelajaran secara tidak formal dalam ilmu hadith telah pun wujud secara tidak langusung dalam kuliah-kuliah pengajian44 seperti dalam kuliah maghrib,

40 Ibid., h.5.

41 Siti Kajar Makmud, (1998), op. cit. h. 7-8.

42 Mariam Sahat, (1986), United Islamic Sabah Association (USIA) : Struktur, Organisasi Pentadbiran Dan Peranannya Dalam Perkembangan Agama Islam Di Sabah, Latihan Ilmiah Jabtan Pengajian Islam University Malaya Kuala Lumpur, h. 5-6.

43

Ustaz Suharto Soekarno adalah merupakan seorang da‟ie yang telah banyak berjasa dalam perkembangan Islam di Sabah. beliau dilahirkan pada tahun 1953 dan berasal dari Surabaya Selatan Indonesia. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda di Gontor dan pernah menjadi guru di Jakarta selama 2 tahun. Beliau datang ke Negeri Sabah pada tahun 1978 dalam tujuan sebagai pendakwah. Sehingga kini beliau masih aktif di arena dakwah di Sabah dengan penglibatan beliau dalam United Islamic Sabah Association (USIA) Sabah. Suharto Soekarno, Pendakwah Bebas USIA Sabah, Temubual pada 9 Jun 2011.

44

Hal ini turut diakui oleh Ustazah Suraya SIntang seorang pensyarah yang memiliki kepakaran dalam bidang Perbandingan Agama dan Tamadun di Universiti Malaysia Sabah. Menurut beliau, kelas pengajian yang diadakan melalui Seolah Agama Rakyat yang ditubuhkan di bawah seliaan Persatuan Islam Putatan (P.I.P) secara umumnya memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan ilmu Islam termasuk ulimu hadith secara tidak langusng. Suraya Sintang, Pensyarah, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Temubual pada 20 Jun 2011.

108

penerbitan risalah-risalah, perjumpaan-perjumpaan para pendakwah dengan masyarakat setempat serta dalam majlis-majlis ilmu seperti sambutan Maulidurrasul, Awal Muharram dan Isra‟ Mi‟raj khususnya yang diadakan melalui tiga persatuan yang utama ketika itu (P.I.T, P.I.P dan P.I.S).

Menurut beliau lagi, diantara kitab hadith yang paling popular pada periode kedua ini ialah terjemahan Kitab Matn al-Arba’in karya Imam al-Nawawi. Kitab ini popular disebabkan hadith-hadith yang dimuatkan tidak terlalu panjang dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan serta bersifat acquired knowledgement. Tambahan lagi kefahaman dan minat masyarakat Islam pada ketika itu khasnya dalam ilmu hadith sangat rendah.45

Selain itu juga, gerakan para ulama dan pendakwah di kawasan pedalaman Sabah seperti Haji Zaini Palembang di Kota Belud, Haji Kandalis dan Haji Roman di Ranau, Haji Saleh di Tuaran, Imam Jikrani dan Mandor Asa di Kunak, Imam Salim Puado di Tawau, Pangeran haji Umar Pangeran Sharifuddin di Sipitang, Imam Haji Saleh di Tuaran dan Haji Gulam Hassan @ Haji Muda di Lahad Datu mengembangkan lagi ajaran hadith dikalangan masyarakat tempatan.46 Namun sehingga kini maklumat berkaitan kitab yang menjadi sumber pengajaran masih belum ditemui disebabkan masyarakat pada ketika ini diberikan pendedahan ilmu secara naqal dan ingatan47.

Melihat kedudukan dan nuansa Islam yang memerlukan anjakan untuk bertindak dengan lebih proaktif dalam multi dimensi, ketiga-tiga persatuan ini bersatu di bawah satu pertubuhan Islam yang dikenali sebagai United Islamic Sabah Association (USIA) pada tahun 1968 yang diketua oleh YB Haji Mustafa Bin Datu Harun.48 Melalui pertubuhan inilah perkembangan pengajian islam khusunya dalam pengajian hadith semakin berkembang di Sabah. Penerbitan buku-buku serta risalah-risalah yang mengandungi seruan kepada kebenaran deen al-Islam melalui penerangan ajaran Islam, kisah-kisah sejarah Islam yang dipetik daripada hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang mampu menarik minat masyarakat untuk mendalami ilmu Islam. Hal ini terbukti apabila seramai 60 000 penduduk Sabah telah memeluk Islam bermula pada tahun 1969 sehingga tahun 1972.49

Hasil perkembangan Islam yang memberansangkan, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah ditubuhkan pada tahun 1971 berdasarkan enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 1550 yang berperanan dalam menyebarluaskan lagi Islam di Sabah yang lebih bersifat contextualization (keperibumian) atau konsep dakwah bil hal. Sebagai contoh penerbitan Majalah Hikmah sebulan sekali yang mengandungi mesej dakwah yang

45 Suharto Soekarno, op. cit.

46

Mohd Sarim Mustajab et.all , (t.t.), Op. cit., h..6

47 Suraya SIntang, op. cit.

48

Penyatuan ini adalah hasil perbincangan yang diadakan di kediaman YAB Tun Haji Mustafa Bin Datu Harun, dan setelah persetujuan yang telah dicapai melalui usul yang disampaikan oleh YB Tuan Habib Abdul Rahman dalam Kongres yang pertama yang telah diadakan di Kota Kinabalu pada 14 Ogos 1969. Mariam Sahat, (1986), op. cit. h.8.

49 Ibid. h. 29.

Pengajian Hadith Di Sabah : Suatu Sorotan

109 mengandungi potongan-potongan hadith Rasulullah s.a.w51. Kontribusi daripada kerjasama erat diantara MUIS dan USIA telah melancarkan lagi pentadbiran serta perkembangan Islam sehingga ke era 1980-an dan seterusnya membuka ruang yang begitu luas dalam memperkenalkan dan menyebarkan ilmu hadith dikalangan penduduk Sabah.

Dapat disimpulkan bahawa, perkembangan pengajian hadith pada periode ini masih menunjukkan trend yang sama pada periode yang sebelumnya. Para ulama masih menekankan aspek dakwah secara tradisional kepada masyarakat dan membanteras penguasaan gerakan Kristianisasi52 dan penjajah. Walaupun demikian, usaha dalam mengembangkan ilmu hadith pada zaman ini tetap wujud secaa tidak langsung melalui kelas-kelas pengajian yang berbentuk non-formal melalui gerakan para ulama dan pendakwah.

Kewujudaan institusi-institusi Islam dalam masa yang sama juga bukan sahaja membantu menyebarkan gerakan Islam, malah meletakkan ilmu hadith pada satu neraca yang membanggakan serta memperlihatkan metode penyampaian hadith yang lebih bersifat kontemporari sesuai dengan bi’ah atau kondisi masyarakat ketika itu.

Periode Ketiga ( Dari Tahun 1990-an Sehingga Kini )

Periode ketiga ini memperlihatkan pengajian Hadith bukan sahaja diterima umum malah menjadi subjek yang semakin diminati dikalangan penduduk tempatan Sabah. Situasi ini dapat dilihat melalui sistem pendidikan hasil kerjasam erat diantara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)53 dengan penubuhan Sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) dan kini dikenali Sekolah Agama Negeri (SAN) serta penubuhan Sekolah Menengah Ugama (SMU) di setiap zon di Negeri Sabah. Melalui penubuhan sistem pendidikan ini, pengajaran hadith lebih formal diajarkan di setiap peringkat dan sistem peperiksaan turut diperkenalkan bagi meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tempatan. Hingga kini jumlah keseluruhan SAN di Sabah berjumlah 231 buah manakala SMU berjumlah 5 buah. 54

Menurut Ustazah Hjh Zubaidah Hj Hammadi, Ketua Unit Kenaziran Bahagian Pendidikan JHEAINS55, hadith-hadith yang diajarkan di SAN dan SMU adalah merupakan potongan hadith-hadith yang dipilih daripada kitab hadith seperti Kitab Sahih Bukhori,

51 Mohd Sidik Awang Adie, (1989) Gerakan Kristian Di Sabah : Reaksi dan Tindakan Institusi Islam Terhadap Gerakan Itu, Kajian Ilmiah, Fakulti Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. h. 57

52 Muhidin Yasin, (1990), op.cit., h.13.

53

JHEAINS ditubuhkan pada 1 Januari 1996 dan objektif utama penubuhannya ialah mendaulatkan syiar Islam di bumi Sabah dan selaras dengan misi memartabatkan ummah melalui tarbiah dan dakwah. Lihat Siti Kajar Makmud, (1998), op. cit. h. 44. Lihat juga Norhayati Abu Bakar, (2003), Peranan JHEAINS Dalam Memantapkan Penghayatan Islam di Negeri Sabah, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, h.47. Lihat Juga Laman Sesawang Rasmi JHEAINS http://www.jheains.sabah.gov.my/. 15 Jun 2011.

54 Laman Sesawang JHEAINS http://www.jheains.sabah.gov.my . 16 Jun 2011.

55 Hjh Zubaidah Hj Jammadi, Ketua Unit Kenaziran Bahagian Pendidikan JHEAINS. Temubual pada 20 Jun 2011.

110

Sahih Muslim, Hadith Matn Arba’in Imam Nawawi dan sebagainya. Kebanyakan hadith-hadith yang dipilih kebnyakannya meliputi aspek pembinaan akhlak muslim. Manakala kedudukan hadith tidak menjadi tumpuan utama sebaliknya isi kandungan serta mesej yang hendak disampaikan adalah lebih diutamakan.

Situasi ini juga dapat dilihat dengan penubuhan madrasah atau pondok seperti Madrasah al-Irsyadiah di Marakau Ranau56 dan Pondok Fizalil Quran57 di Kota Belud yang melaksanakan pembelajaran subjek hadith yang lebih bersifat basic knowledgement. Perkembangan hadith di Sabah diteruskan dengan pengimarahan masjid dengan kelas-kelas pengajian seperti di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Negeri Sabah, Masjid Besar Tawau, Masjid Kg. Likas. Namun kitab hadith pilihan yang dijadikan panduan antaranya kitab :

 40 Hadith Sekitar Selawat Ke Atas Junjungan Rasulullah oleh Abdullah al-Qari Hj Saleh . Cetakan Al-Hidayah Publisher. 1996 (terjemahan)

 Empat Puluh Hadis Pilihan oleh Abdullah Hj Abdul Wahab. Cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. 1980

 Seribu Seratus Hadith Terpilih Sinar Ajaran Muhammad oleh Dr Muhammad Faiz al-Math. Cetakan Penerbitan Kintan Kg Bharu. 1993. (terjemahan)

Penubuhan Pusat latihan Dakwah (PLD) juga seperti PLD Keningau, PLD Sikuati Kudat, PLD Tongod dan PLD Kundasang58 memainkan peranan penting bukan sahaja dalam aspek dakwah Islam malah menyemarakkan lagi pengajian hadith di Sabah. Justeru dapat disimpulkan bahawa pada periode ini kesedaran masyarakat tempatan Sabah terhadap pentingnya kefahaman yang sahih dalam memahami ajaran Islam membawa kepada perkembangan hadith di Sabah.

56 Madrasah al-Irsyadiah ini ditubuhkan pada tahun 1992 di atas sebuah tanah wakaf seluas satu ekar di Marakau Ranau. Penubuhan Madrasah ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kefahaman Islam dikalangan masyarakat Ranau khususnya. Keseluruhan sistem pengajian adalah lebih bersifat „pondok‟ dan sejak dari penubuhannya sehingga tahun 2003, jumlah pelajar adalah seramai 554 orang. Lihat Nurhanani Idris, (2003), op. cit., h. 18-34.

57

Pondok Fizalil Quran yang terletak di daerah Kota Belud Sabah adalah merupakan sebuah pondok pengajian yang berteraskan sistem „pengajian pondok‟ sepertimana yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Ianya telah di bina di atas sebidang tanah seluas 6 Hekar yang telah diwaqafkan oleh seorang penduduk tempatan suatu ketika dahulu. Pondok ini telah ditubuhkan pada tahun 1995 oleh sekumpulan guru-guru yang berasal dari Semenanjung Malaysia yang melihat keperluan yang mendesak terhadap pengajian Islam pada ketika itu. Sehingga kini Pondok ini masih

Dalam dokumen Sunnah Nabi: realiti dan cabaran semasa (Halaman 116-126)