PEMBANGUNAN PENDIDIKAN OBJEKTIF BAB
DI TANAH AIR DAN DI LUAR NEGARA
1. Wanita sebagai pekerja
Menurut Normala Hamzan (1998), Jariah Masud pernah berkata bahawa wanita perlu bangkit berjuang dengan lebih serius untuk terus meningkat dan memartabatkan hak wanita pada jangka masa panjang. Pembangunan wanita di peringkat luar bandar telah menampakkan peningkatan mendadak dalam segala bidang termasuk Teknologi Maklumat walaupun jumlahnya amat kecil.
Dalam kajian yang diterbitkan oleh Sumber Tenaga Buruh 1991 – 1996, jumlah wanita luar bandar dan yang tidak berpelajaran telah menurun daripada 44.9 peratus pada 1980 kepada 33.2 peratus pada 1991. Selain peningkatan wanita yang berpelajaran, kadar membaca dan menulis juga turut meningkat. Penglibatan wanita dalam sektor pertanian juga meningkat kepada 37.4 peratus pada 1995 dan 39 peratus pada 1996. Peningkatan jumlah wanita yang terlibat dalam sektor pertanian menunjukkan bahawa wanita terpaksa mengambil alih tanggungjawab suami apabila terdapat suami yang berpindah untuk mendapat pekerjaan yang lebih sesuai dan lumayan. Pertambahan tenaga sekaligus membawa makna bahawa wanita juga turut memikul tanggungjawab dalam rumah tangga sebagai ketua isi keluarga (Normala Hamzan, 1998).
Pertambahan pekerja keluarga wanita meningkat 23.4 peratus dan wanita telah membuktikan bahawa mereka boleh bertindak sebagai pekerja keluarga dengan lebih berkesan (Normala Hamzan, 1998). Memandangkan peranan wanita yang semakin meningkat, mestilah berlaku keseimbangan dalam pembahagian sumber kewangan. Tumpuan kepada wanita di luar bandar seharusnya diberi fokus kerana wanita di bandar mempunyai sumber bantuan kewangan yang banyak.
Di antara isu-isu yang timbul kepada golongan wanita sebagai pekerja adalah
(i) suasana kerja yang tidak memudahkan wanita yang berkeluarga untuk menyepadukan tanggungjawab keluarga dan kerjaya secara harmoni.
(ii) pekerja wanita lebih sukar untuk meningkat dalam kerjaya mereka seperti kurangnya peluang untuk mempertingkatkan kemahiran melalui latihan.
(iii) sikap bekerjasama dan berkongsi tanggungjawab kekeluargaan di kalangan suami isteri dapat meringankan tekanan kepada wanita yang bekerja.
(iv) di beberapa industri dalam sektor swasta, masih wujud diskriminasi dari aspek upah di antara pekerja lelaki dan wanita bagi nilai kerja yang sama.
(v) pekerja wanita menghadapi masalah seperti suasana kerja yang kurang selesa dan kurang selamat, terdedah kepada gangguan seksual di tempat kerja, menghadapi masalah pengangkutan, perumahan, kurangnya kemudahan riadah, kaunseling dan sebagainya.
(vi) kurangnya penyertaan wanita dalam pekerjaan teknikal, kejuruteraan dan pekerjaan lain yang berasaskan Sains dan Teknologi.
(vii) wanita dan ketua isi rumah wanita yang berada dalam golongan miskin sama ada di luar bandar dan bandar hendaklah dibantu melalui Program Peningkatan Kedudukan Ekonomi.
6.11 CARA-CARA MEMBANGUNKAN WANITA
Golongan wanita dapat dimajukan apabila anda merancang program yang dapat mneyedarkan mereka supaya menjadi lebih aktif sebagai seroang wanita. Berikut adalah cara-cara yang dapat dilakukan untuk menggalakkan lebih ramai golongan wanita untuk menjadi pekerja dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan mereka.
(i) Mengambil langkah-langkah bagi menggalakkan wanita tempatan menjadi pembantu rumah dengan tawaran gaji yang menarik serta kemudahan perubatan, cuti, caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta kenaikan gaji tahunan.
(ii) Melaksanakan waktu bekerja yang anjal di sektor awam dan swasta.
(iii) Memberi peluang yang saksama kepada pekerja wanita untuk mengikuti latihan teknikal, vokasional, kemahiran serta latihan-latihan lain yang berkaitan.
(iv) Memberi peluang yang saksama kepada pekerja wanita untuk meningkat dalam kerjaya hingga ke peringkat tertinggi dalam organisasi awam dan swasta.
(v) Memastikan tidak wujud lagi diskriminasi dari segi upah bagi kerja yang sama nilai di antara lelaki dan wanita. (vi) Menyediakan latihan bagi kemasukan semula wanita
dalam pasaran termasuklah suri rumahtangga yang ingin menyertai pasaran buruh di bandar dan luar bandar. (vii) Menjalankan kajian kemungkinan mewujudkan satu bank
khususnya untuk membantu wanita mendapatkan pinjaman dan kemudahan kredit agar mereka dapat bergiat cergas dalam aktiviti Ekonomi.
(viii) Menjalankan kajian tentang penyertaan wanita dalam sektor tidak formal bagi membantu merangka
program-program ke arah peningkatan daya pengeluaran dan daya saing mereka.
(ix) Mengambil langkah bagi menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang pendidikan Sains dan Teknologi agar wanita turut melibatkan diri dalam bidang yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi.
(x) Memperhebatkan program bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan wanita terutamanya di luar bandar dengan melibatkan mereka dalam aktiviti peningkatan tahap Ekonomi.
(xi) Mewujudkan “One-stop Centre”, iaitu pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat mengenai perniagaan dan keusahawanan untuk wanita.
(xii) Memastikan wanita diwakili dalam badan-badan yang menggubal dasar mengenai aktiviti ekonomi, serta badan-badan seperti Kesatuan Sekerja, Dewan Perniagaan, Lembaga Perlesenan Perniagaan dan lain-lain.
(xiii) Memastikan majikan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dalam Akta Pekerjaan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja, kemudahan perumahan, pengangkutan, riadah, kaunseling dan mencegah amalan diskriminasi dan gangguan seksual terhadap pekerja wanita.
(xiv) Menyediakan lebih banyak program latihan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan untuk pekerja wanita. Golongan wanita perlu didekati apabila mereka menghadapi masalah. Masalah-masalah mereka perlu diselesaikan segera. Mereka dapat dibimbing melalui cara-cara yang telah dinyatakan tadi. Cara-cara yang dinyatakan bukanlah menjadi sesuatu yang wajib tetapi program yang dirancangkan mestilah mempunyai aktiviti-aktiviti yang dapat memanfaatkan mereka. Cara-cara tersebut akan menjadi lebih mencabar apabila terdapat cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka. Bolehkah anda nyatakan cabaran itu? Cuba anda senaraikan cabaran-cabaran yang dirasakan dihadapi oleh golongan wanita.
6.11.1 Cabaran Wanita
Wanita terutamanya wanita Islam juga menghadapi pelbagai cabaran. Siti Fatimah (1996) menyatakan tiga cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam adalah
(i) Penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan. (ii) Diskriminasi wanita bertudung.
Marilah kita lihat satu persatu cabaran tersebut.