• Tidak ada hasil yang ditemukan

DUA PERANAN UTAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN OBJEKTIF BAB

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

D. Soalan Esei

6.4 DUA PERANAN UTAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Seperti yang telah dijelaskan dalam Modul 2, UUM memainkan dua peranan utama atau dua serampang mata:

(i) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan memberi; dan

(ii) Menyediakan latihan kepada pelajarnya.

UUM sebagai agensi kerajaan menggunakan maklumat dan pendidikan sebagai teras yang kukuh untuk membawa pembangunan kepada wanita yang juga ahli masyarakat di dalam negara kita. Pendidikan serta pengalaman yang didedahkan kepada anda sebagai mahasiswa universiti adalah untuk menghasilkan bakal-bakal pemimpin yang berperikemanusiaan dan sensitif kepada masyarakat setelah mereka berjaya sebagai graduan.

Pendidikan mahasiswa selain membaca buku untuk menambah ilmu di dada juga bergantung kepada ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar universiti. Tenaga pengajar universiti yang berpengalaman akan memberi latihan yang cukup untuk mahasiswa seperti anda agar anda dapat membawa perubahan-perubahan yang memanfaatkan penduduk setelah tamat pengajian anda di universiti. Mahasiswa seperti anda seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial apabila anda keluar dari universiti untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang cemerlang dari aspek sosial dan ekonomi. Mahasiswa yang prihatin akan menaikkan nama serta imej universiti.

6.4.1 Peranan UUM sebagai Penyumbang kepada Khidmat Masyarakat

Sebagai agensi kerajaan, UUM tidak dapat memencilkan diri daripada membuat sumbangan dan perubahan kepada masyarakat. Malahan, UUM perlu memainkan peranan yang penting sebagai agensi kerajaan yang menyedarkan ahli akademik dan pentadbiran. Perkembangan arus pembangunan yang pesat memerlukan kerjasama pelbagai pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk bergerak ke hadapan untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

UUM sebagai penyumbang idea dan pembangunan kepada masyarakat perlu menjadikan UUM sebagai tempat untuk melatih bakal pemimpin agar bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan. Para mahasiswa dilatih agar memahami hakikat bahawa golongan wanita dan lelaki mestilah bekerjasama untuk memanjukan negara. Kita tahu bahawa

kejayaan negara bergantung kepada kesungguhan rakyat untuk mencapai Wawasan 2020. Hanya dengan kerjasama dan usaha yang tidak jemu, martabat rakyat sebagai warganegara Malaysia yang cemerlang dan bersemanagat nasionalis akan dapat dinaikan setanding dengan rakyat di dalam negara maju. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wanita di luar bandar dapat mengubah sikap dan berpandangan positif sekiranya mereka didekati (Unit Sosioekonomi, JPM, 1981).

6.4.1.1 Membentuk manusia sensitif

Pendidikan yang diperolehi oleh mahasiswa dapat mengubah perangai dan tingkahlaku serta sikap mereka menjadi bakal pemimpin yang tidak melupakan jasa orang-orang seperti ibu bapa serta penduduk di sekitar rumah mereka. Pendidikan yang diperolehi bukanlah ilmu akademik sahaja tetapi ilmu-ilmu yang membolehkan mereka berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin di kawasan bandar atau luar bandar. Melalui pendidikan universiti, anda dapat berkembang menjadi seorang insan yang sanjung tinggi oleh rakyat. Mahasiswa yang dihasilkan tidaklah menjadi manusia yang tidak sensitif dan kera sumbang. Pendidikan di universiti yang mementingkan keseimbangan akan menghasilkan insan yang sensitif kepada ragam dan perangai masyarakat. Para mahasiswa perlu memberi perhatian terhadap golongan wanita. Kita mestilah memartabatkan wanita sepertimana Kerajaan dan NGO bersungguh-sungguh memberi perhatian terhadap mereka (Makmor Tumin, 1997). Untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam membangunkan wanita, Lim (1994) menyatakan bahawa “rumusan paling penting dan utama yang disarankan oleh wanita berjaya ialah perubahan sikap lelaki kepada kebolehan, kemampuan dan kewibawaan wanita” (ms. 106). Menurutnya lagi, “wanita akan tetap dianggap malang selagi golongan lelaki terus bersikap stereotaip dan mendakwa mereka (lelaki) lebih baik berbanding wanita, lebih-lebih lagi dalam sektor korporat, percaturan baru wanita mutakhir” (ms. 106).

6.4.1.2 Mengiktiraf golongan wanita

UUM sebagai agensi kerajaan juga perlu merancang agar program-program yang ditawarkan dapat memastikan bahawa para mahasiswa yang dihasilkan menjadi seorang insan yang begitu prihatin terhadap golongan kurang upaya, yang ditindas dan yang teraniaya. Para mahasiswa mestilah dilatih agar menjadi seorang pemimpin yang sanggup bekerja keras untuk membantu golongan yang dinyatakan sebentar tadi. UUM perlu membentuk bakal pemimpin yang memartabatkan semua golongan tanpa diskriminasi.

UUM perlu memastikan agar golongan graduan mengiktiraf sumbangan golongan termasuklah wanita. UUM perlu mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memartabatkan wanita di Malaysia dan menjadikan bakal-bakal pemimpin menjadi pemimpin yang mengiktirafkan golongan wanita. Mahasiswa yang terlatih dan berjaya bukan sahaja menguntungkan wanita tetapi juga memajukan negara kerana mereka yang dilatih menjadi manusia yang meletakkan golongan lelaki dan wanita pada tahap yang sama penting dan menjadikan kedua-dua golongan sebagai golongan yang penting dalam agenda pembangunan negara. UUM mengharapkan agar para mahasiswanya bekerja keras untuk membantu wanita menguasai peluang yang telah disediakan oleh kerajaan. Menurut Salmah Ahmad (1997), “agenda pembangunan minda sepatutnya diperjuangkan oleh pertubuhan wanita kerana tahap penguasaan wanita terutama di luar bandar bandar masih rendah sedangkan kerajaan sudah menyediakan pelbagai peluang” (ms.32). Dengan itu, wanita di Malaysia akan beruntung sekiranya para mahasiswa melaksanakan program yang memanfaatkan wanita.

(a) Negara yang mengiktiraf wanita

Dengan adanya pemimpin yang berjiwa besar, Malaysia tidak akan menjadi sebuah daripada negara yang tidak mengiktiraf wanita dan menjadi golongan yang paling malang di dunia. Malaysia sudah lama mengiktiraf sumbangan wanita sehingga tergubalnya Dasar Wanita Negara pada tahun 1989. Malaysia juga sudah lama mengiktiraf sumbangan wanita kepada pembangunan negara dan menggalakkan penyertaan mereka dengan membuka peluang menyertai bidang sosial, ekonomi dan politik (Airy Lim, 1994). Menurut penyelidik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1993, sumbangan wanita yang berabad-abad tidak mendapat pengiktirafan mana-mana negara dan Jawatankuasa Pembangunan Sumber PBB pada tahun 1993 menganggap wanita sebagai golongan yang tidak dihargai seperti kaum lelaki (Airy Lim, 1994).

(b) Negara yang tidak mengiktiraf wanita

Menurut Lim (1994), di antara 33 negara yang diselidik oleh PBB mengenai pengiktirafan wanita, negara-negara yang mempunyai indeks yang rendah adalah Switzerland, Kanada, Jerman, Amerika Syarikat, Hong Kong, Korea Selatan, Luxemburg, dan Sri Lanka, Sweden, Belanda, New Zealand, Belgium,Portugal dan Findland. Semoga Malaysia dan UUM tidak menghasilkan golongan pelajar yang sekolot yang di atas. Anda dikehendaki menjadi seorang insan yang menentang keras idea atau pendapat yang menganggap wanita sebagai objek seks (Wan Abdul Hamid Wan Teh, 1998).

UUM perlu melatih mahasiswanya agar tidak membentuk rakyat yang memandang rendah terhadap golongan wanita. Golongan mahasiswa yang sensitif akan membantu mewujudkan sebuah negara yang mengiktirafkan golongan wanita. Oleh yang demikian, kursus pembangunan wanita diajar di UUM untuk mendidik para mahasiswa supaya mempunyai tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menjadi insan yang sanggup berjasa kepada masyarakat dan negara.

6.5 KURSUS PEMBANGUNAN WANITA DI UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai sebuah daripada agensi kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memberi sumbangan dan latihan kepada para penduduk di dalam negeri ataupun di luar negeri Kedah. Para penduduk di dalam kawasan universiti dan di luar kawasan universiti selalu berharap agar pembangunan yang berlaku di dalam negara dapat membawa perubahan-perubahan yang menguntungkan mereka serta dapat meningkatkan taraf kehidupan sesebuah masyarakat. Para penduduk sedar bahawa hanya pemimpin yang berilmu sahaja yang dapat membawa perubahan yang memanfaatkan mereka.

Mereka percaya bahawa pelajar universiti sebagai bakal pemimpin mesti dilatih untuk membawa perubahan dan menjadi agen perubahan di kawasan mereka. Para pemimpin yang berjaya merupakan juga pemimpin yang mempunyai ilmu. Para penduduk percaya bahawa mahasiswa universiti boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu dan menyedarkan penduduk tentang peranan penduduk terutamanya golongan wanita dalam pembangunan negara. Penduduk tahu golongan mahasiswa merupakan golongan yang paling dekat dengan mereka. Penduduk akan menerima mahasiswa dengan rela hati dan dengan perasaan terbuka kerana mereka tahu golongan mahasiswa adalah bakal pemimpin negara. Penduduk akan berasa bangga kerana anda akan membantu memartabatkan wanita dan menjaga harga diri golongan wanita (Zaharah Nawawi, 1998).

6.5.1 Membentuk Bakal Pemimpin

Pendidikan yang diperolehi dalam kursus ini akan membentuk mahasiswa-mahasiswa menjadi seorang insan yang berjiwa rakyat dan sensitif tehadap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Oleh yang demikian, universiti sebagai gedung ilmu harus memainkan peranan yang penting supaya rakyat terus maju dan berkerjasama membantu negara menacapai kehidupan yang lebih selesa dan harmonis. Mahasiswa dilatih dengan baik untuk menjadi seorang insan yang sanggup berkorban dan

membantu golongan lemah agar turut berperanan dalam membangunkan negara. Adalah amat merugikan negara dan masyarakat sekiranya mahasiswa yang dihasilkan menjadi seorang mahasiswa yang sombong dan kera sumbang dan tidak tahu membalas budi kepada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, kursus ini akan membantu menyediakan para mahasiswa terutamanya golongan mahasiswa wanita agar dilatih dari awal lagi agar menjadi pemimpin negara yang prihatin dan sensitif kepada semua lapisan masyarakat terutamanya yang selalu ditindas.

6.5.2 Mengetahui Perkembangan Pertubuhan Wanita

Kursus ini akan menyedarkan mahasiswa wanita supaya menyedari hakikat bahawa golongan wanita telah banyak berjasa semenjak zaman kemerdekaan lagi. Kursus ini, melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran, menyedarkan golongan mahasiswa agar memainkan peranan yang aktif dan menjadi golongan wanita yang aktif dalam pembangunan negara. Kursus Pembangunan Wanita akan mendedahkan para mahasiswa wanita tentang perkembangan pertubuhan wanita dan meninjau peranan mahasiswa wanita dalam merancang dan melaksanakan tanggungjawab dalam membangun golongan wanita agar tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan pembangunan negara.

6.5.2.1 Peranan pertubuhan wanita Malaysia

Pertubuhan-pertubuhan wanita yang wujud sejak zaman sebelum kemerdekaan telah memainkan peranan yang penting sehingga meletakkan kaum wanita di Malaysia di tempat yang lebih tinggi berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. Pertubuhan-pertubuhan wanita yang wujud di Malaysia telah banyak berjasa dalam menyedarkan golongan wanita di kawasan bandar dan luar bandar tentang peranan golongan wanita dalam pembangunan negara.

Peranan pertubuhan-pertubuhan wanita tidak boleh diabaikan kerana pertubuhan wanita di Malaysia telah banyak berjasa kepada negara. Peranan pertubuhan wanita membantu kita melihat apakah yang telah dilakukan dalam memartabatkan golongan wanita. Tidak dapat dinafikan, perkembangan pertubuhan wanita hari ini bergantung kepada perjuangan pertubuhan-pertubuhan wanita sejak tahun 1957 lagi.

Marilah kita melihat program-program yang telah dijalankan oleh mahasiswa UUM semasa mengambil kursus pembangunan wanita pada semester-semester lalu.

6.6 PROGRAM PEMBANGUNAN WANITA YANG TELAH