• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.7 Kajian Literatur

1.7.3 Kajian Tentang Isu-Isu Fiqh Wanita Berasaskan Perubahan Sosial

Mustafa al-Siba‘i, al-Mar’ah baina al-Fiqh wa al-Qanun48, kitab ini membincangkan tentang kedudukan wanita menurut perspektif fiqh dan undang-undang. Terkandung dalam kitab tersebut perbahasan fiqh wanita serta perbandingan dengan pengaruh barat yang memberi implikasi kepada institusi rumah tangga, pendidikan, kehakiman dan sebagainya. Manakala dalam aspek fiqh, perbincangan isu-isu wanita ini disebut

46 Mahmud Lutfi Khudayjah, “Manahij al-Nazar fi Fiqh al-Nawazil” (Tesis Master, Jami‘ah Urduniyyah, Jordan, 2008).

47 ‘Arif ‘Izzuddin Hamid Hasunah, “Manahij al-Ijtihad al-Fiqhi al-Mu‘asir” (Tesis Doktor Falsafah Fiqh dan Usuluh, Jami‘ah Urduniyyah, Jordan, 2005).

pandangan fuqaha secara ringkas dan menyatakan pendirian qanun atau undang-undang dengan disertai pandangan mana-mana mazhab dalam mazhab empat.

Adapun dalam aspek perbincangan hukum fiqh wanita menurut fakta sosial tidak didapati dalam buku ini. Justeru, antara salah satu objektif kajian ini adalah untuk menilai dengan menganalisis isu-isu wanita dalam konteks perubahan sosial selaras dengan keperluan hukum semasa.

Kajian oleh Siti Fatimah binti Salleh, (2014), al-A‘dhar al-Khassah bi al-Nisa’

wa Ahkamuha fi al-‘Ibadat: Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah49.

Fokus kajian ini juga berlegar tentang isu-isu atau persoalan fiqh tentang isu khusus yang berkait dengan wanita. Kajian ini merupakan kajian perbandingan antara mazhab empat dalam skop ibadah. Perbincangannya juga merangkumi isu-isu kontemporari bagi wanita seperti tentang wanita mengambil pil penahan haid dengan tujuan memanjangkan tempoh suci dan layak menuntut nafkah daripada suami dalam tempoh ‘iddah. Selain itu dibincangkan juga isu tempoh maksima hamil antara pendirian fuqaha silam dan pembuktian sains sebagai neraca ukuran penilaian hukum.

Namun, dalam kajian tersebut isu-isu wanita di luar skop ibadah tidak dibahaskan terutama perbincangan dalam konteks perubahan sosial atau semasa yang memerlukan analisis dan penilaian baharu dalam penentuan hukum sama ada tetap atau berubah.

Ghayda’ Muhammad ‘Abd al-Wahhab al-Misri, (2012) dalam kitab Ahliyyah

al-Mar’ah Fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah50.

Kajian ini membincangkan tentang kelayakan wanita dalam semua aspek seperti dalam aspek hak-hak dan kewajipan manusia dalam konteks agama, hak-hak dan kewajipan manusia dalam konteks madaniyyah seperti hak pemilikan dan

49 Siti Fatimah binti Salleh, al-A‘zar al-Khassah bi al-Nisa’ wa Ahkamuha fi al-‘Ibadat: Dirasah

Fiqhiyyah Muqaranah (Jordan: Dar al-Nafa’is, 2014).

50 Ghayda’ Muhammad ‘Abd al-Wahhab al-Misri, Ahliyyah al-Mar’ah Fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah (Suria: Mu’assasah Dar al-Nawadir, 2012).

kepenggunaannya, kelayakan wanita dalam konteks kehakiman dan hukuman, kelayakan wanita dalam hak dan kewajipan terhadap isititusi kekeluargaan dan kelayakan wanita dalam politik dan pemerintahan. Konteks perbincangannya adalah berkaitan dengan kedudukan atau kelayakan wanita dalam Islam. Penelitian terhadap kajian ini, didapati ruang perbincangannya berkait dengan perspektif syarak kepada kelayakan wanita dalam bidang-bidang yang dinyatakan itu. Manakala perbincangan secara khusus dan terperinci tentang isu-isu wanita dalam konteks perubahan sosial dan analisis hukumnya tidak didapati dalam kajian ini.

Justeru, satu kajian yang akan dijalankan ini merupakan kesinambungan penyelidikan akademik secara ilmiah dalam merealisasikan syariat sebagai agama yang relevan dan shumul merentasi sempadan globalisasi hidup masyarakat yang sentiasa berubah dan berkembang sepanjang masa ekoran perubahan sosial hidup masyarakat.

Kajian seterusnya, Amal Jum‘ah Sayf ‘Ubayd Suwaydi, (2006), Fiqh

al-Sahabiyyat51.

Kajian ini merupakan kajian tentang fiqh sahabiyyat iaitu Ummahat

al-Mu’minin seperti Hafsah RA, Ummu Habibah RA, Maimunah RA, Ummu Salamah

RA, Asma’ RA dan ‘Atikah RA. Fokus fiqh al-Sahabiyyat dalam karya ini ialah dalam skop taharah, solat, zakat, puasa, haji. Perbincangan isu yang dinyatakan oleh

sahabiyyat ini ialah pada zaman Rasulullah SAW. Isu-isu yang dinyatakan oleh

pengkaji ini berbentuk pengumpulan isu-isu fiqh yang difatwakan oleh sahabiyyat ini. Sebagai pengembangan ilmu fiqh selaras dengan perubahan masa dan kemunculan isu-isu kontemporari, ia menuntut kepada sebuah kajian kritis mengambilkira faktor-faktor perubahan sosial sebagai makanisma ukuran analisis hukum. Selain dari kajiannya yang berbentuk umum perbincangan terhadap sesuatu isu, kajian ini akan memfokuskan kepada isu-isu khusus bagi wanita dengan dengan

menganalisis faktor perubahan sosial yang menyumbang kepada penilaian hukum atau penentuan hukum berpandukan metodologi ijtihad hukum.

Begitu juga dengan kajian Ruqayyah Taha Jabir ‘Ulwani, (2009), Athar

al-‘Urf Fi Fahmi al-Nusus: Qadaya al-Mar’ah Anmuzajan52.

Kajian beliau ini juga menyasarkan isu-isu fiqh wanita sebagai intipati tulisan beliau dalam mengenalpasti implikasi ‘uruf terhadap nusus al-Quran. Antara isu-isu wanita yang dikemukakan dalam karya ini ialah isu pewarisan wanita dalam Islam, penyaksian dalam Islam dan kehakiman wanita dalam Islam. Tiga isu yang dikemukakan ini dilihat dalam konteks implikasi ‘uruf serta situasi masyarakat dan perkaitannya dengan nusus syarak dalam al-Quran dan al-Sunnah. Corak analisisnya ialah dengan mengemukan nusus syarak terlebih dahulu, kemudian dianalisis dengan membawa bentuk-bentuk ‘uruf yang berlaku dan implikasinya pada nusus tersebut.

Pendekatan yang digunakan dalam karya tersebut berbeza dengan pendekatan yang akan digunakan dalam kajian ini, begitu juga dengan isu-isu yang akan dianalisis. Kajian yang akan dikaji ini mengambil pendekatan mengemukakan faktor-faktor perubahan sosial yang berlaku dan menganalisis sesuatu isu berpandukan metodologi ijtihad seterusnya membuat analisis hukum sama ada ia berbentuk pengekalan atau perubahan.

‘Abdullah ‘Abd al-Mun‘im al-‘Usayli, (2010), al-Furuq al-Fiqhiyyah Baina

al-Rajul wa al-Mar’ah Fi al-Ahwal al-Shakhsiyyah: Dirasah Fiqhiyyah53.

Kajian ini memperincikan tentang perbezaan hukum fiqh antara lelaki dan perempuan dalam isu kekeluargaan seperti hukum pertunangan dan perkahwinan, tanggungjawab kewangan sebelum perkahwinan (keperluan untuk proses perkahwinan) dan selepas perkahwinan, perbezaaan antara lelaki dan perempuan dalam isu

“al-Qawwamah”, isu-isu penceraian dam implikasi selepas pembubaran perkahwinan.

52 Ruqayyah Taha Jabir al-‘Ulwani, Athar al-‘Urf Fi Fahmi al-Nusus: Qadaya al-Mar’ah Anamuzajan (Damshiq: Dar al-Fikr, 2009).

53 ‘Abd Allah ‘Abd Mun‘im ‘Usayli, Furuq Fiqhiyyah Bayna Rajul wa Mar’ah Fi

Selepas mengamati tulisan ini, didapati perbahasan hukumnya bersifat mengumpulkan pandangan-pandangan fuqaha secara turath dengan menekankan aspek perbezaan hukum antara lelaki dan perempuan. Ia berbentuk analisis perbezaan hukum secara berasingan dalam kitab-kitab turath tanpa membuat penilaian kepada unsur-unsur semasa yang mempengaruhi hukum. Justeru, matlamat kajian ini ialah menganalisis hukum semasa sama ada hukum tersebut telah dinyatakan tetapi dinilai dengan mengambilkira faktor-faktor perubahan sosial atau isu yang baharu timbul memerlukan analogi atau ijtihad baharu dalam skop fiqh wanita.

Buku ‘Abd Karim Zaydan, (2004), Huquq wa Wajibat Mar’ah Fi

al-Islam54.

Buku yang menyentuh tentang hak dan kewajipan wanita ini membicarakan tiga topik utama iaitu tentang pengenalan hak dan kewajipan serta konsepnya secara umum, hak wanita muslimah sebagai ahli di negara Islam dan kewajipan wanita muslimah sebagai ahli di negara Islam. Dalam kitab beliau menyebut bentuk hak-hak wanita muslimah yang perlu dipertahan dalam sesebuah negara Islam dan kewajipan atau tanggungjawab seorang muslimah yang perlu dilaksanakan dalam sebuah negara Islam. Sebagai contoh, disebut oleh beliau hak wanita dalam kebebasan perjalanan dan kebebasan berkerjaya. Prinsip-prinsip asas syarak disebut dalam kitab ini, tetapi perbincangan secara terperinci dan mendalam dalam sesuatu isu dengan meraikan situasi semasa tidak didapati dalam karya ini.

Buku Muhammad ‘Abd Qadir Abu Fares, (2000), Huquq Mar’ah

al-Madaniyyah wa al-Siyasiyyah fi al-Islam55.

Dalam kitab beliau ada membincangkan isu penglibatan wanita dalam kerjaya, sebagai contoh antara perbincangan tentang penyertaan wanita dalam dunia kerjaya ialah wanita tidak dipaksa untuk berkerjaya dalam Islam, peranan wanita dalam

54 Zaydan, ‘Abd al-Karim, Huquq wa Wajibat al-Mar’ah Fi al-Islam ( Lubnan: Mu’assasah al-Risalah, 2004).

55 Abu Faris, ‘Abd al-Qadir, Huquq al-Mar’ah al-Madaniyyah wa al-Siyasiyyah fi al-Islam (Jordan: Dar al-Furqan, 2000).

membina generasi, kepincangan rumahtangga ekoran penglibatan wanita dalam kerjaya, dakwaan sesetengah pihak bahawa wanita berkerjaya merosakkan institusi kekeluargaan, Islam membenarkan wanita berkerjaya apabila patuh pada etika dan disiplinnya. Huraian atau perbincangan secara fiqhi tidak didapati dalam kitab beliau seperti pemaksaan suami kepada isteri menyumbang hasil pendapatannya dalam menanggung nafkah rumahtangga atau suami menggunakan sebahagian dari pendapatan isterinya. Justeru, dalam isu wanita berkerjaya yang menjurus kepada perbincangan atau

ta’sil fiqhi akan dianalisis dalam kajian ini.

Karya ‘Abd Halim Muhammad Abu Shaqqah, Tahrir Mar’ah fi ‘Asri

al-Risalah56.

Karya ini merupakan satu kajian tentang wanita dengan mengumpulkan nusus al-Quran al-Karim dan nusus daripada hadis sahih daripada al-Bukhari dan Muslim. Kajian ini lengkap menyentuh tentang wanita dalam konteks keperibadian wanita dalam al-Quran al-Karim, wanita didorong menyertai aktiviti sosial pada zaman al-Risalah, perbincangan kepada golongan yang membantah penyertaan wanita dalam aktiviti sosial, pakaian dan perhiasan wanita dengan lelaki asing, kedudukan wanita muslimah dalam institusi kekeluargaan, pengetahuan tentang hubungan jinsiyyah bagi suami dan isteri. Muhammad al-Ghazali menyebut bahawa karya ini lengkap tentang wanita. Namun, menjadi lumrah dalam sesebuah karya ilmiah, kekurangan tetap wujud kerana perubahan dan peredaran masa sentiasa memanggil sarjana dan para ilmuan kontemporari membahaskan isu-isu yang timbul ekoran peredaran zaman dan perubahan sosial yang berlaku. Oleh yang demikian, satu kajian dalam beberapa isu tertentu tentang fiqh wanita rentetan perubahan zaman dan sosial hidup masyarakat akan dikaji dalam kajian ini.

56 Abu Shaqqah, ‘Abd Halim Muhammad, Tahrir Mar’ah fi ‘Asri Risalah (Qaherah: Dar al-Qalam, 2011).

Begitu juga dengan karya besar yang ditulis oleh ‘Abd al-Karim Zaydan, (2000), Mufassal fi Ahkam Mar’ah wa Bayt Muslim fi Shari‘ah

al-Islamiyyah57.

Karya beliau merupakan rujukan yang tidak asing lagi bagi penuntut ilmu-ilmu Islam dan pengkaji-pengkaji dalam bidang syariah. Namun, keberlangsungan masa memberi ruang dan peluang kepada para sarjana dan pengkaji-pengkaji menganalisis isu-isu yang tidak dibincangkan dalam karya ini rentetan perubahan sosial dan inovasi dalam sains dan teknologi seperti isu pengambilan suntikan hormon sintetik dalam menghasilkan air susu ibu dan implikasinya terhadap hukum penyusuan bayi mengikut syarak. Isu seumpama ini tidak didapati dalam karya beliau dan akan dibincang serta dianalisis prinsip syarak terhadap isu kontemporari tersebut dalam kajian ini.

Hasil daripada pembacaan, penelitian dan penilaian terhadap karya-karya lepas yang dinyatakan itu sama ada ia berbentuk buku, tesis dan artikel tidak didapati satu kajian yang terperinci menyentuh tentang implikasi perubahan sosial terhadap hukum syarak dalam konteks isu-isu kontemporari yang berkait dengan hukum fiqh wanita. Secara keseluruhannya daripada karya tersebut, perbincangan tentang isu-isu fiqh wanita menurut perspektif hukum semasa tidak dikaji secara terperinci dengan meraikan aspek perubahan sosial sebagai faktor pengekalan atau perubahan hukum semasa. Oleh yang demikian, satu kajian yang bermatlamat untuk menganalisis beberapa isu fiqh wanita berdasar faktor perubahan sosial yang mendominasi perubahan hukum akan dinilai dalam kajian ini.