• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENETAPAN HUKUM FIQH

2.1 Pengaruh Perubahan Sosial Dalam Penetapan Hukum Fiqh Wanita

2.1.4 Faktor Yang Mendominasi Perubahan Sosial

Umumnya, sesuatu penemuan baharu dalam sesebuah masyarakat itu boleh mengakibatkan perubahan pada masyarakat yang berkaitan. Sesuatu perubahan yang terjadi mempunyai faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan sosial dalam masyarakat. Justeru, beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan sosial antaranya seperti86:

84 ‘Adli ‘Ali Abu Tahun, Fi al-Taghyir al-Ijtima‘i, 42; Rohana Yusof, Asas Sains Sosial, 262-265.

85 Ibid..

86 Majmu‘ah Khubara’ ‘Arab fi ‘Ilmi al-Ijtima‘, al-Mawsu‘ah al-‘Arabiyyah li ‘Ilmi al-Ijtima‘ (Tunisia: al-Dar al-‘Arabiyyah li al-Kitab, 2010), 264; Al-Tanubi, al-Taghayyur al-Ijtima‘i, 117-126; Rohana Yusof, Asas Sains Sosial, 262.

2.1.4 (a) Proses Budaya

Kebudayaan87 adalah sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya kebendaan merupakan segala ciptaan manusia yang berbentuk objek-objek tertentu seperti alat, bangunan, senjata, kenderaan dan lain-lain lagi. Manakala budaya bukan kebendaan adalah suatu ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat resam, seni, sikap, undang-undang dan sebagainya. Kebudayaan kebendaan terdiri daripada objek-objek fizikal yang direka, dibuat, digunakan dan dikongsi bersama oleh anggota masyarakat. Manakala bentuk atau elemen kebudayaan bukan material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, sistem kekeluargaan, nilai, undang-undang, peraturan tentang akhlak, sopan santun dan sebagainya.

Kebudayaan mempunyai ciri-cirinya seperti wujud perubahan. Perubahan kebudayaan ialah satu proses di mana aspek-aspek kebudayaan mengalami pengubahsuaian dari masa ke semasa mengikut keadaan seperti perubahan pemakaian songket tenun tangan kepada tenunan mesin. Antara ciri-ciri lain ialah sesuatu yang dipelajari iaitu segala bentuk tingkah laku, adat resam, bahasa yang dituturi adalah dipelajari bukan dari nalurinya. Sebagai contoh, kanak-kanak akan mempelajari bagaimana mengamalkan adat resam dan nilai-nilai kebudayaan masyarakatnya. Selain itu, elemen budaya ialah dikongsi bersama oleh sekumpulan manusia. Contohnya, bangsa Melayu, Cina, India menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan ia merupakan satu simbol yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Manakala ciri-ciri yang lain juga ialah ianya mempunyai nilai integratif. Contohnya, sesuatu bangsa itu disatupadukan oleh kebudayaan yang sama seperti baju kebangsaan harus berasaskan kepada baju Melayu dan ini merupakan satu nilai integratif yang boleh menggambarkan perpaduan ahlinya.

Justeru, proses budaya merupakan suatu yang dinamik kerana manusia sering memperkenalkan elemen-elemen baharu. Begitu juga mereka meninggalkan elemen lain atau mereka cipta sesuatu yang baharu serta menyebarkan budaya inovasi kepada orang lain atau masyarakat lain. Proses yang secara terancang atau secara langsung berlaku secara berleluasa akan menyebabkan berlakunya perubahan sosial.

2.1.4 (b) Struktur Sosial

Sistem sosial88 merupakan premis asas dalam pembangunan masyarakat. Sistem sosial mengandungi struktur yang terdiri daripada pengelompokan unit-unit, serta institusi-institusi yang didukung oleh pelaku-pelakunya iaitu individu-individu dalam masyarakat. Unit dan institusi ini mempunyai peranan yang menjalinkan fungsi sosial yang berbeza-beza serta kompleks dan adakalanya bercanggah di antara satu sama lain untuk membentuk struktur dan sistem sosial yang berupaya mengekal serta meneruskan kesinambungan sosial dalam sistem berkenaan. Unit dan institusi yang terdapat dalam sistem sosial ini juga ditafsirkan sebagai struktur yang memiliki sifat dan peranan yang berbeza-beza tetapi tidak dapat berfungsi secara terpisah atau tersendiri. Apabila berlaku perubahan dalam unit dan institusi secara langsung ia akan memberi kesan kepada sistem sosial. Unit-unit dalam sistem sosial adalah saling bertindak dan saling terjalin.

Fenomena perubahan dalam masyarakat wujud apabila tindakan ahli komuniti saling mempengaruhi dan dipengaruhi oleh struktur sosial dan institusi serta unit yang sedia wujud dan saling terjalin di antara satu sama lain dari aspek nilai, kepercayaan, norma dan tindakan yang dikongsi bersama. Ini bererti individu dan struktur sosial saling bertindak dalam merancang dan menentukan haluan perubahan. Ibnu Khaldun menyebut organisasi sosial adalah manusia boleh menghuni di suatu tempat yang umum

88 Junaenah Sulehan et al., Masyarakat Perubahan dan Pembangunan (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005), 30-31.

dan menetap secara bersama di kota-kota dan di perkampungan untuk berinteraksi sesama mereka serta memenuhi keperluan kepuasan manusia selaras dengan sifat semulajadi manusia memerlukan pertolongan demi mencapai suatu taraf hidup dengan keadaan yang berbeza-beza89.

Sebagai contoh, kewujudan segelintir kelompok elit dalam sistem pemerintahan yang berkuasa dan berautoriti dalam membuat keputusan semasa merancang pembangunan dalam bidang ekonomi atau pun politik, telah berupaya menguasai, mengawal dan menyalurkan pengagihan sumber-sumber yang terbatas. Perancangan yang dibuat dipengaruhi juga oleh faktor sejarah sesebuah negara seperti faktor penjajahan yang telah menyebabkan pemusatan kuasa dan kawalan dalam kalangan segelintir kelas sosial dalam sektor atau bidang tertentu sehingga sumber-sumber pengeluaran dalam pembangunan hanya dikuasai oleh segelintir kelompok sosial sahaja. Pencerahan kepada realiti tersebut seperti revolusi hijau merupakan satu contoh klasik dalam pengajian pembangunan di mana perubahan daripada pertanian yang bercirikan sara diri kepada pengeluaran yang bersifat komersial telah berlaku di negara-negara membangun. Dalam mengubah bentuk pembangunan pertanian tradisional kepada pengeluaran pertanian komersial, ini memerlukan pengkhususan dalam tanaman yang boleh menghasilkan keuntungan tinggi dengan penggunaan buruh dibayar serta mekanisasi tinggi. Alat-alat peralatan pengeluaran pertanian yang menggunakan tenaga haiwan dan manusia diambil alih oleh mesin, jentera serta peralatan yang lebih baik dan cekap. Kehebatan revolusi pertanian yang berlaku ini telah mencetuskan perubahan sosial akibat pengeluaran lebihan makanan yang boleh dieksport, teknik pengeluaran yang menjimatkan kos buruh, penggunaan mesin-mesin baharu, benih dan baka yang bermutu baik serta penggunaan racun dan baja90.

89 Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, 59.

90 Majmu‘ah Khubara’ ‘Arab fi ‘Ilmi al-Ijtima‘, al-Mawsu‘ah al-‘Arabiyyah li ‘Ilmi al-Ijtima‘, 264; Al-Tanubi, al-Taghayyur al-Ijtima‘i, 117-126; Rohana Yusof, Asas Sains Sosial, 262.

Perubahan dalam sistem pengeluaran komersial membentuk struktur sosial yang berasaskan hubungan formal dan sistematik. Selain revolusi pertanian, pertumbuhan dan pembangunan sektor perindustrian, perusahaan dan perdagangan turut memberikan kesan terhadap sistem sosial masyarakat yang menyebabkan peranan dan fungsi sosial menjadi lebih kompleks serta saling lengkap melengkapi hasil daripada mobiliti sosial yang semakin baik.

Kesimpulannya, struktur sistem sosial memainkan peranan penting dalam mencetus perubahan serta pembangunan dalam sistem masyarakat. Struktur sistem sosial tersebut termasuklah sistem kepemimpinan, perundangan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, nilai budaya, kepercayaan dan adat resam.

2.1.4 (c) Idea

Idea merupakan satu inovasi yang mengubah pandangan orang dalam sesebuah masyarakat, seperti juga dengan perubahan teknologi. Idea-idea baharu berupaya mempengaruhi cara kehidupan manusia. Sebilangan besar ahli sosiologi berpendapat idea bukan sahaja dapat mempengaruhi kebudayaan material tetapi juga idea-idea lain. Sekiranya idea-idea baharu yang berkaitan dengan bidang-bidang seperti agama, ekonomi, pendidikan atau politik dilaksanakan akan memberi kesan terhadap perubahan sosial91.

2.1.4 (d) Persekitaran Semula Jadi

Masyarakat manusia dan persekitaran semula jadi adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Oleh itu salah satu daripada kedua-dua elemen ini berubah akan menyebabkan perubahan sosial akan berlaku dan mempengaruhi salah satu elemen lagi. Sebagai contoh, perubahan persekitaran semula jadi seperti gempa bumi akan memberi

91 Rohana Yusof, Asas Sains Sosial, 267.

kesan jangka panjang dan pendek. Tetapi bukan semua persekitaran membawa kepada perubahan sosial. Ia hanya melibatkan kawasan-kawasan yang sering dilanda malapetaka seperti banjir, kemarau, gempa bumi atau gunung berapi. Ia mungkin berlaku perubahan kerana penduduknya terpaksa berpindah ke kawasan lain yang akan membentuk hubungan sosial dengan masyarakat lain pula. Situasi beginilah yang membawa kepada perubahan sosial kerana berlaku perubahan pada persekitaran semulajadi92.

2.1.4 (e) Demografi

Faktor demografi ini mencakupi jumlah atau peratusan kelahiran, kematian, nisbah gender, purata bilangan penduduk di pendalaman dan yang berhijrah ke bandar dan lain-lain. Kesemua ini berperanan dalam mencetuskan perubahan sosial dalam sesebuah masyarakat93. Perubahan dalam aspek saiz dan komposisi penduduk juga merupakan faktor kepada perubahan sosial. Pertambahan penduduk yang pesat di sesebuah negara mungkin akan menyebabkan penduduknya tidak mempunyai makanan yang mencukupi atau menghadapi kebuluran sebagaimana yang berlaku di Afrika dan India.

Penduduk dari kawasan yang sesak atau kampung akan berhijrah ke tempat-tempat lain yang mana proses tersebut akan memberi kesan kepada struktur sosial. Sebagai contoh, penghijrahan warga desa ke bandar seperti Kuala Lumpur menyebabkan terdapat banyak kawasan setinggan. Begitu juga keadaannya bagi negara yang terdapat ramai penduduk warga tua akan menghadapi masalah penjagaan orang-orang tua. Sebaliknya jika kadar kelahiran menurun, maka akan terdapat hospital

92 Majmu‘ah Khubara’ ‘Arab fi ‘Ilmi al-Ijtima‘, al-Mawsu‘ah al-‘Arabiyyah li ‘Ilmi al-Ijtima‘, 264; Al-Tanubi, al-Taghayyur al-Ijtima‘i, 117-126; Rohana Yusof, Asas Sains Sosial, 262.

bersalin dan sekolah ditutup. Perubahan-perubahan yang seumpama ini merupakan faktor utama kepada perubahan sosial94.

2.1.4 (f) Kepimpinan

Pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan mempunyai banyak idea boleh membawa kepada perubahan sosial apabila mereka mempunyai pengaruh yang boleh mempercayai falsafah mereka. Namun perubahan kerana pengaruh pemimpin kebiasaannya tidak berterusan kerana sesuatu pergerakan sosial itu akan tamat dengan kematiannya pemimpin tersebut atau tamat tempoh kekuasaannya.

2.1.4 (g) Inovasi Dalam Bidang Teknologi

Kemajuan dalam bidang teknologi juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada perubahan sosial. Teknologi boleh didefinisikan sebagai aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain95.

Sebelum kemajuan teknologi, manusia menggunakan alat-alat pengangkutan yang mundur untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Alat-alat pengangkutan yang seumpama ini mengambil masa yang lama dan memerlukan pengorbanan tenaga dalam sesuatu perjalanan. Selain itu dalam aspek keselamatan juga terdedah kepada ancaman-ancaman yang berisiko kepada maruah dan diri khususnya bagi kaum wanita. Sebagai contoh alat-alat pengangkutan terdahulu seperti rakit, perahu, sampan dan di negara padang pasir menjadikan haiwan seperti keldai, kuda, unta sebagai alat tunggangan dan alternatif pengangkutan mereka dalam proses interaksi sosial sesama mereka.

94 Majmu‘ah Khubara’ ‘Arab fi ‘Ilmi al-Ijtima‘, al-Mawsu‘ah al-‘Arabiyyah li ‘Ilmi al-Ijtima‘, 264; Al-Tanubi, al-Taghayyur al-Ijtima‘i, 117-126; Rohana Yusof, Asas Sains Sosial, 262.

Namun, inovasi yang berlaku dalam bidang teknologi pengangkutan memberi kesan yang mendalam dalam masyarakat. Sebagai contoh, penciptaan teknologi motor bot telah mempercepatkan perjalan di perairan sekaligus menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Manakala kemajuan teknologi yang mencipta kereta telah membolehkan manusia lebih mudah untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, begitu juga dengan kemunculan pengangkutan di udara seperti kapal terbang memudahkan seseorang melakukan perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Implikasi dalam kemajuan teknologi kenderaan di perairan, darat dan udara boleh merapatkan jarak antara kampung dengan bandar sekaligus antara negara-negara di merata dunia. Selain itu, ia juga memajukan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar. Walau bagaimana pun tidak dapat dinafikan bahawa kesan negatif sampingan seperti pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar tidak dapat dielakkan akibat daripada inovasi teknologi ini.

Kemajuan teknologi dalam bidang pertanian seperti penyelidikan padi yang boleh memberi hasil padi dalam masa yang lebih singkat. Teknologi pengeringan dan pengilangan dapat mempercepatkan lagi proses pengeluaran padi. Justeru, melalui teknologi pertanian, manusia dapat menambahkan hasil pertanian untuk memenuhi keperluan sendiri serta mengeksport ke negara lain. Manakala dalam teknologi pembuatan, peralatan yang serba canggih dan automatik telah meningkatkan produktiviti sesebuah negara dan secara langsung meningkatkan lagi aktiviti pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara96.

2.1.4 (h) Ketetapan Undang-Undang

Ketetapan undang-undang, akta, resolusi (qarar), enakmen, statut, prosedur dan lain-lain dalam sesebuah negara atau sesebuah institusi dan lain-lain-lain-lain juga memberi implikasi kepada suasana kehidupan sosial. Kedudukan undang-undang sedia ada membezakan

96 Majmu‘ah Khubara’ ‘Arab fi ‘Ilmi al-Ijtima‘, al-Mawsu‘ah al-‘Arabiyyah li ‘Ilmi al-Ijtima‘, 264; Al-Tanubi, al-Taghayyur al-Ijtima‘i, 117-126; Rohana Yusof, Asas Sains Sosial, 262.

status perubahan sosial antara sesebuah negara. Namun, jika berlaku perubahan atau penggubalan baharu dalam sesebuah akta, ia akan mempengaruhi suasana kehidupan sosial dari keadaan sebelumnya kepada keadaan yang baharu. Undang-undang yang dimaksudkan ini antaranya seperti undang-undang dalam perindustrian, pertanian, kesihatan, pemasaran, percukaian, eksport import, penempatan dan sebagainya yang mencetus kepada perubahan sosial dalam sesebuah negara97.