• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian yang akan dijalankan ini merupakan kajian kepustakaan dengan mengkaji sumber-sumber bidang pengajian Islam dan sains sosial. Di samping itu rujukan-rujukan

57 Zaydan, ‘Abd Karim, Mufassal fi Ahkam Mar’ah wa Bayt Muslim fi Shari‘ah

dalam bidang ilmu lain seperti perubatan dan sebagainya yang berkaitan dengan tajuk kajian akan digunakan bagi memantapkan lagi kajian ini. Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji mengkategorikan metod kajian kepada dua bahagian iaitu:

1.8.1 Pengumpulan data

Data ialah apa jua maklumat dalam pelbagai bentuk yang dikumpul dengan tujuan untuk dianalisis. Dalam penyelidikan ilmiah, data boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu data kuantitatif dan data kualitatif. Bagi kajian ini, jenis data yang sesuai dikumpul ialah data kualitatif, iaitu data yang diperolehi daripada kitab-kitab turath dan kontemporari dalam konteks ilmu maqasid, ilmu usul fiqh, ilmu fiqh, ilmu qawa‘id fiqh dan begitu juga dalam bidang ilmu pengajian sains sosial. Selain itu, kitab-kitab atau buku-buku lain seperti jurnal, kertas-kertas kerja persidangan, tesis dan disertasi juga turut dikumpulkan data dan maklumat. Proses pengumpulan data dilakukan berdasarkan dua kaedah iaitu:

1.8.1 (a) Kaedah perpustakaan

Dalam kajian ini, pengkaji mendapat data dengan membuat penelitian khusus terhadap buku-buku sains sosial, usul fiqh, maqasid, qawa‘id fiqh, fiqh, hadis, tafsir, dan bahasa serta karya-karya ulama kontemporari bagi mengumpulkan data berkaitan metodologi pengistinbatan hukum dalam meraikan perubahan sosial sebagai faktor perubahan hukum semasa. Kemudian penelitian khusus juga akan dilakukan kepada kitab-kitab

turath dalam mazhab muktabar iaitu mazhab Hanafiyyah, Malikiyyah,

al-Shafi‘iyyah dan al-Hanabilah dengan tujuan mengeluarkan pandangan-pandangan mereka berhubung isu atau permasalahan semasa terhadap hukum fiqh wanita serta sumber-sumber penghujahan juga turut dikumpulkan bagi tujuan membuat penganalisisan. Selain itu penelitian juga akan dilakukan dalam karya-karya yang berkaitan seperti kitab hadis, tafsir, lughah dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk

yang akan dikaji. Penerokaan di laman sesawang juga turut dilakukan bagi mendapat data-data yang berkait dengan fakta perubahan sosial. Kaedah ini akan diaplikasikan di dalam bab dua, tiga dan empat dalam kajian ini.

1.8.1 (b) Kaedah Temu Bual

Bagi mendapatkan tambahan data isu fiqh wanita, pakar-pakar di agensi tertentu akan ditemu bual berdasarkan isu atau topik yang akan dikaji mengikut kerelevanannya. Antaranya seperti pakar dalam bidang fiqh dan usul fiqh seperti ‘Uthman Shubeir (Profesor Dr, Pakar Usul Fiqh, Qawa’id Fiqh, Fiqh, Universiti Sharjah, UAE), Al-Khasawneh, ‘Abd Karim, (Sahibu Samahah Mufti ‘Am, Pejabat Mufti al-‘Am, Dar al-Ifta’ Jordan), Al-Sa‘di, ‘Abd al-Malik Abd al-Rahman, (Profesor Fiqh & Usul Jami‘ah al-‘Ulum al-Islamiyyah al-‘Alamiyyah Jordan), Hamad al-‘Azzam, (Profesor Madya, Pakar Fiqh Kontemporari Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Mu’tah, Jordan), Husayn bin Maz‘al Harabi, (Professor Madya Jabatan Fiqh, Jamiah al-Islamiyah bi al-Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi), Khaluq Dayfullah Agha, (Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Jami‘ah al-‘Ulum al-Islamiyyah al-‘Alamiyyah (WISE), Jordan), Ramadan Hamdoon Ali Ramo al-Kiki (Profesor Madya Dr, Pakar Fiqh Perbandingan, (Universiti Of Mosul, Iraq), dalam temubual dengan penulis di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu, 18 November 2015. Pakar perubatan antaranya ialah Hafizah binti Amanullah, (Doktor, Pegawai Perubatan UD48, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi), Faizan Irdawaty binti Endut, (Doktor Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kemaman). Manakala individu-individu yang berautoriti dan mana-mana agensi yang signifikan turut ditemu bual seperti Ramle bin Abdullah (Profesor Dr, Profesor Antropologi Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin), Nik Muhammad Za‘im bin Salleh, (Peniaga emas). Data temubual diperolehi

secara rakaman dan sebahagiannya diperolehi secara bertulis dari informan. Data yang berbentuk rakaman ditukar bahasa secara transkripsi.

Proses ini akan dapat memantapkan lagi data yang diperolehi dan ia juga dapat membantu pengkaji dalam memperolehi data. Kaedah ini akan digunakan dalam bab ke empat dalam kajian ini.

1.8.2 Analisis Data

Data tidak akan memberikan sebarang maklumat yang berguna mengenai sesuatu masalah yang dikaji sekiranya tidak dianalisis dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu58. Bagi mendapatkan analisis data yang tepat, kajian ini akan menggunakan beberapa kaedah yang menjadi amalan dalam sesebuah penyelidikan atau kajian akademik, ianya adalah seperti berikut:

1.8.2 (a) Metod Induktif

Pengkaji akan menganalisis dengan cara menghalusi setiap fakta dan selanjutnya menyimpulkan kepada suatu kesimpulan yang bersifat global. Metod ini digunakan untuk menganalisis fakta yang dikaji dalam bab kedua iaitu tentang perkaitan signifikan antara perubahan sosial dan ‘uruf. Begitu juga ia diadaptasikan pendekatannya dalam menganalisis pendekatan ulama kontemporari dalam penetapan hukum fiqh semasa berasaskan perubahan sosial. Metod ini secara keseluruhannya diaplikasikan dalam merumus hasil kajian pada bab kesimpulan iaitu pada bab lima dalam kajian ini.

1.8.2 (b) Metod Deduktif

Semua data dan maklumat yang umum tentang perkara yang dikaji akan dikumpul, kemudian dibuat penyataan khusus yang menyentuh tentang salah satu daripada kumpulan yang terkelompok di dalamnya. Seterusnya kesimpulan akan dibuat. Metod

58Mohd Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), 309.

ini digunakan bagi menganalisa ciri dan faktor perubahan sosial, ‘uruf wanita dalam penentuan hukum syarak, keperluan perubahan hukum hasil dari perubahan sosial, metodologi ijtihad bagi menganalisis hukum isu semasa fiqh wanita, pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam penentuan hukum fiqh wanita.

1.8.2 (c) Metod Komparatif

Membuat kesimpulan dan perbandingan terhadap data-data yang diperolehi. Segala data, fakta dan pendapat yang berkenaan dikumpulkan dan dianalisis sebagai perbandingan untuk melihat hasilnya. Metod ini diaplikasikan dalam bab dua iaitu tentang perkaitan signifikan antara perubahan sosial dan ‘uruf. Metod komparatif ini diadaptasikan pendekatannya bagi mengenalpasti pendekatan ulama kontemporari dalam penetapan hukum fiqh semasa berasaskan perubahan sosial. Pemakaiannya juga didapati dalam bab keempat iaitu membuat perbandingan pandangan fuqaha dan

mufassirin dalam isu-isu tertentu tentang hukum semasa fiqh wanita antaranya seperti

isu pengambilan suntikan hormon sintetik bagi tujuan penyusuan, isu penyusuan wanita bangsawan, isu perbelanjaan gaji isteri berkerjaya oleh suami, isu pengambilan ibu susuan, isu pelaksanaan ‘iddah dan ihdad dalam kalangan wanita berkerjaya, isu kadar pemakaian perhiasan emas wanita dalam penentuan zakat dan isu pemusafiran wanita. Metod ini digunakan dalam bab kedua, ketiga dan keempat.