• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENDEKATI MAHASISWA UUM MELALUI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI UUM

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN OBJEKTIF BAB

UNIVERSITI DAN PELAJAR SEKOLAH

5.8 MENDEKATI MAHASISWA UUM MELALUI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI UUM

Melalui pendedahan yang diberikan tentang pendidikan, mahasiswa dapat mengetahui secara dekat bagaimama sesebuah sekolah atau organisasi berfungsi dalam membentuk pelajar. Pendedahan juga akan menjadikan pelajar supaya lebih mengenali cara sesebuah sekolah menjalankan aktiviti untuk membimbing pelajar dalam sesebuah komuniti. Melalui pendedahan sebegini, mahasiswa dapat mengenali peranan kepentingan sesebuah organisasi pentadbiran menjalinkan hubungan dengan pihak-pihak tertentu seperti kaum-kaum ibu dan bapa, syarikat-syarikat atau persatuan-persatuan belia dan sebagainya. Mahasiswa yang mendapat pendedahan awal tentang teori-teori pendidikan psikologi dapat

membantu para pelajar memberi perhatian yang sewajar semasa mengikuti pelajaran guru. Pelajar yang mengikuti program pendidikan akan mendapat banyak manfaat sekiranya mereka mempelajari sesuatu yang membawa perubahan-perubahan tertentu yang dapat membawa kejayaan akademik pada diri mereka.

5.8.1 Membantu Sekolah

Pendedahan awal mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan membolehkan mereka untuk membantu sekolah-sekolah, guru-guru besar, pengetua-pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar menjayakan fungsi sekolah. Mereka dapat memulakan perjuangan mereka dari awal lagi untuk membantu para pelajar sebelum mereka menamatkan pelajaran mereka di universiti. Pendedahan pelajar kepada pembangunan pendidikan membolehkan mahasiswa seperti anda untuk menolong pelajar-pelajar yang berada di sekolah rendah atau menengah mementingkan pelajaran supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

5.8.2 Merancang Program yang Sesuai

Pembangunan Pendidikan memerlukan mahasiswa supaya bijak merancang program-program atau aktiviti-aktiviti dalam menyedarkan murid di sekolah rendah atau pelajar di sekolah menengah tentang peranan mereka sebagai bakal generasi pemimpin akan datang. Semasa menjalankan program pembangunan pendidikan, anda akan cuba mendekatkan diri dengan pelajar supaya turut tekun dalam pelajaran. Pelajar akan mengikut nasihat anda sekiranya anda menjadi model yang berpengaruh semasa menjalankan program untuk pelajar sekolah rendah atau menengah.

5.8.3 Menerap Nilai Murni

Anda perlu menerapkan nilai-nilai murni agar manusia yang dibentuk dapat membawa kesejahteraan dalam masyarakat dan negara. Nilai-nilai murni membina sahsiah dan membentuk peribadi yang amat diperlukan oleh masyarakat dan negara. Tidak ada gunanya kalau seseorang yang mempunyai ilmu tetapi mempunyai perangai yang tidak mencerminkan seorang manusia yang berwibawa. Seorang yang mempunyai nilai murni akan dipandang tinggi dalam sesebuah masyarakat dan manjadi sumber rujukan kepada masyarakat.

5.8.4 Kecemerlangan Milik Semua

Sehubungan dengan nilai murni, kecemerlangan tidak harus diketepikan. Nilai murni dan kecemerlangan dapat saling bantu membantu

menghasilkan seorang yang beradab dan bertanggungjawab cemerlang supaya mereka dapat terus mengingati kata-kata yang diberikan dan dapat terus menjadi pelajar yang mementingkan pelajaran walaupun anda sudah tiada di sekolah mereka.

Anda perlu menyedarkan mereka bahawa semua kaum mempunyai otak yang sama, sama ada mereka menjadi cemerlang atau mundur bergantung kepada usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan. Kita perlu menyedarkan mereka bahawa tiada seorang pun di dunia yang dilahirkan menjadi ‘genius’ dan kejayaan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja (Mohd Yusof Othman, 2000). Kegagalan dan kejayaan adalah sebahagian proses kehidupan. Kita mestilah menjadikan kegagalan sebagai pengalaman hidup dan berhati-hati supaya kita tidak membuat kesilapan pada masa akan datang.

5.8.5 Kegagalan sebagai Peluang

Anda akan cuba mengajar pelajar menjadi seorang yang yakin kepada diri sendiri. Kita mesti menjadikan pelajar yang menjadi peserta dalam Program Pembangunan Pendidikan seorang yang melihat kegagalan sebagai satu peluang untuk memperbaiki diri dalam mencapai kecemerlangan. Mohd Yusof (2000) juga ada menyatakan bahawa tokoh terkemuka seperti Albert Einstein juga mengalami banyak kegagalan sebelum berjaya menjadi pakar fizik. Selain itu, ibu bapa perlu menjadi contoh atau cermin untuk anak-anak mereka. Adalah agak pelik jika ibu bapa terlalu menekan anak mereka supaya menjadi pelajar yang berjaya tetapi ibu bapa sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak mereka. Masyarakat mesti memainkan peranan yang penting kerana masyarakat yang mengamalkan budaya membaca akan melahirkan generasi muda yang cintakan ilmu (Mohd Yusof, 2000).

5.9 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Pembangunan pendidikan ialah perubahan yang memanfaatkan manusia. Ini sejajar dengan pernyataan yang diberikan dalam Almanak Pendidikan (Yaakub Isa, 1996) bahawa,

“Perancangan pembangunan pendidikan masa kini bukan sahaja dibina sebagai mewujudkan kesinambungan perancangan masa lalu, tetapi juga menjadi asas penyediaan masyarakat Malaysia bagi menjadikan negara ini sebuah negara maju. Perancangan pembangunan pendidikan haruslah juga memberi perhatian kepada aspek ekonomi dan pelaksanaannya. Pendidikan memainkan

peranan yang amat penting dalam permbangunan sesebuah masyarakat dan negara. Masyarakat berilmu dan mempunyai pendidikan yang tinggi biasanya dikaitkan dengan masyarakat maju, makmur dan berbudaya yang tinggi.”

Bagi menjayakan program pembangunan pendidikan, para mahasiswa perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang psikologi, pedagogi dan adragogi supaya program atau aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan berkesan.

5.9.1 Ilmu Pendidikan Membantu Pendidikan di Sekolah

Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan psikologi pendidikan itu penting kerana mahasiswa yang pergi untuk membantu di sekolah mestilah seorang yang dapat membawa seberapa banyak perubahan yang boleh membawa kesan yang baik kepada pelajar di sekolah rendah atau menengah. Mahasiswa yang ingin merancang program atau aktiviti untuk para pelajar mestilah mereka yang mengetahui tentang pendidikan yang berlaku di sekolah. Program pembangunan pendidikan yang dijalankan bukanlah bertujuan mencari kelemahan sesiapa tetapi membentuk perubahan yang membawa kesejahteraan kepada rakyat. Perubahan yang membawa kebaikan memang sentiasa dialu-alukan. Perubahan yang berlaku mestilah yang membawa unsur-unsur yang dapat meninggikan tahap atau kemajuan sesebuah masyarakat. Masyarakat yang mendapat perubahan akan terus memastikan nilai kecemerlangan yang ada dikekalkan buat selama-lamanya.

5.9.2 Sifat Materialistik Membawa Kelunturan Kecemerlangan Dunia yang semakin mencabar menyebabkan manusia berlumba-lumba mencari kekayaan. Kekayaan yang dicari menghanyutkan manusia dari landasan yang betul. Kemerosotan pendidikan mungkin disebabkan oleh pengaruh budaya baru yang mengajar manusia menjadi lebih materialistik. Manusia menjadi terlalu taksub untuk mencari kebendaan. Dengan itu, akan terhakislah nilai-nilai yang baik dan yang murni.

Awang Had (2000) menyatakan,

“Pendedahan mengenai perbuatan jenayah serta kemerosotan pelajar menunjukkan seolah-olah sedang berlaku satu anjakan dalam sistem pendidikan di negara ini. Hubungan pelajar, ibu bapa serta masyarakat dengan pihak sekolah kelihatan semakin tegang ekoran pelbagai masalah yang berpunca dari sekolah. Malah masing-masing menuding jari mencari masalah siapa. Semuanya

berpunca kerana masyarakat sekarang mengejar kebendaan sebagai matlamat hidup. Pendidikan berorientasikan skala ekonomi menyebabkan masyarakat lupa tujuan sebenar anak-anak dihantar ke sekolah untuk mendidi mereka menjadi manusia berguna baik dari segi akal dan juga rohaninya. Dengan fenomena sekarang, berapa ramai di antara ibu bapa dan guru sedar tanggungjawab mereka bukan sekadar menjadikan pelajaran berkenaan sebagai doktor jurutera atau seumpamanya tetapi untuk membentuk peribadi masyarakat Malaysia.”

5.10 PROGRAM HARUS MENEKANKAN PENYELESAIAN