• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.7 Kajian Literatur

1.7.2 Kajian Tentang Metodologi Perubahan Hukum dan Aplikasinya

Kajian-kajian yang berkisar tentang teori atau konsep “Taghayyur al-Ahkam” telah dibahas dan diulas oleh ilmuan dan sarjana Islam sejak zaman silam dan usaha tersebut berlarutan sehingga berkembang pesat dunia penulisan ilmiyyah kontemporari. Para ilmuan dan sarjana Islam terkemuka pada zaman silam telah mengupas teori perubahan hukum seperti Ibn ‘Abidin, Ibn Qayyim, al-Qarrafi dan al-Shatibi. Mereka ini boleh dianggap sebagai individu yang mempelopori teori perubahan hukum. Sebagai contoh Ibn ‘Abidin dalam kitab Majmu‘ah Rasa’il Ibn ‘Abidin, beliau telah membincang tentang teori ‘uruf dan impaknya kepada penetapan sesetengah hukum syarak25. Begitu juga dengan Imam Ibn Qayyim Jawziyyah dalam karyanya “I‘lam

al-Muwaqqi‘in26” dan “Ighathah al-Luhfan min Masa’id al-Shaytan27” telah menjelaskan

25 Muhammad Amin Afandi Ibnu ‘Abidin, Majmu‘ah Rasa’il Ibn ‘Abidin. (Lubnan: Dar Ihya’ Al-Turath al-Arabi, t.t.).

26 Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, I‘lam al-Muwaqqi‘in, (Damshiq: Dar al-Qalam, 2011).

27 Ibn Qayyim Jauziyyah, Ighathah Lahfan min Masa’id Shaytan, (Lubnan: Dar Kutub al-‘Ilmiyyah, 2004).

pengaruh teori ini kepada perubahan hukum atau fatwa dan didatangi bersama teori tersebut beberapa contoh silam tentang perubahan hukum meraikan perubahan masa, tempat dan keadaan. Dalam karya ini didapati satu bab yang membicarakan tentang perubahan dan perbezaan fatwa ekoran perubahan masa, tempat, -al-niyyat- dan adat. Situasi yang sama juga direkodkan oleh al-Shatibi dalam kitab al-Muwafaqat28, al-Qarrafi dalam kitabnya al-Furuq29. Mereka telah menyebut mekanisme-mekanisme yang mempengaruhi perubahan hukum syarak seperti faktor masa, tempat dan adat.

Kupasan perbincangan dan kajian tentang konsep “Taghayyur al-Ahkam” menjadi berantai dan bersepadu sehingga ke zaman yang penuh dengan ledakan sistem dan teknologi sehingga terhasil pelbagai buku rujukan dan hasil kajian oleh sarjana dan ilmuan kontemporari. Antara ilmuan-ilmuan terkemuka seperti al-Zarqa’, beliau telah mengemukakan isu tentang

“نامزلا يرغتو فرعلا

” dalam kitab Madkhal Fiqhi

al-‘Am30. Beliau menjelaskan bahawa perubahan zaman, adat setempat dan realiti semasa sebagai unsur yang mempengaruhi perubahan hukum syarak. Begitu juga dengan karya Mustafa Shalabi dalam kitab Usul al-Fiqh memberi petanda yang jelas bahawa perubahan masa dan tempat mempunyai pengaruh yang signifikan kepada perubahan hukum fiqh semasa.

Selain itu, al-Qardawi secara konsisten menyatakan hubungan antara ketetapan hukum syarak mempunyai impak hasil perubahan masa, tempat dan faktor-faktor sosial kepada perubahan hukum fiqh semasa. Rentetan itu al-Qardawi telah membentuk hukum syarak dalam dimensi baharu melalui pendekatan beberapa teori dalam ijtihad baharu fiqh yang sesuai diaplikasi menurut realiti semasa kehidupan sosial masyarakat. Antara karyanya seperti Shari‘ah al-Islamiyyah Salihah li al-Tatbiq fi Kulli Zaman wa

28 Al-Shatibi, Abi Ishaq, al-Muwafaqat Fi Usul al-Shari‘ah, (Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2003).

29 Al-Qarrafi, Shihab al-Din Abi al-‘Abbas Ahmad bin Idris al-Misri al-Maliki, al-Furuq, Tahqiq: ‘Umar Hasan al-Qiyyam, (Lubnan: Muassasah al-Risalah, 2003).

Makan31. Al-Khasais al-‘Ammah li al-Islam32, Madkhal li Dirasah Shari‘ah

al-Islamiyyah33, al-Ijtihad fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah34, Nahwu Fiqh Muyassar35, Mujibat

Taghayyur al-Fatwa Fi ‘Asrina36 dan al-Fatawa al-Shazzah37.

Menurut Dr. Muhammad Baltaji (2007) dalam bukunya Ijtihad ‘Umar Bin Al-Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam38.

Karya ini mempunyai lima bab utama iaitu tentang kaedah dan penetapan nas, kaedah penetapan nas dan periwayatannya, penetapan nas-nas khusus, perkara-perkara yang tidak ada nas serta yang terakhir ialah ketetapan dan penilaian akhir.

Kajian mendapati perbahasan tentang ijtihad dalam konteks fiqh wanita tiada perbahasannya. Justeru, matlamat utama dalam kajian ini adalah membahaskan isu-isu fiqh wanita yang mempunyai perkaitan dengan perubahan sosial serta penyelesaiannya mengikut metodologi pengistinbatan hukum diaplikasikan sejajar dengan tuntutan

maqasid al-Syariah.

Muhammad bin Ibrahim, (2009), al-Ijtihad wa al-‘Uruf39. Buku ini secara umumnya menjadikan ‘uruf sebagai momentum dalam ijtihad tanpa mengenengahkan unsur-unsur lain yang perlu diambil kira dalam ijtihad dan dianggap sebagai metod yang perlu diraikan dalam proses ijtihad.

Justeru kajian ini akan meneliti secara terperinci unsur-unsur lain seperti

maqasid al-shari‘ah, saddu al-Dhara’i‘ yang perlu dititikberatkan dalam proses

mengistinbat hukum syarak terutamanya dalam konteks perubahan sosial.

31 Al-Qardawi, Yusuf, Shari‘ah al-Islamiyyah Salihah li al-Tatbiq fi Kulli Zaman wa Makan (t.tp.: Dar al-Sahwah li al-Nashr, t.t.).

32 Al-Qardawi, Yusuf, al-Khasa’is al-‘Ammah li al-Islam (al-Qaherah: Maktabah Wahbah, 2008).

33 Al-Qardawi, Yusuf, Madkhal li Dirasah al-Shari‘ah al-Islamiyyah, (al-Qaherah: Maktabah Wahbah, 2011).

34 Al-Qardawi, Yusuf, al-Ijtihad fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah (Kuwayt: Dar al-Qalam, 2011).

35 Al-Qardawi, Yusuf, Nahw Fiqh Muyassar Mu‘asir (al-Qaherah: Maktabah Wahbah, 2008).

36 Al-Qardawi, Yusuf, Mujibat taghayyur al-Fatwa Fi ‘Asrina (al-Qaherah: Dar al-Shuruq, 2011).

37 Al-Qardawi, Yusuf, al-Fatawa al-Shazzah (al-Qaherah: Dar al-Shuruq, 2010).

38 Muhammad Baltaji, Ijtihad Umar Bin al-Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam. Terjemahan: H. Abdul Rachman Saleh Siregar, (Selangor: Berlian Publications Sdn.Bhd, 2007).

Drs. Masjfuk Zuhdi, Ijtihad Dan Problematikanya Dalam Memasuki Abad XV Hijriyah40.

Karya kecil ini membincangkan tentang perkembangan ijtihad dari masa ke semasa yang bermula dengan masa kenabian, khulafa’ al-Rashidin, Dawlah ‘Umayyah dan ‘Abbasiyyah sehingga jatuhnya dawlah ‘Abbasiyah pada tahun 656 hijrah. Seterusnya dibincangkan beberapa permasalahan ijtihad dan tentangan-tentangan serta harapan umat Islam memasuki abad xv hijrah. Selepas diteliti terhadap karya ini didapati pokok perbincangannya lebih kepada metod atau asas serta pelengkap untuk berijtihad.

Manakala dalam aspek pengaplikasian metod tersebut dalam mana-mana cabang ilmu tidak didapati dalam karya ini. Justeru, kajian yang akan dijalankan ini ialah menganalisa kembali hukum atau isu yang berkait dengan fiqh wanita sesuai dengan peredaran zaman yang sudah tentu memerlukan penelitian semula hukum-hukum fiqh agar menepati jaluran fiqh al-waqi‘i iaitu fiqh realiti.

Wahbah al-Zuhayli, Ijtihad Baru Fiqh: Titik Tolak Dan Aliran-Alirannya41, karya ini menekankan prinsip atau disiplin dalam berijtihad, ruang untuk berijtihad dalam keadaan nas yang berbentuk muktamad dan berubah, faktor kejumudan hukum fiqh dengan kewujudan isu-isu baharu seperti dalam hal pentadbiran, perlembagaan, hubungan antarabangsa, ekonomi, sosial, kekeluargaan dan lain-lain. Didapati contoh perubahan hukum kerana perubahan sosial seperti isu penubuhan bank Islam bagi mengelakkan masyarakat terjebak dengan sistem barat atau riba. Penjelasan isu tidak diperincikan dan dianalisa menurut perubahan sosial.

Dalam kajian ini, sesuatu isu yang mempunyai perkaitan dengan faktor perubahan sosial akan diperincikan hukum atau pandangan mazhab muktabar, kemudian

40 Masjfuk Zuhdi, Ijtihad Dan Problematikanya Dalam Memasuki Abad XV Hijriyah (Indonisia: PT Bina Ilmu Offset Surabaya, 1981).

41Zuhayli, Wahbah, Ijtihad Baru Fiqh: Titik Tolak Dan Aliran-Alirannya, terj. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, (Johor: Perniagaan Jahabersa, 2003).

dianalisa berdasarkan metod istinbat hukum agar ia sejajar dengan kedudukan syariah yang fleksibel dalam meraikan maslahah umum serta menghindar mafsadah yang wujud. Kemudian dikaitkan dengan foktor-faktor yang mendominasi perubahan dengan metod-metod yang telah diputuskan dalam ilmu usul fiqh, qawa‘id fiqh serta maqasid.

‘Abd al-Husayn Sharaf al-Din al-Musawi, al-Ijtihad Fi Muqabil al-Nas42. Kitab ini membincangkan isu-isu yang diijtihadkan selaras dengan tuntutan syarak yang menjaga maslahah dan menolak mafsadah. Ijtihad tersebut merupakan satu langkah pemurnian hukum yang agak bercanggah dengan nas yang wujud. Sebagai contoh dalam isu penetapan mahar kahwin. Asas pensyariatan ialah mahar merupakan satu bentuk pemberian yang wajib daripada hartanya kepada isteri sama ada diberi terus atau hutang tanpa dihadkan nilai tetapi ia diukur berdasarkan kemampuan kaum lelaki dengan persetujuan kedua-dua pihak. Namun pada zaman Saydina ‘Umar al-Khattab, beliau melarang meninggikan mahar atas kemaslahatan tidak menyukarkan kaum lelaki melangsungkan perkahwinan yang merupakan proses penyempurnaan agamanya. Selain itu larangan meninggikan mahar juga adalah kerana untuk memelihara umat daripada terjebak dalam perkara haram iaitu zina. Jika diteliti, hal sedemikian berlaku pada zaman ‘Umar yang mana beliau mengatakan harus meninggikan mahar sehingga tidak melebihi lima ratus dirham.

Justeru, apabila diamati dapat disimpulkan bahawa proses perubahan hukum telah berlaku melihat kemaslahatan pada zaman tersebut. Begitu juga keadaannya dengan kajian ini iaitu untuk menilai semula kedudukan hukum dalam aspek hukum fiqh wanita selaras dengan perubahan sosial yang dihadapi kontemporari ini.

Merujuk kepada artikel-artikel ilmiah yang ditulis oleh ahli akademik dalam dan luar negara. Antaranya ialah artikel Noor Naemah Abd Rahman dengan tajuk “Pengaruh Perubahan (al-Taghayyur) dalam Pembinaan Hukum: Tinjauan Terhadap

Konsep dan Realitinya pada zaman Rasulullah SAW”43. Dalam artikel berikutnya yang bertajuk “Generasi Sahabat dan Isu Perubahan Hukum” terbitan Jurnal yang sama44, jil. 5, Bil 1, Januari 1997. Kedua-dua artikel ini mempunyai perkaitan dalam meneliti isu tentang perubahan hukum yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan pada zaman sahabat RA. Dalam karya tersebut ditekankan faktor persekitaran akibat pengaruh perubahan zaman, tempat dan keadaan yang menjadi punca kepada perubahan hukum.

Kedua-dua artikel ini memberi impak awal yang mendorong kepada satu kajian kritis dan mendalam dalam meneliti semula isu-isu hukum fiqh wanita dalam konteks semasa dengan mengambil kira faktor perubahan sosial kontemporari ini.

‘Ala’ Nasir Hasan al-Tamimi, al-Ijtihad al-Mu‘asir fi Dau’ Maqasid al-Shari‘ah wa Qawa‘iduha al-Kulliyyah: Dirasah Ta’siliyyah Tatbiqiyyah45.

Kajian ini merupakan kajian ijtihad kontemporari yang dilihat dalam skop

maqasid dan qawa‘id. Dua instrumen metodologi digunakan dalam kajiannya. Dalam

tesis ini juga diaplikasikan isu-isu semasa untuk dianalisis hukumnya, antara isu yang dikemukakan ialah isu demonstrasi aman dan pertukaran jantina. Dua isu yang dikemukan ini dinilai hukumnya menurut perspektif maqasid dan qawa‘id fiqhiyyah.

Adapun kajian yang akan dijalankan ini akan menumpukan kepada metodologi ijtihad hukum semasa yang tidak menekan dua instrumen sahaja iaitu maqasid dan

qawa‘id fiqhiyyah. Begitu juga isu-isu yang akan dianalisis akan ditumpukan kepada

isu-isu fiqh wanita secara khusus.

43Noor Naemah Abd Rahman, “Pengaruh Perubahan (al-Taghayyur) dalam Pembinaan Hukum: Tinjauan Terhadap Konsep dan Realitinya pada zaman Rasulullah s.a.w.”, Jurnal Syariah, Jil. 3, Bil 2, Julai 1995.

44 Noor Naemah Abd Rahman dengan tajuk “Generasi Sahabat dan Isu Perubahan Hukum”, Jurnal Syariah, Jil. 5, Bil 1, Julai 1997.

45 ‘Ala’ Nasir Hasan Tamimi, “Ijtihad Mu‘asir fi Dau’ Maqasid Shari‘ah wa Qawa‘iduha al-Kulliyyah: Dirasah Ta’siliyyah Tatbiqiyyah” (Tesis Master, Jamiah al-Yarmuok, Jordan, 2012).

Kajian Mahmud Lutfi Khudayjah, Manahij al-Nazar fi Fiqh al-Nawazil46. Fokus kajian ini ialah tentang metodologi dalam fiqh semasa. Kajian ini membincangkan tentang pendekatan dalam ijtihad seperti pertengahan (wasatiyyah) dalam berijtihad dengan tidak terlalu ketat atau ringan, jenis fatwa mestilah jelas dan terang serta beberapa etika ijtihad seperti merujuk kepada hukum asal dalam syarak dan merujuk kepada maqasid. Manakala dalam metodologi ijtihad tidak dinyatakan secara terperinci dan pengaplikasian kepada isu-isu kontemporari juga tidak dianalisis sesuai dengan corak kajiannya iaitu metodologi ijtihad dalam masalah al-nawazil.

Begitu juga dengan kajian ‘Arif ‘Izzuddin Hamid Hasunah iaitu Manahij

al-Ijtihad al-Fiqhi al-Mu‘asir47.

Kajian ini juga berbentuk kajian metodologi ijtihad fiqh semasa, jika diamati kajian ini hanya menumpukan pada metodologi semata-mata tanpa membuat penganalisisan pada isu-isu kontemporari.

Mengikut kajian yang akan dijalankan ini, kajian akan mengupas metodologi ijtihad secara terperinci dan diikuti dengan mengaplikasi metod tersebut dalam isu-isu kontemporari yang berlaku.